Seorang Adun Biasa PAS Chempaka , Datuk Bentara Setia Nik Aziz Nik Mat, ketika berceramah untuk berkempen di Kuala Besut telah mengeluarkan kenyataan ‘baling batu’ tak sembunyi, kepada UMNO dengan mengatakan UMNO buat masjid tetapi tak sembahyang, UMNO buat masjid hanya untuk kontrak, saya melihat ia sebagai taktik biasa yang mengharapkan beliau diserang kembali untuk dibela oleh penyokong penyokongnya yang taksub, seterusnya berjaya meraih undi simpati dari pengundi menjelang PRK Kuala Besut 24 Julai ini.

Beliau juga mendakwa UMNO merosakkan otak rakyat dengan membina masjid dengan menjadikan rakyat jadi kedekut, cari duit hanya untuk beli tanah, beli kereta dan tidak menderma kepada tabung pembinaan masjid. Begitulah panjangnya akal Adun Chempaka ini.

Disebabkan itu, katanya menjadi amalan kerajaan negeri sejak dahulu lagi kerajaan Negeri tidak mahu membuat masjid dan hanya membantu sahaja pembinaan masjid sekadar termampu kepada  dan selebihnya rakyatlah perlu menderma untuk menyiapkan pembinaan.

Mungkin selepas ini eloklah Adun Chempaka ini mengusulkan kepada DUN supaya tidak dibayar lagi elaun elaun EXCO serta  Adun untuk menggalakkan rakyat mengamalkan sikap dermawan maka rakyat bolehlah menderma kepada adun setiap kali mereka turun kawasan berkhidmat, mengikut keikhlasan hati rakyat.

Elok juga kalau kereta Exco Kerajaan Negeri juga dibuat satu tabung derma dan bila sudah mencukupi maka dibelilah Kereta tersebut mengikut sebanyak mana jumlah dikumpulkan. Kalau dapat untuk Proton Saga Terpakai pun, syukurlah kerana perkara terpenting adalah Berjaya membawa rakyat kembali kepada sikap menderma ini.

Khemah Qaryah Ramadhan Di Perkarangan SSMIV

Khemah Qaryah Ramadhan Di Perkarangan SSMIV

Jika dilihat di Kelantan dalam setiap keindahan Ramadhan , Sejak 1993, Kerajaan Negeri akan menyediakan Khemah berhawa dingin untuk sama sama rakyat berterawih disitu, pada hemat saya ia satu pendekatan terbaik dan bagus dalam mendidik rakyat dan dijadikan tarikan di negeri Kelantan dalam mengimarahkan bulan Ramadhan. Ada yang mengatakan belanjanya untuk sebulan  hampir mencecah ratusan ribu ringgit, selama 20 tahun ia sudah mencecah lebih dari puluhan juta, ideanya cukup baik untuk orang ramai beribadah.  Tapi mungkin, Saya merasakan apalah salah kiranya Kerajaan Negeri ambil sedikit tanah Stadium Sultan Muhammad IV itu yang berhampiran gelanggang tenis yang  berhadapan dengan Hospital Pakar Perdana untuk dijadikan sebuah Masjid Tetap yang agak besar dengan nilai yang tak sampai RM 10 juta bagi menggantikan surau lama kecil berhampiran yang  menampung Jemaah yang ramai semasa solat, terutama waktu Zuhur dan setiap malam perlawanan bolasepak atau apa apa acara yang diadakan disitu, sepanjang 11 bulan yang lain.

Husam Ketika Majlis Penerangan Lebuhraya Rakyat

Husam Ketika Majlis Penerangan Lebuhraya Rakyat

Tentu tidak susah bukan?, sebab saya teringat kata kata Husam ketika membuat seisi penerangan Lebuh Raya Rakyat sedikit masa dahulu, dimana beliau berkata, ‘.Bahannya adalah batu,Tapak iaitu tanah, pasir untuk gaul simen dan juga besi dan minyak tar itu bahan asas buat lebbuh raya, bukan nak buat appolo, roket naik kebulan’…. Katanya juga dalam majlis tersebut Ladang Sungai Terah bawah PMBK SAWIT yang dipengerusikan beliau untung tahun lepas RM21 juta, tahun ini mungkin menjangkau RM30 juta. Bukankah mudah masa nak bentangkan penerangan pada rakyat untuk buat lebuh raya dulu dan untuk cukupkan bakinya maka rakyat digalakkan menderma. Takkan untuk membuat Sebuah Masjid tetap di Perkarangan Stadium menjadi satu kesukaran bagi Kerajaan Negeri yang rakyatnya sudah dididik selama 23 tahun untuk menderma. Tapi disebabkan sudah menjadi amalan masjid ini tidak mahu dibina maka ia dibiarkan berlaku begitu, biarkan surau itu terus begitu seadanya. Yang penting bila derma diperlukan maka rakyat cepat cepat menderma.

Akhir Sekali teruskanlah membawa Adun Chempaka ini berceramah di Kuala Besut dan mengatakan pada Orang UMNO yang  tak solat, mungkin pengundi yang memberikan majoriti 2434 kepada BN PRU 13, yang baru lepas bersolat di Masjid Kg Baru, Kuala Besut akan mendengarnya dan tersenyum sinis.