Semua parti politik yang akan bertanding di dalam Pilihanraya Umum Ke 13 (PRU13) sudah pasti mahu meletakkan calon boleh menang dan bukan calon boleh lompat. Bagaimanapun di dalam kedua-dua kategori ini, yang sukar ialah bagi UMNO.


Jentera pembangkang menanti 'winnable candidates' BN

Ini kerana hieraki di dalam UMNO akan menjadi penghalang utama. Setakat mana calon ‘tak boleh menang’ tetapi berjawatan kanan di peringkat bahagian boleh terima hakikat ini. Dan bagaimana pula kesungguhan peringkat tertinggi UMNO mahu meneutralkan mereka yang bukan kategori calon boleh menang di bahagian dari membuat kacau bila tiba PRU 13 kelak? Ayam tambatan siapa yang akan digugurkan? Bolehkah gembalanya terima pengorbanan sebegini?

Shabery Chik, setelah berbuih mulut pertahankan Pak Lah di TV, dikatakan bertemu Ku Li bila kedengaran dia akan digugurkan dari kabinet tidak lama dulu

Sharizat, isu Lembu menyebabkan ancaman kepada calon-calon boleh menang BN di urban dan sub urban.

Calon boleh menang ini adakah sebenarnya untuk menang di kerusi yang ditandingi atau untuk bantu BN kembali mendapat semula mandat 2/3 di Parlimen dan mentadbir semula Negeri Selangor, Perak, Kedah dan Kelantan?

Persoalan ini saya timbulkan kerana terdapat kategori calon boleh menang di kerusi yang ditandingi tetapi merupakan calon yang boleh rosakkan peluang Barisan Nasional (BN) di kerusi-kerusi lain, terutamanya di konstituensi-konstituensi urban dan sub urban.
BN contohnya boleh letakkan sahabat saya, Dato’ Eskay Shazril yang terkenal sebagai Datuk T untuk bertanding satu kerusi DUN berdekatan dengan kawasannya di Naka. Saya pasti Eskay boleh menang besar. Atau boleh letak Tan Sri Isa Samad di kerusi Parlimen, kekalkan Rafidah Aziz di konstituensinya dan calonkan Ibrahim Ali untuk Parlimen Pasir Mas. Kalau di ambil kira prestasi dan populariti setempat mereka, sudah pasti mereka akan memberi kemenangan untuk BN.

Mereka adalah ‘winnable candidates’ tetapi setakat kerusi yang mereka tandingi sahaja. Namun begitu kesan dari mencalonkan mereka di kerusi yang mereka boleh menang boleh memberi seribu satu peluru kepada pembangkang untuk membakar perasaan rakyat dan mengiyakan bahawa UMNO tidak mungkin berubah.

Puad Zarkashi, antara nama yang dikatakan oleh individu tertentu dalam pembangkang untuk lompat pada 16 September dan jurucakap team Taiwan.

Nama-nama yang disebut tadi contohnya banyak jasanya bagi mereka yang mahu menilai jasa mereka tetapi banyak liabilitinya bagi mereka yang mahu melihat kepada sudut negatif. Bagi mereka yang mencurigai BN dan UMNO, sudah tentu ini akan mengukuhkan persepsi mereka terhadap BN dan UMNO.

Pendek kata, calon-calon boleh menang di satu-satu kerusi boleh menyebabkan pula kekalahan kepada konstituensi yang mungkin beratus kilometer dari tempat mereka bertanding.

Hal ini adalah kenyataan bagi kerusi-kerusi di Lembah Kelang dan di konstituensi tertentu terutama di Selangor, Perak, Kelantan dan Pulau Pinang. BN Kelantan contohnya boleh meletakkan kesemua calon boleh menang tetapi masih akan kalah kerana seorang dua calon yang diletakkan oleh BN di negeri lain. Akibatnya, anak-anak Kelantan di perantauan yang antaranya berada di atas pagar akan pulang memangkah PAS kerana persepsi tersebut.

Selain polemik calon boleh menang, UMNO harus sedar, mereka juga memiliki di dalam kelompok mereka calon boleh lompat. Ya, calon boleh lompak bukan milik eksklusif PKR dan DAP sahaja. Walaupun dalam pengalaman di Perak, calon boleh lompat dari BN-UMNO akhirnya menyebabkan tumbangnya kerajaan Pakatan Rakyat di Perak, tetapi kemungkinan di dalam PRU 13 kelak, ia akan berlaku sebaliknya.
BN berhadapan dengan kemungkinan prestasi hambar parti-parti komponen selain UMNO di Semenanjung Malaysia. UMNO diyakini akan terus menjadi parti politik yang menang paling banyak kerusi di Dewan Rakyat tetapi tidak akan dapat menubuhkan kerajaan secara sendirian dan perlu banyak bergantung kepada parti-parti lain untuk menubuhkan kerajaan di peringkat persekutuan.

Akibatnya, mungkin berlaku dua kemungkinan, pertama ialah Kerajaan Persekutuan ditubuhkan sekali lagi dengan majoriti mudah dan keduanya, kerajaan tidak dapat ditubuhkan melainkan beberapa parti politik bersetuju menubuhkan kerajaan campuran. Di dalam kedua-dua senario ini, UMNO berkemungkinan besar boleh berpindah ke seksyen pembangkang di dalam Dewan Rakyat. Ini akan berlaku tidak lain tidak bukan kerana calon boleh lompat yang menang kerusi untuk BN dan UMNO.

Siapakah calon-calon boleh lompat itu? Saya yakin Najib Razak sudah mengenal pasti mereka dikalangan Ahli-Ahli Parlimen Penyokong Kerajaan yang dihantar ke Taiwan untuk lawatan kerja pada 2008 lalu. Kemudiannya bila Najib mengambil alih tampuk Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia, ada pula diantara mereka ini di serapkan ke jawatan penting dalam kerajaan tetapi itu mungkin tidak cukup untuk menambat kesetiaan mereka selepas PRU 13.

Tok Pa, bersedia menawan Kelantan dari PAS, tapi apakah nasibnya akan ditentukan oleh calon-calon BN di luar yang bertanding di luar Kelantan?

Calon boleh menang, calon boleh lompat, siapa pun yang akan diletakkan oleh parti-parti mereka untuk PRU 13, sudah pasti akan menjadi pemain utama menentukan hala tuju dan masa depan kita dan anak cucu kita untuk berpuluh-puluh tahun yang akan datang. Sebagai rakyat, masa depan itu hanya dapat kita tentukan

Soi Lek, menjadi winnable candidate selepas 'video' Anwar Ibrahim dengan pelacur cina?

dengan satu helai kertas undi di antara berjuta-juta kertas undi. Nampaknya, malang sungguh nasib kita sebagai rakyat.