“The departure of C.C. Too in early 1953 signalled the decline in both the Psywar and Psyops exercises. Psywar being aimed and directed at the enemy units and Psyops to win over the hearts and minds of the civil population and the masses.
However, his good work had started to bear fruits. Intelligence (SB) and the SFs were able from 1953 onwards to score success after success against the vital Min Yuen units and the AWFs that operated along the jungle fringes and with the people. But no thanks to the reverse policy and the counter-productive exercises that aleinated the people instead of gaining their trust. The information field teams had foolhardily cut themselves off from the members of the public, the vital key and solution to insurgency problem.” – The Story of A Psy-Warrior: C.C.Too.
Jangan terjun dulu bos, setidak-tidaknya biarlah masuk dulu dalam pejabat SPRM. Lepas itu terjunlah. Setidak-tidaknya, bolehlah kita pasang lilin depan pejabat SPRM. Dan bolehlah barisan pimpinan pembangkang mabuk menuntut Suruhanjaya Diraja.
Itulah jawapan saya kepada posting bertajuk “Murahnya nak jatuhkan PM” oleh sahabat saya.
Penulis telah dengan baik sekali meringkaskan operasi yang menelan belanja RM4 juta yang didedahkan oleh blog ini.
“Kadang-kadang kita boleh jadi tukang kek. Gandumnya tak sampai secawan tapi kalau kena campur dengan serbuk penaik, sebiji kek yang besar boleh kita buat. Campur pula majerin sama telur. Tengok kemahiran kita. Asalnya gandum secawan saja”.
Adakah penulis cuba memberitahu bahawa RM4 juta itu adalah untuk membeli gandum, serbuk penaik, majerin dan telor? Kalau benar bererti penulis tahulah pasal RM4 juta itu. Adakah penulis tahu dari mana RM4 juta itu datang? Terserahlah kepada beliau untuk menjawabnya.
Saya berhasrat untuk menulis berhubung dengan sumber datangnya separuh dari jumlah duit itu dengan tujuan memberi ruang pernafasan kepada penulis, terutama setelah saya dipanggil oleh SPRM, tetapi nampaknya penulis telah terlebih dahulu tercerut saraf lawannya dalam kancah politik Kelantan.
Satu pihak di dalam PAS Kelantan dan PAS Pusat mahu melihat saya mendedahkannya kerana mereka mengharapkan skandal RM4 Juta ini memudahkan tugas mereka untuk melihat berakhirnya karier politik penulis itu. Itu harapan mereka lalu saya dijolok-jolok sekian lama.
Tetapi malangnya, penulis gandum dan telur telah terjerumus dulu di dalam resepi bancuhan kek itu.
Siapa yang membancuh kek tersebut?
Lihat transkrip perbualan di bawah dan kemudian untuk mengetahui keseluruhan cerita, ikutilah link ini.
Mohd Saiba: Ustaz Fadli Shaari.
Akmal Ilham: Ustaz Fadli Shaari? Orang ‘mana eh?
Mohd Saiba: Dia masa khemah ibadat terawih di stadium nih, oh, forum perang badar dia pengerusi, dia banyak pengerusi.
Akmal Ilham: Jawatan dia dalam parti godioh (Apa jawatan dia dalam parti)?
Mohd Saiba: Tak dok rasanya.
Akmal Ilham: Oh, tak kenal belaka tuh, orang ‘mana eh?
Mohd Saiba: Tok Guru pun tak kenal eh (Tok Guru pun tak kenal Fadhli Shaari).
Akmal Ilham: Orang ‘mana eh? Sapodio jong (cadang), Abduh kah, Shaari? (Nik Abduh atau ‘Maulana’ Shaari Mustafa)
Mohd Saiba: Ah, Abduh, Shaari, lama ‘dah dia royat kor ana nya, sebelum ‘ni lagi, dia duk sebut nama Fadli, Fadli.
Akmal Ilham: Dok eh, orang ‘mana asal?
Mohd Saiba: Aih, ana tak leh nak royat, Kelantan jugaklah.
Akmal Ilham: Dok eh, takkan tak dok gotuh?
Mohd Saiba: Biodata?
Akmal Ilham: Kegiatan dalam parti kor ‘gapo?
Mohd Saiba: Dok. Ada orang jemput ceramah ‘gitu jah, Kota Bharu rajin jemput.
Ini adalah perbualan yang dirakamkan beberapa ketika sebelum Setiausaha Politik Nik Aziz, Tuan Haji Anual Bakhri Haron di pecat.
Kepada anak-anak Kelantan di rantauan, segala kekecohan yang sedang berlaku di Kelantan adalah bukan kerja saraf UMNO tetapi adalah hasad dengki, tamak haloba beberapa pihak di dalam PAS Kelantan.
Sudah sekian lama saya dijolok untuk mendedahkan dan membela diri saya berhubung isu wang Operasi Gerak Saraf yang diberikan kepada saya dan berhubung sebuah syarikat bernama Global Media Channel Sdn Bhd.
