Kickdefella

No One Dies A Virgin, Life Screws Us All

Posts by Redwhistle

100 Hari Kerajaan Baru PAS Kelantan, Semakin Panas

Posted on August 11, 2013

Pada posting yang lepas pada 5 Ogos 2013, saya membicarakan tentang kepulangan perantau ke negeri tanah tumpah kelahiran, Kelantan untuk menyambut Hari Raya Aidil Fitri yang berkebetulan dengan hampir genapnya 100 hari pemerintahan berwajah baru Kerajaan PAS Kelantan.  Kepulangan mereka bersama seribu satu persoalan mengenai apa yang telah dijanjikan kepada rakyat Kelantan sebelum PRU 13 lalu. Ada beberapa group Facebook yang pro-PAS mula melancarkan serangan terhadap kredibiliti Kerajaan Negeri berkenaan hal tersebut dan bagaimana ‘sejuknya’ Kerajaan dibawah pimpinan baru ini. Mereka juga memalitkan kesalahan kesukaran melaksanakan projek projek itu adalah disebabkan Kerajaan Negeri tidak menyenaraikan bekas Exco Kanan, Dato Husam Musa sebagai punca kepada kegagalan itu, dengan kata lain MENGKAMBING JAMNAPARIKAN Kerajaan Bawah Pimpinan baru ini. Sebelum ini tiada respon dari Kerajaan Negeri, mungkin…

Selamat Pulang Perantau, Selamat Menyambut 100 Hari Pemerintahan Baru PAS Kelantan.

Posted on August 5, 2013

Selamat pulang kepada perantau anak Kelantan yang berduyun duyun mula pulang ke kampong halaman masing masing. Ramai antaranya, kali terakhir pulang adalah lebih kurang 100 hari yang lalu untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang rakyat dan mereka kekal memilih PAS untuk meneruskan legasi 23 pemerintahan yang penuh ‘gemilang’, katanya. Ketika pulang hampir 100 hari yang lepas, mereka pulang dengan semangat untuk mengekalkan Kerajaan PAS Kelantan setelah dijanjikan oleh Husam Musa dan barisan kepimpinan ketika itu tentang bahawa Kelantan bakal memiliki lebuhraya Rakyat (LARAT) menghubungkan Kuala Krai dan Kota Bharu sepanjang 73 kilometer, atau mungkin tercapainya hasrat melihat sebuah Stadium Bermasjid pertama di dunia di Bukit Merbau, yang sudah dijanjikan sebelum pilihanraya lalu. Semua tak dapat menafikan bahawa itulah faktor amat besar yang menyebabkan mereka memilih…

TPPA, Dilema Antara Rasional Dan Penentangan

Posted on August 3, 2013

  Isu TPPA (Trans-Pacific Partnership Agreement)sudah semakin menjadi hangat diperkatakan mutakhir ini, dengan pelbagai kritikan dan penentangan banyak pihak ia menjadi satu persoalan yang menuntut kerajaan membuat penjelasan apa rasionalnya Malaysia masih mahu menjadi sebahagian dari TPPA. TPPA adalah satu visi kerjasama kawasan perdagangan bebas yang sudah disertai sejak 2006 oleh 4 negara iaitu Brunei, Chile, New Zealand dan Singapura.Kini beberapa Negara seperti Australia, Canada, Japan, Mexico, Peru,USA, Vietnam dan negara kita Malaysia turut sama dalam rundingan yang sudah masuk pusingan yang ke 18 di Sabah baru baru ini. TPPA dikatakan mempunyai potensi sebagai blok pembangunan intergrasi ekonomi untuk Wilayah  Asia Pasifik. Ia juga dilihat oleh negara yang menyertainya bakal menghapuskan atau mengurangkan halangan perdagangan dan pelaburan dikalangan negara angota untuk lebih berkembang dengan…

Masa Untuk UMNO Berubah

Posted on July 30, 2013

Istilah melayu kini sudah tidak percayakan PAS tapi masih belum sayangkan UMNO saya rasa agak sesuai menggambarkan situasi keadaan politik orang melayu kini, ini kerana dalam keadaan PAS kelihatan lebih bergantung kepada sokongan bukan melayu kini dan UMNO masih mampu memenangi hati majoriti melayu, walau dalam keadaan dikritik hebat dalam soal kepimpinanya. Melayu hanya mengundi UMNO kerana mereka tiada pilihan yang wajar untuk meneruskan kelangsungan kuasa, kerana jika dilihat PAS hanya menumpang dalam PAKATAN RAKYAT itu sendiri. Lihat sahaja tindak tanduk PAS dalam pelbagai isu semuanya dibawah bimbingan parti PKR atau DAP. Tetapi UMNO dilihat gagal mengambil kesempatan dari kelemahan yang jelas nyata dalam Pakatan Rakyat ini dalam menarik sokongan rakyat hanya disebabkan terlalu banyak berlembut dan tunduk kepada desakan Pakatan Rakyat yang menaungi…

