Apa komen Sheih bila Setiausaha Agung PAS kata Sheih askar upahan, seorang lelaki yang tiada integriti? Tanya wartawan yang hadir di dalam sidang media oleh Mustafa Ali bagi menafikan pembabitan PAS dalam Operasi Gerak Saraf 4 Juta, di Pejabat Agung PAS.

“Suruh CheGu Pa ambik nombor dulu, saya pun boleh cakap, Pimpinan PAS yang saya kenali selalu cakap CheGu Pa spy UMNO, tetapi itu tidak penting bagi saya, saya nak minta CheGu Pa ambik nombor dan tunggu giliran untuk CheGu jawab bila isu yang berkaitan untuk CheGu Pa….”

Malangnya, dalam saya belum bersedia untuk menulis berhubung Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS di dalam blog ini, pagi-pagi saya menerima sms meminta saya pergi ke satu blog yang kuat membelasah saya sebelum ini. Katanya ada cerita pasal Kohilal.

a. Selepas menerima aduan ahli koperasi berhubung skim pelaburan berjuta Ringgit yang diperkenalkan Pas antara 1996 dan 1999; Koperasi Al-Hilal Berhad atau KOHILAL yang ditubuhkan oleh Pas, disiasat oleh Jabatan Pembangunan Koperasi (JPK) dan Suruhanjaya Sekuriti (SC) atas dakwaan berlakunya penyelewengan pengurusan yang bermula sejak 2001.

b. MOHD KUSRIN bin RAHMAD menganggotai Lembaga Pengarah baru pada JUN 02.

c. Lembaga Pengarah menyedari ramai ahli KOHILAL tidak berpuas hati dengan pengurusan skim-skim pelaburan tetapi tiada apa yang boleh dibuat oleh ahli yang tertipu. Mereka hanya melolong bahawa pihak pengurusan melakukan penyelewengan. Perkara ini telah dibangkitkan dalam mesyuarat Koperasi serta persidangan parti Pas.

e. Yang menjadi kebinggungan sekarang ialah jika ahli Kohilal boleh mendapatkan kembali pelaburan mereka sebanyak RM39.80 juta. Pengarah Kohilal KURSIN bin RAHMAD berkata ianya tidak mungkin berlaku kerana wang tersebut telah ghaib dalam beberapa skim pelaburan yang tidak menguntungkan. Wang RM39.80 juta telah lesap macam jin masuk ke dalam botol.

f. MD. SHUKUR bin ABD AZIZ berkata skim-skim tersebut dikendalikan anak syarikat yang bernama KOHILAL Holdings SDN. BHD. (KHSB) di antara 1996 dan 1999 yang kini telah pun gulung tikar.

KHSB ini pernah mempelawa ahli-ahlinya melabur melalui KOHILAL. Ini adalah penyelewengan besar. Md Shukur menuduh Ahli Lembaga Pengarah lama melakukan kesalahan menipu apabila mereka mengarahkan dana tersebut dipindahkan ke akaun anak syarikat KHSB untuk mengendalikan skim-skim tersebut.

g. SHUKUR bin ABD. AZIZ menjelaskan bahawa jumlah pelaburan membabitkan sejumlah RM 46.5 juta. Daripada jumlah tersebut, RM 8.9 juta dilaburkan dalam projek ladang burung unta, RM 8.9 juta digunakan untuk membeli saham penerbangan MALAYSIA (MAS) manakala RM 9 juta dan RM 16.2 juta lagi masing-masing dilaburkan dalam sektor pertanian di INDONESIA dan Perdana Teknologi Venture. RM43.2 Juta semuanya.

Hanya orang dunggu akan melabur RM8.9 juta dalam projek burung unta. Inilah dunggunya menjadi ahli Pas, asyik dengan unta sahaja. Di sini juga nampak betapa munafik Pas – membeli saham MAS sebanyak RM8.9 juta. Dulu Pas pernah menuduh MAS ”haram” sebab MAS hidang minuman arak dalam penerbangan.

Bakinya RM3.3 juta dilaburkan dalam 24 anak syarikat KHSB, termasuk UMMAH Asset Management yang kini disiasat Suruhanjaya Sekuriti atas kesalahan mengumpul dana daripada ahli Kohilal tanpa sebarang lesen rasmi.

h. Pada mulanya Kohilal telah membyar dividen 10% – 15% kepada ahli pada setiap bulan. Selepas 1997 bayaran dividen lesap macam asap. Para ahli mula menuntut keuntungan pelaburan dan ingin mengetahui perkembangan pelaburan mereka. Mereka juga mempertikaikan proses membuat keputusan berhubung pelaburan tersebut. Sehingga kini, Ahli Lembaga Pengarah baru tidak mengetahui proses pelaburan yang dijalankan samada kajian dibuat mengenai daya untung projek-projek pelaburan KHSB. Semua dokumen mengenai pelaburan dana juga tidak ditemui. Inilah antara cara Pas menipu ahli Kohilal.

i. Satu sumber KOHILAL mendedahkan bahawa tiada sebarang kajian dibuat kerana KHSB (anak syarikat) juga diuruskan oleh orang yang sama, yang menganggotai Lembaga Pengarah KOHILAL. Ahli-ahlinya marah dan menganggap pihak pengurusan dan Lembaga Pengarah mengabaikan etika bisnes. Mereka menuduh Lembaga Pengarah bertindak tanpa pedulikan bahawa ahli Kohilal telah menghabiskan wang simpanan hari tua untuk melabur dalam skim palsu KOHILAL. Akhir sekali semua di tipu oleh Pas.

Itu adalah diantara highlights bahagian pertama skandal Koperasi berhubung kait dengan PAS. Untuk membaca dengan lebih lanjut, sila ke sini.

Nampaknya nama CheGu Pa dah dipanggil untuk menjawab atas kapasitinya sebagai Setiausaha Agung Partai Islam SeMalaysia.