IMG_7101

Teka teki siapa calon Barisan Nasional untuk PRK N01 Kuala Besut terjawab petang tadi, apabila Pengarah Pilihanraya Barisan Nasional PRK Kuala Besut, Tan Sri Muhyyidin Yassin mengumumkan  Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman, 37 ,seorang jurutera JPS. Anak Kuala Besut yang berasal dari Kg. Nail. Ia turut dihadiri oleh Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said.

Ia agak mengejutkan banyak pihak yang meramalkan beberapa nama lain termasuk Dato Seri Abdullah Mohd Zin. Tapi semua dilihat berpuas hati apabila ia memperlihatkan UMNO Besut berani untuk mengenengahkan nama baru dari kalangan profesional muda yang bukan dari kalangan nama besar dalam UMNO Besut.  Situasinya hampir sama dengan PRK Kuala Besut 34 tahun dahulu, Datuk Wan Zakaria Wan Abdul Rahman yang dicalonkan dan menang pada usia beliau 32 tahun. PRK pada tahun 1979 itu juga berlangsung dalam bulan Ramadhan.

Datuk Wan Zakaria Wan Abdul Rahman

Datuk Wan Zakaria Wan Abdul Rahman

Jelas UMNO mendengar denyut nadi rakyat apabila meletakkan calon muda untuk memberikan nafas baru yang lebih meyakinkan rakyat Kuala Besut. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa ,inilah  yang dimahukan oleh ramai pihak, bukan dengan hanya jika mahu letakkan calon muda, maka seolah menjadi pra syarat ia mesti mempunyai pengaruh dalam Bahagian atau orang yang rapat dengan pimpinan bahagian sehingga ‘syok sendiri’ meletakkan calon, walau jelas dari penilaian rakyat yang bukan Ahli UMNO beliau bukanlah mempunyai karisma kepimpinan.

Insya Allah, jika dari penilaian awal terhadap Tengku Zaihan dan kerjasama yang padu oleh seluruh jentera pilihanraya, tidak mustahil sasaran Datuk Seri Idris Jusoh untuk melebarkan jumlah majoriti undi Dun Kuala Besut bakal menjadi kenyataan.

all

GELOMBANG BIRU…. KUALA BESUT BERTAMBAH BIRU….