Gambar terbaharu Husam dan Umar Ibrahim Vadillo, menurut Wazir WIM, foto ini diambil di Kota Bharu pada minggu lepas. Husam masih mahu senyap?

Alhamdulillah semalam Gabungan NGO Kelantan telah membuat lagi satu pendedahan skandal matawang syariah Kelantan.

Di dalam pendedahan tersebut Gabungan NGO Kelantan telah menampilkan seorang individu penting untuk ditemubual secara eksklusif oleh Wartawan TV3 dan Utusan Malaysia. Rakaman tersebut dijangkakan akan disiarkan di dalam Buletin Utama malam ini dan Utusan Malaysia esok.

Sementara itu Gabungan NGO Kelantan juga akan menampilkan lebih banyak individu supaya masyarakat sedar asas tuntutan Gabungan NGO tersebut. Ini termasuklah pendedahan mengenai World Islamic Mint dan hubungannya dengan Kelantan Gold Trade dan Umar Ibrahim Vadillo. Gabungan NGO Kelantan juga akan mendedahkan aktiviti penempaan Dinar Dirham oleh WIM dengan Emirates Gold.

Di dalam pada itu, Gabungan NGO Kelantan yang terdiri daripada lebih 20 NGO dan blog Kickdefella terus mendesak YB Dato’ Haji Husam menjawab persoalan berhubung beliau dan Umar Ibrahim Vadillo. Agak menghairankan kerana Husam sehingga hari ini seolah-olah mengelak dari menjawab persoalan berkisar terhadap Umar Ibrahim Vadillo.

Gabungan NGO Kelantan disertai oleh antaranya AGENDA, OMBAK, TUKAR, PERKASA, MTRK dan Blog Kickdefella.