Saya ditanya soal aktiviti gerak saraf selama lebih 6 jam semalam dan saya menjelaskan satu persatu aktiviti yang dijalankan.

Pada satu ketika, saya maklumkan bahawa saya membawa bahan yang sudah siap untuk dicetak kepada seorang exco untuk kelulusan. Saya kata, “tapi yang ini ada berunsur fitnah…”

Exco tersebut kemudiannya membaca sebuah hadith kepada saya yang sudah saya lupa, cuma yang saya ingat ialah ulasan daripada hadith yang dibacanya itu ditafsirkan sebagai membenarkan kita melakukan demikian ke atas musuh kita.

Satu ketika lain, saya dibacakan beberapa keratan ayat Al Quran dan kemudiannya tafsirannya yang mengisahkan perjalanan Nabi Khidhir. Penjelasan diberi kepada saya, sekiranya matlamat kita jelas, kita dibolehkan melakukan perbuatan yang tidak dibenarkan dalam suasana biasa.

Saya tidak pernah menyebut perkataan fitnah di dalam posting saya berhubung skandal OGS 4 Juta sebelum ini. Inilah pertama kali saya menyebutnya. Saya juga tidak pernah mengaitkan OGS 4 Juta dengan pembohongan untuk memburukan seseorang. Apa yang saya jelaskan ialah OGS 4 Juta ini bertujuan menimbulkan persepsi yang boleh melemahkan Pak Lah.

Saya juga tidak pernah menyebut perkataan Rasuah dalam posting saya bagi OGS 4 Juta kerana Ops saraf adalah aktiviti mesti dalam gerakan politik atau menentang musuh. Bahkan Sir Alex Ferguson juga menggunakan sepanjang masa dan akan menggunakannya minggu ini bagi usaha terakhirnya untuk membuat Chelsea tercicir sekurang-kurangnya dua mata. Media Inggeris memanggilnya ‘Mind Game’.

Tetapi, apabila Kota Bharu menafikan wujudnya OGS 4 Juta, maka barulah saya mula curiga. Mengapa dinafikan kewujudannya? Apa yang hendak disembunyikan?

Bukankah Bekas Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS, Tulang Besi dan Perisik Rakyat beriya-iya meminta saya mendedahkkannya? Bukankah YB Salor juga didalam postingnya mencabar siasatan dibuat.

Bila YB Salor mencabar supaya siasatan dibuat, YB Salor perlulah beri kerjasamanya.

Hari ini saya mahu berehat membetulkan tulang belakang saya yang sudah bekerja overtime sambil menonton Apocalyse Now.

“I love the smell of napalm in the morning. You know, one time we had a hill bombed, for 12 hours. When it was all over, I walked up. We didn’t find one of ’em, not one stinkin’ dink body. The smell, you know that gasoline smell, the whole hill. Smelled like…. Victory, someday this war’s gonna end” – Apocalypse Now.