Tetapi cita-cita Tok Guru Nik Aziz amat merisaukan UMNO dan mesti digagalkan. UMNO mesti memastikan supaya imej PAS tetap sebagai imej Tok Lebai Kampung. UMNO mahu PAS terus dengan imej penceramah agama yang bercakap bersembur-sembur dan menakutkan orang yang belum tinggi pengetahuan agamanya dari mendekati mereka.
Respons By Readers
“Lihatlah sejarah, jangan mudah lupa siapakah yang dulunya pahlawan-pahlawan PAS yang lantang sehingga banyak daripada mereka yang mengkafirkan dan menyesatkan UMNO, kemudian masuk UMNO kerana sebab-sebab tertentu, dan mengeluarkan pula’fatwa’ yang PAS yang sebenarnya sesat. Maklumlah mereka ulama, maka mereka mempunyai A.P untuk mengeluarkan fatwa dan memutuskan hukum-hakam:
Antara nama-nama yang tertonjol ialah:
1.Al-Fadil Prof Madya Ustaz Mohd Nor Idris
2.Al-Fadil Ustaz Datuk Mustafa Taib
3.Al-Fadil Ustaz Wan Ismail Machang
4.Al-Fadil Ustaz Abdul Latif Besut
5.Al-Fadil T.Guru Hj Ghazali Losong
6. Al-Fadil T. Guru Hj Omar
7.Al-Fadil T.Guru Mohd Nor TeliarAgaknya ketua Dewan Ulama PAS terlupa nama-nama besar ini kerana terlalu semangat hendak mempertahankan asabiyyah geng pengajian aliran arab .
Lihatlah juga ketika terbentuknya BERJASA, siapakah tokoh-tokoh pemimpin PAS yang bersama-sama Ibrahim Ali membela Datuk Mohd Nasir? dan menyertai BN selepas PAs ditendang?. Ketua Dewan Ulama tentu masih ingat, kerana kita orang biasapun masih ingat bagaimana beliau dengan sikap kasarnya (kurang adab?) menyerang bapa mertuanya, yalah walaupun berlainan faham.Bukankah ramai yang berhijrah meninggalkan PAS ketika itu adalah golongan ulama?
Bagaimanapun kerana Ketua Dewan Ulama yang sekarang dan yang telah pencen berkata perkara yang di sebaliknya, maka kita akan terus menyokong mereka, maklumlah mereka adalah ulama, maka kita akan laungkan “betul!, betul!, betul! – Saud Said
“one thing I always wondered is why PAS always thinking SMALL?
I remember one of the reasons why many of my collegues (among Malay professionals) do not want to vote PAS was because they think PAS never project a clear vision as an alternative to UMNO let alone as a credible force to govern Malaysia….This ill-advised and stupidity about the unity government with the corrupt umno will most definitely take away some muslim and non-malay votes in the next GE if PAS does not do a proper damage control….
PAS will be remebered as another wolf in a sheep clothing. It’s as racist as umno after all. When push comes to shove…they would rather run away and join UMNO which has been kicking them like dogs eternally and what is worse corrupted to the gills. How low can PAS get than this?…
And for the ‘mee -goreng’ ulamak their primary role is to be the elder statesmen in majlis syura’ , strenghthen and improve the majlis, and guide these leaders in the Islamic aspects if you think you’re better then them. – Botobudu Hija
“so, u nak kata yg Dewan Ulama juga telah digunakan oleh UMNO utk propaganda mereka????”
ada di antara ahli ahlinya, yes!…
“pecahkan benteng yang dibina UMNO selama ni…”
mana mungkin kalau masih ada “yang nak perkasakan umno”? – Hussin AbdAziz
Original Post
UMNO akan pertahankan bermati-matian Kepimpinan Ulamak di dalam PAS demi masa depan UMNO dan Barisan Nasional. Atas tujuan itulah, Utusan Malaysia diarahkan menjadi lidah rasmi bagi golongan Pro UMNO di dalam PAS.
Tiada perpecahan di dalam PAS dan PAS tidak berpecah kepada golongan Ulamak dan golongan Profesional seperti yang digembar-gemburkan. Meminjam kata-kata Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz, apa yang ada hanyalah Ulamak-Profesional. Iaitu, golongan ulamak yang juga berkebolehan tinggi dalam profesion masing-masing dan golongan profesional yang juga ulamak didalam bidang mereka.
