Jika anda menghadapi masalah penglihatan dan mahu membuat temujanji dengan pakar mata, anda kemungkinan terpaksa menunggu lebih 6 bulan. Itulah dilema yang dihadapi oleh penduduk Kelantan.

Kesemua hospital di Kelantan termasuklah hospital-hospital pakar swasta tidak lagi mampu menampung kebanjiran pesakit yang mengadu masalah penglihatan.

Salinan surat Che Salamku Lah kepada YB Menteri Kesihatan

Akibat sudah tidak tahan lagi seorang pesakit telah menulis kepada YB Menteri Kesihatan dan mengadu masalahnya. Antara kandungan suratnya yang salinannya jatuh kepada blog ini adalah seperti berikut,

“YB Menteri toksoh anak tiri rakyat Kelantan. Nak hari telefon nak buat appointment mata pun tok boleh. Semua doktor mata kat hospital sibuk sebab pesakit ramai. Semua masalah mata srupo ambo.

 Ambo gi kedai spek mata tapi orang buat spek kata tak boleh ubat masalah ambo. Dia suruh tidur tidur saja siang dan malam. Ni buat ambo murih.

 YB Menteri, masalah sakit mata ambo sudah sejak bulan Mac lagi. Lepas bulan Jun koho sakit. Tiga hari lepas terus sakit sengokti. Loni ambo ingat kalau tahun depan Husam Musa nok janji projek baru ke rakyat Kelantan, mata ambo buto teruh.

 Mata ambo banyak problem. Bila ambo test tutup mata, semua problem hilang. Tapi bila acu ambo buka mata , semua janji projek yang Husam nak buat pulak hilang.

Ambo jumpa saing-saing set  sakit mata belako, semua royak hok srupo. Bila tutup mata boleh nampok stadium baru Kelantan. Bila tutup mata boleh nampok Lebuhraya Rakyat. Sekarang tutup mata boleh nampok keretapi laju. Tapi bila buka…. semua takdok.

 Lagumano YB Menteri? Hospital boleh kasi tolong ka masalah ambo?”

Sementara itu seorang Ophthalmologist yang enggan namanya disiarkan mengesahkan peningkatan masalah pengadu sakit mata di Kelantan dan mengesyorkan rawatan berbentuk terapi tidur kepada pesakitnya. Hanya menerusi tidur sahaja mereka boleh melihat stadium, lebuhraya rakyat dan keretapi laju yang dijanjikan oleh Kerajaan Negeri Kelantan.

“Tidak ada cara lain… tidur sahaja penyelesaiannya kalau mereka mahu terus percaya dan lihat apa yang dijanjikan kepada mereka,” ujar Ophthalmologist itu.

“Saya juga nasihatkan mereka agar kurangkan mendengar cermah PAS dan kalau boleh elok berhenti terus dari membaca Harakah. Itu terapi paling mujarab,” tambahnya lagi.

Sementara itu seorang optometris pula ketika dihubungi mengadu bahawa masalah mata yang dihadapi oleh rakyat Kelantan adalah ditahap yang amat kritikal.

“Ada seorang pengadu datang jumpa saya dan beritahu dia gagal melihat 85 benda di dalam hidupnya,” kata optometris itu.

“Bila saya tanya dia apa 85 benda yang gagal dilihatnya, dia kata 85 benda itu adalah janji-janji PAS Kelantan sejak memerintah Kelantan sekian lama…” Ujar optometris yang memiliki rangkaian kedai cermin mata terbesar di Kelantan itu.

Illustrasi ehsan Mat Jek

“Yang saya kesal, bila saya kata tidak ada cermin mata yang dapat menolong dia melihat 85 benda itu, dia terus tuduh saya kroni UMNO dan Barisan Nasional. Mung kapir! Mung kapir! Dia kata kepada saya…. mung nak anaktirikan rakyat Kelantan! Mung sokong judi bola!!!” dakwa optometris itu sambil tersedu-sedu menahan kesedihannya.

Untuk mengetahui senarai 85 benda yang tidak dapat dilihat oleh pesakit mata itu tadi, optometris itu menyarankan anda ke pautan di sini.

Sementara itu, masalah penglihatan ini turut mula diperkatakan di ruang-ruang media sosial seperti di FaceBook ini. Sindrom itu dikenali sebagai SPNCTN iaitu Sindrom Pejam Nampak Celik Tak Nampak.