Kelantan contohnya menerima imbuhan pembangunan lebih lima kali ganda daripada yang diterima oleh Negeri Melaka. Negeri Kedah terus menerima imbuhan pembangunan Persekutuan berjumlah RM2 billion dan setanding dengan negeri  tumpah darah Perdana Menteri Najib Razak sendiri.

Siapa menipu di dalam soal membangunkan Negeri Kelantan? Yang pasti memang ada penipu. Dan penipu itu memakai jubah dan juga berjanggut. Penipu itu berserban dan dipanggil dengan gelaran Tuan Guru.

Penipu itu bernama Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat.

Siapa percaya akan penipuan itu? Anda dan saya. Yang kaya dan yang miskin.

Apakah penipuan terulong itu?

Pernahkan anda dengar bahawa Kerajaan Persekutuan telah menyekat peruntukan kewangan dan menyekat sebarang pembangunan dari dinikmati oleh rakyat Kelantan?

Sudah pasti dan sudah tentu bukan sekali tetapi berkali-kali. Apakah ini sebenar-benarnya berlaku atau ianya lagi satu projek penipuan Nik Aziz dan keluarganya?

Terdapat tiga bentuk pemberian kewangan dan bantuan Kerajaan Persekutuan kepada negeri-negeri dan wilayah persekutuan di Malaysia. Ianya seperti berikut,

  • Pemberian seperti yang termaktub dan disyaratkan di dalam Perlembagaan  Persekutuan.
  • Pemberian seperti yang termaktub di dalam undang-undang negara.
  • Pemberian di dalam bentuk bantuan yang diputuskan oleh Majlis Kewangan Negara (MkewN) atau oleh Kerajaan.

Pemberian yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan merangkumi,

  • Pemberian mengikut kepala yang dibuat berdasarkan kepada peruntukan Perkara 9(1)(a) Perlembagaan Persekutuan. Ia juga dipanggil ‘Capitation Grant’ dan wang ini diberi terus kepada Kerajaan Negeri. Dalam konteks Kelantan, pitih ini terus masuk ke kantung Kerajaan PAS Kelantan dan nasi dan air yang dibeli oleh Nik Aziz menerusi duit gajinya datang dari wang geran ini. Duit gaji Menteri Besar Kelantan membesarkan Nik Amalina juga datang dari duit ini. Dari tahun 2006 hingga 2010, Kerajaan Negeri Kelantan telah menikmati tidak kurang dari RM100 juta pitih ini!
  • Perlembagaan Persekutuan juga menuntut Kerajaan Persekutuan memberi Road Grant kepada setiap negeri. Pendek kata, sebahagian dari wang cukai jalan yang di bayar oleh adik, kakak, mak dan ayah kita di Kelantan telah dipulangkan balik terus kepada Kerajaan Negeri Kelantan untuk menyelenggara jalan-jalan negeri.

Pendek kata, kontrak menurap jalan yang pimpinan Kawasan PAS Kelantan itu asyik dapat datangnya dari wang ini yang diperuntukan di bawah Perkara 109(1)(b) Perlembagaan Persekutuan.

  • Setiap kali Negeri Kelantan membentangkan bajet defisit atau bajet yang memerlukan duit belanja lebih dari dari duit yang negeri ada, Kerajaan Pusat jugalah yang terpaksa menanggung mana-mana duit yang tidak ada itu. Sejak dari tahun 2006 hingga 2010, Kerajaan Persekutuan telah memberi terus kepada Kerajaan Negeri Kelantan sebanyak hampir RM300 juta bagi memastikan Kerajaan Negeri Kelantan terus tidak bangkrap dan Nik Aziz terus mendapat gaji dan elaunnya.

Terdapat sembilan jenis bantuan kesemuanya yang diberi kepada setiap Negeri dan dari tahun 2006 hingga 2010 Kerajaan Negeri Kelantan telah menerima sejumlah RM2 billion.

Dalam tahun 2009, beberapa hari sebelum EGM PAS yang diminta Nik Aziz dijalankan, MB Kelantan telah dimasukkan ke IJN setelah dia mendakwa keluar darah dari mulutnya. Nasib baik, yang disangka darah itu sebenarnya daging mentah ikan Mackerel atau Salmon dari sushi yang dimakannya selepas Persidangan Majlis Raja-Raja di sebelah siangnya. Kalau benar-benar darah, Nik Aziz harus bertanya pada dirinya apakah itu berlaku kerana dia terlalu banyak menipu sedangkan dia dijual sebagai Ulama’ yang menginspirasikan banyak pihak?