Apakah itu ulamak dari sudut bahasa? Apakah itu definasi ulamak dari sudut agama? Jadi jelaslah jika di ambik dari konteks jawapan Tok Guru Nik Aziz, para pemimpin PAS hari ini bukanlah pemimpin yang jahil dan tidak berpengetahuan terutama di dalam bidang agama dan hukum walaupun itu bukanlah kepakaran mereka.
Tidak seperti di dalam UMNO dimana hanya pemimpin mereka yang berpendidikan formal dalam bidang agama sahaja berpengetahuan luas dalam bidang agama dan boleh diharapkan untuk bercakap soal agama tetapi, di dalam PAS, tak kira apa kelayakan ijazah pertama, atau ijazah sarjana pemimpinnya, semua telah melalui satu proses yang sungguh rejimental dan menjadikan mereka amat luas pengetahuannya didalam bidang agama.
Sebab itulah kadang-kadang Tuan Guru sendiri secara peribadi meminta pemimpin PAS yang bukan berkelulusan bidang agama menggantikannya mengajar agama di kuliah Jumaatnya di Medan Ilmu.
Di dalam ucapan-ucapannya, Tuan Guru sering mengulangi bertapa dia bercita-cita mahu pegawai-pegawai tertinggi Kerajaan Negeri Kelantan kelak dipimpin oleh profesional yang juga al hafiz dan dalam ilmu pengetahuan agamanya. Sehinggakan Tok Guru sendiri memuji seorang Pegawai Tinggi Polis Kelantan kerana membaca khutbah Jumaat.
Maka amatlah gembira dan sejuk hati Tok Guru bila pemimpin-pemimpin PAS yang berkelulusan undang-undang, perubatan dan ekonomi boleh mengajar agama kepada masyarakat. Maka lahirlah generasi Ulamak-Profesional, Profesional-Ulamak didalam PAS.
Tetapi cita-cita Tok Guru Nik Aziz amat merisaukan UMNO dan mesti digagalkan. UMNO mesti memastikan supaya imej PAS tetap sebagai imej Tok Lebai Kampung. UMNO mahu PAS terus dengan imej penceramah agama yang bercakap bersembur-sembur dan menakutkan orang yang belum tinggi pengetahuan agamanya dari mendekati mereka.
UMNO takut PAS akan keluar dari kepompong imej itu. UMNO mahu PAS hanya terus disokong oleh golongan yang mahu ke ‘syurga’ semata-mata.
Oleh yang demikian, UMNO perlu pastikan Ulamak-Profesional, Profesional-Ulamak yang dikata Tok Guru tidak berjaya melangkah ke puncak kepimpinan PAS. Apalagi jika Ulamak-Profesional, Profesional-Ulamak ini dilihat sebagai tokoh yang berkaliber oleh semua lapisan masyarakat baik Melayu atau bukan Melayu, baik Islam atau bukan Islam.
Hanya dengan memastikan golongan ini tidak menerajui jawatan-jawatan tertinggi dalam PAS, UMNO akan dapat mengekalkan kedudukannya sebagai parti induk orang Melayu.
Sejak 8 Mac 2008, PAS buat pertama kalinya telah berjaya menikmati sokongan kuat pengundi-pengundi bukan Melayu dan pengundi-pengundi Melayu urban dan muda. Dua faktor utama mengapa ini berlaku ialah pertamanya imej yang dibawa oleh Tok Guru Nik Aziz dan kepimpinannya telah mula tersebar keluar menerusi jaringan teknologi komunikasi moden hari ini. Kalau sebelum ini UMNO berjaya memberi persepsi bahawa kepimpinan PAS di Kelantan amat daif dan amat mengerikan kepada bukan Islam dan anak-anak muda, dengan kemodenan teknologi komunikasi hari ini, UMNO tidak lagi mampu menyekat pengaliran informasi tulen dari terus ke khalayak. Orang-orang bukan Islam dan anak-anak muda mula jatuh hati dengan Tok Guru yang bagi mereka suatu ciptaan yang indah di dunia ini.
Faktor keduanya ialah bangkitnya pemimpin-pemimpin baru dari PAS yang berjaya memberi persepsi segar kepada masyarakat massa. Pemimpin yang bagi mereka bijak, bertamadun tinggi dan bersikap terbuka. Pemimpin-pemimpin ini telah berjaya membuat mereka tidak lagi takut kepada Islam seterusnya menerima PAS bukan sebagai parti yang terdiri daripada golongan ektremis dan fanatik agama sebaliknya, Parti yang akan membawa harapan baru kepada mereka yang mahukan kerajaan yang bersih, jujur dan bertanggungjawab.
