Muktamar PAS yang akan datang adalah muktamar yang akan menentukan barisan saf PAS bagi PRU13 dan berkemungkinan besar, jika saf itu betul pilihannya, ia akan menjadi pemilihan terakhir sebelum PAS bersama PAKATAN menubuhkan kerajaan di peringkat pusat.
PAS akan berhadapan dengan pemilihan jawatan-jawatan tertinggi partinya menjelang Jun 2009 kelak. Memandangkan isu Muqabalah dan isu Kerajaan Campuran sudah mula lesu, tibalah masanya PAS menyusun semula saf kepimpinannya sesuai dengan kemelut dan peluang yang bakal dihadapinya di dalam Pilihanraya Umum ke 13 yang akan menjelang dalam tempoh 12 ke 24 bulan akan datang.
Jaguh setiakawan PAS-UMNO, Ustaz Nasharuddin Mat Isa dilaporkan memberitahu orang kanan media bahawa era penyatuan antara PAS-UMNO sudah lesu kerana ianya dahulu perpanjikan keikhlasan Pak Lah selaku pemimpin negara dan teraju UMNO. Bagaimanapun, menurut Ustaz Nasha, dia tidak nampak keikhlasan yang sama pada Najib Razak.
Walaupun masih ada mencurigai kegagalan Ustaz Nasha melihat keikhlasan Najib, ramai tidak mencurigai bahawa masa hadapan PAS bukan bersama Si Luncai yang akan terjun dengan Labunya.
Setelah berhadapan dan menang cemerlang dalam 3 pilihanraya kecil Parlimen dan 1 pilihanraya kecil DUN, ternyata gandingan kerjasama PAS-DAP sudah melepasi detik-detik percubaan yang getir. Setelah satu tahun berhadapan dengan tekanan dakyah media pro kerajaan pusat, gandingan PAS-DAP dalam bentuk kerjasama di peringkat negeri-negeri dan gandingan DAP-PAS diperingkat pusat dalam bentuk kesatuan isu dan perjuangan telah berjaya menampakkan kesan positif.
Walaupun di dalam 4 pilihanraya kecil itu tidak melibatkan sebarang pertandingan dari calon DAP, tetapi ia membuktikan bahawa, hubungan itu tidak menamatkan sokongan setia pengundi PAS kepada PAS dan masyarakat Cina yang kini menerima DAP sebagai parti arus perdana mereka juga tidak langsung gentar memberi undi mereka kepada PAS.
Pilihanraya kecil Bukit Gantang adalah satu ujian paling getir. PAS walaupun kehilangan sehingga hampir 5% undi Melayu tetapi kalau kita kaji keputusan pilihanraya 2004, PAS masih mengekalkan dan mendapat peningkatan undi padu penyokongnya. Dalam pilihanraya 2004, PAS mencabar calon BN-Gerakan di Bukit Gantang. PAS memperolehi lebih 10,000 undi iaitu undi padu Melayu. Undi tersebut termasuklah undi protes Melayu dan ahli UMNO yang marah kerana kerusi tradisi UMNO itu diberi kepada Gerakan.
Kita tolak ketepi fenomena luarbiasa PRU 13 tetapi kita lihat keputusan 7 April 2009 dan kita akan dapati, walaupun terdapat pengundi Melayu yang terbabit dengan fenomena luarbiasa PRU 13 sudah kembali kepada UMNO, tetapi PAS masih mengekalkan undi-undi padu Melayu pada kadar yang sama dengan biasa diterimanya seperti PRU 2004.
Kesimpulan daripada 7 April 2009, pengundi Melayu yang setia menyokong PAS tidak lari dari terus menyokong PAS walaupun UMNO mendakyahkan segala bentuk kedurjanaan kepada PAS. Lebih baik lagi pengundi dari saluran muda semakin terus cekal memberi undi kepada PAS. Dan dalam apa yang dianggap sebagai undian di luar aturan tabii, masyarakat Cina pula kini semakin padu mengundi PAS.
Selepas persempadanan semula Pasca PRU 1999 yang banyak berjasa kepada UMNO, kini persempadanan semula itu yang meletakkan orang-orang bukan Melayu sebagai ‘king maker’ ternyata hampir melenyapkan MCA, MIC dan Gerakan dan melumpuhkan UMNO.
Oleh yang demikian, PRU 13 tenyata memberi peluang cerah kepada PAS untuk meraih kemenangan lebih besar dan seterusnya bersama rakan mereka PKR dan DAP akan mungkin memikul tanggungjawab sebagai pentadbir di peringkat pusat.
