Semalam, 10 September 2013, Isu Kalimah Allah sekali lagi bergema apabila pendengaran terhadap rayuan Kerajaan Persekutuan untuk mengenepikan keputusan terdahulu Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Lau Bee Lan, pada 31 Disember 2009 yang mana membenarkan Kalimah Allah digunakan dalam penerbitan Majalah “Herald – The Catholic Weekly” sekaligus membatalkan keputusan larangan penggunaan Kalimah Allah dalam penerbitan itu oleh Kementerian Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia bertarikh 7 Januari 2009.
Antara alasan penghakiman yang digunakan oleh Hakim Datuk Lau Bee Lan pada ketika itu adalah pada Perlembagaan artikel 3(1) yang mana ia adalah hak kepada agama selain Islam, hendaklah diamalkan dalam suasana aman dan harmoni di mana mana bahagian Persekutuan. Selain dari menggunakan artikel 10, 11 dan 12 sebagai alasan untuk membenarkannya. Dari segi situasi yang berlaku sekarang, jelas disini kebenaran terhadap penggunaan kalimah Allah dalam majalah tersebut mengugat suasana aman dan keharmonian dalam Negara yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi persekutuan dan didiami oleh majoriti penduduk Islam maka sewajarnya larangan untuk The Herald- The Chatolic Weekly menggunakan kalimah Allah haruslah dikenakan.
Tetapi dalam pada Kerajaan Malaysia dan rakyat berjuang untuk mempertahankan Kalimah Allah dari terus digunakan oleh Pihak Gereja Kristian di semenanjung Malaysia, ada pula golongan yang terlalu memikirkan keuntungan politik terus terusan mencari salah Kerajaan dengan meletakkan punca kepada kegawatan isu ini adalah dari Kerajaan, sehingga ada yang mempersoalkan perlantikan Hakim yang mengendalikan isu ini pada awalnya adalah bukan Islam, sedangkan mereka yang arif dalam soal perundangan amat faham dan mengetahui Kerajaan tiada kuasa sama sekali dalam soal menentukan hakim, termasuklah dalam melepaskan Anwar dari tuduhan liwat kerana kekhilafan teknikal. Perlantikan hakim adalah mengikut sistem giliran mengikut kes yang difailkan dan tiada siapa boleh memilih dengan hakim mana boleh mengadili kes kes yang difailkan. Tapi akibat doktrin oleh pihak pembangkang soal pemilihan hakim pun nak disalahkan Kerajaan.
Tidak cukup dengan itu, pihak pembangkang juga membantu mencipta seribu satu alasan untuk memberi gambaran kepada rakyat bahawa dalam isu ini Kerajaan telah meluluskan penggunaan Kalimah Allah di Sabah dan Sarawak, membuatkan rakyat melihat isu ini tidak boleh diselamatkan lagi, sedangkan mereka tidak pernah kembali kepada sejarah terbentuknya Negara Malaysia pada 16 September 1963 ketika Sabah dan Sarawak yang mempunyai populasi Kristian sebagai majoriti disana ketika itu dibawa masuk bersama sama “Perjanjian 20 Perkara”. Dalam perjanjian yang dibentuk melalui Suruhanjaya Cobbold itu dalam perkara pertama ia telah menetapkan bahawa mereka (Borneo Utara) bersetuju dengan Agama Islam adalah Agama persekutuan tetapi apa apa berkaitan dengan perundangan Islam yang diamalkan dalam Perlembagaan tidak wajib di di amalkan di Sabah dan Sarawak, itu adalah sebahagian syarat yang menyebabkan Borneo Utara bersetuju menyertai Malaysia. Dan pembangkang juga tidak memperlihatkan kepada rakyat bahawa daripada penerimaan Kerajaan Persekutuan dengan Perjanjian 20 itu, maka Islam di Sabah dan Sarawak dapat dikembangkan dan kini terdapat beratus ratus masjid yang dibina oleh Kerajaan untuk memenuhi keperluan ibadah umat Islam di sana, yang kini mencecah sehingga kepada lebih 30% populasi penduduk.
