Last night, Hassan Marican appeared on National Television willingly to bare all about Petronas. Unfortunately, the only answer he should have gave last night to those stupid panels (and moderator) was “Bloddy hell, what a stupid question! Go and **PAKLAH** yourself la!” but he remained calm though.
Most probably the instruction was to grill him as though the increase of fuel prices is all Petronas faults.
Meanwhile, Last week, before leaving for Dubai, Dato’ Husam Musa called for a Press Conference to reveal all the facts and to justify his claim that it is not necessary for the government to increase fuel prices. It is also to give his insights on how actually it is possible to reduce the fuel prices.
Unfortunately, none of it ever came out in the mainstream papers although we have about 30 journalist and broadcaster packing the small office. The TVPAS reporter came ten minutes later and arrogantly left the room because the session already started. As a result, the session goes unrecorded. It was a total blackout on what was said and PAS official organ too play a role in it.
I have written in this blog all the facts and have published the figures to justify the claim where many are more interested to use rhetoric and to show the slimy strength by demonstrating and cause misery to the already much affected taxi drivers and shoppers in KL.
To some politicians, it is easier to get your photos and story published in newspaper by behaving like hooligans in public places yet when you got the chance to speak up, only buckets of nonsense do come out.
Today I will continue with my essay and we will discuss how it is possible to reduce the price of fuel prices and to put a stop in the already escalating cost of living.
Kerajaan Tidak Berlaku Jujur Di dalam Soal Subsidi Bahan Bakar
Kerajaan mendakwa terpaksa membelanjakan hampir RM40 Billion untuk menampung subsidi bahan bakar. Ini adalah sebenarnya satu dusta ataupun, satu cubaan oleh kerajaan untuk mengelirukan rakyat Malaysia.
Hakikatnya adalah,
• Kerajaan tidak menanggung satu senpun untuk subsidi bahan bakar.
• Subsidi bahan bakar juga tidak termasuk dalam data perbelanjaan kerajaan.
• Subsidi bahan bakar sebenarnya tiada.
• Yang ada hanyalah wang yang dibelanjakan oleh kerajaan untuk subsidi tol, subsidi pengangkutan awam, subsidi bahan makanan dan lain-lain subsidi tetapi bukan untuk bahan bakar.
Oleh yang demikian, kenyataan berikut oleh Menteri Kewangan Ke Dua adalah tidak tepat dan bersifat cuba mengelirukan rakyat.
Data yang dikeluarkan oleh Perbendaharaan Negara jelas tidak seperti yang dinyatakan oleh Menteri Kewangan Ke Dua, Menteri-Menteri Kabinet, Abdullah Ahmad Badawi dan juga oleh Khairy Jamaluddin di Persidangan Agung UMNO 2007.
Data Perbendaharaan Negara menunjukkan maklumat berikut,
Menurut Laporan Perbendaharaan Negara dalam carta 4.3 Perbelanjaan Mengurus Kerajaan Persekutuan 2008, jumlah subsidi yang ditanggung Kerajaan pada tahun 2007 ialah RM12.1 billion iaitu 9.8% daripada RM124 Billion Perbelanjaan Mengurus Kerajaan. Manakala pada tahun 2008, jumlah subsidi yang diramal oleh kerajaan ialah RM10.1 Billion atau 7.9% daripada jumlah RM129 Billion peruntukan Perbelanjaan Mengurus Kerajaan yang diluluskan dalam belanjawan 2008.
Ini jelas menunjukkan bahawa perbelanjaan mengurus subsidi bahan bakar tidak pernah termasuk didalam perbelanjaan kerajaan kerana,
• Data perbelanjaan mengurus oleh Perbendaharaan menunjukkan jumlah yang lebih kecil dan tentu sekali tidak dapat menampung jumlah subsidi yang kononnya berjumlah RM40 Billion.
• Jumlah subsidi bahan bakar juga tidak termasuk di dalam data-data lain di dalam akaun kerajaan seperti yang tercatat di dalam laporan tahunan Perbendaharaan Negara.
Oleh yang demikian, dari manakah datangnya subsidi tersebut? Subsidi tersebut sebenarnya tidak pernah wujud.
Bahan bakar yang diguna untuk keperluan domestik diperolehi menerusi,
• Mekanisme tukaran minyak mentah negara.
• 400 tong minyak mentah berkualiti “Tapis Blend” iaitu minyak mentah berkualiti paling tinggi di tukar di pasaran global dengan keperluan minyak mentah dalam negara.
• Minyak mentah ini setelah diproses kepada petrol dan diesel di jual kepada rakyat pada harga yang ditentukan oleh kerajaan.
• Kerajaan memperolehi “keuntungan” bersih (kerana kerajaan tidak membelanjakan apa-apa) dari cukai yang dibayar oleh Syarikat Petroleum, Stesen-stesen minyak dan lain-lain pembekal.
Benarkah Minyak Mentah Malaysia Hanya Untuk Beberapa Tahun Lagi?
Kebelakangan ini, rakyat diberitahu bahawa sumber petroleum Malaysia akan berakhir dan negara akan menjadi pengimport bersih (net importer) bahan bakar ini. Ini dijadikan alasan oleh kerajaan untuk menaikan harga minyak dan seterusnya menarik “subsidi” bahan bakar bagi menyediakan rakyat dengan harga semasa bila negara mula mengimport minyak untuk kegunaan tempatan.
Bagaimanapun, Laporan Tahunan Petronas 2006 mencatatkan bahawa sumber minyak mentah Malaysia cukup sehingga tahun 2024.
Hassan Marican, Pemangku Pengerusi, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, pula menjelaskan kepada media bahawa pada tahun 2011 Malaysia akan menjadi net importer Petroleum kerana permintaan dalam negara akan melebihi keluaran minyak mentah negara. Ini bererti permintaan dalam negara akan melebihi 700 ribu tong sehari. Tetapi pada tahun 2011 dan seterusnya, negara akan masih mampu mengeluarkan 700 ribu tong minyak mentah sehari, itu tidak dinafikan oleh beliau.
Berdasarkan Laporan Tahunan Petronas semenjak 1980 melaporkan bahawa simpanan minyak mentah Malaysia semakin bertambah dan bukannya berkurang. Dalam tahun 1980. Dilaporkan bahawa simpanan minyak mentah Malaysia adalah sebanyak 3 billion tong, namun semenjak itu kita telah mengeluarkan lebih 4 billion tong dan hari ini kita hasih mengeluarkan sebanyak 650 ke 700 ribu tong sehari setiap hari selama 365 hari dan pada kadar ini boleh bertahan untuk 20 tahun lagi.
