Bilakah kali terakhir Husam bertemu Umar Ibrahim Vadillo? Adakah pada 18 Jun 2012 atau selepas Umar Ibrahim Vadillo menaiki pesawat Firefly meninggalkan Kota Bharu pada petang 20 Jun 2012?

Kenderaan yang dinaiki oleh Umar Ibrahim Vadillo di Subang Airport pada 20 Jun 2012

Gambar Husam diambil pada 18 Jun 2012

Sehingga hari ini Husam masih mendiamkan diri dan enggan menjawab 10 persoalan yang dikemukakan kepadanya termasuk antara lain mengenai hubungan beliau dan Umar Ibrahim Vadillo dan siapakah yang membawa Umar Ibrahim Vadillo ke Kelantan dan dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kelantan Gold Trade. Umar kemudiannya menjadi penasihat Kelantan Gold Trade.

Foto berikut dimasukkan ke dalam laman facebook Wazir World Islamic Mint, yang sebelum ini mencatat beberapa patah perkataan setelah skandal matawang syariah mula dibongkar kepada masyarakat.

Foto selepas sidang media Halal Convention Based on Dinar Dirham pada 18 Jun 2012 dari Facebook Irwan, Wazir WIM

Irwan Izhar, Wazir kepada World Islamic Mint menulis di laman facebooknya, beberapa baris berikut,

“I’m back! (Be careful… Yes be careful, you buggy blogger.)’ – Saya kembali! (Berhati-hati, Ya, berhati-hati, blogger gila)

Bagaimanapun pada hari jumaat lepas, Irwan bagi pihak World Islamic Mint (WIM) mengeluarkan kenyataan media yang antara lain Irwan sendiri mendedahkan bahawa Kelantan Gold Trade adalah sebuah syarikat yang terikat dengan lesen yang dikeluarkan oleh WIM. Benarkah begitu?

“WIM hanya mengakui Dinar dirham yang dihasilkan oleh Mint (Penempa) yang berlesen. Dalam kes Dinar & Dirham Kelantan terbitan Kerajaan Negeri Kelantan, WIM telah melesenkan Kelantan Golden Trade Sdn Bhd (KGT) sebagai Mint rasmi pengeluar syiling tersebut. Antara syarat-syarat Mint berlesen adalah syiling dikeluarkan mengikut piawaian seperti yang disahkan oleh WIM, contohnya ianya ditempa oleh penempa yang diluluskan antara lainnya termasuk Emirates Gold atau Kazakhstan State Mint.” – petikan kenyataan WIM pada 22 Jun 2012.

Apakah kelayakan WIM untuk memberikan lesen kepada KGT? Siapakah yang beri WIM hak dan dibawah akta manakah WIM diberi kuasa mengeluarkan lesen? Menarik. Tetapi cukup sampai disitu dulu.

Mungkin benar ada pihak pernah berkata, ‘KGT sediakan wang, WIM yang akan jalankan segala operasi’. Jika benar, adakah Perbadanan Menteri Besar Kelantan yang memiliki KGT meluluskan dasar itu?