“Kita pun nak tahu….”

– Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PAS

Tetapi hanya sekiranya Tuan Ibrahim mahu tahu yang sebenar-benarnya.

Jangan bertanya soalan yang anda tidak tahu jawapannya.

Sementara itu Ketua Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman juga ingin untuk tahu. Kesian sungguh kepada Abdul Latif kalau dia sendiri pun tidak tahu. Sepatutnya beliau bertanya kepada dirinya, mengapa dia boleh tidak tahu. Apa sudah jadi dengan PAS Kelantan?

Dedahkan siapa orangnya: Pemuda Pas

KOTA BHARU- Pemuda UMNO dicabar untuk mendedahkan siapa pemimpin Pas yang dikatakan berjanji untuk tidak bertanding dalam pilihan raya kecil Galas sekiranya Tengku Razaleigh Hamzah dicalonkan dalam pilihan raya kecil itu.

Ketua Pemuda Pas, Abd Latif Abd Rahman berkata, Pemuda UMNO tidak seharusnya membuat kenyataan umum tanpa bukti yang jelas terhadap sesuatu perkara yang didedahkan.

“Siapa yang berjanji? Jangan sebut secara umum sahaja, jangan buat alasan untuk dapat kemenangan percuma, kenapa takut untuk memasuki medan?” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Anuar semalam yang mendakwa terdapat pemimpin Pas yang berjanji untuk tidak meletakkan calon di Galas sekiranya Tengku Razaleigh Hamzah dicalonkan.

Menurutnya, Pas tetap meletakan calonnya lebih-lebih lagi kerusi tersebut milik parti itu walaupun mengetahui hakikat pilihan raya yang diadakan tidak setelus yang dikatakan oleh UMNO.

“Sepatunya UMNO yang tidak meletakkan tidak meletakkan calon sebagaimana kenyataan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat atas perpaduan Melayu.

“Sepatutnya Pemuda UMNO yang pastikan dalam pilihan raya Galas ini, tiada rasuah, tiada janji pembangunan, tiada salah guna kuasa dan tiada salah guna kerajaan,” katanya.n ketika mengulas kenyataan Anuar semalam yang mendakwa terdapat pemimpin Pas yang berjanji untuk tidak meletakkan calon di Galas sekiranya Tengku Razaleigh Hamzah dicalonkan.

Menurutnya, Pas tetap meletakan calonnya lebih-lebih lagi kerusi tersebut milik parti itu walaupun mengetahui hakikat pilihan raya yang diadakan tidak setelus yang dikatakan oleh UMNO. (sini)