Sebenarnya, simpanan minyak mentah negara semakin bertambah dan bukannya berkurang. Pada tahun 2008, simpanan minyak mentah negara ialah 4 billion tong dan Malaysia berada di tempat ke 28 di dalam pemilik simpanan minyak terbesar dunia.
Minyak mentah Malaysia sebenarnya tidak akan kering dengan begitu cepat. Ini kerana Petronas, sebuah firma petroleum yang dimiliki oleh rakyat Malaysia melabur ratusan juta ringgit setiap tahun bagi mencari telaga minyak baru di seluruh dunia.
Menerusi pelaburan itu terhasilnya penemuan-penemuan baru dan menurut laporan yang sama, nisbah penggantian pada waktu ini ialah 1:1.8 liter.
Ini bererti, bagi setiap satu liter yang digunakan oleh Petronas menemui 1.8 liter sumber baharu. Ini bermakna kadar penggantian adalah lebih besar dari kadar penggunaan.
Penurunan Harga Minyak Tidak Mustahil
Bagi mengoptimunkan perolehan kerajaan menerusi minyak mentah kerajaan sebenarnya tidak perlu menaikan harga minyak. Bahkan kerajaan boleh mengoptimunkan perolehannya dengan menurunkan harga minyak pada waktu yang sama.
Pengurangan Penggunaan Petrol dan Diesel
Harga petrol Malaysia adalah yang tertinggi di kalangan negara-negara pengeluar minyak. Berdasarkan jumlah penduduk 26 juta orang dan kadar pengeluaran minyak mentah sebanyak 650 ke 700 ribu tong sehari, Malaysia mempunyai nisbah pengeluaran yang amat tinggi tetapi ianya tidak dinikmati oleh rakyatnya yang jauh lebih rendah dari negara-negara pengeluar lain.
Harga bahan bakar petrol dan diesel ini perlu diturunkan dan sememangnya mampu diturunkan. Antara proses-proses yang perlu diambil untuk menurunkannya adalah seperti berikut.
Peralihan daripada penggunaan Petrol dan Diesel kepada gas asli untuk kenderaan atau NGV perlu dilakukan kerana faktor-faktor berikut,
• Malaysia adalah negara ke 13 di dunia mempunyai simpanan gas asli terbesar. Pada tahun 2004, Dato’ Mustapha Mohamed mengumumkan simpanan gas asli Malaysia adalah sebanyak 89 trillion kaki padu.
• Walaupun kerajaan menggalakan penggunaan NGV kerana ia lebih bersih dan mesra alam tetapi kerajaan tidak mewajibkan setiap stesen minyak menyediakan kemudahan ini. Akibatnya stesen NGV amat terhad dan tertumpu di sekitar Lembah Klang sahaja.
• Penggunaan NGV secara meluas oleh pemilik kenderaan akan mengakibatkan permintaan terhadap petrol dan diesel berkurangan.
• Kesannya negara boleh menjual lebih minyak mentah dan ini akan membawa lebih banyak pulangan.
• Menerusi pendapatan lebihan ini, harga petrol dan diesel dapat dikurangkan lagi.
National Petroleum Advisory Council
Penubuhan semula National Petroleum Advisory Council (NPAC) bagi mengumpulkan pakar-pakar bagi merancang guna sumber tenaga negara dan mementuk polisi-polisi tenaga Negara yang berkesan. NPAC ditubuhkan bersama dengan penubuhan Petronas tetapi ianya sudah tidak wujud lagi pada hari ini.
Petronas sering mencatat keuntungan besar dari setahun ke setahun. Dan sebagai sebuah syarikat yang menjaga khazanah milik rakyat Malaysia, struktur organisasi Petronas perlu bermatlamat menjaga kepentingan rakyat.
Oleh itu NPAC perlu dihidupkan semula dengan melantik tokoh-tokoh berwibawa dan bukan semata-mata ‘perlantikan politik’. Dengan erti kata lain, menghidupkan semula NPAC tidak bermakna jika sekadar mahu melantik tokoh-tokoh UMNO yang telah ‘expire’ seperti contohnya dengan melantik Abdul Rahim Thamby Chik atau Zainuddin Maidin.
Check And Balance Di Dalam Petronas
Pada hari ini, Tan Sri Dato’ Mohd. Hassan Merican memegang ketiga-tiga jawatan tertinggi Petronas iaitu Sebagai Pengerusi, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas. Sebelum ini dua jawatan ini disandang oleh individu berlainan.
Tanpa mahu mempertikaikan pencapaian dan kejayaan yang dibawa oleh Tan Sri Dato’ Seri Mohd. Hassan Marican sejak diteraju Petronas, namun dengan memegang ketiga-tiga jawatan ini, Tan Sri Dato’ Seri Mohd. Hassan Marican menjadi begitu kuat sehingga menyukarkan check and balance di dalam Petronas seterusnya mengakibatkan tiada ketelusan di dalam pengurusan Petronas.
Kesimpulan
Rakyat Malaysia seharusnya menikmati kemakmuran daripada kenaikan harga minyak dipasaran dunia. Sebagai pengeksport bersih minyak mentah, kenaikan harga minyak beerti pulangan tambahan kepada negara.
Malang sekali, bukan sahaja tidak dapat menikmati kemakmuran daripada sumber hasil negara ini, rakyat Malaysia dibebankan pula oleh kenaikan harga minyak yang seterusnya memberi kesan berantai terhadap harga barang-barang keperluan.
Berdasarkan hujah-hujah dan data-data yang telah diketengahkan, terbukti bahawa tindakan kerajaan untuk menaikan harga minyak adalah tidak berasas.
Ini membuktikan kelemahan di dalam pengurusan oleh kerajaan dibawah pimpinan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi.
Rakyat Malaysia seharusnya menuntut hak mengecapi kemakmuran sebagai negara pengeluar minyak dan menyeru kerajaan menurunkan semula harga minyak. Jika ini tidak dilakukan, ekonomi negara akan merudum dan rakyat bukan sahaja akan menderita akibatnya tetapi terpaksa pula berdepan dengan pelbagai masalah sosial yang berpunca darinya.
Pulangkan Hak Rakyat Segera!
nice report bro!
Salam…
A good write-up bro.. I really hope people from all walks of life could read this article and reproduce it. Just to show that the bugger is not doing a great job managing this country.