Dan demi kepentingan politik pembangkang untuk meraih sokongan bukan melayu dan bukan Islam lah maka Presiden PAS, Haji Hadi Awang sendiri membuat ketetapan bersejarah membenarkan kalimah Allah boleh digunakan oleh bukan Islam tanpa paksaan UMNO , malah ia dibuat untuk bukan Islam melihat mereka lebih LIBERAL dari UMNO demi memenuhi tuntutan slogan ‘PAS FOR ALL’ dalam kerjasama DAP dan PKR. Ternyata mereka berjaya meraih sokongan politik bilamana calon mereka menang dengan bergaya hasil dari bantuan sokongan bukan Islam dibeberapa kawasan. Perkara ini walau menimbulkan sedikit kekalutan dalam PAS tapi mereka tetap lebih suka berkerjasama dengan DAP dan PKR walau kesucian kalimah Allah ini dijadikan pertaruhan dan ini terbukti apabila tiada wakil dari PAS datang bersama sama dalam memberikan sokongan kepada permohonan rayuan Kerajaan ini.
PAS FOR ALL kini lebih suka kepada isu isu yang memberikan keuntungan politik keduniaan kepada mereka seperti isu kenaikan harga, royalti minyak dan hak asasi untuk menuntut ini semua mereka sanggup bergadai nyawa menganjurkan berbagai flashmob dan himpunan. Saya tidak pernah PAS menganjurkan tunjuk perasaan atau solidarity untuk isu yang mereka sendiri perjuangkan iaitu HUDUD, kerana seperti mana biasa jika alasan tidak boleh melaksanakan Hudud adalah ekoran dari halangan Kerajaan maka sewajarnya PAS dan pengikutnya meletakkan kepentingan untuk berdemonstrasi atas isu ini lebih utama dari menerjah pasukan Polis untuk membawa isu yang dikepalai Ambiga.
Golongan muda Islam dalam Pakatan Rakyat pula kini termakan dengan hasutan sejarah yang mahu mengangkat kembali bendera ‘Sang Saka Malaya’ yang datang bersama ‘Perlembagaan Rakyat ‘ pada 1947 oleh PUTERA-AMCJA yang antaranya menuntut kesamarataan kaum bukan kesaksamaan kaum di satu satunya bumi Melayu ini seperti idea yang berlaku di Indonesia, menuntut kepada penghapusan sistem Monarki Beraja yang menjadi tonggak Melayu Islam di Negara ini. Dan mereka telah gagal mengambil tauladan yang mana jika itu berlaku dahulu maka Malaysia sekarang tidak ubah seperti nasib Indonesia yang masih teraba raba dalam mencari identiti Islam sehinggakan perkahwinan antara Islam dan Kristian dibenarkan disana serta Kalimah Allah diajarkan kepada anak anak Islam di sekolah oleh tenaga pengajar Kristian dengan konsep yang menyeleweng dari ajaran Islam itu sendiri.
Jelaslah sekarang selagi PAS bersama sama dalam Pakatan Rakyat maka segala isu tentang Islam yang berlaku dalam Negara ini haruslah mengambil kira sensitiviti rakan sekutu mereka DAP kerana mereka pun sedar kerusi yang mereka miliki kini adalah yang paling rendah dalam Pakatan Rakyat jika nak dibandingkan dengan Kerusi yang dimiliki oleh PKR dan DAP , maka atas pertimbangan kepentingan politiklah mereka tak mungkin bersama sama atas isu yang akan membuatkan sokongan terhadap mereka hilang. Mereka juga sedar jika Pakatan Rakyat yang memerintah Malaysia mereka harus menjadi ‘yes man’ kepada rakan sekutu mereka demi menjaga jawatan jawatan yang akan diberikan kepada mereka , apa yang lebih penting kepada mereka adalah ASAL BUKAN UMNO(ABU) bukannya untuk ISLAM.
Saya dan jutaan rakyat Malaysia yang beragama Islam yang lain mengharapkan dan berdoa supaya keputusan mahkamah rayuan yang bakal diumumkan pada Oktober depan akan memihak kepada Kerajaan. Pertahankan Kalimah Allah!
The Government has no right to tell anyone in Malaysia how they should address their God.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
America, like India and the Church, is much bigger than anything that can be thrown at it.
