Seksyen 114A Akta Keterangan adalah satu ancaman kepada semua warga siber  serta rakyat Malaysia dan ia bertentangan dengan hak setiap individu untuk di anggap tidak bersalah sehingga disabitkan kesalahan.

Sebaliknya seksyen 114A Akta Keterangan ini lebih bersifat prejudis dengan meletakkan beban pembuktian kepada orang yang kena tuduh dan bukan kepada penuduh iaitu pihak berkuasa.

Pindaan tersebut adalah seperti berikut,

114A. (1) A person whose name, photograph or pseudonym appears on any publication depicting himself as the owner, host, administrator, editor or sub-editor, or who in any manner facilitates to publish or re-publish the publication is presumed to have published or re-published the contents of the publication unless the contrary is proved.

(2) A person who is registered with a network service provider as a subscriber of a network service on which any publication originates from is presumed to be the person who published or re-published the publication unless the contrary is proved.

(3) Any person who has in his custody or control any computer on which any publication originates from is presumed to have published or re-published the content of the publication unless the contrary is proved.

(4) For the purpose of this section—

  1. (a)  “network service” and “network service provider” have the meaning assigned to them in section 6 of the Communications and Multimedia Act 1998 [Act 588]; and
  2. (b)  “publication” means a statement or a representation, whether in written, printed, pictorial, film, graphical, acoustic or other form displayed on the screen of a computer.”.

Seharusnya beban pembuktian perlu diletak kepada si penuduh atau di dalam kes ini ialah pihak berkuasa. Seseorang tidak boleh didakwa dan dipaksa oleh undang-undang untuk membuktikan sebaliknya semata-mata kerana tuduhan dibuat terhadap andaian-andaian seperti di atas.

Ini boleh memberi ruang kepada penyalahgunaan kuasa dan pengainayaan terhadap rakyat.

Undang-undang tidak sepatutnya dibuat dan diluluskan semata-mata untuk memberi jalan pintas dan memudahkan pihak berkuasa. Undang-undang perlu adil dan turut mempertahankan hak setiap rakyat.

Seksyen 114A Akta Keterangan ini menggambarkan kemandulan pihak penggubal undang-undang negara dan mengambil jalan mudah menutup kelemahan pihak berkuasa. Seksyen 114A Akta Keterangan ini adalah zalim kepada rakyat kerana ia membolehkan rakyat di tahan, dilokap, didakwa dan seterusnya rakyat kerugian masa dan wang ringgit kerana terpaksa untuk mempertahankan dirinya semata-mata kerana Negara Malaysia menggunakan ‘andaian’ sebagai bukti untuk bertindak terhadap rakyatnya.

Ini bukan hadiah Hari Merdeka yang rakyat mahukan.