Perubahan teraju di dalam UMNO dan MCA ternyata tidak membuahkan sebarang hasil sehingga kini. Sebaliknya, kedua-duanya dilihat telah mula berhadapan dengan polemik baru hasil dari perubahan teraju itu.
Keasyikan rakyat terhadap aura kepimpinan Najib juga tidak berlaku seperti diharapkan. Walau pada mulanya, rakyat hampir teruja tetapi setelah Tun Dr. Mahathir dilihat memainkan peranan agresif dalam kepimpinan Najib, rakyat yang bukan penyokong setia TDM terus meminggirkan Najib sebagai boneka. TDM adalah negarawan ulung dan beliau punyai eranya. Tetapi eranya sudah berlalu dan kebanyakan rakyat mahukan era baru dan keluar dari kepompongnya.
Bukan kacang lupakan kulit, tapi kacang-kacang pun mahu juga kulit yang baru sesuai dengan era perubahan global. Rakyat Amerika cintakan Kennedy, tapi kalau JFK masih hidup sekarang, cinta mereka pada JFK pasti pudar dan mereka tentu sekali mahukan era Obama tanpa campurtangan JFK.
Persoalannya sekarang, haruskah PAS ketinggalan keretapi yang sekian lama dikejarnya?
Tetapi, jika PAS mahu merasai nikmat menaiki keretapi itu, PAS harus menyediakan dirinya untuk tidak lain tetapi satu, iaitu naik keretapi itu!
PAS boleh cemerlang dalam PRU akan datang jika mereka dapat terus mengekalkan keyakinan masyarakat bukan Melayu kepada mereka. Untuk itu, PAS harus terus setia dengan identiti perjuangan Islamnya dan terus tolak perjuangan assabiyah atau nasionalistik.
Namun dalam mengekalkan identiti perjuangan Islam itu, ia perlu ditonggak dengan pemimpin yang dilihat fundamentalis tetapi bukan ekstremis. Ia juga harus diterajui oleh saf pimpinan yang bukan sahaja berilmu tetapi berakal.
Di dalam erti kata lain, PAS harus lekangkan diri mereka dari imej kampung tetapi tidak boleh menyarung imej elitis. PAS kini perlu beralih dari parti pondok kepada parti rumah pangsapuri dan jangan jadi parti rumah banglow.
Kemenangan-kemenangan bermakna PAS dalam PRU12 lalu ialah disekitar kawasan sub bandar dan urban tetapi yang memberi sokongan padu kepada PAS baru-baru ini ialah golongan pekerja atau proletar bukan golongan bangsawan.
Tiada tokoh lain yang lebih sesuai untuk meneruskan agenda PAS ke pusat selain daripada Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Untuk tujuan itu, sudah tiba masanya Tuan Guru meninggalkan tahta empuknya di Kelantan dan berkampung di pusat. Tuan Guru perlu meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar Kelantan dan menjamin satu peralihan kuasa yang sempurna supaya penggantinya mempunyai masa yang cukup untuk memperkemaskan diri berhadapan dengan jentera baru UMNO di Kelantan yang sudah pasti akan diambil alih oleh Mustapha Mohamed.
Dan dalam PRU ke 13 kelak, Tuan Guru perlu bertanding kerusi Parlimen begitu juga teraju-teraju PAS lainnya termasuk Husam Musa, Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin dan Mohamad Sabu yang jelas berpengaruh luas dikalangan bukan Melayu.
Jika PAS benar-benar serius dan mahu rakyat mengetahui ketegasannya bersama Pakatan Rakyat ke pusat, PAS perlu pertaruhkan segala kekuatannya di Pusat.
Tidak ada lebih baik, di dalam pilihanraya umum akan datang selain PAS mampu meletakkan poster Nik Aziz bersama Poster Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang selaku pemimpin parti-parti politik Pakatan.
Muktamar PAS yang akan datang adalah muktamar yang akan menentukan barisan saf PAS bagi PRU13 dan berkemungkinan besar, jika saf itu betul pilihannya, ia akan menjadi pemilihan terakhir sebelum PAS bersama PAKATAN menubuhkan kerajaan di peringkat pusat.
Tok Guru for PM!!! Tok Guru paling layak jadi PM
Although I am a non-muslim and there are certain issues which I do not agree with PAS but slowly and surely I am beginning to see more “light” at PAS’s end of the tunnel comparing with UMNO’s tunnel which is still as dark as a moonless/starless night!!