Unfortunately, unlike India and the Church, it does not behave as if it’s much bigger than anything that can be thrown at it. It behaves more like the rogue nations that it routinely accuses of any number of sins. In that sense, America is still finding its way.
Malaysia meanwhile caters to the lowest common denominator among the Malay Nation in Malaya while squatting on the non-Malays as an internal coloniser in Malaya and as a coloniser in Sabah and Sarawak, a fate which Singapore under LKY rejected.
Even the British in Stockwell’s book, based on colonial documents, resigned themselves to the growing body of evidence that Malaya was bent on colonising the nations in Borneo after their departure. It’s a microcosm of the British colonial Empire.
Malaysia is truly lost and will never find its way back.
It’s not even making a pretence of finding its way back.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Mr Joe, you can address your god in any name that you wish but not ALLAH which is the one and only god for the muslims and you have no right demand that as your right. We as muslims will defend this to our last breath and please understand this if you as a non muslim wish to live in harmony in this muslim majority country.
Ayat pertama dalam surah Al-Fatihah selepas Basmallah…cuba share terjemahannya?
As a muslim who believes in one God I do not like nor want to share my One God with other who believes in god idols or god trinity. No way.
This matter shudnt be in court at all. The other believers who worship many gods shudnt even bring this matter to court . Period.
Hv we want or ask to share god jesus or budha with you other believers. Ada tak? Ada tidak kami minta dari kamu yg berkepercayaan agama lain nak berkongsi
name tuhan? Kami tidak mahu mengapa kamu muka tak malu nak kongsi name tuhan dgn agama kami?. What is your intention sharing2 name tuhan ni? Sengaja ingin memesongkan manusia overall d dunia ini. Allah is Ahad. Satu. Tidak beranak dan d peranakkan. Not enough hint here. You just dont get it do you. Tak malu. If no shame to humans malu la pd tuhan kamu if that is what you believe in. Kurang hajar…pegi tinggal d amerika atau singapork klau rasa hidup kamu akan lebih senang d sana. Get lost!!! BIADAP.
In rooting for the Filipinos and Indonesians, Mahathir from Kerala doesn’t seem to care that Sabah belongs to the Orang Asal … RCI must satisfy Pairin, PBS, Orang Asal …
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Don’t the Christian know the name of their own God. Don’t they call their God Jesus? Why are they so confused in this issue. Why can’t they use the word Tuhan to denote God and not Allah or Buddha or anything else? Isn’t the name Jesus good enough for them?
The semi-literate Harris Salleh is claiming that the 20 Points — a constitutional document on Malaysia — are no longer relevant.
If there had been a Referendum on Malaysia, the 20 Points along with the Malaysia Agreement would have provided the two additional basis for Sabah to be in Malaysia.
The political structure in Sabah and Sarawak is a colonialist one dominated by co-opted local traitors made up of proxies, stooges and rogue elements — read handing out MyKads to illegal immigrants — of Malaya.
Stockwell’s compilation of the declassified colonial documents on Malaysia makes it clear that the British resigned themselves helplessly to the inevitability that Malaya would colonise Sabah and Sarawak after they left. So, 16 Sept is Occupation Day.
Malaya has never observed Malaysia Day, 16 Sept, even once in the last 50 years because they know it marks Occupation Day.
There’s no Malaysia as originally envisaged. Sabah and Sarawak were dragged into the Federation on Malaya as the 12th and 13th states to facilitate the merger of Singapore and Malaya. Article 160 of the Federal Constitution makes that clear. The Federation of Malaya is masquerading as the Federation of Malaysia and the Constitution of Malaya is being passed off as the Constitution of Malaysia.
In rooting for the Filipino and Indonesian illegal immigrants, Mahathir from Kerala doesn’t seem to care that Sabah belongs to the Orang Asal … RCI must satisfy Pairin, PBS, Orang Asal ..
The best message on Occupation Day is to say that we should not to be bogged down by the tragedy of the past 50 years since 16 Sept, 1963, the day the British abdicated their responsibilities under international laws to Sabah and Sarawak. Law is something that goes beyond the statute books. Law is natural, universal and eternal. It exists.
