Pada posting yang lepas pada 5 Ogos 2013, saya membicarakan tentang kepulangan perantau ke negeri tanah tumpah kelahiran, Kelantan untuk menyambut Hari Raya Aidil Fitri yang berkebetulan dengan hampir genapnya 100 hari pemerintahan berwajah baru Kerajaan PAS Kelantan. Kepulangan mereka bersama seribu satu persoalan mengenai apa yang telah dijanjikan kepada rakyat Kelantan sebelum PRU 13 lalu. Ada beberapa group Facebook yang pro-PAS mula melancarkan serangan terhadap kredibiliti Kerajaan Negeri berkenaan hal tersebut dan bagaimana ‘sejuknya’ Kerajaan dibawah pimpinan baru ini. Mereka juga memalitkan kesalahan kesukaran melaksanakan projek projek itu adalah disebabkan Kerajaan Negeri tidak menyenaraikan bekas Exco Kanan, Dato Husam Musa sebagai punca kepada kegagalan itu, dengan kata lain MENGKAMBING JAMNAPARIKAN Kerajaan Bawah Pimpinan baru ini.
Sebelum ini tiada respon dari Kerajaan Negeri, mungkin kerana blog ini disifatkan oleh mereka hanya suara kecil yang tidak perlu dihiraukan, dan boleh diletak tepi. Sehinggalah teguran secara terbuka Professor Agus Yusoff di Wall Facebooknya pada Jumaat, 9 Ogos 2013 ,yang secara jelas memberikan teguran ‘berhemah’ tentang betapa tiadanya keghairahan baru di Kelantan, setelah 100 hari mendapat mandat baru dari rakyat Kelantan. Keghairahan yang dimaksudkan Prof Agus adalah berkenaan tiadanya dasar dasar baru yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri dibawah pimpinan Dato Ahmad Yaakob dan Timbalannya Dato Nik Amar, ia juga mengenai status 2 projek ikonik Lebuhraya Rakyat (LERAK) dan Bandar Sukan Bukit Merbau yang menjadi tanda tanya penyokong PAS sendiri. Mereka perlu tahu status dua projek ini kerana mereka bermati matian sebelum ini, mengatakan ia akan menjadi kenyataan dan bukan omongan kosong semata-mata, malah mereka mendabik dada dengan kehebatan Kerajaan PAS yang mereka pertahankan , mampu melancarkan perletakan BATU ASAS walau dipersoalkan dengan berbagai persoalan yang dibawa oleh suara suara yang menentang mereka.
Baca seterusnya di sini
Pada 10 Ogos 2013, selepas jamuan Hari Raya Rasmi Kerajaan Negeri Kelantan berlangsung di Dewan Jubli Perak MPKB, yang dikatakan berlangsung hambar , Dato Nik Amar sudah mengeluarkan kenyataan bagi menjawab ISU 100 HARI ini dengan menempelak, Prof Agus Yusoff dengan kenyataan sinikal “Dalam 100 hari nak bina bangunan pun takkan boleh siap”-Dato Nik Amar. Satu statement yang bagi saya tidak memahami apa yang dipersoalkan dan tidak patut keluar dari mulut seorang Timbalan Menteri Besar. Sambil membawakan contoh, Kerajaan Negeri melalui Menteri Besar telah mengumumkan akan melaksanakan rumah mampu milik pada bulan Mei lalu. Kalau tak silap saya polisi ini telah berjalan semasa pemerintahan Menteri Besar terdahulu, dan jika ditanya kepada rakyat Kelantan masih ramai yang tidak dapat maklumat tentang pemilikan rumah ini yang bilangannya masih jauh lebih sedikit dibandingkan dengan pembinaan komersial usahasama Kerajaan Negeri dan Swasta, mungkin kerana kelemahan jentera penerangan Kerajaan Negeri. Tapi, yang lebih menghairankan ramai rakyat Kelantan tahu mengenai pembinaan ratusan unit Pangsapuri Mewah di Tunjung, Seri Cemerlang, Jalan Hamzah dan dibeberapa tempat strategik yang ada diantaranya dibina secara usahasama dengan GLC Negeri dan Swasta. Walau mereka tidak mampu memilikinya tapi ia boleh jugalah dibanggakan sebagai ‘penanda aras’ pembangunan bagi mereka , dari tiada langsung yang boleh dibuat modal bercakap.

