“Reaksi itu yang kita mahu, kita mahu BN tuduh kita gila, kita mahu nampak seolah-olah BN sekat program ini. Kita mahu blogger BN dan Utusan Malaysia, TV3 semua kutuk kita. Lepas tu kita tak payah buat lah sebab kita akan kata BN sekat. BN sengaja sekat sebab nak anak tirikan rakyat Kelantan…. mudah saja. Sebut ayat Quran sebaris dua dan hadis sekerat dua, dah…. orang akan terus salahkan BN. Kita goyang kaki….

Seorang pemimpin kanan PAS di Kelantan didakwa sedang merancang untuk melancarkan program Stesen Angkasa Lepas pada awal tahun hadapan. Projek itu akan bermula dengan perletakan batu asas di angkasa sebaik sahaja bila pilihanraya umum di dapati tidak akan berlaku pada November ini.

Sumber tidak rasmi membisikan bahawa projek ini akan diserahkan kepada seorang anak bekas pimpinan UMNO yang kemudiannya akan mengumumkan masuk PAS.

“Pada peringkat awal, projek ini akan dibiayai sepenuhnya oleh pihak swasta…” kata sumber tersebut. Antara rakan kongsi anak bekas pimpinan UMNO itu ialah seorang bekas pegawai polis dari unit kongsi gelap, seorang bekas kerani Badan Pencegahan Rasuah (sebelum SPRM) dan seorang bekas penyanyi zaman 50 an.

“Projek angkasa lepas ini akan dibiayai oleh sebuah syarikat Berhad yang rapat dengan pemimpin kanan PAS Kelantan itu…” tambah sumber tersebut.

Pemimpin PAS Kelantan itu pula di dalam satu pertemuan dengan think-tank nya berkata program Stesen Angkasa Lepas itu akan pasti mendapat tentangan daripada Kerajaan Persekutuan dan akan pasti dianggap sebagai gila dan tidak masuk akal.

“Reaksi itu yang kita mahu, kita mahu BN tuduh kita gila, kita mahu nampak seolah-olah BN sekat program ini. Kita mahu blogger BN dan Utusan Malaysia, TV3 semua kutuk kita. Lepas tu kita tak payah buat lah sebab kita akan kata BN sekat. BN sengaja sekat sebab nak anak tirikan rakyat Kelantan…. mudah saja. Sebut ayat Quran sebaris dua dan hadis sekerat dua, dah…. orang akan terus salahkan BN. Kita goyang kaki….” Pemimpin kanan itu dilaporkan memberi penerangan kepada think-tank nya baru-baru ini.

Namun begitu tidak semua pihak di dalam PAS bersetuju dengan taktik jahat pemimpin negeri berkenaan. Ini kerana dakwa mereka pemimpin itu sepatutnya terlebih dahulu membincangkan perkara itu di peringkat Exco dan mendapat restu Exco.

“Memang dia suka buat macam tu,” kata seorang ahli Exco yang tidak mahu namanya disebut.

“Dia suka buat kerja sendiri-sendiri. Lepas tu dia buat luar Kerajaan. Dia bagi kepada saing (kawan rapat) dia yang dia runding tanpa pengetahuan Kerajaan, alasannya ini projek inisiatif swasta….” kata Exco berkenaan menerangkan modus operandi pemimpin PAS Kelantan itu.

“Tetapi dia jaja nama Kerajaan Negeri. Bila time letak batu asas, dia akan panggil Nik Aziz selaku MB pergi rasmi. Sudah rasmi, baru dia angkat ke dalam mesyuarat Exco dan baru nak serah projek ni kepada State….” tambah Ahli Exco itu dengan nada kesal.

Pemimpin PAS Negeri itu dikatakan cuba memperbodohkan rakyat Kelantan dengan mendakwa program Angkasa Lepas itu akan memberi keuntungan trillion ringgit kepada rakyat Kelantan dan menerusi program itu rakyat Kelantan boleh ziarah ke angkasa untuk menghayati lebih mendalam peristiwa Isra’ Mikraj.

Dakwanya menerusi program itu kita boleh menyakinkan rakyat Kelantan bahawa terdapat potensi perlombongan bijih besi di angkasa dan ini akan di eksport ke Republik Rakyat Cina.

Sebelum ini seorang Facebooker dari Kelantan yang menggunakan nama Mat Jek menulis di FBnya yang dipetik seperti berikut,

‘Pilihanraya (dijangka Mac) 2012 – Rakyat Kelantan dapat sebuah Stadium Bermasjid Baru di Bukit Merbau. Pilihanraya (dijangka) Jun 2012 – Kelantan dapat satu jajaran Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai. Pilihanraya (dijangka) November – Rakyat Kelantan dapat satu Keretapi Laju KB-KL untuk perjalanan satu jam sahaja.  Pilihanraya (Dijangka) Mac 2013, mungkinkah rakyat Kelantan dapat melihat perkara yang lebih hebat?’

Tulisan Mat Jek itu merujuk kepada kenyataan YB Dato’ Haji Husam Musa, Exco Kerajaan Negeri Kelantan yang berkata Kelantan akan melancarkan pembinaan projek Keretapi Laju dari KB hingga ke Singapura. Projek itu disebut ketika kehangatan dakwaan pilihanraya akan dibuat pada November 2012.

Beberapa NGO pula dikatakan sudah sedia untuk membantu Husam dengan mendermakan plat untuk batu asas projek yang dijangka akan dibuat pecah tanahnya tidak lama lagi. Sementara itu ada juga yang bersedia mendermakan kereta sorong serta beberapa batang besi untuk membantu Husam letak di tapak pecah tanah itu supaya menambah kenyakinan rakyat Kelantan kepada projek itu dan pada yang sama meredakan isu Stadium dan Lebuhraya Machang-Kuala Krai yang semakin jelas tidak akan menjadi kenyataan itu.

Husam – Umum Lebuhraya dan Keretapi Laju. Tindakannya itu dikata membunuh projek Lebuhrayanya sendiri,

Jurucakap PAS Kelantan pula dijangkakan akan terpaksa membuat kenyataan bahawa PAS akan menangguhkan projek Stadium dan Lebuhraya kerana mendapat gangguan daripada BN. Oleh yang demikian mereka akan menumpukan sepenuh tenaga menjayakan program Stesen Angkasa kerana ianya diluar Malaysia dan jauh dari ‘gangguan’ BN.

Sementara itu didalam respons spontannya kepada media beliau dibisikkan sebagai berkata, ‘Program Stesen Angkasa ini lanjutan program menghijaukan angkasa yang berakhir di Machang minggu lepas’.

Pendedahan mengenai program Stesen Angkasa Lepas ini pertama sekali didedahkan oleh blogger RBF Online di sini.

Ini bukan fitnah, ini selingan hiburan sempena Hari Malaysia.