YB Husam Musa masih mahu mendiamkan dirinya tentang hubungannya dan persoalan-persoalan lain yang berhubung dengan dia dan Umar Ibrahim Vadillo, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Kelantan Gold Trade Sdn Bhd syarikat yang kononnya diberi lesen oleh World Islamic Mint (WIM).
Di dalam Husam mendiamkan diri, saya teringat pada tahun 2009, Husam meminta saya mencari tempat tinggal bagi Umar Ibrahim Vadillo di Kota Bharu. Arahan mula-mula dari Husam ialah untuk mengubahsuai bangunan pejabat Operasi Global Media Channel untuk menjadi tempat penginapan Vadillo dan keluarganya.
Tetapi sewaktu saya menghubungi Vadillo, Vadillo tidak bersetuju dan meminta saya mencari rumah yang mempunyai 12 bilik untuknya, isteri-isterinya dan anak-anaknya. Ketika itu Vadillo dan keluarganya masih menetap di Indonesia. Misi untuk mencari rumah 12 bilik untuk Vadillo di Kota Bharu adalah mustahil ketika itu. Tetapi kemudiannya saya dimaklumkan dia ditempatkan di beberapa unit kondominium di Taman Tun Dr Ismail dan menurut salah satu laporan polis mengesahkan Vadillo dibayar gaji oleh Kelantan Gold Trade Sdn Bhd.
Setelah Hajjah Nik Mahani Mohamed bekas Pengarah Eksekutif ditemubual oleh pihak media berkenaan skandal matawang syariah Kelantan, terdapat usaha-usaha dibuat oleh Irwan Izhar, Wazir World Islamic Mint yang bertujuan mempengaruhi pandangan masalah tentang Nik Mahani.
Izwan Izhar menerusi laman facebooknya (Facebook Irwan Ambak) telah mendedahkan nota peribadinya yang melibatkan pertembungannya. Walaupun ia dibuat dengan niat supaya pembaca berkongsi perasaannya tentang Nik Mahani tetapi nota Irwan Izhar jelas mengiyakan dakwaan Nik Mahani mengenai tentang WIM dan hubungannya dengan Kelantan Gold Trade di dalam forum-forum tertutup.
Jika sebelum ini Irwan Izhar mendakwa WIM mengeluarkan lesen kepada Kelantan Gold Trade, kini menerusi notanya ia jelas menunjukkan bagaimana pihak-pihak dalam WIM telah campurtangan dalam hal pengurusan dan kewangan Kelantan Gold Trade dan bagaimana dia tidak bersetuju dengan sikap Nik Mahani yang cuba menjaga amanah dan kepentingan Kelantan Gold Trade. Ini membenarkan dakwaan bahawa ada pihak tertentu di WIM yang pernah berkata, Kelantan Gold Trade hanya perlu sediakan wang, selainnya adalah urusan WIM menggunakan wang tersebut.
Apakah WIM? Apakah akta yang membenarkan WIM mengeluarkan lesen kepada syarikat-syarikat khasnya milik penuh Kerajaan di Malaysia? Pihak manakah pula yang mengeluarkan lesen yang memberi hak itu kepada WIM? Berapakah modal berbayar WIM? Apakah hak WIM meletakkan nilainya sendiri kepada setiap dinar dan dirham? Mengapakah nilai pada dinar dan dirham WIM lebih tinggi daripada kepingan emas atau syiling emas yang dikeluarkan oleh pihak lain?
Wujudkan WIM di zaman keagungan Islam dan empayarnya?
Memandangkan Irwan Izhar gemar untuk bercerita, kita tunggu penjelasan seterusnya dari Wazir World Islamic Mint ini. Sementara itu, kita masih tunggu jawapan dari Husam mengenai hubungannya dengan Umar Ibrahim Vadillo dan 10 soalan yang kemukakan sejak 2 minggu lepas.
inilah padahnya jika menggunakam nama islam pada sesuatu organisasi, sedangkan islam adalah ‘way of life’ dgn ketetapan allah swt. bukannya’ way of doing business’ atau way of organise politics’. cukup2lah jual agama utk keuntungan yg sedikit. rasulullah mengajar islam secara percuma dan diyakini tak mintak imbuhan upah walau sedikitpun. akhlak baginda adalah
al-quran.
jahanam la liPAS liPAS nih!!!!
Sdr Sheih dan semua pembaca budiman,
Saya baca apa yang direkodkan oleh Irwan Ambak dalam nota peribadinya dan nampak HEBAT sungguh beliau ini kerana dapat ungkapkan ayat seperti berikut:
“I also made a personal offer to Umar to expedite the removal of Nik Mahani through my connections”
Ada juga rasa kasihan kepada Irwan kerana perkara2 yang beliau tulis itu boleh balik menghantui dirinya sendiri, Umar dan Gany apatah lagi jika ada orang seperti Karpal Singh meniliti dan mengambil peluang dari bukti cerita2 hebat Irwan itu di dalam mahkamah nanti. Nampak muda juga orangnya Irwan ini. Darah mudalah katakan.
