Setelah hampir 23 tahun melayan kerenah dan janji Nik Abdul Aziz dan Parti PAS, 6 Mei akan datang, BN dijangka akan menubuhkan Kerajaan Negeri Kelantan.

Kenyataan di atas adalah sesuatu yang mustahil bagi sesetengah pihak, tetapi sebenarnya siapa yang mengatakan fenomena itu mustahil terjadi, mereka sebenarnya tidak tahu tentang politik semasa di Kelantan dan tidak melihat dengan mata kepala mereka sendiri perkembangan terkini di bumi Kelantan.

Padang Mokan 9 - Version 2Kini ceramah BN menjadi pusat rezeki peniaga kecil, bukan lagi ceramah PAS.

Walaupun penentangan dan rasa tidak puas hati terhadap Nik Aziz dan PAS disimpan di dalam diam oleh penduduk Kelantan tetapi kesediaan menerima Barisan Nasional sudah tidak segan untuk dinyatakan secara terbuka.

Sepanjang lebih 9 bulan saya memantau suasana di Kelantan, saya dapat merasakan perubahan yang ketara di kalangan orang-orang Kelantan. Baik dari kubu kuat BN di selatan Kelantan sehinggalah ke kubu kuat PAS di sebelah pantai seperti di Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Bachok dan Kubang Kerian.

Siapa sangka, program BN di keempat-empat kubu PAS itu boleh mengumpulkan lebih 5,000 orang setiap kali ceramah diadakan? Kalau dulu, takda ada orang hendak datang ke ceramah BN, tetapi kini, ia terbalik, tak ada pula orang nak pergi ke ceramah PAS.

Apakah fenomena ini akan turut diterjemahkan bila pemilih di Kelantan keluar mengundi pada 5 Mei 2013 kelak? Kemungkinan kita tidak perlu menunggu hari mengundi untuk mencari jawapan tersebut.

Ketereh 65 - Version 2Ustaz Slide – Rujhan Abdul Rahman, tidak pernah gagal memukau di ceramah

PAS Kelantan berdepan dengan pelbagai krisis dalam terutama termasuklah di 4 kawasan kubu mereka. Lebih teruk lagi, PAS di Kelantan berdepan dengan krisis identiti dan juga krisis kepercayaan oleh rakyat Kelantan.

Apapun perjalanan BN untuk melangkah masuk ke Kota Darul Naim masih jauh dan penuh liku. Ramai orang yang saya temui merasakan BN Kelantan sudah banyak berubah. Tetapi perubahan sebenar hanya boleh dilihat bila senarai calonkan diumumkan kelak.

Korban Ops Daulat 78 - Version 2Gelombang Merah dibawah Mustapa, berkesan.

Jika sewaktu pilihanraya 1990 dulu penyokong PAS boleh berkata, untuk lawan BN, PAS tidak perlu letak calon tapi ‘letak beruk’ pun boleh menang…”, kali ini, arus perubahan itu jika terus kuat dan menyakinkan, mungkin kata-kata itu pula kembali kepada PAS.