Saya tahu saya diburukkan sedemikian rupa supaya saya melenting dan mendedahkan segala-galanya agar bila saya dedah, Husam yang akan tersungkur. Semalam HarakahDaily menyiarkan berita mengenai Global Media Channel dan kemudian saya dimaklumkan HarakahDaily telah menarik balik berita itu. Saya telah memberi temuramah kepada Utusan Malaysia berhubung Global Media Channel sebentar tadi dan terserah kepada Utusan Malaysia untuk tindakan seterusnya. Sekiranya Harakah mahu tahu versi sebenarnya, saya juga sedia memberitahu Harakah.
Sekian lama saya bersabar. Tetapi bila beberapa blogger yang rapat dengan Husam dan yang mengaku pada saya dibayar oleh Husam mula turut terjerumus dalam permainan ini, maka bagi saya amat senang, saya tiada apa kepentingan lagi dan buat apa saya nak pikul biawak hidup itu lagi.
Kalau mereka nak biawak hidup itu, ambilah.
Semalam saya sudah lepaskan biawak hidup itu dari sangkarnya. Terserahlah kepada SPRM untuk mengesan tuan-tuan kepada biawak hidup itu.
Siapa yang diserang dari belakang oleh biawak hidup itu, tandanya dia cuba lari. Harap adalah yang sanggup diserang dari hadapan.
Tuan, saya perhati dari jauh, dan bukan saya niat nak masuk campur. Cuma curious. Langsung saya tanya: di mana tuan lihat exit point dalam hikayat ini?
I trust that you have pre-knowledge (in the widest sense) of what you are doing. Because, knee-jerks go only so far.
Warmest regards.
salam ziarah,
betul lah tu. sejak kebelakangan ini PAS yang hampas sudah pandai main belakang. hussssssh jijiknya PAS serta pemimpin2 yg gila kuasa yang berada dalam PAS dan swaktu dengan nya. Tunggu apa lagi wahai ahlul bahlul PAS. cepatlah ubah arah anda kepada 1malaysia.
Tuan Syed, teruskan pendedahan demi pendedahan sekiranya tuan berada di jalan yang benar. Saya yakin KEBENARAN pasti mengatasi KEBATILAN, walaupun melawan mereka yang mendakwa dan ‘mendewakan’ ulamak-politik’ mereka. Istiqamah dan keberanian adalah satu senjata paling ampuh melawan KEBATILAN!
Mung memang best!
Jaz
syabas tuan syed . . .
telanjangkan segala kemungkaran dan perbuatan terkutuk . . insyaallah segala perbuatan baik akan diberkati allah. Tuan berada di pihak yang benar.
Syabas . . .sekali lagi.
Cah keting dan politik Kelantan dah jadi amcam filem Hindustan. Saya mengambil jalan pintas untuk memerhati dari jauh. Ambik tahu yang bermula dengan A, B, C… dan tunggu kesudahannya …. X, Y, Z.
PENYAKIT IRIHATI,DENGKI,DENDAM,,,KALU MUNG NAIK MAMPUS HABIS LAA PUAK KITO..INI ADALAH PENYAKIT UMNO DAN TELAH MEREBAK DGN TERUK SEKALI DALAM PAS….
BAGI SAYA PRU13..ANDA SEMUA AKAN TGK BERTAPA TERUK NYA PENYAKIT INI MEREBAK …..
TGNA tak kan tak tahu projek tu.. harap TGNA beri penjelasan
Bro,
Sehingga ke pendedahan yg terkini ini, merit belum cukup utk mereka yang waras dan rasional utk memilih UMNO sebab jika dibandingkan side by side, UMNO sarat dan jauh meninggalkan PAS dalam hal ehwal kemungkaran dan segala yang berkaitan dengannya.
I’m sure you can do better bro.
Psywar dan Psyops perlu kpd logistic support. Tampa loistic support kek tak akan menjadi. Husam berkemungkinan memiliki resepi bersama bahan2nya. Dia ada keinginan mendapat sedikit kredit diatas kejayaan Ops Gerak Saraf. Mr.Kick pandai
pasang perangkap. Saya mungkin salah tapi sejarah selalunya betul. Memang pandai tupai melompat dan memang tinggi bangau terbang tapi bila ‘landing time’ kalau tak jatuh ketanah, hinggap dibelakang kerbau.
semua masalah bermula bila tokguru jadi mb untuk tempoh 20 tahun…lama beb. tahun 1990 bila pas jadi mb kerajaan kelantan tokguru dilantik jadi mb.
cuba tanya barisan pertama yg berada disisi tokguru tahun 1990…( Setpol MB Cikgu Rahim, S/Usaha Akhbar Husam Musa, Pengarah UPN Fatah Haron dan Timb Pen UPKN Mat Khier ) berjimat dan beringat habis takut timbul masalah di belakang hari.
