prk

 

Rakyat Kuala Besut sudah bersuara dengan memberikan undi popular kepada Barisan Nasional untuk menjadi wakil mereka di Kerusi Dewan Undangan Negeri Terengganu menjadikannya kerusi Dun Barisan Nasional di Terengganu sebanyak 17 kerusi berbanding Pakatan Rakyat 15 kerusi. Ternyata Kempen 16:16 yang dibawa PAS tidak mampu untuk mengoyahkan kebijaksanaan Rakyat Kuala Besut memilih. Penilaian Pengarah Kempen PAS PRK Kuala Besut, Dato Husam Musa, ternyata silap dengan menawarkan idea kedudukan kerusi yang tergantung yang boleh menyebabkan kedudukan kerajaan Terengganu tidak stabil, seterusnya menyebabkan agenda membantu rakyat akan tergantung dengan politiking yang tak berkesudahan. Rakyat Kuala Besut tahu jika itu berlaku keseluruhan Rakyat Terengganu akan merasai kesusahan tersebut.

Keputusan ini sememangnya sudah dijangka, sejak dari PAS menamakan Che Long sebagai calon mereka, ditambah pula dengan isu tuduhan mengedar Pil Kuda yang dibawa oleh Tuan Presiden PAS, Datuk Haji Hadi Awang semasa PRU 13 yang lalu masih lagi segar di ingatan pengundi di Parlimen Besut dan Jentera PKR sendiri kerana salah satu Dun iaitu Dun Kota Putera juga melibatkan pertandingan 3 penjuru dimana PAS dan PKR meletakkan calon di situ.

Jentera Kempen Che Long di Kg Bharu, Kuala Besut

Kempen Che Long di Kg Bharu, Kuala Besut

Che Long juga dilihat tidak bersedia mengharungi badai sebagai calon dengan membuat kenyataan yang tidak berhati hati sehingga beliau di’zip’ mulut oleh pemimpin PAS supaya lebih berhati hati dengan media.

Dengan peratusan pengundian sedikit lebih rendah iaitu 79.79% dari PRU yang lalu Barisan Nasional masih lagi mampu menambah majoriti kepada 2592, ia  membuktikan betapa PAS tidak berdaya untuk menawan kerusi itu. Sepanjang kempen yang berlangsung dalam bulan Ramadhan PAS kelihatan ‘keletihan’ dengan ketandusan isu untuk menarik sokongan Pengundi Dun Kuala Besut. Ia juga dilihat di ‘kacau’ oleh NGO yang datang berceramah hampir setiap hari kempen dengan isu yang kurang relevan bagi penduduk Kuala Besut.  Pengundi Kuala Besut sudah merasai dan menikmati agenda pembangunan yang dibawa oleh Adun terdahulu Allahyarham Dr A Rahman Mokhtar,sudah pasti mereka mahu ia diteruskan kesinambungannya oleh  Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman

 

Kehadiran TMB Kelantan berkempen di saat akhir di PDM Kg Bharu, Kuala Besut

Kehadiran TMB Kelantan berkempen di saat akhir di PDM Kg Bharu, Kuala Besut.

Pengundi Dun Kuala Besut jelas dapat melihat perbezaan jelas antara pembangunan jiran mereka, Parlimen Besut dan Parlimen Pasir Putih, walau Menteri Besar Kelantan beberapa hari lalu menempelak seorang professor dilaman Facebooknya yang kononnya membuat ulasan sebelah mata terhadap Pasir Putih ketika membandingkan dengan Kuala Besut, dengan menamakan Pelabuhan Tok Bali sebagai bukti Pasir Putih lebih membangun dari Kuala Besut. Tapi dalam menempelak kenyataan professor tersebut di Astro Awani ,beliau tidak menyebut bahawa Projek insiatif pihak swasta itu dibawah Program Transformasi Ekonomi Kelantan 2011/ECER, bersama sama kerajaan Pusat dan Negeri . Beliau lupa membuat perbandingan yang wajar antara Bandar Pasir Putih itu sendiri dengan Bandar Jertih bawah daerah Besut yang jauh lebih tersusun dengan berbagai bentuk pembangunan dalam segenap aspek.

Bekas MB dan Tok Pa Ketika Majlis Port Tok Bali.

Bekas MB dan Tok Pa Ketika Majlis Port Tok Bali.

Akhir sekali sekalung tahniah buat pengundi Kuala Besut yang telah membuat pilihan yang tepat memilih Calon Barisan Nasional, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman sebagai ADUN Kuala Besut yang baru.

Walau tidak mencapai sasaran 4000 majoriti,KUALA BESUT  TETAP KEKAL BIRU… TAHNIAH.