Saya bawa dua anak saya ke Dataran Merdeka hari ini bagi membuat liputan perhimpunan Duduk & Bantah Bersih 3.0. Di akhir perhimpunan itu, mereka faham mengapa masa depan negara tidak boleh ditentukan di jalan raya.

Beberapa anggota polis berkawal dibelakang kerawat berduri.

Perhimpunan Duduk & Bantah Bersih 3.0 adalah satu perhimpunan aman dengan di kawal rapi oleh pihak polis sehinggalah muncul perusuh di kalangan peserta perhimpunan itu yang tanpa sebab melainkan mahukan huru hara telah merempuh kerawat berduri yang memagari Dataran Merdeka.

Rifqi & Al mendapat ilmu penting hari ini.

Pihak Polis terpaksa melepaskan semburan air dan juga gas pemedih mata mengakibatkan peserta yang ikhlas menyuarakan hak demokratik mereka juga terjejas akibat sekumpulan perusuh tersebut.

Masa depan negara memang tidak boleh ditentukan di jalan raya. Sebabnya, terlalu ramai mereka yang bodoh akan mengambil kesempatan untuk menunjukkan kebodohan mereka dan akibatnya huru hara akan berlaku.

Peserta himpunan Duduk & Bantah Bersih 3.0 yang bermula aman.

Anggota Pasukan Simpanan Persekutuan yang menjalankan tugas

Pemandu kereta yang mencatatkan nama Che Gu Bard telah lari tinggalkan kereta ini ditengah jalan bila huru hara berlaku.

Bendera PAS ditinggalkan oleh mereka yang bodoh merempuh kerawat berduri.

Tiada siapa mengganggu mereka duduk & bantah sehingga sekumpulan mereka yang bodoh membuat kacau.

Ground Zero yang kotor ditinggalkan peserta Bersih 3.0