Husam Di Kuala Besut

Husam Di Kuala Besut

Dalam kedamaian kempen PRK Dun Kuala Besut, Husam sebagaimana biasa membawa isu berkaitan royalti minyak. Dalam ceramah kelompok beliau di Kg Pusu Tinggi, Husam mengambil Qatar sebuah negara OPEC untuk dibandingkan dengan sebuah Negeri Terengganu dalam soal pengeluaran minyak. Beliau juga cuba membayangkan  seolah olah setiap rakyat di Terengganu boleh hidup seperti rakyat Qatar mewah dan memiliki tanah dan rumah besar besar persis seorang peniaga Skim Cepat Kaya yang memotivasikan rakyat supaya merasa diri sentiasa ditindas.

Adakah Husam sedar bahawa ramai rakyat dibawah tahu berfikir, bagaimana mungkin membandingkan sebuah Negeri dengan sebuah Negara Qatar yang hanya mempunyai penduduk seramai 1.9 juta orang. Lain kali kalau  nak bandingkan sesuatu biar kena pada tempatnya, bandingkanlah Qatar dengan Negara Malaysia yang berpopulasi 28 juta, barulah adil.

Husam sepatutnya melihat semula ke negeri Kelantan semasa beliau menjadi Exco negeri selama berpuluh tahun. Apakah Husam bawa kepada rakyat Kelantan?. Apakah janji janji yang ditabur olehnya semasa PRU13 lalu sedang/telah tertunai?, Apakah perkembangan Lebuhraya Rakyat? Apakah Perkembangan Bandar Sukan Bukit Merbau? Yang sehingga kini tiada nampak perkembangan yang jelas melainkan Siaran Youtube yang menyiarkan Perkembangan Lebuhraya Kota Bharu -Kuala Krai kira kira 2 bulan yang lepas.

Seorang pemilik akaun Facebook MrsNor Wahid pada 6 Jun 2013 telah mendakwa bahawa video tersebut adalah sebuah video yang banyak keraguan antaranya menggunakan nama yang salah.

Komen Mrs NorWahid dalam Wall Facebook Prof Agus Yusof Mnegenai Lebuhraya Rakyat

Komen MrsNor Wahid dalam Wall Facebook Prof Agus Yusof Mnegenai Lebuhraya Rakyat

Antara Komennya adalah:

“Video itu banyak yg tak betul! Mamat yg bercakap mula2 yg ditulis nama mohamad zaki bin mat tu bukan nama sebenarnya…nama dia ialah suzailiman dan bukan berjawatan projek team maneger tetapi hanya PR aitu tukang karut tok joro datuk husam! Suami sy ada dlm video itu iaitu senior engineer tu …”

Sehingga kini masih tiada penjelasan yang konkrit keluar dari Husam. Jika rakyat Kelantan boleh dipersonakan oleh Husam dengan video sebegitu apatah lagi rakyat Kuala Besut. Apabila ‘Lekat Pelekoh’ maka jawapan tak dapat royalti minyak akan jadi ‘scapegoatnya’ .

Itulah Husam Musa untuk penilaian Rakyat Kuala Besut….