Bercakap tentang Lebuhraya Rakyat(atau ringkasan tepatnya LERAK) pula. TMB mungkin menyifatkan mereka yang mempersoalkannya telah terlepas ‘Keretapi’, berikutan dari pengumuman yang menyatakan ia telah dalam proses memperhalusi projek tersebut. Dalam kenyataan beliau ia sedang diteliti dari segi teknikalnya kerana Kerajaan Pusat mengistiharkan akan menyertainya. Jadi, jika diamati jelaslah sekarang apa yang diumumkan semasa perletakan batu asas/pecah tanah/sembahyang hajat dibuat ditapak perasmian di Felcra Berangan Mek Nab berasaskan kepada sesuatu yang belum diperhalusi oleh pentadbiran terdahulu walau mereka bermati matian mengatakan ia sudah diperingkat perlaksanaan, malah pembinaan sudahpun dimulakan di Kg Bukit Bakar, beserta dengan bukti video tentang perkembangannya yang disiarkan di laman YOUTUBE. Rakyat tertanya tanya dengan wang siapakah yang dibelanjakan oleh pentadbiran terdahulu untuk melakukan ‘site clearing’ keatas sebuah projek yang belum dimuktamadkan?. Malah kini telah balik semula kedalam proses ‘memperhalusi’, satu proses awal yang perlu dan wajib dibuat sebelum perlaksanaan sesuatu projek, bukan selepas projek mula baru nak perhalusi. Suatu ‘seni’ yang hanya ada dalam Kerajaan PAS Kelantan.
Ia juga dikatakan, Kerajaan Negeri dalam proses menunggu kertas cadangan oleh sebuah syarikat Abu Dhabi yang akan melaksanakan projek LERAK, setelah Kontraktor terdahulu menarik diri dari meneruskan projek tersebut. Perlu dijelaskan kepada rakyat Kelantan apakah situasi sebenar yang akan berlaku jika menerima cadangan Syarikat tersebut, apa cagaran yang akan diberikan kepada syarikat itu?, adakah pemajakan tanah? Atau pemilikan hasil galian Kelantan? Kalau benar ,untuk berapa puluh tahun ia akan dipajakkan?, semua ini perlu dijelaskan kepada rakyat Kelantan. Jangan kerana terdesak ingin memenuhi janji semata mata, Kerajaan Kelantan kehilangan hasil beribu ribu lagi ekar tanah yang bernilai lebih tinggi dari itu untuk tempoh yang lama.
Jika benarlah ia akan dilaksanakan bersama bantuan Kerajaan Pusat, maka diucapkan tahniah kerana dalam keadaan dituduh zalim bersekali dengan doa kehancuran oleh pemimpin dan penyokong PAS, Kerajaan Pusat masih seperti biasa sentiasa membuka pintu kepada sebarang kerjasama, seperti sebelum ini dengan berbagai projek prasarana yang telah pun dibuat di Kelantan, walau tidak dihargai sedikitpun oleh penyokong PAS, tapi atas dasar tanggungjawab Kerajaan Pusat ia dilakukan juga.
Terkejut juga saya dengan jawapan mengenai dasar baru yang telah dilancarkan oleh Kerajaan Baru PAS Kelantan apa bila beliau menyatakan iaitu DASAR MESRA KELUARGA untuk menempatkan kakitangan dan pegawai berkhidmat dekat dengan ahli Keluarga mereka. Suka juga saya ingin bertanya adakah bermaksud seorang kakitangan Kerajaan Negeri yang tinggal di Tumpat bertugas di Kota Bharu dan mengambil masa lebih kurang 30 minit melalui jambatan Kedua Sultan Yahya untuk sampai ke pejabat keakan ditukarkan Ke Tumpat supaya lebih dekat dengan rumah. Kalau itulah dasarnya maka bolehlah kerajaan negeri umumkan berapa ramai sudah terlibat dengan pertukaran ini?. Mungkin boleh diumumkan sekali Dasar Belia barangkali mengajak anak muda Kelantan supaya ramai ramai panjat GUNUNG STONG.
