“Kick, duit Husam satu juta ada dengan ana,” demikian kata-kata seorang pengusaha sawmill kepada saya pada pertengahan November 2009.

“Anta royat anta nak berapa, ana akan kecek dengan Abuya….” tambah lelaki tersebut yang merupakan seorang pengusaha Sawmill.

Pengusaha sawmill itu bernama Azman bukanlah orang pertama yang mengakui bahawa dia memegang wang Husam. Sebelum ini seorang peguam yang Husam hantar saya temui untuk mengambil wang berjumlah satu juta ringgit juga mengaku benda yang sama.

SMS Keldai Duit Husam kepada saya memaklumkan baki yang patut diberikan kepada saya sudah diluluskan kerana Ariffahmi sudah meletak jawatan.

SMS Keldai Husam memaklumkan esok wang akan di bank in ke dalam akaun

SMS Keldai Duit Husam meminta nombor akaun untuk di masukan duit.

SMS dari seorang Keldai Duit Husam yang bertaraf YB dan kini ketua kepada salah satu cabang parti PAS, memaklumkan duit hanya dapat diberi pada keesokkan harinya.

Husam terus berdiam diri di dalam soal berkaitan hubungannya dengan Umar Ibrahim Vadillo yang dilantik oleh Husam sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kelantan Golden Trade dan kemudiannya sebagai penasihat. Perlantikan Umar mencetuskan banyak ‘conflict of interest’ kerana Umar adalah juga pemilik dan pengarah urusan World Islamic Mint yang mendapat faedah kewangan secara langsung dari Kelantan Golden Trade Sdn Bhd.

Apakah aktiviti Dinar Emas dan Dirham Perak Kelantan ini adalah sebahagian daripada skim Husam untuk menjana sumber kewangan? Siapakah Keldai duit Husam dalam skim ini? Sehingga kini Husam masih berdiam diri dan tidak mahu langsung berkata apa-apa tentang skandal Matawang Syariah. Mengapa?

Husam sepatutnya tidak mempunyai sebarang masalah untuk membersihkan suasana. Memandangkan Husam mendiamkan diri, masanya sudah tiba untuk saya menjelaskan sedikit demi sedikit modus operandi Husam dan Keldai duitnya.

Tujuan pendedahan ini tiada kaitan dengan hasrat untuk menjatuhkan airmuka Husam, menghina beliau apa lagi menjadikan dia bahan hinaan masyarakat. Sebaliknya, Husam adalah mewakili sebuah Kerajaan Negeri yang sah dilantik oleh pengundi maka Husam perlu diadili oleh rakyat.

Sepanjang berkhidmat dengan Husam sejak 2007 hingga November 2009, saya telah beberapa kali dikunjungi oleh individu-invidu yang membawa duit kepada saya di atas arahan Husam. Saya juga telah beberapa kali di atas arahan Husam mengunjungi beberapa individu untuk mendapatkan duit seperti di arahkan oleh Husam.

Saya pernah beberapa kali bertanyakan sumber duit itu dari Husam, tetapi pada kedua-dua kalinya dia hanya mendiamkan diri, senyum tanpa berkata apa-apa. Keldai Duit Husam pernah menceritakan sumber-sumber duit tersebut tetapi tidak ada guna saya menceritakan di sini kerana ia sudah jadi ‘hearsay’. Saya hanya akan ceritakan apa yang telah saya lalui termasuklah sejarah penubuhan Global Media Channel dan sumber kewangan untuk membiayainya.