Jika orang-orang bukan Islam sudah boleh mempercayai PAS, sudah tentu lebih mudah bagi orang-orang Islam dan Melayu untuk menerima PAS. Ini tidak mungkin boleh dibenarkan berlaku oleh UMNO. Oleh itu UMNO perlu membantu segelintir dalam PAS untuk mendefinasikan semula Kepimpinan Ulamak dan UMNO perlu memberi persepsi kepada Masyarakat bahawa PAS adalah parti yang kolot.
Cerdik pandai dalam ilmu dunia tidak akan mungkin meneraju PAS kerana PAS adalah parti untuk akhirat semata-mata. Itulah slogan yang UMNO mahu dari PAS. Oleh itu, mereka yang masih mahu hidup di dunia ini seperti mereka akan hidup seribu tahun lagi tidak akan mengundi PAS. Hanya mereka yang merasakan mereka akan mati esok hari sahaja yang perlu mengundi PAS. Itulah tugas Utusan Malaysia.
Muktamar PAS pada Jun ini adalah peluang terakhir bagi UMNO untuk mengekalkan ketuanan UMNO mereka. UMNO perlu menyakinkan perwakilan PAS untuk mengekalkan status quo dan melantik mereka yang ‘UMNO friendly’ and ‘Malay Unity friendly’ ke singgahsana.
Sebabnya ada dua. Pertama ialah kemungkinan penyatuan antara UMNO dan PAS boleh berlaku tidak kira didalam apa bentuk demi mengekalkan ketuanan UMNO. Jika ada persefahaman antara UMNO-PAS, UMNO akan dapat mengelak daripada bersemuka dengan PAS didalam PRU 13 kelak. Oleh itu berterusanlah status quo. UMNO selamanya akan lebih besar dari PAS dan selamanya agenda Melayu akan lebih besar dari agenda Islam.
Namun, jika ini tidak perlaku, tidaklah satu kerugian bagi UMNO, kerana UMNO telah berjaya membantu mengembalikan jenama lama kepada PAS. PAS bukan lagi tempat harapan masa depan bagi mereka yang tidak berpendidikan formal agama. Maka imej lama PAS sebagai parti ustaz dan lebai akan kembali semula. Mana-mana pemimpin muda yang istimewa bakatnya tetapi tidak berpendidikan formal dalam bidang agama juga mungkin merasakan PAS bukan parti yang sesuai untuk mereka masuki kerana masadepan mereka takkan ke mana.
Hari-hari yang akan datang merupakan detik-detik penting didalam proses pemulihan semula UMNO dan hari-hari yang amat meletihkan kepada wartawan dan penyunting Utusan Malaysia.
Salam Bro Sheih!
Well said bro, an indepth analysis I’d say. To be frank, kawe tak terpikir pun sampai tahap ni bila TGNA ulas ulama-profesional, profesional-ulama hari tu.
minta izin sharekan post ni dalam cyberspace.
Takbir!!!
agok belagor angin kito duo abe sheih…
tapi ambo masih berpegae kepado.. PANGLIMA2 yae ado.. teruskan usaha consolidate/perkuatkan saf/teruskan kekukuhan dakwah tarbiyyah kepada seluruh umat manusia..
pecahkan benteng yang dibina UMNO selama ni…
CARI REDHA ALLAH SWT…KERANA ALLAH SWT.. UNTUK ALLAH SWT
nawi,
pemimpin PAS jadi ulamak celup dgn hadir kursus bahasa Arab di Lebanon , Jordan dan Syria beberapa bulan ,lepas itu mereka macam kakak tua menghapal
Sampaikan Anwar dan KJ pun ulama pada pandangan PAS..
p/s KJ ( Kamaruddin Jaafar )
hipotesis yang menjengkelkan.
so, u nak kata yg Dewan Ulama juga telah digunakan oleh UMNO utk propaganda mereka????
c’monlah…takyah buat teori yg memeningkan kapla utk nak angkat Husam.
Yang penting kepimpinan sekarangla yg membawa PAS ke tahap sekarang.
SO, perlu dikekalkan.
spot on sheikh!
simple n direct to the point.
its now up to PAS to move forward to a new frontier. Takbir!
“Muktamar PAS pada Jun ini adalah peluang terakhir bagi UMNO untuk mengekalkan ketuanan UMNO mereka. UMNO perlu menyakinkan perwakilan PAS untuk mengekalkan status quo dan melantik mereka yang ‘UMNO friendly’ and ‘Malay Unity friendly’ ke singgahsana.”