Janganlah memperlekehkan suara rakyat Kelantan, ada baiknya dalam menerima tekanan dari dalam dan luar Parti sendiri, pentadbiran Kerajaan Baru PAS Kelantan harus mula berterus terang tentang apa yang telah berlaku dalam perancangan terdahulu sehingga keputusan sebegini rupa diambil yang lebih menimbulkan persoalan yang lebih banyak dari rakyat.
Penyokong PAS yang kecewa dengan penyingkiran Dato Husam Musa akan terus menekan mereka dari dalam, Pentadbiran baru ini harus mengambil jalan terbaik dari dipandang serong oleh mereka tiada guna terus berlapik berkias dengan rakyat, kalau perlu dedahkanlah segala perancangan Pentadbiran terdahulu yang tidak mencapai matlamat asal kepada rakyat supaya rakyat boleh berlapang dada dengan setiap keputusan yang Kerajaan Negeri ambil di masa hadapan. Sepertimana pendedahan mereka tentang persoalan kenapa Dato Husam Musa tidak disenaraikan dalam Barisan Exco.
SELAMAT KEMBALI MERANTAU PADA PERANTAUAN, TERIMA KASIH KERANA ANDA LEBIH MENGETAHUI DARI KAMI YANG MERASAI. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.
Semua orang Ktan hendak, pembangunan hendak kemajuan hendak tapi tak hendak sokong Kjaan. Kjaan Bn sokong lah orang yang sokong mereka macam di Johor, di Melaka,diPahang, di Sabah, diSerawak nah di Kedah sekarang nampak ada sangat bedzanya semenjak Dato Mukhriz jadi MB.nampak macam masalah KUIN dah dpat selesai, jadi badan berkanun negeri, itu lah kalau sokong BN/UMNO Nampak pembangunan dan kemajuan. yang ni dia orang Ktan di KL jangan kompalain jalan jam sampai kena tido tepi jalan penat 12jam nak ke Bentong dari Kuala Kerai semalam..macam Negara mundur sangat padahal tak jauh pun.
Itu lah bila nikmat pembangunan di KL semua ada tapi bila part politik di Ktan tetap undi PAS, jadi Nampak sangat tak suka pembangunan.. Masalah ayer paip yang macam the tarik, nak mandi junub pun tak selesa
Aku tak setuju Kjaan Pusat tolong Ktan ,kenapa?mereka tak beriterima kasih. baik tolong orang kat Serawak, kat Sabah. Aku rasa lebuhraya Pan Borneo dari Kucing ke K.Kinabalu tu akan siap lebeh awal dari “lebuhraya karat” rakyat di Ktan ni
salam
apa yang kita pilih itulah yang kita dapat.
rakyat negeri lain mengundi mengikut kepentingan mereka dan untuk jaga negeri mereka juga.
aku duduk di kelantan, tetapi amat benci dgn org kelate yg tak reti bersyukur dan menilai baik buruk kemampuan mentadbir, kaki tangan kerajaan persekutuan sendiri termasuk guru2 (yg setiap bulan tadah ribuan rm di mesin atm) selalu kutuk kerajaan kaw2 punya, kerajaan kufur pas yg tak nak mengaku kerajaan bn bantu dr semua segi, kalau kerajaan bn tak bantu, mati kutu le semua prasarana di kelantan ini………BO BO LAH TIDONYA PUAK KITOOO, ACU KABA KABA ETEK
All are belawoks………bunyi semo alim tapi gak all are kaki pelawoks!!!!!!!!!
Masih banyak lagi kenderaan yang berlegar2 di jalan raya berlogo “R” dan “K” di negeri Kelantan. Ini menggambarkan betapa taksubnya rakyat Kelantan terhadap parti PAS. Mereka tak tahu, jawatankuasa hudud hanya ditubuhkan sebelum pilihanraya dan senyap sunyi selepas itu. Tuntutan royalty pun bisu dah… sebab mereka sedar bahawa tuntutan mereka tiada asas. Nantilah dan tunggulah dekat PRU14 barulah jawatankuasa Hudud dan tuntutan royalty akan digembargemburkan semula. Nasib kamulah orang Kelantan, mudah sangat kena tipu ko orang hok pakai serban.