He is dismantling every bits and pieces of our beloved country, left by the Grand Old Man…
Bro, kenape tak publish full report of your research to HARAKAH??
FANTASTIC Demographics and Presentation of the Truth!
Thank you again Bro Sheih & Dato’ Husam for opening our eyes!
..While all eyes set on Hassan Merican last night, i opted for hujah@tv9 with MP from Pokok Sena and Sri Gading as guests speakers. One of the MPs said the govt. has sacrificed and contributed a lot to rakyats and in return the rakyats should be grateful and must reciprocate by changing their lifestyles to adapt to current economic situation….GUESS WHO? DEAL OR NO DEAL ?
Again, this demonstrates that it takes a hands-on mgmt & some analysis to form right conclusion / decision. To our disgrace for having a Departing PM who has no attribute to this pre-requisite ability.
But amongst his cabinet, non the wiser !!
YB Husam & Sheih…………I appreciate yr faculty of mind.
Salam Bro Sheikh,
Termenung seketika kawe baco research hok demo buat, tak sangka sama sekali begitu teruk sekali Rakyat Malaysia diperbodohkan, Selama 50 Tahun mereka memperbodohkan seluruh negara dan mengumpulkan kekayaan sendiri, Sekarang mereka menagih pengorbanan dari Rakyat. Apa lagi yang kita mampu korban??? Sekiranya masih ada lagi rakyat yg masih menyokong maka selagi itulah kita akan terus diperbodohkan, Sudah sampai masanya kita bangkit dan menyedarkan mereka diatas sana yang kita sudah muak dengan semua ini. Sudah sampai masanya kita menuntut apa yang menjadi hak kita!!!!!! Terima Kasih diatas hasil Usaha Sheikh dan Team.
nice one bru.. supposed RTM get you and husam to counter shahrir the other day instead of that clown salahuddin.. but kudos to you!
terry
Salam Sheih,
Somebody (subsurface engineer, process engineer) please correct me if I am wrong here, but the word “boe” is not representing oil. It is a combination of crude oil and natural gas. Based on 2007 data above, oil is small portion only, 5.36 boe, the majority is gas. Only crude oil produces oil.
Though there are still avenues to improve further within petronas, overall they are playing their role as expected. Bashing petronas for oil hike is not accurate, as if we are bashing pengembala kambing. Bashing should be directed at tuan punya kambing….. Yes?….No?
Anyway if you bring this type of report to them…they’ll rebuke to say its baseless, rubbish and pro-Opposition.
They’ll say the opposition has come up with a write up that can create disharmony and threathen national security…. bla bla bla.
They’ll say they have done the best as they dont want to see the Rakyat suffer and all should be thankful instead of just critisizing.
Pergh.. memang hebat.. congratulations and thanks for the really outrageous info…
Have linked your writings on fuel subsidy in my blog. This report must be spread wide… let the truth be told.
the truth has spoken…nice job bro & YB for the well-excavated analysis
I wonder where all the money gone.
Salam bro,
What a comprehensive essay. Congratulation!!!. BUT nothing much we can do if that clown and his bunch of jokers hold the fort. The mainstream medias and UMNO MPs (mostly) would keep intoxicating us with the exuberance of those clowns’ verbosity, to make the rakyat confusing. Mapoh
As an employee of the national oil company, i will thank you for a “balanced” review.
From the moment we signed the job offer letter, we employees are drilled with tons and tons of trainings and ‘charters’ to be reminded that we work for the people. I have to say, in all business decisions that we make, do have “Malaysia” in mind. Its true that Tan Sri President being the only one completely in power can look very intimidating knowing our history of power and money hungry leaders but i have to say, that he is a very, very patriotic man.
Because of this, it seems like he makes ALL decisions for PETRONAS. That is not the case. Every major decision are called by the Prime Minister since Petronas reports directly to him. This fact was not highlighted in his interview. Our salary, adjustments and even bonuses are approved by the PM.
It really gets to me when people have the notion that we employees get free petrol and live luxurious lives. Fresh graduates employed by Petronas earn less than a fresh graduate employed by the Government. Bet you didnt know that! If he is from a technical background, good for him (technical people are highly valued in the company for their skills – and apparently, those companies from Middle East value them very highly as well). But employees of non-technical background, needs at least 3-5 yrs of experience to be awarded more salary. Hate to surprise most of you out there, but there you go, we suffer as much as you do too.
And no, we dont get free petrol 🙂
Everyone has a right to ask, and everyone is frstrated of having to pay more for stuff. But please, dont make Petronas as a scapegoat.
thanks.
Very informatif!!! Congrats!
Check And Balance Di Dalam Petronas
Pada hari ini, Tan Sri Dato’ Mohd. Hassan Merican memegang ketiga-tiga jawatan tertinggi Petronas iaitu Sebagai Pengerusi, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas. Sebelum ini dua jawatan ini disandang oleh individu berlainan.
Tanpa mahu mempertikaikan pencapaian dan kejayaan yang dibawa oleh Tan Sri Dato’ Seri Mohd. Hassan Marican sejak diteraju Petronas, namun dengan memegang ketiga-tiga jawatan ini, Tan Sri Dato’ Seri Mohd. Hassan Marican menjadi begitu kuat sehingga menyukarkan check and balance di dalam Petronas seterusnya mengakibatkan tiada ketelusan di dalam pengurusan Petronas.
Sorry sheih…this is where you’re wrong.
There’s no harm by picking up the phone or sent your queries to petronas to get the clear picture.
It’s not nice writing something that is not true.
Sheih Said: Dear MIA, Not sure where you are pointing. Is it the three position he is holding? Because, he is holding those three position as per record by Petronas. Is it ;dua jawatan di sandang oleh individu berlainan? Because it used to be Arwah Tan Sri Azizan and Tan Sri Hassan.
Or regarding the transaprency? Because ‘Ketelusan bukan sahaja mesti telus tetapi mesti juga di lihat telus dan sebagai syarikat seperti Petronas, tentu sekali wajib untuk dilihat telus’.
Sorry MIA, I do keep in touch with people within Petronas, perhaps If you give your number, I too can get in touch with you.
And it is not nice too to accuse somebody not writing the truth, instead, its better to counter it with facts and relevant data. That is much welcome. Malay say, Saya budak baru belajar.
Stop sending people to Orbit. Give the money for New energy R&D. Kedekut tak bertempat. R&D fund cukup susah nak dapat. Hantar orang ke Orbit boleh pulak.
Jepun dah pakai “fuel-cell”, hydrogen based energy source rather than Hydrocarbon based fuel macam sekarang.