Pengajaran Dari Kuala Besut

Posted on July 27, 2013

Selesai sudah Pilihanraya Kecil DUN Kuala Besut, yang menyaksikan kawasan majoriti melayu itu telah sekali lagi memilih Barisan Nasional untuk kesekian kalinya. Barisan Nasional tidak sepatutnya mengambil keputusan itu dengan perasaan bangga, sebaliknya banyak pengajaran berguna yang dapat diekstrak sebagai panduan menghadapi Pilihanraya akan datang atau pilihanraya kecil yang lain. Semua Pemimpin UMNO dari setiap Negeri bertumpu di Kuala Besut baru baru ini dan sepatutnya sudah mula buka mata bagaimana seorang calon muda boleh memenanginya dengan pertambahan majoriti tanpa ada sabotaj dalaman dalam parti. Walau calon yang diketengahkan bukan dari kalangan yang berjawatan dalam Bahagian tetapi apa yang ditawarkan kepada rakyat oleh UMNO Besut adalah contoh apa yang di dambakan oleh rakyat selama ini, seorang calon yang muda dari kalangan professional dan mempunyai latarbelakang…

DUN N01 Kuala Besut Tetap Biru, Tahniah.

Posted on July 25, 2013

  Rakyat Kuala Besut sudah bersuara dengan memberikan undi popular kepada Barisan Nasional untuk menjadi wakil mereka di Kerusi Dewan Undangan Negeri Terengganu menjadikannya kerusi Dun Barisan Nasional di Terengganu sebanyak 17 kerusi berbanding Pakatan Rakyat 15 kerusi. Ternyata Kempen 16:16 yang dibawa PAS tidak mampu untuk mengoyahkan kebijaksanaan Rakyat Kuala Besut memilih. Penilaian Pengarah Kempen PAS PRK Kuala Besut, Dato Husam Musa, ternyata silap dengan menawarkan idea kedudukan kerusi yang tergantung yang boleh menyebabkan kedudukan kerajaan Terengganu tidak stabil, seterusnya menyebabkan agenda membantu rakyat akan tergantung dengan politiking yang tak berkesudahan. Rakyat Kuala Besut tahu jika itu berlaku keseluruhan Rakyat Terengganu akan merasai kesusahan tersebut. Keputusan ini sememangnya sudah dijangka, sejak dari PAS menamakan Che Long sebagai calon mereka, ditambah pula dengan isu…

PRK Kuala Besut N01: Isu Siapa ‘Makanan Segera’?

Posted on July 23, 2013

  Adun Chempaka dalam laman Facebooknya pada 18 Julai 2013, telah membuat komen sekali lagi mengenai Isu Kalimah Allah, yang pada saya beliau secara tidak langsung mengakui bahawa kenyataan Kolumnis Sinar Harian, Yusuf  Harun, PAS sememangnya bisu dalam isu Marino, Kenyataan itu dikeluarkan untuk menempelak Kerajaan Malaysia yang dibawah UMNO Barisan Nasional yang masih memegang tampuk pemerintahan. Beliau mendakwa undang undang  ditangan Kerajaan Malaysia maka Kerajaanlah perlu menangani Isu tersebut, sambil merujuk kepada reality yang berlaku di Sabah dan Sarawak di mana Kalimah Allah masih digunapakai oleh penganut Kristian di sana. Pada saya kalau beliau dan PAS sudah tahu Barisan Nasional masih lagi kerajaan di Malaysia kenapa Haji Hadi Awang bersama sama Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang mengeluarkan pendirian bersama sebelum Pilihanraya Umum…

PRK Kuala Besut N01: Bila Adun Chempaka Berceramah

Posted on July 21, 2013

Seorang Adun Biasa PAS Chempaka , Datuk Bentara Setia Nik Aziz Nik Mat, ketika berceramah untuk berkempen di Kuala Besut telah mengeluarkan kenyataan ‘baling batu’ tak sembunyi, kepada UMNO dengan mengatakan UMNO buat masjid tetapi tak sembahyang, UMNO buat masjid hanya untuk kontrak, saya melihat ia sebagai taktik biasa yang mengharapkan beliau diserang kembali untuk dibela oleh penyokong penyokongnya yang taksub, seterusnya berjaya meraih undi simpati dari pengundi menjelang PRK Kuala Besut 24 Julai ini. Beliau juga mendakwa UMNO merosakkan otak rakyat dengan membina masjid dengan menjadikan rakyat jadi kedekut, cari duit hanya untuk beli tanah, beli kereta dan tidak menderma kepada tabung pembinaan masjid. Begitulah panjangnya akal Adun Chempaka ini. Disebabkan itu, katanya menjadi amalan kerajaan negeri sejak dahulu lagi kerajaan Negeri tidak…