SPR(Suruhanjaya Pilihanraya) pada 5 Julai 2013 lalu, mengumumkan bahawa Pilihanraya Kecil Dun Kuala Besut bakal diadakan pada 24 Julai 2013, dan penamaan calon bagi pilihanraya itu adalah pada 12 Julai 2013. Dengan pengumuman tersebut ,Kawasan Dun Kuala Besut akan mengalami demam pilihanraya sebelum hari raya Aidilfitri, yakni dalam bulan Ramadhan. Penamaan Calon pada 3 Ramadhan (Jumaat) dan tarikh membuang undi pula pada 15 Ramadhan 1434 Hijrah(Rabu).

Seharusnya, dalam pilihanraya yang diadakan dalam bulan Ramadhan Al Mubarak disaat umat Islam menjalani ibadah Puasa , ia akan menjadi sebuah pilihanraya paling kurang kontroversi dalam sejarah pilihanraya kecil. Pilihanraya yang penuh dengan sikap sabar, bebas dari tuduhan melulu dan dipenuhi dengan amalan yang membawa kepada keharmonian Umat Islam di Dun Kuala Besut.

Seramai 17,683 pemilih berdaftar di Dun Kuala Besut akan membuat pilihan mereka sekali lagi selepas PRU 13 lalu yang memperlihatkan BN(Allahyarham  Dr. A. Rahman Mokhtar) terus mengekalkan kerusi tersebut dengan majoriti 2,434 undi. Insya Allah dengan legasi pembangunan Kuala Besut sebagai  Kota Ilmu yang di  bawa oleh Dato’ Seri Idris Jusoh dan Allahyarham Dr. A Rahman Mokhtar akan dapat mengekalkan momentumnya untuk membawa majoriti yang lebih besar nanti.

Hampir keseluruhan jentera parti dari seluruh Negara akan berkampung di Dun Kuala Besut. Kemeriahan suasana kempen Dun Kuala Besut pada Ramadhan kali ini sudah dapat digambarkan dengan masing masing berusaha untuk memenangi hati pengundi. PAS dilihat ketandusan isu bagi memenangi hati penduduk setempat,sehingga mereka hanya menjual Idea ‘DUN TERGANTUNG 16:16’ untuk pengundi mencuba. PAS Terengganu perlu pastikan rakan pakatan mereka tidak meletakkan  Pengedar ‘FIL QUDHA’ atau pendokong fahaman STALIN sebagai  calon dalam PRK ini, sepertimana yang diberitahu oleh Presiden PAS pada PRU 13 lalu. Tidak dapat dipastikan pula sama ada keputusan PAS Terengganu meletakkan calon bertanding di dun bersebelahan iaitu Dun Kota Putera yang juga dalam Parlimen Besut pada PRU 13 lalu adalah juga termasuk dalam kategori yang disebutkan oleh Tuan Presiden tempohari, hanya beliau yang tahu.

results13n02

PKR yang terus terusan mencari salah SPR, perlu menggunakan kesempatan terbaik ini untuk menangkap dan membuktikan seberapa banyak ‘BANGLA’ yang mungkin menjadi HANTU bulan RAMADHAN mengundi di DUN yang dimenangi BN(jangan jadi seperti kes Vinod Elankovam pelajar UMT di Kuala Terengganu), mereka juga perlu memastikan jentera parti mereka lebih cekap untuk mengambil gambar dan video jika berlaku ‘Blackout’  bagi membolehkan isu tersebut terus hidup.

Di pihak UMNO pula perlu menggunakan kesempatan ini bagi melebarkan jumlah majoriti seterusnya membuktikan ia sememangnya sebuah parti relevan dan pilihan orang melayu dibawah panji Barisan Nasional. Ia dijangka tiada masalah bagi jentera UMNO turun membantu secara ‘all out’ kerana tahun ini sudah masuk tempoh pemilihan UMNO, sudah pasti masing masing yang berhajat dalam pemilihan yang akan datang akan cuba membuktikan ‘keikhlasan’ dalam berjuang.

Yang pasti PILIHANRAYA SEBELUM RAYA ini akan membawa pengalaman  kemeriahan berbeza bagi rakyat Dun Kuala Besut yang akan menerima tempias ‘rezeki’ melimpah ruah untuk berhari raya nanti. SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK semoga kempen pilihan raya kecil DUN KUALA BESUT ini menjadi kempen yang bebas dari tohmahan dan fitnah yang tidak berasas, sesuai dengan roh Ramadhan itu sendiri.

JOM KE KUALA BESUT…