Kalau pasal duit, sampai ditubuhkan Khazanah. Tapi bila mintak duit sebagai modal untuk cari sumber tenaga baru, cuba pegi tanya Khazanah…boleh ke pinjam…? Sure punya tak boleh, sebab duit sebagai modal untuk R&D tak buat duit serta-merta…Accountant punya kepala. Duit untuk buat duit…
Naik kan gaji kepala-kepala GLC boleh pulak…mintak duit untuk R&D nak ganti Hydrocarbon fuel…memang susah.
Sebab duit untuk kerja-kerja R&D tak kan boleh jadi duit secepat mungkin. Koridor Wilayah Iskandariah boleh ke beri sumber tenaga baru ?
Janganlah dok penipu rakyat dengan fakta fakta ko yang tipu.letih aku baca.
: O wow ! good report. You done your homework Sheih. Now, get it published !
😮
Well done bro Sheih. this is something that everyone in Malaysia should know and leave it to them to dispute your numbers, wherever possible. However, latecomers for important interview such as Dato’ Husam’s is a total disgrace, furthermore those from PAS, it sucks..I think TVPas better sack them off before they missed a lot more important interviews..
Mat deris,
Indeed boe (barrel oil equivalent) is about translating gas reserve to its equivalent amount in oil. This is not reflective and more often than not misleading. to me as an engineer, I never like this unit.
It is more representative to use field unit, that is mmscf (million standard cubic feet). I boe is equivalent to 6000 boe.
I used to work with Petronas, but left couple of years ago. Well, opportunity came and Petronas (until now) has never been able to match industrial average salary. If you have access to SPE (Society of petroleum Engineers) website, you’ll notice that Petronas salary pay is almost 100% lower than the industrial average. Yet not many people know.
Apart from salary and some human resource services, I think Petronas is a great home-grown company that deserve respect and support.
Train your gun right – at the BN government. Not Petronas management.
Mat deris,
Indeed boe (barrel oil equivalent) is about translating gas reserve to its equivalent amount in oil. This is not reflective and more often than not misleading. to me as an engineer, I never like this unit.
It is more representative to use field unit, that is mmscf (million standard cubic feet). I boe is equivalent to 6000 boe.
I used to work with Petronas, but left couple of years ago. Well, opportunity came and Petronas (until now) has never been able to match industrial average salary. If you have access to SPE (Society of petroleum Engineers) website, you’ll notice that Petronas salary pay is almost 100% lower than the industrial average. Yet not many people know.
Apart from salary and some human resource services, I think Petronas is a great home-grown company that deserve respect and support.
Train your gun right – at the BN government. Not Petronas management.
Pak Sheik,
Anda perlu lebih mengetahui hal-hal dalaman sebelum menulis sesuatu tentang PETRONAS. Jangan lah cuba menipu orang yg “tak tau”.
sampai bila petronas nak jual minyak? sudah-sudahlah porak-perandakkan alam sekitar.
A nicely done report by you. Really appreciate it, thank you for spending some times to do some research and ‘educate’ people about what’s really happening behind the fuel price hike in Malaysia.
Question is, how do we address this to the Govt? I think after Tun Dr M left, everything falls apart. It’s totally unfair to ‘ruin’ what Tun has built in his glorious years. I think Malaysian Govt is so weak now and we need new faces and new energetic young people to run the Country. This is Malaysia we’re talking about, not some kedai runcit that you can manipulate and suka-suka naik harga and put the blame to others. Tolongla kerajaan, you are the one who SHOULD BE TRANSPARENT to your people, we’re the stakeholders of the country, I paid TAX too, remember??
Sebelum diorg try memerintah negara, cubalah diorg try dulu run company, tengok boleh x dapatkan keuntungan RM570Bil within 34 years? I bet NO (not without bribery kan? haha )
bro,
the question that should be ask by everyone is what have government done with all the money contributed by PETRONAS. We should appreciate PETRONAS contribution so far, do you know how it feel to work in Sudan swap area? or working in freezing temperature in Turkmenistan? Easy example la, is there any Malaysian say thanks to those who spend 2 weeks offshore, tinggal anak bini sumer?
Cakap psal claim PETRONAS syarikat Rakyat boleh la bro, cakap boleh la…. rakyat ada terima kasih ker? Go and attack the Government la…..
Get rid of Badawi and everything will be ok.
One more, POLITICIAN please leave PETRONAS alone, we don’t need politician to run an oil company. Check and balance? well, PETRONAS present leadership have all the quality. Don’t worry about it. KJ ker, Anwar ker, Husam, KIT SIANG ker, just get ur hand off PETRONAS.
only those in the industry knows. and aku emo masa menulis nih.
Sheih Said: Hello Friend, Petronas Bayar you gaji kan? Instead of thingking of those professional working ‘oversea’ I would like to think of those rakyat who earn 500 or 800 ringgit a month with more than one child living in Kuala Lumpur. If someone earning 3000 ringgit with 4 children living bear minimum yet cannot survive in KL but have too, … why should I at this moment take your suggestion.
If you work with Petronas ke or with Syarikat ABC ke, why should Malaysian say thank you to Petronas or ABC? Am I slamming Petronas in my posting? Sorry but I have to say this, I think you just blurrr
banyak barua2 umno yg cuba membela pak bodo lah tu masuk dlm ni la plak…
ape yg sheih bgtau psl petronas tu mmg data betul…aku dh tunjukkan pd Ex-GM petronas (pak sedara aku)…beliau mengakui kebenaran yg pak sheih dedahkan ni….
klu x betul petronas boleh je nak saman sheih..saman la klu nak lebih bnyak lg tembelang kerajaan BN yg akan pecah satu2…
Everyone knows PETROLAH Management = AMNO, duh!
If you’re not AMNO, you won’t be in any GLC in the first place!
Just ask Sanusi Junid.
The aiming is perfect I would say.
For those smart a$$es who’re trying to garner sympathy for PETROLAH, please enlighten us which GLC management are not AMNO at the moment.
Only PR has been practising meritocracy by selecting the best man for the job regardless of his political affiliation.
Damn! Nice Report. I agree with Kayrol. They should publish the articles in Harakah and Suara Keadilan.
mmg teruk rakyat kena tipu…
abis tue orang2 BN nak butakan mata lagi hingga tergadai maruah sendiri atau negara…??
Salam Pak Sheih,
Macam ada nak buat sebab nak buang in Hasan Marican dari Petronas aje…agak agak sapa nak jadi pengerusi Petronas Selepas ini…ECM-Libra boleh jadi adviser….