Nik Aziz harus bertanya dan Exconya yang pakar ekonomi harus mendesak Kerajaan Pusat mengeluarkan senarai jumlah Cukai Korporat, Cukai Pendapatan, Cukai Kastam dan lain-lain cukai yang dipungut oleh Kerajaan Pusat dari aktiviti-aktiviti di Negeri Kelantan sejak PAS memerintah negeri itu selama 20 tahun. Apakah hasil yang diperolehi oleh Pusat dari Kelantan sebenarnya menguntungkan Persekutuan dan lebih dari apa yang Kerajaan Pusat telah berikan semula kepada Kelantan?

Apakah Nik Aziz dan PAS Kelantan sebenarnya telah berjaya menjana ekonomi Kelantan mengakibatkan ia sering mendapat lebih banyak bantuan berbanding negeri yang maju seperti Melaka?

Atau Nik Aziz sebenarnya memang mahu Kelantan terus mundur kerana tujuan politik. Kemunduran yang menyeksakan akan memudahkan PAS mengikat rakyat kepada isu kebahagian di akhirat kelak. Kebanyakkan peniaga-peniaga kecil dan runcit di Kelantan, setelah bekerja membanting tulang lebih 30 tahun, terpaksa setelah bersara, hidup di dalam kemiskinan.

Anak-anak Kelantan yang hidup di bandar-bandar besar dan yang berjawatan di dalam sektor kerajaan dan swasta turut sama bersubahat mengekalkan Kelantan di dalam kemunduran. Mereka adalah antara penyumbang kepada Kerajaan Kelantan untuk mengekalkan kemunduran ini untuk kepentingan peribadi mereka. Dengan duit secupak, kesan kemunduran di Kelantan, ia bernilai segantang buat mereka.

Inilah politik dalam pembangunan di Negeri Kelantan.

Segelintir rakyat Kelantan seolah-olah menjadi takut kepada pembangunan kerana bertahun-tahun minda mereka dibancuh dengan menyamakan pembangunan dengan korupsi dan kronisme. Pembangunan menjadi sesuatu yang jijik. Pembangunan menjadi jalan besar ke neraka jahanam.

Dari tahun 2007 hingga 2009, Kerajaan Pusat menerusi Kementerian dan Agensinya di Kelantan telah membelanjakan sejumlah RM12 billion di Negeri Cik Siti Wan Kembang itu. Duit inilah yang sebenarnya menjana ekonomi Negeri Kelantan dan bukan bajet tahunan Kerajaan Kelantan yang sering tidak lebih daripada RM400 juta setahun. Itupun dengan defisit berpuluh-puluh juta setahun.

Bahkan anggaran pembangunan Kerajaan Persekutuan tahun 2011 untuk setiap negeri terus menyaksikan negeri-negeri yang dikuasai oleh pembangkang tetap menikmati imbuhan yang cukup tinggi. Kelantan contohnya menerima imbuhan pembangunan lebih lima kali ganda daripada yang diterima oleh Negeri Melaka. Negeri Kedah terus menerima imbuhan pembangunan Persekutuan berjumlah RM2 billion dan setanding dengan negeri  tumpah darah Perdana Menteri Najib Razak sendiri. Peruntukan yang diberikan kepada Kedah juga lebih tinggi daripada yang diterima oleh Negeri Sembilan, Perak dan Terengganu.

Saya masih ingat, di dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan pada tahun 2007, Dato’ Sri Mustapa Mohamed, pernah membuat ‘pengakuan’ bahawa beliau turut terbabit di dalam ‘usaha’ untuk menyekat bantuan pusat kepada Kelantan. Pada Februari 2008, ketika sidang akhbar sempena Pelancaran Buku Letter To The World Leaders, saya ajukan soalan ini kepada Tun, “Dato’ Mustapa kata dalam DUN Kelantan dia pernah jumpa Tun untuk minta sekat bantuan kepada Negeri Kelantan, boleh Tun sahkan?”.

Tun Dr. Mahathir ketika itu lebih kurangnya menjawab, bukan Dato’ Mustapa seorang saja, pemimpin-pemimpin UMNO Kelantan lain pun jumpa saya, kerana kata mereka, setiap peruntukan pembangunan yang diberi kepada Negeri Kelantan telah di politikan oleh PAS.

Seperti yang saya jelaskan sebelum ini, PAS mengecap projek pembangunan dari Pusat sebagai sesuatu yang subversif. Pembangunan itu korupsi dan punca permasalahan sosial. Lalu ditanam dalam minda penduduk Kelantan, pembangunan adalah jalan besar ke neraka.

Oleh yang demikian, menurut Tun Dr Mahathir, UMNO Kelantan meminta satu kaedah lain digunakan untuk mengelakkan permasalahan yang wujud itu.

Yang pastinya di dalam soal peruntukan pembangunan dan bantuan kewangan kepada Negeri Kelantan, Dato’ Seri Mustapa Mohamed telah berlaku jujur dan bukan penipu.

Penipunya… Nik Aziz.