Also, I have more confidence with PAS because they truly are fearrful of GOD unlike UMNO who is only fearfull of $$$ or the lack of it…
Please tell me if I am wrong in my observation…
What about Tuan Guru Haji Hadi?
Kalu TGNA menang Parliemen dilantik memegang Menteri Hal Ehwal Agama Islam merangkap Penasihat Tertinggi (Kerohanian) Kerajaan Persekutuan PR..Alangkah gembiranya hati ini!!!!!!
Walaupun saya bersetuju dengan cadangan Tuan Guru Nik Abdul Aziz (TGNAZ) mainkan peranan di pusat tetapi pada hakikatnya ianya mungkin tidak berlaku kerana faktor usia dan kesihatan beliau. Orang yang hampir dan punyai misi sama dengan TGNAZ ialah Husam. Beliau patut diketengahkan untuk peranan di pusat dengan tokok2 muda lain. Biar muktamar PAS yang akan diadakan ini dapat membuat pilihan yang tepat menaikkan pemimpin2 yang dapat menyakinkan rakyat untuk menerajui kerajaan baru Malaysia!
It’s time to get serious with Pakatan Rakyat aspiration to establish MALAYSIA BARU. After all, we have been pressed under BN for half of a century. It’s time to teach BN a lesson for real.
http://nmjnh.wordpress.com/2009/04/14/umno-derhaka-raja-lagi-malaysiakini/
baca ulasan s’aya mengenai ‘harapan terhadap pimpinan pas yang baru’ dalam
http://www.santaimama.blogspot.com/
I am worried how twisted some people mind can be. If Nik Aziz is in some other countries like Iraq or Pakistan, there is a price on his head. I have never heard a so called ulamak can simply get away by saying ‘Allah mencarut’. At the very least, people will spit on his face.
I would put Nik Aziz in the same laegue with Salman Rushdie for his religious blasphemy.
Now hang on a minute, the reason the chinese were comfortable to vote for PAS is that they know PAS will still not able to pursue their main agenda of hudud etc since DAP is the power behind the puppet Nizar. Its a vote for DAP actually. PAS does not gain anything.
Also showing is the swing of some Malay voters that realize this, especially with the 999 leasehold land issue ( that’s a thousand years – mungkin dah kiamat pun – might as well call it hak milik kekal ).
The question is, what will be PAS excuse next time for not implementing hudud once in power of the federal government. As for DAP, “langkah mayat dulu”.
It all depends on how many seats PAS hold. If PAS does not hold the majority of the Parliament, I foresee a lot of Pakatan in-house bickering.
Anyway, apartments can also be luxurious too, whether its a penthouse or with direct view close of KLCC. Your analogy of simply to move up one level ( apartment) will not hold. Politicians from time to time would want to reward themselves, being politician.
Politicians cannot depend on government allowances. They cannot use or depend on resources donated by their poorer supporters.
Eventually resources will come from businesses, sponsors, Anwar Ibrahim etc. And these will have to be big simply because they will have to make big contributions. Now, the rakyat will not go to one of those “apartment” if they need contribution. They would have better chance if they go to a mansion.
We heard about politicians and their proxies getting government contracts. Be it UMNO, MCA, Gerakan, or MIC, profit from these are to be redistributed to the party for various purpose, often as donations, sponsorship etc in return for support. Of course some will be gelap mata looking at the mathematical figures.
The question now, if PAS yang beriman can refrain from the lure of these opportunities once in government, how about PKR and DAP? Biarlah PAS dengan proton saga dan apartment mampu milik, sementara PKR dan DAP duduk selesa dalam Harrier dan di Bukit Damansara
Coz I’m sure PR government will not award contracts to Pro BN proxies and likewise
Dalam PAS ada tokoh cherdikpandai dan begitu juga dengan Parti2 komponen lain seperti PR dan DAP.Pada saya mencari pemimpin yang bolih mentadbirkan Kerajaan Negeri atau Pusat tidak timbul.Lihat barisan kabinet Najib yang dipilih juga yang dimegahkan, adakah itu merupakan satu barisan yang kuat dan perkebolihan. Mengapa nak tunggu 6 bulan buat penilayan peristasi mereka.Bukankah kita dah tunggu 50 tahun mendapatkan keberkesanan kepimpinan UMNO/BN tetapi kami semua hampa.Kehampaan rakyat dirasai apabila jurang kehidupan rakyat antara kaya dan miskin terlalu jauh bezanya dimana yang kaya terlalu kaya dan miskin papa kedana.Dan yang kaya dan senang kebanyakanya terdiri dari orang UMNO/BN.
a very optimistic syeikh this time around.
hopefully it’s going to happen..very optimistic sheih..one of d best entry..