We need to look forward & seize the moral high ground so that we can move ahead.
Unless Sabah & Sarawak stand on their own two feet, they will never be able to unleash their creative energies in the collective & realise their full potential potential as Nations in their own right in the International Community.
During the transition period of 15 years towards restoration of the sovereignty of 31 Aug, 1963 (Sabah) & 22 July, 1963 (Sarawak), Malaysia should be responsible only for foreign affairs, defence & national economic planning for the Malaysian common market.
Within Sabah & Sarawak, local elections should be introduced & taxation be levied only at the local government level.
The Sabah and Sarawak Governments should get a modest percentage of the taxes from local governments & in turn pass an even more modest percentage to the Government of Malaysia.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
nama Allah hanya untuk org Islam..plsx3 non Muslim/Malays do not disturb our live..we had gave u everything in this land that u wish for n yet u never feel satisfied wif..we fight for this land among us for centuries we exist..we give our heart n soul on what we believe ..our strength is what we believe n Islam there is..our pray is only for Allah..when a Malay is bone in Malaysia..a Muslim is bone..there is no ani other part in the world..melayu Islam di Malaysia hidup secara sederhana beriman kepada Allah adalah yg sebenar benarnya..
yes the govt has no right to do that n after all this while the gov never force u to do this n that n bcoz of the too lenient policy that the gov practice for so long has make them in the middle of nowhere..integrated lah is the keyword for the minority in malaysia bcoz y I say tis..if u do that u will not say mahathir from Kerala this n that..Sabahan n sarawakian mostly the people agreed to be part of Malaysia n they are truly Malaysian rather than people who live in the peninsular..
allaahuakbar allahuakbar allahuakbar..
Allah SWT adalah tuhan sekelian makhluk, – Islam, kafir, binatang, bulan, bintang dsb. Ahli kitab (Nasrani) digelar ahli kitab kerana mereka percaya dan iktiraf Allah adalah tuhan, mereka kufur kerana menyekutukan Allah yakni percaya ada tuhan lain selain dari Allah tetapi tak bermakna mereka mengingkari kewujudan Dzat Allah, kelebihan penganut agama samawi berbanding agama lain ialah sembelihan mereka halal dimakan dan sah perkawinan denga ahli kitab.
[a]. Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala.
“Artinya : Makanan (sembelihan) orang-orang yang diberi Al-Kitab itu halal bagimu, dan makanan kamu halal pula bagi mereka. (Dan dihalalkan mengawini) wanita-wanita yang menjaga kehormatan di antara orang-orang yang diberi Al-Kitab sebelum kamu” [Al-Maidah : 5]
Allah, Tuhan sekalian alam. Adakah ummat selain Islam yang mengakui Allah sebagai tuhan mereka? Adakah kristian mengakui Allah sebagai tuhan atau jesus sebagai tuhan? Jika memang kristian mahu mengakui zat Allah sebagai tuhan mereka silakan dengan cara yang sebenar iaitu meninggalkan kristian dan masuk Islam. Tetapi jika mereka masih mahu mengakui zat jesus sebagai tuhan tetapi menggantikan nama jesus dengan nama Allah (sekadar nama bukan zat), maka itu perbuatan yang jahat. Adakah orang Islam yang setuju dengan penggunaan nama Allah bagi tuhan orang kafir faham perkara ini secara jelas?
yg mahukan kafir guna nama Allah ni pasai apa???? dah nak samakan taraf dgn kaper ka?? Allah Yang Maha Esa mana sama dgn tuhan2 mrk yg berbagai??? tolong jgn terlalu mudah mentafsir hingga ambil sekerat2 saja ayat2 suci demi memenangkan kaum dap kuffar tu!!
If Allah is only for Muslim and the Christian should use Jesus/Lord/etc for their god, does that means that the Muslim in this country were saying that there is another God for Christian? The first pillar of Islam is shahadah; stated that nothing deserve to be worship except of Allah and Muhammad is the messenger God. And by saying the Christian were worshipping their God other than Allah means the Muslim in this country recognise that there is other God beside Allah! and If you want to say that we are defending the Kalimah Allah, does that mean that Allah need our protection?