First..depa serang Syed Moktar (bernas) lepas ini Hasan Marican (Petronas) lepas in sapa pulak….
Saya rasa Petronas bukan malah tak patut dipersalahkan…tapi yang berkuasamengkontrol Petronas ialah Perdana Menteri (Rujuk kes penggunaan duit Petronas untuk Bank Bumiputra)…Dalam masalah ini nyata PM yang Bersalah…tiada orang lain..
Itu aje
Wassalam..
Camne saya nak bagitau mak & sedara mara kat kampung. Boleh ringkaskan??
A very nice report, BTW i also watch delayed telecast when they interview Hassan Merican. The interviewer although with a title chief editor for bernama and the edge, the question are kedai kopi standard. A stupid question by a stupid people
assalamualaikum sheikh,
this is an excellent piece of writing and analysis. good job. however, i would like to comment on the check and balance issue you raised.
i believe tan sri hassan is already aware of this when he became the acting chairman of the board after tan sri azizan selamat kembali ke rahmatullah, but eventually the pm did not nominate anyone else for the job even until now.
there are rumors in the corporate world that tan sri hassan will retire as president and become full time chairman, and one of the vp’s will eventually takes the president & ceo position but this is just rumors.
eventhough he hold the two key positions, the check and balance of power is still there. decision made by tan sri hassan in his capacity as president & ceo is in accordance to his limit of authority (loa). although he is the acting chairman, it is not his decision alone when it comes to things which are beyond the president & ceo’s loa. the board collectively agrees. he can influence the decision, but so does the other members of the board.
there is a board audit committee who keep an eye on this decision (although i’m not sure who are the members of this committee) but they keep the balance of power.
wrt to suazref’s comment above, i understand what he feels. the sentiment is shared among all petronas workers who are loyal to the company. yes, petronas pay us salary to do the job, but is the salary on par with the rest of our competitors? thats why hafiz left the company. read his comment.
the things that made most of us stay in petronas is this nice feeling of giving back to the nation and society – which we rarely talk about. tan sri hassan was asked by a staff during his annual policy address last year about why petronas is not publicising all our csr activities, education sponsorship and outreach program and i always remember tan sri’s reply: “it is not in our culture, or any culture – to brag about the good deeds we do to people”. he emphasized sincerity and humility, to the applause of all the workers around the world (it was telecast via video conference to 11 petronas locations worlwide).
when people start attacking petronas because of this fuel hike issue, the workers feels distress, unappreciated and angry, hence u received comments like of suazref’s.
the petronas workers do not understand why they are being attacked, and why petronas being ask to reveal it’s accounts when we have been complying with all regulations as a business entity and making profits and directly contributing to 35% of national’s income. we become angry because we dont understand why. the same reason other people are angry with us because they dont understand.
this entry is spot on in explaining the matter, and i thank you for that.
salam.
p/s: for those petronas workers out there, there is nothing in this entry attacking us. the question on tan sri hassan’s balance of authority, is merely a question.
‘NoBN NoPAS’
Ko asyik dok kata Bro Sheih tipu org yg ‘tak tau’. Sampai bile kite nak dok syiok ‘tak tau’ macam ko? Sekrg Sheih and co dah beri taklimat dgn jelas, hanya ko yg dok bangan bodoh je.
and ‘hahaha’,
Was BERNAS ever taken to task even after the ‘rice-crisis’? Did any of these ‘leaders’ you bodek about ever face any form of accountability or even take their own responsibility seriously? None of these mofors were even demoted(some even get 100% salary increment like a recent GLC Utility bosses after giving us 30% tariff hike!) after so many screw-ups because they’re untouchables, just like AMNO.
For all the sympathisers(PETROLAH employees) please refute these facts and figures with facts & figures, do not write off the Rakyat as Fools.
Tan Sri Dato’ Sri Hassan Marican cakap tiap-tiap liter gas asli yang dijual kepada pengguna kenderaan, Petronas terpaksa memberi subsidi sebanyak RM2.00. Nah, bagaimana nak promote penggunaan lebih banyakgas asli kalau begitu? Bertambah rugilah Petronas. Siapa sebenarnya yang cakap betul ni? Atau yang cakap tak betul?
Sheih Said: benar apa yang Tan Sri Dato Seri Hassan Marican laporkan. Tiada yang cakap tak betul, sama ada dia atau fakta. Tetapi seperti juga ‘subsidi’ minyak, ‘subsidi’ gas pun sebenarnya tidak melibatkan satu sen pun. Kita mempunyai longgokan gas simpanan gas asli yang amat besar. oleh yang demikian kita gas untuk kenderaan NGV yang digunakan untuk pasaran tempatan di jual pada harga RM0.68 sen walaupun harga sebenarnya RM2.68 sen pada harga pasaran. Tetapi, tiada siapa yang terpaksa tambah RM2.00 itu. Masalahnya dengan NGV ialah pembinaan saluran paip. infra ini tiada dgn meluas. Stesen NGV ideal utk dekat dengan saluran paip ini. Kos pembinaan paip ke seluruh negara adalah tinggi. Namun begitu penggunaan NGV dalam jangka panjang amat menguntungkan negara dalam banyak aspek.
Shieh.. congrates.. laporan yang sungguh teliti dan adil bagi semua pihak. Komen saya:
1) Dialog dengan pengerusi Petronas – memalukan. Soalan bodoh & sama ditanya berulang kali. Hinggakan TS Hassan Marican terpaksa menjelaskan berkali2.
2) Subsidi bahan bakar – mengejutkan. Hidup2 kita ditipu oleh kerajaan.
3) Isu Petronas & kenaikan harga minyak – Tidak adil bg menyalahkan kakitangan Petronas ke atas kenaikan harga minyak kerana HARGA MINYAK DITENTUKAN OLEH KERAJAAN.
4) TS Hassan Marican – saya percaya beliau telah menjalankan tugas pada tahap yg terbaik yang mampu beliau lakukan. Tetapi, beliau juga terikat kepada big boss beliau – kerajaan Malaysia atau Pak Lah.
5) Kenaikan harga minyak – Tidak berasas.. & menyusahkan golongan yang berpendapatan sederhana & rendah. Jurang ekonomi makin meluas. Yang kaya semakin kaya apabila mengaut keuntungan berlipat ganda dengan kenaikan harga minyak. Yang miskin bertambah miskin.
