Baru-baru Agen Johnson di pelawa oleh Bro Torpedo untuk menyiasat aktiviti maksiat di DUN Pasir Pekan yang diwakili oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan, YB Dato’ Haji Ahmad Bin Yacob.

Dato’ Haji Ahmad Yacob juga adalah Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat dan Timbalan Pesuruhjaya I PAS Negeri Kelantan selain Yang DiPertua PAS Kawasan Tumpat.

DUN Pasir Pekan berada di bawah Parlimen Tumpat. Sekian lama isu maksiat yang berleluasa di Tumpat hangat diperkatakan termasuklah di dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan tetapi tiada sebarang tindakan serius dilakukan untuk mengatasinya. Malah aktiviti maksiat yang termasuklah karaoke haram dan disko rimba yang sebelum ini terbatas kepada beberapa kelompok masyarakat Siam di situ kini telah merebak ke premis kekal dengan peralatan serba canggih.

Berikut adalah rakaman siasatan yang dilakukan oleh agen Johnson dan Bro Torpedo di Bandar Baru Pasir Pekan. Premis hiburan ini selain menghidangkan minuman keras kepada orang Islam dan bukan Islam turut menyediakan kemudahan berjudi dan pelayan-pelayan perempuan daripada Thailand.

Jika anda mahu dan mampu, anda boleh lakukan banyak perkara bersama pelayan perempuan daripada Thailand ini. Pada waktu-waktu tertentu, perempuan daripada Thailand ini di ‘sembunyikan’ di unit sebelah premis berkenaan untuk tujuan keselamatan.

Segala-galanya ini berlaku dengan selesa tidak lebih lima kilometer dari kediaman Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat.

Beberapa hari lepas Nik Aziz berkata, jika BN berjaya menawan Negeri Kelantan di dalam PRU ke 13 kelak, akan membiaklah riba dan judi di Kelantan.

Bagaimana pula di bawah pentadbiran Nik Aziz sendiri? Apakah kerana BN berjaya menjadi Pembangkang di Kelantan selama lebih 21 tahun menyebabkan kegagalan Nik Aziz membanteras judi dan maksiat di Kelantan?

Atau, seperti biasa, penyokong PAS akan berkata, apa peliknya, sudah lebih 1433 tahun Islam mendiami Mekah, ‘tapi di Mekah pun ada maksiat juga!’

Saya yakin PAS akan lebih mampu menentang maksiat dan kemungkaran di Kelantan jika mereka pula menjadi pembangkang. Kerana pemimpin dan penyokong mereka tidak akan terleka dengan kesibukan mencari hutan baru untuk ditebang balaknya selain sibuk mencari isteri baru dan kereta Mercedes.