Naib Presiden PAS, Haji Husam Bin Musa dilaporkan akan berdepan dengan 5 saman fitnah oleh beberapa individu berprofil tinggi dan termasuk seorang bekas pimpinan PAS dan kumpulan masyarakat di Kelantan.

Siri saman pertama telah bermula apabila Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, Dato’ Sri Mustapa Mohamed  di dalam sidang media petang semalam mengumumkan bahawa peguam beliau telah menyediakan notis tuntutan kepada Husam. Husam didakwa telah menfitnah Mustapa dengan menuduh Mustapa membahagikan 400 lot saham FGV kepada ketua-ketua Bahagian UMNO. Turut berdepan dengan tuntutan itu ialah HarakahDaily dan Ketua Pengarangnya.

Sekiranya Husam gagal membuat permohonan maaf secara terbuka, Mustapa dijangka menfailkan saman itu seawal hujung minggu hadapan di Mahkamah Tinggi Kelantan.

Kebelakangan ini banyak pihak telah mempertimbangkan untuk mengambil tindakan saman terhadap Husam termasuklah beberapa nama besar di dalam arena politik tanah air. Husam pula didakwa oleh sumber dalaman terus menyebarkan terus fitnah mengenai FGV dengan mengedarkan buku-buku yang ditempahnya. Buku tersebut mengandungi dakwaan-dakwaan tidak berasas mengenai FGV.