Nik Amar TMB Kelantan ketua lawak kerajaan kelantan
saya tak sempat pulang raya lalu, Insya-Allah… akan tinjau masalah di Kelantan September nanti
Ust Mat dengan Nik Amar berjurus sangat, ore kata ‘betul dan lurus’, cekat tak pandai menipu dan spin macam pemerintahan dulu2. Set dulu2 pandai spin, modal air liur jah. Penyokong terus percaya bulat2. Royat lah, projek dulu2 tu hanya wayang jah, wayang sebelum PRU. Kalu Husam pandai, tak la Sultan suruh dia (R)Resign atau di (R) Reject.
inilah perangai org pencacai, penfitnah pendendam yg tak habis2 krn hati kotor, busuk sebusuk2nye, pandang buruk hanye pd Kelantan shj , cei cube le jenguk camane pulak negeri lain melaka ke sabah ke sarawak ka bn perintah lagi teruk pemimpin depa kayaraya rakyat papakedana miskin same je macam Kelantan , Kelantan boleh juga usaha cari dwt ada tabung serambi mekah setelah ditindas umno yg zolim
kan bagus kalau semua manusia hatinye jernih bila bercakap sentiasa melihat yg baik dan adil bukan dengan hati perut yg busuk dan kotor, lebih2 lg kalau pemberi komen org muslim mestilah dr mereka yg baik
tok Wan ,
Saya(Redwhistle) anak Kelantan, yang tinggal di Kelantan, dan merasainya di Kelantan jadi penilaian saya adalah untuk Kelantan, jika dituduh kerajaan pusat yang Zalim jelaskan secara spesifik kezalimannya. Untuk negeri lain biarlah anak negeri lain yang menulisnya….
Tok wan saya orang Negeri Sembilan… Kat kampung saya tak orang yang papa kedana tempat lain saya tak tahulah
Apa kata kalau mana2 kaki tangan kerajaan pusat sperti guru yg bekerja di negeri2 gaji dibayar Oleh kerajaan pusat, manakala elaun2 seperti elaun perumahan, cola, keraian dll dibayar Oleh kerajaan negeri. Baru adil.
takde serambi mekahnya kb tu tokwan. n.ajis pun mengaku kb kotor. bukan staf mpkb(?) tak wat kerja, tp rakyat kelantan (penyokong agama pas?) takde sivik, buang sampah merata-rata. benda mcm tu, nak salahkan dan kafirkan UMNO/BN/kerajaan Persekutuan jugak ke? kaki fitnah sapa sebenarnya? guna agama Islam untuk tujuan dan matlamat politik kemahiran siapa kalau bukan pas? orang negeri2 lain tak melimpah kat negeri orang, bukan mcm org kelantan. ini bukti ketakmampuan parti politik pas dan pimpinannya untuk menjaga kesejahteraan rakyat dan negeri sendiri. cermin2lah diri tu. sebelum mengkafirkan orang lain secara langsung atau tak langsung, periksa iktikad dan amalan kau itu sendiri. saya percaya ramai org kelantan yg sudah sedar, cuma yg belum sedar lebih ramai. sekarang penyakit ni pun dah merebak ke terengganu dan pahang. kalau tak dicegah, memang akan menghancurkan bangsa Melayu dan Islam sendiri. kepada penyokog2 tegar pas dlm organisasi kerajaan Pusat, cukup2lah buat onar. apakata bersara awal atau berhenti saje. cukup2 lah jadi munafik.
kepada yg bodoh lagi bengap tu..#harapterasa klu isu gaji guru yg dibyr oleh kerajaan tu kamo bangkitkan itu adalah duit rakyat jgk.. kau igt kerajaan tu ada duit ke? kerajaan UMNO/BN tu hanyalah pemerintah dan gaji yg dibyr kpd guru2 tu bknlah kuar dr poket dorang pun, semua tu duik rakyat yg di collect dr poket rakyat dr taxes..ke kau igt org kelantan yg beli brg kt kelantan tak dikenakan tax? bodoh laa..plizz laa jgn nk buat statement bodoh… 2) isu buang sampah merata2 tu semua negeri aq tgk same je.. KL pun same laa..berlonggok sampah dlm longkang/sungai/etc…