Saya tidak mungkin seceria ini ketika keluar dari lokap jika tanpa sokongan blogger-blogger lain.

Mahathir kata 20 tahun, Mustapa sudah bersedia. Sekarang tiba masanya blogger-blogger anak Kelantan yang mahu melihat perubahan yang positif kepada Negeri Cik Siti Wan Kembang untuk berhimpun di bawah satu panji.

Pada 17 Januari 2011, blog Gelombang Merah telah melahirkan satu inisiatif ke arah menghimpunkan blogger-blogger dari Kelantan bagi mengembelingkan satu usaha yang lebih bersepadu di dalam menyalurkan maklumat kepada para pemilih yang melayari ruang siber.

Untuk maklumat lanjut, termasuk terma dan syarat bolehlah ke pautan ini.

Kickdefella menyokong penuh sebarang usaha murni seperti ini semoga ianya juga akan mengambil kira soal kebajikan dan juga membentuk kreativiti serta skil penulisan yang baik dan beretika di kalangan penulis-penulis maya.

Mungkin Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan boleh berjanji untuk menawarkan peluang pekerjaan tetap kepada para blogger ini sekiranya UMNO menawan semula Kelantan di dalam PRU ke 13.

Janganlah mereka kelak menerima nasib seperti rakan-rakan blogger saya yang pro Pakatan Rakyat dan juga pro UMNO sebelum ini.

Habis madu sepah bukan sahaja sepah dibuang, ada pula yang disepak terajang dan dipijak-pijak.

Ramai yang masih kais pagi makan pagi dan terpaksa mengemis kepada pemimpin-pemimpin yang satu ketika dulu menabur pelbagai janji.