Kickdefella

No One Dies A Virgin, Life Screws Us All

Posts by Redwhistle

Petisyen PRU 13 Machang: Peguam PR Baca Akta Ke Tidak Ni?

Posted on July 17, 2013

Kita tinggalkan sejenak Kempen PRK Kuala Besut untuk memperkatakan tentang Keputusan Petisyen Pilihanraya PRU 13 Parlimen Machang. Terlebih dahulu diucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada barisan Peguam Barisan Nasional yang diwakili oleh Datuk Mohd Hafarizam Harun, Abu Bakar As-Siddiq, Nor Azli Ahamed, Mohd. Ilias Mohd Noor dan Raihanah Ashriqin Ariffin. kerana telah berjaya dalam bantahan terhadap Petisyen Pilihanraya PKR terhadap kemenangan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dari Barisan Nasional di Parlimen Machang pada PRU 13 lepas, semalam. Mereka juga berjaya dalam bantahan terhadap petisyen Dun Selising sebelum ini. Petisyen Parlimen Machang telah ditolak oleh Mahkamah Pilihanraya kerana kegagalan pihak pempetisyen mematuhi peraturan mengikut Kaedah 9, Akta Kesalahan Pilihanraya 1954. Kesalahan tersebut berlaku apabila tempat Peguam Hisyam Fauzi mahu digantikan dengan 3 Peguam lain untuk mewakili pempetisyen Pilihanraya…

Kuala Besut N01:Husam, Lebuhraya Rakyat, Apa Khabar?

Posted on July 15, 2013

Dalam kedamaian kempen PRK Dun Kuala Besut, Husam sebagaimana biasa membawa isu berkaitan royalti minyak. Dalam ceramah kelompok beliau di Kg Pusu Tinggi, Husam mengambil Qatar sebuah negara OPEC untuk dibandingkan dengan sebuah Negeri Terengganu dalam soal pengeluaran minyak. Beliau juga cuba membayangkan  seolah olah setiap rakyat di Terengganu boleh hidup seperti rakyat Qatar mewah dan memiliki tanah dan rumah besar besar persis seorang peniaga Skim Cepat Kaya yang memotivasikan rakyat supaya merasa diri sentiasa ditindas. Adakah Husam sedar bahawa ramai rakyat dibawah tahu berfikir, bagaimana mungkin membandingkan sebuah Negeri dengan sebuah Negara Qatar yang hanya mempunyai penduduk seramai 1.9 juta orang. Lain kali kalau  nak bandingkan sesuatu biar kena pada tempatnya, bandingkanlah Qatar dengan Negara Malaysia yang berpopulasi 28 juta, barulah adil. Husam…

Bai’ah Che Long

Posted on July 13, 2013

  “Bahawa Saya Azlan Endut Yusof berikrar untuk patuh pada hukum Allah dan Rasulnya serta patuh kepada arahan pucuk pimpinan parti yang tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Bahawa Saya bersumpah dengan nama Allah, Wallahi, Wabillahi, Watallahi sekiranya saya meninggalkan atau melompat ke parti lain dengan kerelaan saya sendiri setelah dipilih menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) , maka saya akan dilaknat oleh Allah, Rasul, orang yang beriman serta sekalian yang melaknat.”   “Dan segala perbelanjaan saya dengan menggunakan wang elaun ADUN adalah haram dan bahawa saya juga bersumpah dengan nama Allah, Wallahi, Wabillahi, Watallahi untuk meletakkan jawatan dari menjadi ADUN apabila saya keluar atau dipecat dari parti dan Allah bersaksi atas apa yang saya tuturkan ini.”   Begitulah bai’ah yang dilafazkan oleh Calon PAS…

Kejutan Luarbiasa di Kuala Besut

Posted on July 11, 2013

Teka teki nama calon kedua dua parti bertanding terjawab sudah, dimana PAS mempertaruhkan Endot@Azlan Yusof atau lebih dikenali sebagai Che long dikalangan penduduk tempatan disini, manakala Barisan Nasional meletakkan Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman , kedua duanya muka baru dihidangkan kepada rakyat Kuala Besut untuk dipilih mewakili mereka. Yang pasti kedua duanya bukan pengedar PIL KUDA atau pendokong fahaman STALIN.     Apa yang menarik disini adalah PAS telah melantik Datuk Husam Musa sebagai Pengarah Jawatankuasa Induk Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut untuk mengepalai kempen mereka dan seperti biasa banyak pengumuman terkejut yang ‘LUARBIASA’ bakal diberikan oleh Datuk Husam seperti mana semasa beliau menjawat jawatan Exco dalam kerajaan Kelantan dulu dan semasa beliau bertanding untuk merebut kerusi Parlimen Putrajaya semasa PRU 13 lalu.…

Kuala Besut Bakal Bertambah Biru

Posted on July 9, 2013

  Teka teki siapa calon Barisan Nasional untuk PRK N01 Kuala Besut terjawab petang tadi, apabila Pengarah Pilihanraya Barisan Nasional PRK Kuala Besut, Tan Sri Muhyyidin Yassin mengumumkan  Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman, 37 ,seorang jurutera JPS. Anak Kuala Besut yang berasal dari Kg. Nail. Ia turut dihadiri oleh Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said. Ia agak mengejutkan banyak pihak yang meramalkan beberapa nama lain termasuk Dato Seri Abdullah Mohd Zin. Tapi semua dilihat berpuas hati apabila ia memperlihatkan UMNO Besut berani untuk mengenengahkan nama baru dari kalangan profesional muda yang bukan dari kalangan nama besar dalam UMNO Besut.  Situasinya hampir sama dengan PRK Kuala Besut 34 tahun dahulu, Datuk Wan Zakaria Wan Abdul Rahman yang dicalonkan dan menang pada usia beliau…

Kuala Besut N01: Beraya Sebelum Raya

Posted on July 8, 2013

SPR(Suruhanjaya Pilihanraya) pada 5 Julai 2013 lalu, mengumumkan bahawa Pilihanraya Kecil Dun Kuala Besut bakal diadakan pada 24 Julai 2013, dan penamaan calon bagi pilihanraya itu adalah pada 12 Julai 2013. Dengan pengumuman tersebut ,Kawasan Dun Kuala Besut akan mengalami demam pilihanraya sebelum hari raya Aidilfitri, yakni dalam bulan Ramadhan. Penamaan Calon pada 3 Ramadhan (Jumaat) dan tarikh membuang undi pula pada 15 Ramadhan 1434 Hijrah(Rabu). Seharusnya, dalam pilihanraya yang diadakan dalam bulan Ramadhan Al Mubarak disaat umat Islam menjalani ibadah Puasa , ia akan menjadi sebuah pilihanraya paling kurang kontroversi dalam sejarah pilihanraya kecil. Pilihanraya yang penuh dengan sikap sabar, bebas dari tuduhan melulu dan dipenuhi dengan amalan yang membawa kepada keharmonian Umat Islam di Dun Kuala Besut. Seramai 17,683 pemilih berdaftar di…