“PAS mengakui parti itu membuat tafsiran semula ayat al-Quran berhubung keputusan meletakkan calon wanita bertanding pilihan raya selepas membuat ketetapan tidak membenarkan calon wanita bertanding sebelum ini.” Berita Harian 24 Januari 2011.

Cikgu Mala, perlahankan sikit ketuk tong kosong itu.

Naib Presiden PAS YB Salahuddin Ayub semalam mengakui PAS telah membuat tafsiran semula terhadap ayat 34 Surah An Nisa’ yang berbunyi,

“Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur dan (kalau juga mereka masih degil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar.”

Di dalam pilihanraya 1990 dan sebelumnya, iaitu sejak golongan ulama menguasai PAS, mereka telah menggunakan ayat “Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan” sebagai dalil yang mengharamkan umat Islam mengundi calon wanita dari Barisan Nasional.

Ia menjadi isu besar di dalam PRU 1990, bila berlaku pertandingan di antara calon lelaki dari PAS menentang calon perempuan dari BN dalam perebutan kerusi DUN Selising di Pasir Puteh Kelantan. Bagi memastikan calon mereka menang, PAS telah mengharamkan para pemilih mengundi calon perempuan BN bernama Cikgu Hajjah Wan Esah Binti Nik Hassan.

Dalil yang digunakan ialah ayat 34 Surah An Nisa’ yang ditafsirkan oleh mereka sebagai larangan Allah S.W.T kepada umat manusia dari mengangkat calon perempuan menjadi wakil rakyat. PAS juga telah menggunakan hadith Nabi yang diriwayatkan oleh Bukhari yang berbunyi,

“Tidak akan beruntung suatu kaum yang mereka menyerahkan urusan mereka kepada seorang wanita”

Sebelum 1990, PAS pernah meletakkan calon wanita di dalam PRU awal yang disertainya tetapi selepas golongan ulama’ menguasai parti itu, ia telah mengharamkan perletakan calon wanita berdasarkan apa yang mereka katakan sebagai larangan Allah S.W.T.

Namun begitu, bermula 2004 PAS kembali membenarkan calon wanita bertanding untuk PAS. Bagaimanapun perletakkan Normala Sudirman sebagai calon PAS di dalam PRK DUN Tenang memanaskan semula isu ini, terutama bila BN meletakan calon lelaki menentang calon wanita PAS itu.

Pengakuan Naib Presiden PAS semalam dalam temubual dengan wartawan dari Berita Harian akhirnya membongkar apa yang berlaku secara dalaman di dalam Parti Islam SeMalaysia itu.

Calon PAS Normala Sudirman juga turut menimbulkan kontroversi bila enggan bersalam dengan lelaki cina yang ditemuinya di dalam kempen. Apabila ditanya oleh wartawan tentang insiden tersebut, Normala menyalahkan UMNO yang dianggap gagal menjelaskan tentang Islam kepada masyarakat bukan Islam walau sudah memerintah Malaysia selama 53 tahun.

Jawapan yang berlandaskan akal yang cetek oleh Normala itu menimbulkan kemarahan banyak pihak. Sehingga ada sesetengah pihak mengugut untuk menyiarkan beberapa keping gambar beberapa pimpinan tertinggi PAS bersalaman dengan wanita bukan muhrim. Ada juga yang bertanya sama ada PAS telah gagal menjelaskan tentang Islam kepada seorang bekas Naib Presiden PAS yang secara terbuka bersalam dengan Teresa Kok dari DAP di hadapan para jurufoto di lobi Jabatan Perdana Menteri pada tahun 2007.

Blog ini berharap insiden ini tidak perlu sampai ke situ. Kecetekan akal Normala memang sudah dikritik oleh blog ini sejak bekas guru itu diumumkan sebagai calon. Namun biarlah sasaran hanya Normala dan tidaklah perlu kita menjatuhkan maruah tokoh-tokoh lain sekadar untuk membuktikan Normala memang cetek akal.

Normala perlu sedar, tafsiran agama di dalam PAS boleh diubah-ubah berdasarkan kesesuaian semasa dan kehendak perjuangan politik. Seperti juga hati dan cinta Normala sendiri yang menurut beberapa sumber pernah mendirikan rumahtangga sebelum menemui Cikgu Makrof. Sewaktu masih bergelar isteri kepada lelaki lain, Normala telah menjalinkan hubungan dengan suaminya sekarang. Segala-galanya boleh berubah.

(Untuk video-video aktiviti politik di DUN Tenang sila layari NO5Tenang di YouTube)