Kita tinggalkan sejenak Kempen PRK Kuala Besut untuk memperkatakan tentang Keputusan Petisyen Pilihanraya PRU 13 Parlimen Machang.

Terlebih dahulu diucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada barisan Peguam Barisan Nasional yang diwakili oleh Datuk Mohd Hafarizam Harun, Abu Bakar As-Siddiq, Nor Azli Ahamed, Mohd. Ilias Mohd Noor dan Raihanah Ashriqin Ariffin.

Peguam Nor Azli Ahmed

Peguam Nor Azli Ahmed

kerana telah berjaya dalam bantahan terhadap Petisyen Pilihanraya PKR terhadap kemenangan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dari Barisan Nasional di Parlimen Machang pada PRU 13 lepas, semalam. Mereka juga berjaya dalam bantahan terhadap petisyen Dun Selising sebelum ini.

Akta Kesalahan Pilihanraya 1954

Akta Kesalahan Pilihanraya 1954

Petisyen Parlimen Machang telah ditolak oleh Mahkamah Pilihanraya kerana kegagalan pihak pempetisyen mematuhi peraturan mengikut Kaedah 9, Akta Kesalahan Pilihanraya 1954. Kesalahan tersebut berlaku apabila tempat Peguam Hisyam Fauzi mahu digantikan dengan 3 Peguam lain untuk mewakili pempetisyen Pilihanraya tersebut iaitu R Sivarasa, Latheefa Koya dan Muhammad Afiq Muhammad Noor.

Menurut Kaedah 9, Akta Kesalahan Pilihanraya 1954:-

Kaedah 9,

Kaedah 9,

Pelantikan peguam bela oleh pempetisyen

 9.Bersama dengan petisyen, pempetisyen atau pempetisyen-pempetisyen hendaklah meninggalkan di pejabat Pendaftar suatu tulisan, yang ditandatangani olehnya atau oleh mereka, yang memberikan nama seorang peguam bela yang dibenarkan olehnya atau oleh mereka untuk bertindak sebagai peguam belanya atau peguam bela mereka, atau yang menyatakan bahawa dia bertindak bagi dirinya sendiri atau mereka bertindak bagi diri mereka, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan, dalam mana-mana satu hal itu, memberikan suatu alamat di Malaysia di mana notis boleh ditinggalkan. Tiap-tiap tulisan itu hendaklah dicapkan dengan duti yang kena dibayar ke atasnya di bawah undang-undang yang pada masa ini berkuat kuasa.

Atau, dengan ayat yang mudahnya nama ketiga tiga peguam yang mahu mewakili pempetisyen hendaklah dinyatakan SEMASA petisyen difailkan di pejabat pendaftar mahkamah, tapi ia gagal dibuat semasa memfailkanya. Sepatutnya hanya Hisyam Fauzi sahaja yang mewakili pempetisyen. Sehebat Hisyam Fauzi pun gagal meneliti perkara teknikal sebegini.

Peguam Hisham Fauzi, kerap juga mewakili Kes yang melibatkan Kerajaan Negeri Kelantan dan Husam

Peguam Hisham Fauzi, kerap juga mewakili Kes yang melibatkan Kerajaan Negeri Kelantan dan Husam

Ini adalah suatu perkara yang amat memalukan apabila satu perkara yang sangat asas dan jelas dalam Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 berkenaan soal prosedur telah gagal dipatuhi oleh peguam peguam hebat PR yang  arif dalam segala macam undang undang Negara.

Bila Keputusan telah dibuat oleh Hakim Datuk Zamani Abdul Rahim yang menolak petisyen itu dengan kos, maka sebagaimana biasa ramailah penyokongnya yang melompat mengatakan ia tidak wajar, mahkamah hanya wajar bila menyebelahi mereka itulah penarafan kewajaran yang diletakkan dalam kepala mereka, walaupun telah jelas ia gagal mematuhi peraturan yang paling asas.

Tweet Latheefa Koya mengenai Kes Petisyen Machang.

Tweet Latheefa Koya mengenai Kes Petisyen Machang.

Janganlah cepat melatah apabila peraturan sebegini mudah pun gagal kita patuhi…… belajarlah menerima keputusan walau ia tidak memihak kepada kita.