Apapun segala catatan Irwan jelas menampakkan sokong yang mungkin membawa rebah kepada Umar.
Soalan untuk Umar, Gany dan Irwan:
Adakah Sultan perlu minta lesen dari WIM?
WIM di bawah sultan mana?
Umar dan WIM bayar zakat DD kepada sultan mana? Dah bayar ke?
Hmm.. Umar dan Gany nampaknya tidak tahu peribahasa di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung. Dah ramai orang seperti mereka dalam lipatan sejarah tanah air kita yang datang dan lupa negeri asal usul mereka…dan tak tahu jalan kembali malah mahu merajai kita pula..
wassalam
yasalam
salam sheih
ada eloknya sheih hantar satu memorandum khas perkara ini kepada semua ahli undangan negeri kelantan dan meminta mereka tanyakan dan dapatkan penjelasan dari yb yang bertanggunjawab di dewan undangan negeri kelantan.
seterunya mungkin satu suruhanjaya boleh dibuat bagi megenal pasti masalah/kesalahan dan seterusnya menyelesaikan/membetulkan masalah/kesalahan tersebut.
saya percaya hal ini mudah diselesaikan sebab semua ahli adun kelantan terdiri dari orang -orang yang beriman lagi bertakwa kepada ALLAH.
salaam sheih, pardon for going off on a tangent…but was wondering if you would be kind to have like a teeny-weeny ‘search’ bar made available on your page as it would be easier for people (mere student earthlings like me) who is doing a research on sociopolitical blogs to quickly find related topics/entries rather than sifting through all the posts one by one. 🙂 fyi: all other blogs of your stature have that search bar..:) much appreciated. salaam.
Sdr Sheih dan semua pembaca budiman,
Kenyataan Tuan Mufti tentang DD Kelantan agak menarik kerana Tuan Mufti menunjukkan secara tidak langsung kepada kita bahawa projek DD KGT itu bukanlah projek Kerajaan Negeri Kelantan dari segi matawang syariah walaupun pada syiling DD KGT ditulis KERAJAAN NEGERI KELANTAN. Sebabnya ialah sebagai mufti Kerajaan Kelantanpun beliau bagaikan tidak tahu menahu tentang projek DD itu. Jadi siapakah yang memandai-mandai menulis dan menggunakan nama Kerajaan Kelantan untuk syiling KGT? Sudah tentulah perkenan Sultan Kelantan pun tidak ada dalam hal syiling/koin DD KGT ini. Ini belum lagi menyentuh tentang pihak Sultan pula yang perlu minta dan beli lesen DD dari WIM. Dengar khabar Umar Vadillo sentiasa cakap tentang tidak ada copyright dalam Islam. Sekarang DD pun perlu ada copyright/patent kah supaya WIM dapat 1%? Adakah dalam amalan Islam zaman berzaman ada badan antarabangsa seperti WIM ini? Macam IMF juga nampaknya WIM ini?
Umar telah mengatakan apa yang dikatakan oleh Mufti adalah kerana Tuan Mufti makan gaji. Umar juga makan gaji dari KGT dan makan juga dari WIM? Makan keliling?
Umar dari segi pengajaran tentang DD amatlah baik tetapi urusan implementasi DD beliau sering gagal. Dahulu beliau gagal dengan IGD sekarang dengan KGT pula. Nak jadi faqih DD atau pengurus projek DD?
Tuan Mufti telah terangkan status DD KGT adalah seperti barangan emas lain yang nilainya terdapat ‘spread’ dan kita juga tidak pernah dengar pihak Kerajaan Kelantan menjelaskan tentang spread ini. Maka koin itu adalah koin komersial seperti koin emas lain juga. Keadaan mungkin berbeza jika Kerajaan Negeri Kelantan bersungguh-sungguh mahu ambil tanggungjawab berkenaan urusan DD yakni jika calar, kemik, patah, kotor dan sebagainya pihak Kerajaan akan terima DD itu untuk ditukar secara percuma ikut berat koin sama berat kepada yang baik sebagaimana koin2 sen malaysia sekarang.
Semoga Allah tunjukkan jalan kepada Sultan Kelantan bagaimana urusan DD boleh diperelokkan untuk kita semua termasuk perelokkan urusan KGT.
wassalam
yasalam
hahaha…disebabkan berebut nak jadi authorised signatory kat cek book semua lintang pukang lain lain dah keluar sekali….semoga hidayah menemui mereka..