SYEIKH KAU MEMANG DAH GILA LA…..MUAHAHAHAHAHAHA
NIK AJIS NI PUN DAH SESAT SEKARANG NI, KAU PUN SAMA LA KOT!
AKU TAK PAHAM BETUL AL JUBURI WAL LIWATI JUGAK KAU JADIKAN IDOLA KAU KAN?
BUAT MALU ORG KELANTAN JE LA KAU NI SYEIKH!
HUSAM DAH GUNAKAN NIK AJIS KAW2 PUNYA, DIA ADALAH KEPALA ERDOGAN DALAM PAS YANG AKAN MENJATUHKAN ULAMAK DALAM PAS!
AKU HANYA SOKONG PAS YANG DIKETUAI OLEH GOLONGAN ULAMAK!
BUKAN ULAR DALAM SEMAK!
Sheikh, orang UMNO kata..
Melayu itu UMNO = Salah!
UMNO itu Melayu = Salah jugak!
Melayu itu Islam = Salah lagi!
Islam itu Melayu = Lagi Salah!
UMNO itu Islam = Tersangat Salah!
Jadi macam mana bila dikatakan UMNO menperjuangkan melayu dan Islam?
Orang PAS pulak mereka tak kata Islam itu PAS.. tapi mereka kata PAS mendokong Islam. Ini yang BETUL!
Mesti faham dan ingat bahawa dalam Islam tidak ada “perjuangan untuk bangsa”. Baik bangsa melayu, arab maupun cina. Hanya kesejahteraan bagi ummah (manusia/rakyat).
Pandai-pandai lah ke muktamar nanti..Takbir!
Anwar boys led by Kamaruddin Jaafar will take over PAS leadership in june
Nizar will be the new president of PAS , Hussam already outshine by Nizar…
Tok Guru will be end up like Guru Yahya..
parpukari, kamu hidup dalam dunia fantasi. golongan ulamak sahaja tidak akan memerintah negara kerana appeal mereka adalah limited kpd golongan mcm kamu. kejayaan PRU 12 adalah kerna usahasama semua ahli pakatan dan bukan PAS semata2, jauh sekali kerna golongan ulamak semata2.realitinya negara ini bukan 70-80% islam.hanya 55%. golongan UMNO pun masih ramai.
ingat tanpa undi bkn islam kedah bukan di bwh majoriti PAS skrg. tanpa veto/campurtangan ‘al-juburi erdogan’ yg awak ckp tu nizar tiada langsung bpeluang jd MB dahulu lagi. ingat DAP 18 kerusi pas hanya 6 di PERAK,PKR 7, tp DAP/PKR bg peluang Nizar PAS jd MB.kitsiang bangkang lantikan nizar pd mulanya, tp lekas di veto oleh ‘aljuburi’ kamu tu(satu sikap menyelar yg biadap pd org yg dahpun didapati tak bersalah di mahkamah). apa golongan mcm kamu tak boleh bterima kasih pd mereka golongan BUKAN ULAMAK dan BUKAN ISLAM dan si ‘erdogan’ yg menjayakan PAS? sekadar nak melepar kata2 nista. apa pendokong2 ULAMAK ini sahaja kualitinya; boleh lempar kata2 nista dan persenda shj?
mungkin golongan mcm kamu patut masuk umno atau buat pkampungan sendiri mcm AL ARQAM dulu. duduklah dgn FANTASI kamu dan larilah dari realiti dunia sebenar. nk jd ular dlm semak pun boleh kat kampung tu
terkonang daku..dulu-1.BN bergabung diumpama satu kawoh dimasak babi/bewak dan lembu..mu nok make(tapi sekarang PAS???)
2.Jangan angkat pemimpin bukan Islam jadi pemimpin!!(Dey..Bukit Selambau apa suda jadi??Kita angkat Manikumar..calon bebas orang Islam satu pun tak boleh pakai???)
