Shamsuddin Salleh atau dikenali dengan panggilan Pok Din Tar, Ketua Cawangan UMNO Bendang Luas di dalam Bahagian Tumpat akan menganjurkan majlis jamuan hari raya dan ceramah umum PAS di perkarangan rumahnya di Pohon Tanjung, Tumpat. Jamuan yang bermula dari jam 12 tengahari pada 11 September 2012 ini akan dikuti dengan Ceramah Umum pada jam 9 malam yang sama. Khabarnya 2 ekor lembu disembelih untuk upacara itu.

Nik Abdul Aziz, Menteri Besar PAS Kelantan dan Mursyidul Am PAS akan hadir memberi ceramah pada malam tersebut. Difahamkan tajuk ceramah Nik Aziz ialah ‘Rasuah Yang Halal Di Sisi Tuhan PAS’. Antara intipati ceramah tersebut yang dimaklumkan kepada individu tertentu ialah,

(i)             Celaka kepada semua wartawan dan blogger.

(ii)            Nas dan dalil bagaimana Nabi Muhammad S.A.W mengikut Nik Aziz juga pernah memberi rasuah di zaman Rasulullah supaya bertambah pengikut baginda.

(iii)           Lembu yang dibeli dengan duit rasuah oleh PAS halal disembelih dan dimakan oleh orang-orang Islam.

(iv)          Rasuah halal asalkan PAS yang buat.

(v)           Lompat parti asal ke dalam PAS adalah sama seperti Hijrah Rasulullah S.A.W ke Madinah.

(vi)          Pemberi rasuah kepada orang UMNO akan mendapat tempat tertinggi di Syurga kelak.

(vii)         PAS akan terus berusaha memberi rasuah bukan sahaja kepada Ketua UMNO Cawangan tetapi akan juga cuba rasuah Presiden UMNO sendiri supaya menyertai PAS demi untuk mendapat syurga.

(viii)        Hubungan antara PAS dan DAP adalah penting untuk Islam kerana PAS memerlukan roket DAP untuk pergi ke bulan.

(ix)          Akhir sekali Nik Aziz akan memberi fatwa bahawa sebab PAS memerlukan DAP lahir setelah mengkaji peristiwa Israq dan Mikraj secara mendalam. Buraq yang membawa Rasulullah S.A.W ke Masjidil Al Aqsa dan ke langit tujuh pada hari ini pada pandangan Nik Aziz ibarat roket DAP yang akan bawa mereka ke Putrajaya.

Seorang Ketua Polis Negeri pula dijangkakan akan menghantar SMS kepada semua wartawan memaklumkan bahawa Polis telah menutup kes siasatan ke atas dakwaan rasuah oleh Kerajaan PAS Kelantan walaupun belum ada laporan polis dibuat. Bagaimanapun kenyataan tersebut akan memeningkan kepala pegawai-pegawai polis kerana menurut mereka untuk polis menutup siasatan, pertama sekali kertas siasatan hendaklah dibuka terlebih dahulu. Bagaimanapun di dalam kes ini belum ada laporan polis dibuat apa lagi kertas siasatan dibuka.