KOTA BHARU – Kerajaan Negeri sedia berdialog dengan mana-mana pihak termasuk parti politik bagi menjelaskan kedudukan sebenar penguatkuasaan larangan menjual tiket loteri di Kelantan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, walaupun dialog mengenai dasar kerajaan sudah pun dibuat pada tahun 1990 yang turut disertai golongan bukan Islam, Kerajaan Negeri tetap bersedia untuk menjelaskannya sekali lagi bagi mengelak kekeliruan.

Menurutnya, isu tersebut tidak wajar dipolitikkan mana-mana pihak kerana penguatkuasaannya mengikut Undang-undang Kecil Trade Perniagaan dan Perindustrian MPKB 1989 di bawah Seksyen 102 Akta Kerajaan Tempatan.

“Undang-undang yang diluluskan pada 7 Disember 1989 itu memberi kuasa kepada Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) mengawal, menyelia dan mendaftar semua jenis perniagaan yang dibenarkan.

“Ini bermakna tindakan sebaliknya boleh dikenakan terhadap perniagaan yang tidak dibenarkan dan lesen untuk penjualan tiket loteri atau tiket lain yang berteraskan judi tidak dikeluarkan,” katanya selepas mesyuarat Exco, di sini, semalam.

Katanya, MPKB menyerbu tiga premis di Kota Bharu 26 Februari lalu berikutan aduan daripada orang ramai mengenai aktiviti penjualan tiket loteri dan pendedahan yang dibuat blogger mengenainya.

Takiyuddin berkata, penguatkuasaan dilakukan selepas mendapat waran yang dikeluarkan Mahkamah Seksyen Kota Bharu dua hari sebelum itu yang membolehkan premis berkenaan digeladah selain mempunyai kuasa menyita, menahan dan merampas,” katanya.

Ketika diminta mengulas bantahan Ketua Dewan Himpunan Penyokong Pas, Hu Pang Chaw kelmarin, beliau berkata, itu pandangan peribadi yang menampakkan tokoh itu tidak memahami keadaan sebenar.

“Dia (Pang Chaw) mengenali saya dan Menteri Besar, datanglah berjumpa supaya kami boleh menjelaskan perkara sebenar, saya pun tidak tahu mengapa dia asyik ‘menyerang’ MPKB.

“Umum mengetahui bukan hanya Islam melarang judi, agama lain juga melarang seperti Kristian yang mengatakan ianya sebagai ‘something for nothing’ dan Buddha yang mengatakannya sebagai amalan jahat yang boleh mencetuskan krisis moral serius,” katanya. Sinar Harian 11 Mac 2011

Blog ini menyokong penuh YB. Dato’ Takiyuddin Hassan dalam melaksanakan syiar Islam dengan tulus ikhlas. Walaupun beliau tidak sering panjat ke pentas ceramah dan berdegar-degar membaca sepotong dua ayat Al Quran dan Hadith sambil memaki hamun semua orang lain tetapi beliau tidak menggadaikan maruah sebuah negeri Islam semata-mata untuk kepentingan politik.

Saya yakin Dato’ Takiyuddin akan dapat memperkemaskan semula Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandar Raya Islam supaya lebih pro aktif di dalam menghapuskan segala bentuk maksiat yang semakin berleluasa di Kota Bharu.

MPKB-BRI juga harus mengingatkan masyarakat bukan Islam di sekitar Kota Bharu supaya menghormati masyarakat Islam yang merupakan majoriti di Kota Bharu. Mereka seharusnya lebih peka di dalam berpakaian. Hari ini, kita masih boleh melihat segelintir masyarakat cina di Kota Bharu berpakaian tidak sopan langsung bagi imej Bandar Raya Islam.

Saya akan terus memantau dan membantu Dato’ Takiyuddin menjadikan Kota Bharu sebagai Bandar Raya Islam yang bukan pada namanya sahaja.

Syabas Dato’ Taki.

Sementara itu saya berharap MCA dan DAP supaya tutup mulut dan jangan campurtangan di dalam urusan perlaksanaan peruntukan-peruntukan mengharamkan segala bentuk maksiat di dalam Bandar Raya Islam. MCA tidak pernah menang di Kelantan semenjak 1990 lagi dan DAP tidak pernah sejak merdeka bertapak di Kelantan.

Anda boleh musnahkan akidah umat Islam di negeri-negeri lain termasuk di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah tetapi jangan sekali-kali cuba memusnahkan apa yang sedang kita bina di Kelantan.

Insiden ini telah banyak membuka mata kita sejauh mana keikhlasan MCA dan DAP didalam menentang cadangan perlaksanaan judi bola pada Jun 2010 yang lalu. Bahkan Lim Guan Eng semasa kempen pilihanraya di kawasan Melayu di Kerdau dan Tenang begitu bongkak berkata, Dialah yang pertama menentang judi. Tetapi kenapa sekarang mereka mahu masuk campur bila Dato’ Takiyuddin mahu melaksanakan peraturan-peraturan yang telah lama termaktub dan tidak membenarkan judi di Kelantan?

Husam Musa juga kenapa diam? Dulu dia begitu takabur di blognya dengar menulis nama Timbalan Menteri dari Bachok sebagai A-WANG JUDI. Sekarang dia sudah jadi HU SAM CHOW? Adakah kerana dia sebagai penyokong kuat DAP di dalam PAS, selama ini berpura-pura semata-mata kerana politik?

Ketika Lim Guan Eng berceramah bersama Husam di Kerdau, beliau berkata, “UMNO kata judi itu budaya orang cina, kepala hotak dia!!! Saya cina… saya kata judi bukan budaya orang cina. Kalau saya tak sokong judi, apakah itu saya orang cina jahat? Kepala hotak dia!!!”

Dan penyokong-penyokong PAS pun bergembiralah ketika mendengar itu semua.

Hari ini, marilah kita sama-sama berkata, Kepala Hotak Engkaulah Guan Eng!