Kisah aktiviti disebalik rumah berlampu hijau di tangguh dahulu.

Sudut K&I di DUN Chempaka, kisahnya turut ditangguhkan bagi menghormati operasi MPKB-BRI

 

Update 16 Februari 2011 10 pagi :

Bahagian atas sebuah rumah papan dua tingkat yang dipercayai menjadi pusat pelacuran di Lorong Limau Manis, dekat sini runtuh ketika serbuan oleh pihak penguatkuasa, semalam.

Runtuhan itu menyebabkan seorang wanita disyaki pelacur dan beberapa penguatkuasa yang menjalankan operasi bersepadu itu cedera ringan.

Wanita itu yang cedera di kaki kiri dihantar untuk rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini manakala beberapa penguatkuasa hanya cedera kecil ekoran ditimpa sepihan kayu yang runtuh.

Setiausaha MPKB-BRI Mohd Anis Hussin berkata serbuan pada pukul 10.30 malam itu dijalankan oleh Majlis Perbandaran Kota Baharu – Bandar Raya Islam (MKPB-BRI), polis, Imigresen dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik).

 

Posting Asal

Dahulu Nik Aziz dengan bongkak mendakwa kepergiannya ke Mekah di halang oleh anak Quraisy dan menyamakan bagaimana Rasulullah terpaksa menangguhkan hajatnya ke Mekah kerana di halang oleh orang-orang kafir Quraisy.

Tanpa diketahuinya, tindakan anak Quraisy itu telah menyelamatkan dia dari menjadi mangsa rasuah dan di dakwa. Selepas kejadian tersebut, nasib Nik Aziz banyak diselamatkan oleh anak Quraisy di dalam beberapa kes lain.

Saya menafsirkan anak Quraisy itu sebagai pengamal media, bercetak dan online. Saya yakin, pengamal-pengamal media ini tidak pernah mengharapkan ucapan terima kasih sebagaimana tidak mengharapkan pendedahan mereka mengundang penghinaan dan kejian. Bagaimanapun, penghinaan dan kejian selalunya tidak akan melunturkan semangat mereka dari menulis tentang kebenaran.

Pagi tadi saya dihubungi oleh wakil Kerajaan Negeri Kelantan yang mengucapkan ribuan terima kasih di atas pendedahan yang akhbar Utusan Malaysia dan blog Kickdefella lakukan.

Saya dimaklumkan tentang operasi yang sedang dilakukan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu terhadap lokasi-lokasi maksiat yang telah didedahkan kepada rakyat. Turut dimaklumkan ialah selama ini pembuat-pembuat polisi di MPKB-BRI  beranggapan aktiviti pelacuran di Kelantan amat kecil serta terlindung dari pengetahuan umum. Oleh itu tidak perlu dibazirkan peruntukan kewangan untuk membiayai bayaran lebih masa akibat menjalankan operasi.

Sekarang mereka sedar, operasi-oparasi sebegini perlu diteruskan. Pada waktu yang sama, saya dipelawa untuk memantau keberkesanan tindakan MPKB kebelakangan ini.

Jawapan saya Alhamdulillah, dengan penuh rendah diri saya bersyukur kerana dapat menyumbang sedikit untuk membanteras maksiat di negeri saya. Pahala hendaknya kepada semua pembaca blog ini yang berjaya memberi impak yang besar terhadap posting di Kickdefella berhubung isu maksiat ini. Pahala juga kepada para wartawan-wartawan dan pihak-pihak media lainnya.

Sementara itu petang semalam saya dimaklumkan seorang kakitangan kanan MPKB telah mengaku beliau pernah ke pusat pelacuran Kg. Limau Manis. Kakitangan yang bergelar ustaz itu bagaimanapun berkata,

“kick tulis pakai kopiah, ambo memang gi, tapi sampai situ ambo buka kopiah letak tepi….”

Tujuan kehadiran beliau ke situ adalah bagi memantau aktiviti di tempat tersebut sebelum memaklumkan kepada bahagian penguatkuasaan.

Bagi menghormati usaha MPKB Bandar Raya Islam yang giat menjalankan operasi mereka, Kickdefella tidak bercadang untuk meneruskan posting bahagian 3 dan 4 pada minggu ini seperti yang telah dijanjikan.

Ejen Johnson juga terpaksa menolak banyak tawaran untuk menyiasat aktiviti-aktiviti maksiat di daerah-daerah lain di Kelantan buat sementara waktu atas sebab-sebab keselamatan. Bagaimanapun ejen Johnson dalam keadaan selamat dan sedang berehat di kampung halamannya.

Jelasnya kebelakangan ini Menteri Besar Kelantan lebih berjaya dijaga oleh anak-anak Quraisy daripada Husam Musa, exco kesayangan MB Kelantan itu. Mungkin Husam harus mengkaji semula strateginya dan perlu berlaku lebih jujur dan bukan menjadi sokong membawa rebah kepada Nik Aziz.