6) Hakikatnya – wang kerajaan menyusut dengan cepat sekali semenjak pemerintahan Pak Lah akibat disedut lintah2 sekeliling beliau. Dengan keadaan mendesak, Pak Lah tiada cara lain selain mengalih beban tersebut kepada rakyat jelata.
7) Moving forward – kita patut tanya.. adakah dengan menggantikan Pak Lah, semua masalah ini dapat diatasi?.. Adakah dengan naiknya Najib, harga minyak akan turun? atau korupsi & rasuah makin bermaharajalela… ataupun… kerajaan yang harus diganti?.. Hakikatnya semua orang mahu menjadi pemimpin.. tetapi bukan semua orang boleh memimpin dengan baik.
Itu saja.. my 2 cents opinion. Thanks.
Norae.
bro,
REALLY impressed by your post..
That’s right! This is what we want!
Facts and Truth!
bro,jom kite demo..kite bawak segala info yang ade..kite buat press conference secara live tunjuk kat rakyat..pastu protes minyak naik..hehehehe
Salam hormat,
Apatah lagi rakyat kerajaan tak tipu, sedangkan dirinya sendiri pun dia sanggup tipu…Hehehe.:)
Wassalam.
Salam Anak Sheikh,
Fakta yang mencukupi untuk rakyat berfikir dan membuat keputusan.
minta sahabat-sahabat melihat ulasan Harakahdaily.net 19 Jun 2008.
“MASA PERALIHAN KERAJAAN BN KE PR SUDAH TIBA”
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=015201&Itemid=109.
Bergeraklah dengan nada dan suara yang sama ke seluruh negara. Mudah-mudahan beban rakyat marhaein dapat dipulihkan dan dibela secara menyeluruh.
Selamat mengatur langkah wahai anak Sheikh.
Dari ambo….
Arau
PERLIS DARUS SUNNAH
Sheikh tahniah kerana berjaya membuat penyelidikan mengenai Perbelanjaan mengurus kerajaan persekutuan dan memberi info yang berguna kepada rakyat. Namun begitu ianya masih menjadi tanda tanya mengenai kajian sheikh. Persoalannya jika ada perbelajaan tentunya ada pendapatan.
Dalam artikel diatas shekih tidak pun mendedahkan data bagaimana pendapatan kerajaan? Tentu sekali pendapatan negara datangnya dari Petronas menerusi pembayaran cukai. Tan sri juga ada menyebut cukai Petronas menyubang sebanyak 35 peratus (jika salah tolong betulkan) daripada total pendapatan negara. –> Sheikh kena cari data ni bagi menguatkan lagi hujah.
Saya juga seperti rakyat biasa marah dengan keputusan menaikkan harga minyak. Persoalan utamanya kenapa minyak? kenapa kerajaan Malaysia mengharapkan minyak sahaja? bukankah pendapatan dari minyak hanya 35 peratus sahaja? Bagaimana dengan pendapatan lain seperti cukai individu, cukai swasta dan pelbagai lagi cukai termasuk AP. Berapakah jumlahnya? Berkurangan atau berlebihan? Cukupkah RM128 bilion untuk mengurus perbelajaan negara?
Pokoknya adalah Perdana Menteri. Sejak Pak Lah menjadi PM, agenda utama Malaysia beralih dari negara industri ke negara pertanian tetapi tidak ada satu pun kejayaan dicapai. Pak Lah lebih banyak bercakap daripada membuat kerja (kuat tidur). Tanpa fokus yang kuat ke atas sektor industri menyebabkan industri negara semakin mengecut kerana tiada daya tahan untuk bersiang dengan negara Cina atau rantau asia tengara. Dengan mengecutnya industri dalam negara secara langsung mengurangkan pendapatan negara kerana pada era Dr.M Malaysia lebih terarah ke negara industri dan penyubang utama pendapatan negara. Bagaimana dengan Pak Lah? Bagaimana dengan pertaniaan? Berapa banyakkah dapat disumbangkan. Akhirnya Pak Lah hanya mengharapkan Petronas sahaja sebagai menyokong pendapatan negara.
Sebagai Perdana Menteri menjadi tanggujawab beliau mencari pelabur untuk melabur dalam negara bukan sahaja menambah pendapatan negara malah memberi peluang pekerjaan kepada rakyat. Bandar-bandar dan pekan-pekan dapat berkembang maju dengan kehadiran pelabur-pelabur yang melabur bukan sahaja dalam industri berat atau teknologi tinggi tapi dalam industri pertanian dan makanan.
Akhir sekali marilah sama-sama kita tolak Pak Lah kerana terbukti beliau seorang yang lemah malah kuat menipu. Penyokong beliau hanya takut kehilangan kuasa dan wang sahaja yang menyebabkan meraka takut bersuara. Namun hari ini rakyat bukan lagi bodoh tetapi bijak menilai baik dan buruk. Sama-samalah kita menolak Pak Lah…. takbir…
Sheih Said: Perolehan kerajaan dan sumbangan petronas kenapa perolehan / pendapatan kerajaan menerusi data Perbendaharaan Negara telah dibuat analisa di 2 posting saya sebelum ini. Boleh rujuk di situ. Terima kasih.
Bro Sheih, we are Monty, Bolton and all sewaktu dengannya. I found Monty at Anwar’s blog, making friends with budak hingusan PKR demi mendaulatkan bangsa Malaysia (though proud for not knowing the Bahasa).
Thnaks bro for a well reserched article.
kepada semua pekerja petronas… sebenarnya, tiada seorangpun dari kita di sini yang bertujuan menghentam petronas.. cuba baca baik-baik essay yang ditulis, satupun tidak menghentam petronas tetapi yang dipersoalkan ialah kerajaan… sekali lagi, bukan petronas.. janganlah terlalu sensitif.. bantulah kita menghentam kerajaan kerana tindakan-tindakannya yang pincang dan janganlah terlalu sibuk defend diri sendiri kerana anda tak perlu defend diri anda yang tidak bersalah itu.. fahamilah, peluru-peluru ini sama-sekali tidak ditujukan kepada anda-anda semua.. tak perlulah membela diri sendiri tetapi yang lebih penting sama-samalah kita tibai kerajaan pada peluang-peluang yang tersedia melalui dunia siber demi untuk membela hak rakyat kerana kita semua adalah rakyat yang tertindas…
Sheih
Tabik to you for producing such factual report on our petreluom reserve and financial aspect of petroleum production. Such great details and lively and colourful charts. Keep up your good works
Satu penulisan yang mencambah minda rakyat. Tahniah!.