3.Raihan nak buat konsert kat kelantan pelbagai halangan dihadapi(kononnya melalaikan kot)..tapi sekarang dengan relonyo artis rock yang bernyanyi berkonsepkan ketuhanan ditrimo..baguslo tu)
4. Nizar..”mana ada tertulis dalam perlembagaan PAS nak buat negara Islam”???(ucapan mungkin secara strategik dan fatanahnya untuk mengelabui mato DAP dok gitu)
Kesimpulan;InsyaAllah umur panjang lagi 3 PRU:Konsep dan approach Negara Islam PAS akan lebih kurang ngan UMNO..cuba yang berlainan sikit diawal pemeritahannya(kalau menang ngan pakatan la)ialah ianya lebih versih..HUDUD cuba mimpi yang tak kesampaian sebab DAP akan bangun bangkang dan Anwar akan jadi penawar kemelutan isu tersebut..dengan berkata pada PAS “sabaq kita buat sikit-sikit nanti depa tak sokong hancus kita” dan pada DAP “Lu orang cina jangan risau isu hudud gua boleh kasi kau tim sama PAS”..Keratan Pakatan akan berkonsepkan pemerintahan bersama yang bertolak ansur sepeti Barisan..CUMA MEREKA LEBIG BERSIH & ADILL???(Jangan awal awal je dah le…)Adiooss
Take a look at my face..
There’s no price i won’t pay to said this words to u..
Sheikh…
Gaya bahasanye mcm x suka benar dgn Tuan Guru Presiden? Sheikh ahli PAS ke?
Kalau di beri pilihan Kelantan dan Mongolia…. saya pilih Kelantan…
ntah la sheikh.. ms prk bkt gantang meluat gk tgk ustaz nasha.. dgn kereta besar dye. kami pnyokong kdg2 mcm rasa tertipu jer.. bkn la tak boleh nk jd kaya.. tapi nape tak bsama kami???? bg sy husam paling bkaliber wpun gol konservatif (jgn marah na anta tuduh org endorgan) ni patot berubah la.. duk pikir depa je betul. tanya la bloggers penarik beca prangai ustaz nasha.. meluat
Tok Guru Nik Aziz embrace Eli Bt Lanjan no yes?…and Selangor women Pas also?
sudah memulakan dakyah melaga2kan kedua2 tok guru ke?
hehhe ini arahan pertama yg diterima daripada bos husam ke?
masya Allah…
politik jenis apa ini..
sekarang ni hanya golongan ulama dibawah pimpinan tuan guru hadi awang jer yg benar2 mendokong islam… seperti kata TGHA kami rela kalah kerana memperjuangkan islam, apalah guna memerintah sesebuah negara seandainya tidak mendapat keredhaan Allah… TGHA adalah pemimpin yg benar2 mendokong islam.. berbeza dgn pok nik dan team endorgan yg dipengaruhi oleh husam… mereka lebih tamak kan kuasa sehingga memaksa pok nik mengeluarkan kenyataan yg bertentangan dgn prinsip islam… seperti berbogel x apa sedangkan pok nik tau ianya lebih kepada maksiat, kafir baca ayat Al-Quran x pe sedangkan dia tau ianya hanyalah untuk tujuan politik bukannya kerana mereka beriman dgn Allah dan berbagai2 kenyataan yg dipertikaikan sehingga ketokohan pok nik diragui…
aku rase nizar patut jadi new PAS presiden
satu malaysia aku serahkan pada nizar….TAKBIR!!!
Cadangan meletakkan Tok Guru Nik Aziz ke Parlimen adalah cadangan yang undur kebelakang. Tahun 60’an hingga 80’an Tok Guru pernah jadi Ahli Parlimen.
Apa yang penting Tok Guru selaku Mursyidul Am atau penasihat Rohani. Tok Guru boleh berperanan tidak di parlimen. Tetapi yang lebih penting pandangan harus diterima. Apa yang penting untuk PRU 13 nanti PAS mesti menumpukan kerusi di kawasan pendalaman dan Rancangan FELDA/FECRA/KESEDAR/KEJORA dan kaw yang dimenangi oleh UMNO sekarang. Lebih kurang 40 kerusi.
Secara matematik mudah (tanpa metamatik dalam BI) 23 + 40 Kerusi akan menjadikan PAS 63 Kerusi Parlimen. Dengan majoriti di parlimen PAS bolehlah berkuasa membentuk hala tuju dan kerajaan baru di Malaysia nanti. PAS hendaklah memimpin Kerajaan baru malaysia, bukan dipimpin.
