Menteri Besar Kelantan semalam mengakui bahawa tidak tahu berhubung masalah dalam Kelantan Golden Trade Sdn Bhd, anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan.

‘Ambo tak tahu’ adalah jawapan skema Nik Aziz terhadap segala kemelut yang berlaku akibat kelemahan urus tadbir Kerajaannya.

Disebabkan saya cuba untuk percaya bahawa Nik Aziz memang tidak tahu maka disini saya kemukakan soalan yang patut Nik Aziz tanyakan kepada Pengurus Besar KGT,

1. Berapa banyakah wang KGT yang diberikan setiap bulan untuk biayai aktiviti Bekas CEO KGT yang juga penasihatnya?

2. Apakah ‘Skim Saudi Islamic Mint’ dan mengapa Individu yang sama menggunakan nama KGT untuk menipu seorang pelabur dari Jepun? Mengapa tiga wakil KGT bersama pelabur Jepun ke Kazakhstan?

3. Kemanakah wang bernilai USD 1 juta dollar yang dilaburkan oleh pelabur Jepun itu? Kalau sudah ditukar kepada emas dan perak dan kalau benar dimanakah emas dan perak itu. Atau wang itu telah hilang ke dunia gelap yang mungkin membabitkan pengganas antarabangsa dan boleh diguna untuk mengancam kesejateraan dunia?

4. Mengapakah pejabat KGT di Damansara Perdana dipenuhi kaum kerabat individu tersebut?

5. Mengapakah segala urusan penempaan dinar dirham di Dubai tidak dibuat terus dengan Emirates Gold Dubai tetapi kepada seorang bernama Habib dengan menggunakan syarikat yang didaftarkan di Eropah?

6. Mengapakah dinar dirham yang ditempa oleh KGT di hantar ke Malaysia oleh Emirates Gold Dubai kepada sebuah syarikat lain yang tiada kaitan dengan PMBK?

7. Mengapa dinar dirham yang dibawa masuk tidak diisytiharkan sebagai dinar dirham dan apakah perisytiharan sebenar yang dibuat kepada kastam?

8. Mengapakah rumusan audit dalaman PMBK mendapati urusan KGT terutama di dalam soal penempaan dan penerimaan Dinar Dirham tidak dilengkapkan dengan dokumentasi yang tepat?

9. Siapakah Gani Auyeskhanov, passport Kazakhstan N06165156? Mengapa dia dibayar gaji tetap oleh KGT sedangkan dia adalah kontraktor bebas. Apakah KGT memohon permit kerja untuk Gani?

10. Berapa kepingkah dinar dan dirham hologram yang berada di dalam pasaran? Benarkah hanya 20 keping dan siapakah mempunyai hak ke atasnya. Mengapa KGT berjanji akan mengeluarkan dinar dirham baru pada Februari 2012 tetapi sehingga hari ini belum ada didalam pasaran?

Sekiranya selepas bertanya soalan ini Nik Aziz masih dengan jawapan ‘ambo tak tahu’, saya cadangkan Nik Aziz membuat temujanji untuk bertemu saya dan saya boleh berikan taklimat kepadanya.