Kepada pembaca-pembaca yang lain, hayatilah dengan pemikiran yang terbuka. Semua ni bukan salah petronas, tapi kerajaan yang boros, salah guna kuasa dan tidak prihatin terhadap masalah rakyat.
-Ayah.biz-
biso demo sheikh… kelah kelah kelah…
biso dan koho semart
😉
nice report dan memang meyakinkan report ni…. satu pendedahan untuk semua actually….
great report for all of us to know.. 🙂
harga minyak adalah segalanya.. semua kos2 lain (harga barang dsb )semua berdasarkan harga minyak..mari lah kita tukar pucuk pimpinan agar negara tercinta semakin makmur seadil-adilnya tahniah..
kickdefella
good research and report… from ur research u conclude yang malaysia xperlu naikkan harga minyak. do you think u have enough data to back ur conclusion? it takes more than one blog to settle nations problem i guess. the goverment has tonnes of data and facts from many agencies to make the desion..
but your voice was heard though…
Woi ! brather Sheih ! kamu pergi mana bradder ? Lama2 baru buat posting. Kamu kelik belajar ke pergi Dubai ? Mana pergi humour lu ? Sekali sekala jawab lah posting dia orang, baru bolih tahu bradder masih ada kat sisi..
kalu nak pi jauh belajar pun, at least bagi lah tahu.. hehe.. rindu lerrr..
Bila nak pi Sumatera ??? keh ! keh ! keh !
Rasa sunyi lah sekarang. Mosterbola, kawe demo pun senyap loni. Bladder.. buat kecoh lah sikit .. bikin posting macam dulu2..
Bro, your blog is the most informative of all the Malaysian ones about information that all Malaysian citizens should know about the oil issue.
And by the way, I nak kongsi berita baru in Malaysiakini yang gempak punya.
Explosive. Finally, someone officially puts it on record.
Malaysiakini
http://www.malaysiakini.com/news/84786
Palanivel: Dr M should remember his roots
MIC deputy president G Palanivel today slammed former premier Dr Mahathir Mohamad for accusing the party’s long term chief S Samy Vellu of being a racist and warned such statements could fan deeper racial sentiments.
In a statement released today, Palanivel also said that the former prime minister’s comments on Hindraf were short in accuracy and insensitive to the sentiment of Indians in the country.
“It is sad to note that Mahathir is not aware of the fact that Hindraf is not only made of Tamil people but includes many non-Tamil and even non-Hindus.
“He (Mahathir) is wrong when he said Hindraf leaders only represent Tamil racists,” said Palanivel in defence to Samy Vellu who has recently joined in the bandwagon in advocating for the release of five Hindraf leaders detained under the Internal Security Act (ISA).
G. Palanivel also said Mahathir should look into “his own roots” before manifesting such statements. Mahathir’s forefathers are from South India.
Oil Hike issue is taking the back seat beginning today, at least temporarily.
Please see Big Dot Com posting……………bigger TSUNAMI in the making if this is indeed aan authentic copy…….
Dear Mr. Sheih,
If there is a Malaysian Pulitzer award for bloggers you damn well deserve it! Need more bloggers like you… Kudos!
I see fuel prices somewhat differently. While I don’t like the obscene profits that oil companies make at the expense of the public, high fuel prices cause us to consume more moderately. And lowering our consumption is the only way to begin to address global warming — and any reasonable version of civilization for our children and children’s children.
More at Diamond-Cut Life blog http://www.diamondcutlife.org/
Alison Wiley
Portland, Oregon
Assalamualaikum WBH..
Sudahlah pengampu-pengampu AMNO/BE END tuh… sudah terang lagi bersuluh, SAPP pon dah nak ops..! Engko nak jadi penyapu buruk lagi… ko tau dak, rakyat akan lagi dan lebih sengsara akibat BODOLAH tu…
I summon you to publish your report to any newspapers to prove that you are right.
Take the responsibility on your doings. It is not easy to produce this.
Salam… Bro Sheih,
Good piece man. I think the question to be ask after this is where did all the money go? Do they people with access to the money use it wisely so it can benefit all Malaysian. Looking at the amount of money, it would be nice if the money is use to built what rakyar really need i.e. efficient public transportation system or used to empower the grassroot rakyat, empower the poorest of the poor instead of mere physical development that benefit fews i.e. the economic corridors. For how long can Malaysian sustain this present govt is yet another question.
Ame
One more….Pak Sheih (xcuse me)
————————–
OA: Misha Omar Feat. Izad Izzudin
Pulangkan
(re-edit by Penganggurpaksa)
Sehancing kencing yang memercik
Sekadar dipandang lagi dihina
Kau pasti tak percaya
Fatwa di buka,
Untuk mu, Pak Lah
Tiada ku sangka kau sungguh kejam
Kau rampas segalanya yang kau dendam
Namun takkan bahgia kehidupan mu
Bila undi bersatu
Hak milik ku
(Korus)
Pulangkan harta bumi ku
Oh hentikan lah kepimpinanmu
Pulangkan oh pulangkan lah pada ku
Kau jadikan sasau hidup ku
Harta kau rompak tanpa relaku
Bebaskanlah jawatan kamu, oh PM
Tiada kemaafan di sini
Kau ragut kekayaan bumi ku ini
Akan ku memakimu, kemana jua
Hingga akhir masa, Pak Lah….
(Ulang korus)
kickdefella can never give a sincere and accurate report or good researches…if his ulterior motives…is to prove Dollah is the pariah…….like all pro Mahathir supporters are doing now.
The present situation of our country…..is the total sum of 22 years…race and religion politics….by Mahathir….which should be discontinued….and moved forward…to unite the people…as Malaysians…but he choosd to take advantage of people’s weaknesses…and play the con job…so well…..being the dirtiest politician….Malaysian have ever seen…dividing his own race too!! Seeing … pro Mahathir supporters…is like seeing pro Marcos supporter in Philippines.
So….kick Dollah as much as you want. He deserves it too..as when talking about UMNO…it is clearly…a race and religion dirty corrupted party.
But to say……..Dollah is the caused of our hardships…lets see how many idiots are still so easily convinced. That will also tell us….how smart are we ….right now.
Menerusi pelaburan itu terhasilnya penemuan-penemuan baru dan menurut laporan yang sama, nisbah penggantian pada waktu ini ialah 1:1.8 liter.
