Kickdefella

No One Dies A Virgin, Life Screws Us All

Posts by Jim Bob

Naib Presiden PAS Diarah Bayar Kickdefella RM40 Ribu

Posted on July 19, 2013

Hakim Mahkamah Tinggi Kuantan, YA Dato’ Sri Mariana Yahya pagi ini memerintah saman fitnah Bekas Exco Kerajaan Negeri Kelantan ke atas Syed Azidi dibatalkan tanpa kebebasan menfailkan semula. Hakim juga mengarahkan YB Husam Bin Musa membayar kos sebanyak RM40,000 kepada pengasas blog Kickdefella. Husam menfailkan saman fitnah RM5 juta terhadap Syed Azidi pada tahun 2011 kerana mendakwa Syed Azidi telah menfitnah beliau dalam 3 artikel yang diterbitkan di blog Kickdefella. Perbicaraan bermula pada Disember 2012 dengan Husam sempat memanggil 3 orang saksi memberi keterangan. Bagaimanapun perbicaraan terus tertangguh beberapa kali bila Husam sendiri gagal hadir memberi keterangan atas pelbagai alasan kerja dan kesihatan. Perbicaraan patut disambung semula pada hari isnin lepas, bagaimanapun Husam telah mengarahkan peguamnya memaklumkan kepada Mahkamah Tinggi hasratnya untuk menarik balik…

BN Pertahankan Malaysia, PAS Pertahankan Kelantan

Posted on May 6, 2013

Tahniah kepada mereka yang telah terpilih mewakili rakyat sama ada di peringkat Parlimen ataupun di peringkat negeri. Sekarang adalah masa terbaik untuk kita berkhidmat kepada rakyat yang telah memilih kita. Sokongan penuh perlu diberikan kepada kerajaan-kerajaan yang telah dilantik oleh rakyat. Semoga segala ketegangan yang kita lalui kebelakangan ini akan kembali kendur. Syabas kepada rakyat kerana telah membuat pilihan yang difikirkan terbaik oleh mereka. Kita perlu menerima keputusan ini dengan hati terbuka. Terima kasih.

Rakyat Kembalikan 2/3 dan Kelantan, Kedah Kepada BN

Posted on May 4, 2013

Pakatan Pembangkang tahu mereka akan ditumpaskan oleh rakyat bila majoriti senyap membuang undi esok. Di atas sebab itulah mereka berusaha membuat pelbagai tomahan dan menimbulkan suasana tegang untuk menakutkan orang ramai. Bagaimanapun, hanya dengan memberi sebesar-besar mandat kepada pimpinan Najib Razak akan dapat mematikan semua agenda jijik Pakatan Rakyat. Pakatan Pembangkang dijangkakan akan membuat perhimpunan di Putrajaya bermula esok dan himpunan itu dijangka akan bertukar menjadi kekacauan kerana tidak puas hati dengan kekalahan mereka yang kononnya disebabkan oleh penipuan dalam pilihanraya. Semua ini telah dirancang. Beberapa perhimpunan juga dijangkakan di beberapa negeri termasuk di Kelantan bila ada gesaan supaya penyokong PAS keluar ke jalanraya sekiranya menjadi nyata mereka ditolak rakyat di Kelantan. Oleh yang demikian blog ini memohon dan merayu kepada semua pemilih untuk…

Suasana Huru Hara Terasa, Tapi Rakyat Terus Mendahului Di Kelantan

Posted on May 4, 2013

Rakyat Kelantan yakin akan dapat menumpaskan kezaliman Kerajaan Pemerintahan PAS Kelantan dengan indikasi terkini menunjukkan BN mendahului di 24 kerusi Dewan Undangan Negeri dan di 7 kerusi Parlimen. Untuk rekod, Kelantan mempunyai 45 kerusi DUN dan 14 kerusi Parlimen. Bagi menubuhkan kerajaan negeri, sesebuah parti politik memerlukan sekurang-kurangnya menang di 23 konstituensi DUN. PAS yang sudah memerintah Kelantan selama hampir 23 buat masa ini hanya mendahului di 11 kerusi DUN. Sementara Negeri Kelantan mula menyaksikan kebanjiran pulang anak-anak Kelantan dari luar, rata-rata sentimen kebencian dan meluat kepada DAP dan hilang hormat kepada pendirian sesumpah PAS dilihat dibawa bersama. Bagi pengundi tempatan pula, penolakan kepada PAS antaranya dipengaruhi oleh kegagalan PAS menunaikan janji-janji mereka dan keangkuhan melampau pemimpin-pemimpin PAS Kelantan adalah faktor utama. Aura Pengerusi…

Husam Kembali Ke PUTARJAYA

Posted on May 3, 2013

Setelah tidak muncul-muncul di Kelab Tasek Putrajaya untuk mengambil ujian poligraf bagi membuktikan dirinya tidak berbohong, Husam pagi ini dilihat  kembali ke Kelantan. Husam menjejakkan kaki di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra lebih kurang pukul 9 pagi tadi.  Syed Azidi bersama Nik Mahani (Bekas Pengarah Eksekutif Kelantan Golden Trade) dan Penganjur, Tun Faisal. Husam telah melepaskan peluang untuk membersihkan namanya. Bagaimanapun, ramai yang hadir memang yakin Husam tidak ada keberanian untuk mengambil ujian tersebut. Bagi lebih 50 orang yang berkumpul termasuk dari pihak media berpendapat Husam hanya seorang yang berani bercakap dan berani memalukan orang tetapi bila tiba gilirannya, dia sendiri yang kecut perut. Ini merujuk kepada bagaimana Husam dikatakan pernah mencabar Dato’ Shazril Eskay (Dato’ T) untuk membuat ujian poligraf dalam kes video…

Ujian Poligraf Di Putrajaya

Posted on May 1, 2013

Esok jam 5 petang bertempat di Kelab Tasik Putrajaya, Presint 8 ujian poligraf akan dibuat. Ia adalah seperti yang saya nyatakan pada Ahad, 28 April 2013 yang lalu. Saya harap Calon Parti PAS untuk Parlimen Putrajaya, Husam akan hadir untuk membuat ujian tersebut bersama saya bagi membuktikan siapa berbohong dan siapa bercakap benar mengenai isu-isu yang antaranya melibatkan projek – projek di Kelantan dan yang saya nyatakan tentang Husam sebelum ini.

%d bloggers like this: