“oyak ko sheih tu, aku contact …. (blogger superstar UMNO) buke atas hal dato omar, hal dato omar tu mapuh g la dia nyoh… Hok aku cntct …. (blogger superstar UMNO) tu hal adun slising, ustaz saiful bahari”

Hari ini saya menerima mesej dari seorang yang bekerja dengan Husam dan beliau memajukan sms blogger Husam yang dirujuk dalam posting saya semalam bertajuk Aduhai Dato’ Omar pt 4. Di atas adalah petikan sms tersebut.

Terjemahan sms di atas adalah seperti berikut,

“beritahu kepada Sheih, saya hubungi blogger superstar UMNO itu bukan berkaitan dengan kes YB Dato’ Haji Omar, hal berhubung Dato’ Omar itu biarlah dia sendiri yang merana akibat perbuatannya. Saya hubungi blogger superstar UMNO itu berhubung kes (zina) ADUN PAS Selising iaitu Ustaz Saiful Bahari.

Mmmm, adakah orang-orang tertentu di dalam PAS sendiri terbabit di dalam pendedahan kes ADUN Selising.

Bagaimanapun, Dato’ Omar belum boleh menarik nafas lega. Beliau masih harus berhati-hati dengan gunting di dalam lipatan. Bagi Ustaz Saiful Bahari pula, beliau perlu mendapat penjelasan daripada petunjuk-petunjuk yang sudah sedia ada ini. Mungkin ini semua kerja orang dalam juga.

Sementara itu saya ingin bertanya, benarkah PAS benar-benar mengharamkan penjualan tiket judi Big Sweep di Kelantan? Saya sudah buktikan penipuan Nik Aziz. Sehingga hari ini juga Husam telah gagal membuktikan dia tidak menipu dalam hal laporan Audit Bebas Bazaar Tok Guru. Ada mana-mana penipu lagi di dalam Kerajaan Islam PAS Kelantan?

Bersabar.