Kenyataan DBS Nik Aziz.

Kenyataan DBS Nik Abdul Aziz Nik Mat.

 

Adun Chempaka dalam laman Facebooknya pada 18 Julai 2013, telah membuat komen sekali lagi mengenai Isu Kalimah Allah, yang pada saya beliau secara tidak langsung mengakui bahawa kenyataan Kolumnis Sinar Harian, Yusuf  Harun, PAS sememangnya bisu dalam isu Marino, Kenyataan itu dikeluarkan untuk menempelak Kerajaan Malaysia yang dibawah UMNO Barisan Nasional yang masih memegang tampuk pemerintahan.

Beliau mendakwa undang undang  ditangan Kerajaan Malaysia maka Kerajaanlah perlu menangani Isu tersebut, sambil merujuk kepada reality yang berlaku di Sabah dan Sarawak di mana Kalimah Allah masih digunapakai oleh penganut Kristian di sana. Pada saya kalau beliau dan PAS sudah tahu Barisan Nasional masih lagi kerajaan di Malaysia kenapa Haji Hadi Awang bersama sama Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang mengeluarkan pendirian bersama sebelum Pilihanraya Umum ke 13 lalu, yang mana membenarkan ia di gunapakai oleh bukan Islam? Lupakah mereka pada ketika itu Malaysia masih di bawah Kerajaan Barisan Nasional?.

 

Tiga sekawan semasa bersetuju Kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam

Tiga sekawan semasa bersetuju Kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam

 

Persoalanya andai pemerintahan Malaysia jatuh kepada tangan Pakatan Rakyat adakah PAS akan membuat arahan baru Kalimah ALLAH tidak boleh digunakan oleh Penganut Kristian di Sabah dan Sarawak?, sudah tentu Penganut Kristian disana akan merujuk kembali kepada kenyataan media bersama yang dibuat oleh Presiden PAS sendiri, diwaktu itu apa pendirian PAS?. Mampukah melawan pendirian Ahli Parlimen dari parti lain yang bersekongkol bersama mereka untuk kemenangan?.

Sedarkah Adun Chempaka dan PAS bahawa dalam isu Sabah dan Sarawak (disebut BORNEO UTARA) ketika kemasukan negeri negeri tersebut kedalam Pembentukan Negara Malaysia yang membawa kepada penyatuan dengan Semenanjung Tanah Melayu pada tahun 1963 telah terdapat satu perjanjian atau Memorandum PERKARA 20 (20 Points Aggrement) yang telah dipersetujui bersama semasa penyertaan mereka.

Perkara pertama dalam 20 Points Aggrement adalah berkenaan AGAMA, : Walaupun tiada bantahan terhadap agama Islam sebagai agama kebangsaan Malaysia akan tetapi agama rasmi sepatutnya tidak akan diadakan di Borneo Utara, dan segala perundangan mengenai agama Islam yang terkandung di dalam Perlembagaan Malaya tidak harus digunakan di Borneo Utara.

Jadi dari asas itu dapat disimpulkan bahawa Kerajaan Persekutuan tiada kuasa untuk menentukan bagaimana perjalanan perundangan Islam untuk dipatuhi oleh bukan penganut agama Kristian disana. Jika, PAS memegang undang undang, bersediakah mereka mendapat tentangan dari Sarawak dan Sabah dengan mereka memegang asas ini sebagai rujukan di Mahkamah?. PAS perlu bertanya kembali kepada diri mereka adakah rakan dalam Pakatan Rakyat akan menyokong mereka dan sanggup kehilangan kuasa?. Sudah tentu pertimbangan politik akan jadi keutamaan mereka.

Jika kenyataan saya diatas dibaca oleh penyokong PAS, maka sudah tentulah mereka seraya berkata bahawa UMNO lah puncanya kerosakan itu yang menerima perjanjian sebegitu rupa yang dikenakan oleh Borneo Utara. Bagi menjawab persoalan tersebut suka saya membawa kepada kembali kepada sejarah dimana Sabah dan Sarawak iaitu Borneo Utara adalah sebuah Negeri bawah naungan British sejak 1882, dan menjadi tanah jajahan British dari 1946 hingga 1963, maka penyebaran agama Kristian disana begitu meluas dan pengaruh dari penyebaran Kristian dari Indonesia juga amat meluas, sehingga populasi Islam disana amatlah kecil. Jadi semasa pembentukan Suruhanjaya Cobbold yang membuat pungutan suara disana telah mengeluarkan syarat syarat ini dan ia bukanlah kuasa UMNO menentukan syarat syarat ini pada 1962.

Dan disebabkan UMNO menerima Sabah dan Sarawak dibawah perjanjian inilah maka kini kita dapat lihat Sarawak memiliki populasi penganut ISLAM sehingga kini sudah melebihi 30 %. Kerajaan Pusat juga sudah membina lebih beratus masjid di Sabah dan Sarawak untuk mengembangkan Syiar Islam disana walau polisi ini tidak diamalkan oleh Kerajaan Kelantan dibawah pentadbiran Adun Chempaka ini.

Tidakkah PAS perlu melihat bagaimana dakwah Islam di Sabah dan Sarawak boleh dikembangkan oleh Kerajaan Pusat dengan menerima kemasukan Sabah dan Sarawak.

Jika dilihat kenyataan Adun Chempaka ini menyatakan bahawa UMNO mereka isu ini dengan menyatakan bahawa ianya hanyalah ‘makanan segera’ untuk pengundi di Kuala Besut, wajarlah beliau melihat kedalam pentadbiran Negeri Kelantan ketika menghadapi PRU 13 lalu, dimanakah janji janji mereka untuk membina kemudahan untuk rakyat seperti Stadium, Lebuhraya?. Bagaimanakah pula hasil dari Jawatankuasa Hudud yang ditubuhkan sebelum PRU ke 13 iaitu pada Oktober 2011 walau Kanun Jenayah Syariah 2 Kelantan telah diluluskan sebulat suara (termasuk Adun BN) DUN Negeri Kelantan  sejak 1993?.Adakah ini semua bukan ‘makanan segera’? yang sudah ditelan oleh rakyat Kelantan untuk mandat semula kepada PAS.

Berikut adalah prtikan kenyataan Kolumnis Yusuf Harun dalam Sinar Harian 18 Julai 2013:

 

sinaryusof

Bagaimanapun sedang isu ini menjadi panas, kita dapati Pas mengambil jalan selamat dengan tidak mencampuri atau mempertahankan kerajaan dan umat Islam lain. Ia lebih mengutamakan menjaga perasaan dan hubungan dengan rakan-rakan PR seperti DAP dan PKR berbanding berjuang di barisan depan Islam. Pas sedar tanpa dua parti ini khususnya DAP peluang Pas untuk menumpang kuasa seperti di Pulau Pinang dan Selangor tak ubah macam ikan emas dalam akuarium—sekadar sedap mata melihatnya tapi tak boleh pegang. Maka betullah kata pengkritik Pas bahawa parti itu lebih berjuang untuk mendapat kuasa dan Putrajaya daripada memperjuangkan agama kerana kes Marino adalah contoh yang terbaik.- Yusof Harun.

Jangan hanya tahu melihat ‘makanan segera’ orang lain tapi ‘makanan segera’ sendiri disimpan rapi dalam almari dan dikeluarkan semula masa PRU akan datang.

KUALA BESUT KOHO BIRU!