… dan Perlembagaan Persekutuan.

Sebelum wujudnya Persekutuan Tanah Melayu, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Tidak Bersekutu adalah milik DYMM Raja-Raja Melayu di negeri-negeri tersebut.

Selepas Perjanjian Persekutuan 1948, Raja-Raja Melayu bersetuju menyerahkan kuasa mutlak mereka termasuk pemilikan mereka terhadap tanah jajahan dan naungan mereka. Daripada sistem Raja Multak, sebuah sistem Raja Berpelembagaan di perkenalkan. Hak dan kekuasaan Raja-Raja Melayu terbatas oleh Perlembagaan di Peringkat Persekutuan dan Undang-Undang Perlembagaan Tuboh Negeri di Negeri-Negeri Melayu.

Bagaimanapun, Inggeris menjamin bahawa raja-raja Melayu akan terjamin tahta mereka dan tidak boleh diturunkan dari tahta tanpa kerelaan mereka melainkan bila nyawa berpisah daripada badan.

Tetapi ada peguam yang berusaha naik turun banyak anak tangga untuk memanipulasi beberapa ruang-ruang samar di dalam perlembagaan untuk membolehkan seorang raja Melayu diturunkan dari tahtanya.

Saya minta kita sama-sama merenung sejenak tentang keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang.

Sebenarnya, kita tidak perlu 2/3 undi di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri untuk meminda Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Perlembagaan Tuboh Negeri. Yang kita perlu ialah rakyat yang daif hal perlembagaan dan perundangan dan barisan pimpinan yang ada kepentingan diri. Cukuplah. Berkuburlah keluhuran dan kedaulatan.

Ini mungkin permulaan. tetapi jika kita biarkan sahaja, sudah tentu ia akan menjadi permulaan untuk banyak lagi dan penghujungnya ialah tergadainya hak kepada yang berhak. Dan yang berhak itu termasuklah kita sendiri, orang-orang Melayu.

(Foto ehsan blog http://justread-whatever.blogspot.com)