Sepekara lagi ramai non muslim khusus China dan India menyokong PAS kerana PAS di pimpin oleh Ulamak yang amanah dan telus. Amanah sukar untuk dicari. Kepakaran atau profesional dalam sesuatu bidang hendaklah dikongsi bersama dengan exco/kabinet/pegawai disekelilingnya.
Kalau profesional atau kepakaran saja tidak cukup tanpa amanah. Ranapnya Bank Bumiputra kerana tidak adanya amanah. walaupun kepakaran berlambak.
ALL,
Jangan taksub berberpolitik ikut parti….lambat laun parti itu akan mati dengan sendirinye.Kite dah masuk abad 21,perkongsian politik adalah the way to go, suke atau tidak, itu realitinyer.Tak salah kalau ade PAS,DAP,PKR dalam pusat, lagi banyak perselisihan pendapat, lagi bagus untuk rakyat umumnye (check and balance).
Dengan ade nyer media baru (you all is part of it) yang tak boleh dilawan oleh mane2 media, manusia menjadi semakin bijak menilai, bukan bangsa jadi keutamaan, bukan ideologi jadi keutamaan…KEADILAN sejagat itu yang jadi tuntutan manusia…jangan takut dgn bayang2,kuasa memilih ditangan rakyat dan rakyat Malaysia akan terus menilai segenap inci tindak tanduk yang dilakukan pemimpin tidak kire dari parti mane sekalipon..Parti yang sedia menerima tohmahan, membaiki kesilapan, tidak arrogant, parti itu akan terus mendapat sambutan sampai bile2….Ingat, manusia menilai tindakan, janji2 manis & kate2 manis kite tak dengar pon takpe.
Jangan bercakap soal hudud kalau tak paham apa itu hudud. Takde sebab DAP nak tolak hudud kalau diorang betul2 paham apa itu hudud..hudud untuk Islam, bukan untuk org bukan Islam. Sungguh pon untuk Islam, tidak semudah yang kite pikirkan jalan perlaksanaannye…Berape kes hudud yang telah dijalankan/diadili di Saudi Arabia hingga sekarang?? Tak sebanyak yang kite pikirkan tapi ape yang nyata Saudi Arabia adalah negara yang paling sikit kes jenayahnye diseluruh dunia…unik kan???Itulah kesan Hudud terhadap tindak tanduk manusia yang tak lari dari dosa.Jangan terpedaya dgn kelompok manusia yang menakut2kan agama lain soal hudud yang mane jelas menunjukkan mereka tak paham ape itu hudud walaupon mereka mengaku mereka itu Islam dari jenis yang berkeris…
Nik Aziz or Anwar or sape sekalipon boleh jadi PM ( berdasarkan proses pemilihan)…tapi yang nyatanyer mereka juga boleh diturunkan bile2 mase “jika” kalimah ALLAH yang menjaga hak semua bangsa/agama tiada dalam kamus kepimpinan mereka..
Bukan PAS je yang kene ade strategi melahirkan pelapis baru, DAP and PKR pon kene buat yang same sebab abad 21 tidak lagi bersifat monopartisan….Pelapis2 dari polipartisan inilah yang bakal menentukan hala tuju negara…..wallahualam.
wallahualam.
Zahid Hamidi cakap nak tambah kekuatan askar wataniah di setiap kawasan parlimen… apo lai…. undi pos la tu bro….
hkahkahkahkahkhaaa….
Di kalangan orang PAS, orang yang berkaliber jauh lebih banyak daripada UMNO. Ini cuma satu manifestasi semulajadi yang mana orang Melayu yang mampu berfikir sudahpun berduyun-duyun meninggalkan kereta buruk UMNO yang tak habis-habis dengan perang panglimanya merebut pangkat dan harta.
Oops, lupa pula retorik ras basinya.
Era PAS sudah hampir tiba menggantikan UMNO maka jangan sekali-kali termakan umpan “perpaduan Melayu” UMNO.
Get ready for the party at Putrajaya.
prachai my man, kawe pun rasa macam tu juga…get ready bro!
Korang jgn percaya dgn kempen mamat sekor ni, jenis yang kununnya bersama-sama berjuang dgn gerakan Islam tapi perangai macam iblis, tak de adap dalam berjamaah. Misi bawah tanah untuk menjatuhkan kepimpinan ulama’ tak kan bertahan lama, malahan dalam masa terdekat ini korang iblis-iblis erdogan ni akan tersungkur lebih cepat!