“Ada blogger tersepit ekornya bila Kerajaan Negeri Kelantan umumkan akan mengambil balik tanah Uda di Kota Bharu.
Dari ‘lubang kubur Nik Aziz’ sampai kepada ‘aku akan panggil engkau penipu’ berhamburan keluar. Kenapa mesti panas baran dan sensitif melampau?

Teori ‘kerugian ketiga’ kononnya akan berlaku jika tanah Uda itu diambil balik. Berapa pula kos akan terlibat.

Menjadi blogger bukan bererti kita faham segala-galanya dan punya lesen besar untuk melanyak semua perkara. Kitalah super hero maha betul dan orang lain hanya penghuni lubang kubur yang terkebil-kebil.”

“Blogger bukan pemaju.

Sudut penjanaan pembangunan atas tanah sebegitu berharga tentulah bukan kepakaran beliau. Beliau hanya nampak berapa harga tanah kena dibayar dan tak nampak berapa penjanaan dari tanah yang dibayar itu. Kesian.

Jika tidak mengapa Uda sendiri, pemilik tanah itu sekarang, menghantar proposal untuk membangunkan tanah itu dengan pangsapuri 17 tingkat? Katakan jika pangsapuri itu dimajukan oleh syarikat lain selepas mereka membeli tanah itu dari Uda dengan harga kurang sepuluh juta, jika keuntungan bakal diperolehi lebih sepuluh juta, syarikat itu sudah untung, bukan rugi. Apa lagi kalau keuntungan adalah lebih besar dari itu atau komponen pembangunannya berbeza dan lebih menguntungkan.”

“Adakah itu rugi? Adakah itu penipu?

Saya boleh meneka kenapa blogger berkenaan terasa ekornya tersepit.

Maklumlah sekarang ia jadi bos blogger pihak sebelah sana untuk hentam Kerajaan Negeri. Mestilah nak tunjuk bakat.

Lagi pula, Uda di bawah jagaan menteri dari Kelantan. Bila tersentuh kegagalan Uda, tersentuh menteri berkenaan. Pantang.

Nampak sangat alpa menteri itu pula. Apa Uda sudah buat kepada orang KB? Setakat tangguh notis satu tahun?”

Anda boleh baca sepenuhnya tulisan Husam Musa di blog beliau di sini.

Tetapi beliau masih tidak mengemukakan laporan Firma Audit Bebas yang disebut beliau setahun lalu.

Husam juga tidak memberi jawapan mengapa tiba-tiba beliau beranggapan perpindahan peniaga Arked UDA hanyalah sementara sedangkan sebelum ini tidak pun timbul soal ini waktu peniaga Arked UDA ditawarkan berpindah.

Husam membuat pertuduhan pada saya. Saya terima. Saya menanti buktinya dan saya gembira.

Ini baru permulaan.

Husam kadang-kadang ingat-ingat lupa. Ada ditulis blogger lain dia ingat saya yang menulisnya. Sebagaimana dia pernah meminta saya menanti di ‘Bulatan Kijang’ sewaktu beliau ADUN Kijang, pada malam Saiful Bukhari membuat laporan polis terhadap Anwar Ibrahim.

Bulatan Kijang sudah berdekad tiada. Bulatan kecil di Kampung Kijang itu ada lah.

Saya juga masih ingat penggilan telefon darinya pada hari lahirnya Oktober lalu dan beliau mahu mengatur temujanji untuk saya bertemu seorang sahabatnya. Jika waktu itu saya sudah tahu wujudnya Blog bernama Gelombang Merah, sudah tentu saya akan maklumkan kepadanya atau bertanya kesahihan tulisan di dalam blog itu. Khabar-khabar angin di Kelantan, pemilik blog itu berada bersama Husam selepas saya ditamatkan perkhidmatan dari PMBK. Hanya pemilik blog itu yang mampu mengesahkannya.

Berikut antara perenggan-perenggan terakhir tulisan Husam, 27 Januari 2011,

Alang saya menulis, izinkan juga saya sentuh beberapa sentuhan lain blogger berkenaan ke atas saya sebelum ini.
Saya memang ada menjemput beliau bersama rakan lain untuk minum kopi satu malam. Malam di mana berita DSAI akan didakwa atas kes liwat yang berjalan sekarang. Kebimbangan saya masa itu ialah DSAI akan ditahan di lokap sampai keputusan kesnya dibuat. Bagaimana keadaan perjuangan PR jika itu berlaku? Kami membinacngkan scenario itu.

Alih-alih kononnya saya bersetuju DSAI memang melakukan perbuatan itu.

Kedua, konon nya saya mengatur YB Penasihat Undang-Undang Negeri bertemu Tok Guru untuk menjadi kambing hitam dalam kes perlantikan menantu Tok Guru. Kononnya saya sanggup buat kerja salah kerana nak pertahankan Tok Guru.

Beliau boleh libatkan nama saya. Sekalipun menjejaskan nama baik, saya mampu bertahan. Itu sebahagian dari lumrah perjuangan.