Dah tiba masa UMNO guna apa cara pun bawa Syed Azidi kembali. Baru pincang Husam.
“Yang penting kepimpinan sekarangla yg membawa PAS ke tahap sekarang.” less for no 2, spot on!
and some of those nominated…
never knew kamaruddin jaafar is an ulama? chengho, jangan buat lawak!
“pecahkan benteng yang dibina UMNO selama ni…”
mana mungkin kalau masih ada “yang nak perkasakan umno”?
“so, u nak kata yg Dewan Ulama juga telah digunakan oleh UMNO utk propaganda mereka????”
ada di antara ahli ahlinya, yes!
Excellent!
one thing I always wondered is why PAS always thinking SMALL?
I remember one of the reasons why many of my collegues (among Malay professionals) do not want to vote PAS was because they think PAS never project a clear vision as an alternative to UMNO let alone as a credible force to govern Malaysia
The most they hear was PAS intention to capture four malay-belt states . That was before. But in the last election we can see a definite shift of thinking. But this can not be solely credited to PAS. If anything it’s more to the vehement hatred of the Chinese towards UMNO and the loathing of our young idealistic malays of the extensive corruption in UMNO. These people would rather vote any party other than UMNO/BN.
But we can see now that Najib is trying very hard to win back the malays and the Chinese. PAS on the other hand is trying their best to blow whatever initiatives and good things going for them away.
This ill-advised and stupidity about the unity government with the corrupt umno will most definitely take away some muslim and non-malay votes in the next GE if PAS does not do a proper damage control.
PAS will be remebered as another wolf in a sheep clothing. It’s as racist as umno after all. When push comes to shove…they would rather run away and join UMNO which has been kicking them like dogs eternally and what is worse corrupted to the gills. How low can PAS get than this?
And for that very reason I agree that we should have leaders in PAS who are political savvy and forward looking. People with vision, and able to project a face that is comfortable with muslims and non muslims alike…and the only kind of leadership that fulfil this criteria is the ‘professional-ulamaks’….
so, go for it Husam, Nizar, Khalid Samad etc…
And for the ‘mee -goreng’ ulamak their primary role is to be the elder statesmen in majlis syura’ , strenghthen and improve the majlis, and guide these leaders in the Islamic aspects if you think you’re better then them.
PAS mesti memastikan pemimpin no.1 & no 2 dari kalangan ulama, ini adalah penting bagi menentukan yang perjuangan PAS tidak lari daripada menegakkan negara Islam.
Betul!, betul!, betul!
Lihatlah sejarah, jangan mudah lupa siapakah yang dulunya pahlawan-pahlawan PAS yang lantang sehingga banyak daripada mereka yang mengkafirkan dan menyesatkan UMNO, kemudian masuk UMNO kerana sebab-sebab tertentu, dan mengeluarkan pula’fatwa’ yang PAS yang sebenarnya sesat. Maklumlah mereka ulama, maka mereka mempunyai A.P untuk mengeluarkan fatwa dan memutuskan hukum-hakam:
Antara nama-nama yang tertonjol ialah:
1.Al-Fadil Prof Madya Ustaz Mohd Nor Idris
2.Al-Fadil Ustaz Datuk Mustafa Taib
3.Al-Fadil Ustaz Wan Ismail Machang
4.Al-Fadil Ustaz Abdul Latif Besut
5.Al-Fadil T.Guru Hj Ghazali Losong
6. Al-Fadil T. Guru Hj Omar
7.Al-Fadil T.Guru Mohd Nor Teliar
Agaknya ketua Dewan Ulama PAS terlupa nama-nama besar ini kerana terlalu semangat hendak mempertahankan asabiyyah geng pengajian aliran arab .
Lihatlah juga ketika terbentuknya BERJASA, siapakah tokoh-tokoh pemimpin PAS yang bersama-sama Ibrahim Ali membela Datuk Mohd Nasir? dan menyertai BN selepas PAs ditendang?. Ketua Dewan Ulama tentu masih ingat, kerana kita orang biasapun masih ingat bagaimana beliau dengan sikap kasarnya (kurang adab?) menyerang bapa mertuanya, yalah walaupun berlainan faham.Bukankah ramai yang berhijrah meninggalkan PAS ketika itu adalah golongan ulama?