“Menerusi pelaburan itu terhasilnya penemuan-penemuan baru dan menurut laporan yang sama, nisbah penggantian pada waktu ini ialah 1:1.8 liter.”
uhm that refers to the new oil discovery over the globe… means a major portion of it will be outside of Malaysia. And definitely the royalties and taxes from those places will go to the coffers of the governments where PETRONAS operates. PETRONAS’ measure of profit-making ability will depend on how it performs globally (in maximizing values), not on how much reserves they managed to cover (because all the windfall money from oil are going to end up to the international stakeholders’ coffers not PETRONAS.) In order to build more capacity overseas, PETRONAS needs to retain its profit for future expansions. Without profit-retaining ability necessary to execute capacity-building investments overseas, PETRONAS will definitely ran out of profit due to declining domestic crude oil and gas productions, and that translates to zero taxes and royalties going to rakyat’s coffers. In conclusion, politicians’ demands to use 100% of PETRONAS profits to subsidize our local usage of oil serve as a death sentence to the only national golden goose we have so far. So don’t kill the goose… ask who steals the eggs…
Kalau betul ape yg ko tulis asal x publish kt newspaper jerk.
ramalan2 nih semue org bole cakap.
dah memang gaya org malaysia, pandai komen tp tak pandai cari jalan penyelesaian.
ana setuju dengan tulisan anta ini….kembalikan hak rakyat…hak kita bersama…
http://www.suaragenerasimuda.com
Kalau betul ape yg ko tulis asal x publish kt newspaper jerk – bell
Just arrived in Malaysia arent you? You must have thought that NST, STAR, Utusan, BH and all are newspapers.
—–
dah memang gaya org malaysia, pandai komen tp tak pandai cari jalan penyelesaian – bell.
bell, you have to read again sheih’s writing. There are “jalan penyelesaian” in there but for whatever unknown reason ur beloved PM chose the unthinkable option. That is why sheih and the rest are complaining. If u think sheih’s writing is wrong, then show which part lah…
Nak publish kat paper?
errrkkk…. boleh ke pulish kat paper?
kat Malaysia ni woiii….!!!
boleh ke publish kaa paper???
setahu aku kt Msia ni yg dok pulish kat paper tuh semo
citer2 dongeng!
citer2 khayalan
citer2 dewa-dewii
citer2 nak candu type je…
nak kasi rakyat layannnnnnn je
mana ada ‘kisah benar’ kuar kat paper En. Bell oiiii!!!
En. Bell nih umur berapa?
En. Bell pon pandai gak komen hehehehe…
😉
Good Analysis!!!!
Pusing-pusing kerajaan ‘mengelak’ subsidi petrol, dan melakukan kesilapan demi kesilapan kerana cuba ‘lari’ dari subsidi petrol.
Akhirnya perbelanjaan ‘mengelak’ , ‘lari’ dan langkah membetulkan kerosakan ekonomi lebih besar dari perbelanjaan subsidi.
alangkah bijaknya kerajaan malaysia
http://arimi.ath.cx/content/view/39/1/
untuk makluman tuan-puan
subsidi minyak ada dinyatakan dalam akaun awam,
sila rujuk Kem Kewangan Bhgn B11 dibawah kod perbelanjaan 42000
jumlah subsidi yang ‘fluctuate’ adalah disebabkan pengiraan subsidi itu sendiri tidak semestinya dibayar dalam tahun kewangan yang berkaitan(kadang2 terpaksa menggunakan prinsip akrual)
terkadang cukai yang dikenakan kepada syarikat luar spt esso shell bp cuma boleh dikutip pada tahun yg seterusnya dan bukan pada tahun kewangan semasa
jadi saya minta kalau boleh saudara sheikh merujuk dahulu pada bahagian analisa cukai, kem kewangan untuk penjelasan lebih lanjut
a fully-totally-ultimately madness…utusan reports the kerajaan won the majority in the parliment yesterday.
sekali baca macam report pro, tapi progol rupanya.
Takkan lah minyak yg Petronas gali kat Sudan ko nak kata org malaysia punya,
pakailah kepala otak sikit. kami yg keje dgn petronas, susah payah berpisah dgn anak bini utk cari minyak supaya petronas boleh buat untung nak bagi subsidi utk org2 yg pemalas macam korang ni. Samad adik beradik tu memang lah bodoh, tak kiralah parti apa pon sebab tu adik dia tak boleh survive dlm petronas sebab tak ada kebolehan, keje nak berpolitik, dia ingat kalu nak naik pangkat dlm petronas dia pegi jilat boss blh naik macam dlm PAS ke, sori lah brader.
Sebelum buat statement pikir skit, ko ingat ko tulis report dlm english belit2 tu ko blh dapat org punya respek ke, fact macam taik, baca report tak betul nak jadi hero. pirahhhh
Hebat..cukup hebat!! i’m stun with your complete report and very impressive presentations, easy to understand!! PKR..please take this guy to advice you all before going to parlimen. Bravo…i’m proud Malaysian did this studies…hehehe…
Boyot….
Memang kau dari golongan jahannam…
apa ingat kerja dengan petronas dah boleh lupa asal usul kita…
mentang2 kerja dengan petronas maka kau kena membenarkan segala yg kerajaan paklah buat…
Memang sayang.. belajar tinggi… gaji tinggi… otak udang kau..
Ma’afkan kami, sebenarnya Manusia ini suka cakap bohong, sedikit benar yang
Jujur . Orang pandai lebih ramai cakap bohong, dari orang yang bodoh,
Bila Anda dapat kauntungan, boleh kah anda bercerita dengan orang.
inilah yang dibuat kerajaan kepada rakyat.
good research… x sia2 jadi u informer UMNO selama ni!
good mr kick… someday someone goin to kick u….
i know u r informer of UMNO
Salam pak sheikh, ader kemusykilan saya nak tanye.
Saya ada baca tentang penjelasan kerajaan ttg kenaikan harga minyak. Berikut salah satu penjelasannya:
‘PETRONAS hanya menguasai 30 peratus sahaja pasaran
dalam sektor penjualan runcit produk petroleum tempatan,
manakala bakinya dikuasai oleh syarikat seperti Shell, Esso,
Caltex, BP, Mobil dan Projet. Jika PETRONAS dikehendaki
menyerap kenaikan harga minyak atau menanggung secara
angsung subsidi minyak, ini bermakna ia memberi subsidi
kepada syarikat minyak asing. ‘
Kalau dimaksudkan begini, adakah kerajaan tidak memberikan subsidi kepada sykt2 asing? kalau begitu, patutkah harga minyak di stesen minyak Shell dan Petronas berbeza? saya cuma harapkan sedikit penjelasan sebab saya serius tak faham ayat di atas. Sekian.