Bagaimanapun kerana Ketua Dewan Ulama yang sekarang dan yang telah pencen berkata perkara yang di sebaliknya, maka kita akan terus menyokong mereka, maklumlah mereka adalah ulama, maka kita akan laungkan “betul!, betul!, betul!”
well said bro
orang pakai t-shirt dan jeans pun ramai lebih faham bahasa arab dan al-quran berbanding golongan berjubah dan serban. jangan terkejut, sebenarnya majoriti “ulama” ini tidak fasih bahasa arab walaupun menuntut di timur tengah 3-4 tahun. saya bukan nak menghina, tetapi taraf bahasa arab haji hadi sendiri pun sekitar markah dia dalam 45%.
aku sbnrnye entahlah…menyampah betul kat ko ni. Jgn terbawa2 adab yg ade dlm parti lama ko tu. artikel2 ko bukan nak mendamaikn keadaan, tp menmbah kn lg kepincangn. tambah lg bersemngt ko dibuatnye bile ade pengkomen2 yg mengagung2 kan setiap hipotesis jengkel ko.
aku hrp ko bukan diutuskn kn oleh parti lama ko, utk menunggang langgangkan Jamaah, dgn cara menghidupkn fitnah yg sdg tidur.
Ever wonder why some of these ‘ulama are so narrow minded? Because they don’t read.
Ever wonder why some of these ulama are so narrow minded? They never read.
Wahai pendita melayu…
….kalau haji hadi arabnya 45% macam mana buku dalam bahasa arab dia ada terjual di maktabah2 di mesir.
KOTA BHARU, 5 Mei (Hrkh) – Tidak sepatutnya berlaku pengasingan di antara ulama dan profesional memandangkan dua kelompok tersebut menerajui gerakan Islam di mana sahaja sekarang.
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, hanya penjajah barat sahaja yang sengaja mengasingkan kelompok-kelompok tertentu seperti memisahkan antara agama dan politik.
“Sampai kita terbawa-bawa dengan isu tersebut. Bukan sekadar berlaku di Malaysia tetapi di negara Arab juga. Negara Arab dijajah Perancis. Penjajah mengasingkan agama dan politik.
“Mereka sebarkan kefahaman itu di sekolah sehingga ke universiti. Sedangkan agama dan politik adalah perkara yang satu tidak boleh diasing-asingkan,” katanya ketika ditemui di pejabatnya hari ini.
Oleh itu beliau berkata, golongan ulama dan profesional merupakan orang yang sama dalam menerajui gerakan Islam dewasa ini.
“Sepatutnya tidak berlaku kekecohan seperti sekarang kerana kita sudah lama wujud gabungan antara ulama dan profesional yang mempunyai asas agama.
“Kita sudah lama gabungkan di antara ulama dan profesional. Saya tidak faham kerana apa pula timbul cerita ini,” ujarnya.
Ditanya takrifan ulama hanya mereka yang mendapat pendidikan formal dalam bidang agama katanya, itu merupakan fahaman lama ketika agama Islam baru masuk ke Tanah Melayu.
(Ikuti penjelasan sepenuhnya dalam Harakah edisi cetak keluaran terdekat ini) – mj _
Apakah pemimpin-pemimpin P** menggunakan Politik bagi mempertahankan kepentingan Agama, Bangsa dan Negara ataupun untuk kuasa, pangkat, darjat dan kepentingan diri sendiri akan dapat di lihat sepertimana kita melihat pemimpin-pemimpin U*** yang ada sekarang.
Persoalannya, adakah kita semua sebagai pengundi tidak tahu memilih yang mana intan dan yang mana kaca dari kalangan pemimpin yang bertanding??? Tepuk dada tanya selera……..sebab kesan dan akibatnya akan terpercik kemuka kita sendiri……….terutamanya kalau kita telah tersalah pilih (lantaran dijanjikan sejumlah RM**,***,** atau ganjaran lain)……bak kata pepatah…….rumah siap pahat berbunyi.
Come on la Sheih, apa2 jadi semua nak salahkan orang lain. Apa-apa isu salahkan orang lain… apa benda ni. Lu pakai statement yng konkrit sikit bleh tak? Besok, lu berak bau busuk, lu salahkan jiran sebelah.
The way you comment, seolah2 Otai otai PAS yang ada sekarang ni bangang. Lu nak yang up to date punya. Kalau ada awek bogel2 gambar tersiar, dia dah ngaku, suma orang peluk2. Apa kejadah ni.
Lu pegi bikin film crita kartun la. Banyak sangat fantasi.
tq chengho.. but i beg to differ ( saya pohon menderhaka )
sebenarnya, kita tak bleh nak cakap camtu.. tak bleh nak kutuk org yg nak mendalamkan ilmu.. kalo benar dia menuntut ilmu dan mempergunakan ilmunya utk mencari kemewahan dunia melalui Islam.. aku fikir.. contoh2nya agak jelas.. nama2 yg disebut.. contohnya STOPA JANGGUT… org tahu siapa dia, keluarganya, titih barihnya, adabnya.. dan hipokrasinya…
aku fikir, biarkanlah… ok bro, ko tahu tak ketika awal Rasulullah SAW dilantik menjadi Rasul.. kebanyakan yang memeluk Islam adalah hamba dan golongan yg dizalimi… dalam konteks hari ni.. boleh saja dikatakan PERJUANGAN GOLONGAN TOK FAKIR… dan mahukah saudara chengho masuk dalam PERJUANGAN GOLONGAN TOK FAKIR.. pasti tidak mahu kan…
kalo dah tak kenal, masakan boleh mengenal…
kehkhekeeee…
sudahlah sheih jangan bawa perangai parti lama ke dalam PAS . Sampai sekarang TGNA takde nak hentam Nik Abduh atas kenyataannya yang pedas malah TGNA sendiri menyatakan yang Nik Abduh sendiri seorang berilmu dan berpengalaman dalam gerak kerja jemaah dan tahu apa yang dia buat .. Mana juak2 adu domba dalam PAS mengapa tak mengambil kenyataan TGNA nie ? kerana tak menguntungkan anda ..
TGNA juga menegaskan yang ulamak yang ada sekarang semuanya profesional terlibat dalam pengurusan dan pentadbiran bukan macam dahulu lagi ..
TGNA juga mengingatkan mereka yang cuba nak bertanding jangan hanya kerana merasa popular sahaja maka bertanding .. .
Salam
Banyak yg saya bleh ambil ilmu kat sini. TQ.
Teruskan.
kalo setakat baju,jubah dan serban apabila kita memakai nya,kemudian kita balik pulak dari timor tengah kemudian cakap ana anta dah jadi ulama?
Tidak kiralah UMNO atau PAS atau parti2 lain. Se “wajib”nya sebagai orang Islam mempertahankan para ulama. Merekalah yang ditinggalkan oleh para Nabi dan Ambia untuk terus memperjuangkan Islam. Kita amat bertuah kerana di negara kita tiada usaha untuk membunuh para ulama. Sedangkan di beberapa negara Islam sendiri, atas nama demokrasi dan kepimpinan barat, para ulama dibunuh dengan kejam. Institusi perundangan Islam dihapuskan bagi meng”halal”kan keperluan duniawi. Para ulama mestilah bekerja keras meningkatkan ilmu dan profesionalisme mereka supaya tidak dipandang rendah oleh umat Islam sendiri yang rakus dan gilakan kuasa pemerintahan. Ingatlah Allah SWT akan memberi keberkatan kepada umat Islam yang mendokong dan memartabatkan ulama, para wali dan Ambia. Jangan asingkan ulama dari hidup kita kerana dengan cara itu Islam akan turut terasing….
Pohon derhaka bro Shieh…
Artikel ini amat-amat meloyakan, teori yang rapuh dan lemah. sudahlaa, suruh je la husam tu bertanding presiden..maybe dgn kejayaan dia menumbangkan presiden, pas sekali lagi berpecah..
tima kasih banyak-banyak..
BERHATI-HATILAH1
MEREKA SEDANG RANCAK MEMALU GENDANG PECAH DAN PERINTAH DI SANA SINI DAN TELAH ADA D KALANGAN AHLI PAS YANG TERHENJOT2, TERGELEK2 ..KHAYAL MENGIKUT ALUNAN IRAMA PALUAN MEREKA…HEEEII…MENGGELEJAT NENGOKNYA….
BILA PALUAN BERHENTI…KITA PUN TERPINGA2…PANDANG KIRI.. ANAK BINI D SAPU ORANG…TOLEH KANAN… ADA YANG TERSENGIH MEMANDANG…OOOPPSS!1!!!
..RUPANYA KAIIN DAH TERLODEH…TAK SEDOR!!!!
Nabi Muhammad dahulu memenangkan agama dalam masa 23 tahun. Tanpa bantuan teknologi informasi, hp dan sebagainya. Baginda berjaya menguasai 2/3 bumi, yang mana selebihnya 1/3 lagi tidak pernah lagi diduduki manusia.
PAS cuba memenangkan agama, di Malaysia, selama lebih 50++ tahun. Dengan bantuan teknologi. Tapi kenapa tak menang2 ye?