Tahun 1990 keluarga tokguru tak berani campur urusan kerajaan…takde sesiapa yg ajar cara mengaut untung dari title MB…pemerintahan aman sejahtera kerana anak beranak jahil ( tak tahu ) mencari projek dari kerajaan.
Tahun 1995 suasana pemerintahan berubah bila saki baki umno ( s46 ) bergabung dgn pas mentadbir kelantan. Pejuang agama bercampur dengan pejuang dunia ( s46 ) yg disingkir dari tampuk umno.
tahun 1999 lagi banyak perubahan berlaku bilamana s46 dibubar…ada yg kembali kepada umno dan sebilangan yg masuk pas. Disinilah pelakon drama mengambil tempat disisi tokguru.
razak abas dan co menjadi panglima tokguru dan mengajak ( mengajar ) keluarga mulia tokguru cara2 mendapat duit yg lumayan melalui lubang tikus di pejabat mb. watak pejuang agama mereka mula berubah menjadi pejuang duit…fulus…infaq…
pas diajar cara memeras ugut glc kelantan bertopeng sekolah agama…pas diajar cara mencuri bayam hijau di hulu kelantan dengan alasan parti dan organisasi agama…
pas diajar cara konspirasi untuk memilih pemimpin…pas diajar cara membeli undi…pas diajar membina puak2…pas diajar cara melobi untuk menjadi calon…pas diajar cara membunuh karakter teman seperjuangan yg tidak sebulu…
SEGALA MACAM AJARAN DAN ILMU SONGSANG YG TIMBUL DALAM PAS HASIL HIJRAH BEKAS S46 KE DALAM PAS ( Nordin Yaacob, Razak Abas, Zianon Abidin, Ahmad Rosli Ibrahim )….MEREKALAH PENYEBAR VIRUS MADHIAH DALAM PAS
Salam Sheikh,
Betapa pahitnya jika Sheikh terpaksa menongkah arus, betapa sukarnya untuk menunjuk jalan kebenaran, mendedahkan kesalahan dan kesilapan yang berterusan dilakukan tanpa rasa bersalah walaupun tujuan asal untuk tegakkan sinar Islam yang sememangnya bersih,suci dan indah jika dihayati tetapi rupanya musang berbulu ayam. Matlamat asal sudah tersasar dari landasan prinsip yang diagungkan.
Betapa berat untuk Sheikh lakukan tetapi demi tegakkan keadilan untuk rakyat tidak mengira Pas @ Umno.Kalau dahulu Pak Lah, kini MB Kelantan dan selepas ini siapa pula. Teruskan perjuangan. Kita semua kena belajar terima kenyataan.
Demi nafsu yang tamak haloba, demi keangkuhan diri yang tidak terbendung,demi takbur dan riak maka kini…
Kesudahan yang memang kita kena terima Qada dan Qadar dari Allah swt.
Segalanya terkandung di dalam Al Quran.. manusia hilang pedoman kerana tamakkan harta dunia..umat Islam dilarang bermusuhan sesama Islam apatah lagi mendoakan yang buruk buruk dan akhirnya..subhanallah..nauzubillah Allahuakhbar 3x
Selain YB Dato’ Husam, siapa lagi bersama Sheihsemasa di Kelantan.
Aku rasa Ab. Razak Ghani, Hj. Hashim Omar, Abdul Latif Abd. Rahman (YB) dan beberapa nama lagi terlibat sakan.
Seorang Mursyid dikira bertaraf wali, ia adalah antara manusia yang mendapat kelebihan-kelebihan dan sentiasa dalam perlindungan Allah SWT. Manusia sebegini kadangkala mengungkapkan kata-kata yang begitu luas nilai hikmahnya yang memberi kejernihan minda manusia Islam khususnya. Bahkan setiap tutur kata mereka sentiasa dalam peliharaan Allah terutama ketika menyampaikan dakwah atau dalam konteks kita sekarang ialah ceramah.
Seorang Mursyid sekali-kali tidak akan mengeluarkan tutur kata mereka yang berupa merendah-rendahkan, membenci atau menghina orang lain atas apa-apa sebab sekalipun dan walau betapa jahilnya atau buruknya seseorang itu. Hati nurani seorang Mursyid adalah sentiasa terdorong ke arah mengasihani, memaafkan, menyayangi dan mendoakan kesejahteraan manusia sejagat. Itulah pantulan nur daripada zat Allah SWT ke dalam hati nurani seorang Mursyid. Mereka juga akan hanya mengeluarkan kata-kata yang baik, indah dan sedap didengar walau pun mereka tidak setuju tentang sesuatu perkara.
Seorang mursyid tidak mungkin ada sedikit pun kecenderungan atau menunjukkan sokongan terhadap keganasan jasmani dan rohani lebih-lebih lagi budaya kesamsengan, jauh sekali membiarkan pengikut-pengikutnya cenderung ke arah itu. Marah, sifat dendam, benci dan iri hati serta mengutuk bukanlah sifat seorang mursyid.
Manusia yang tinggi darjatnya ini juga sentiasa dikurniakan kekuatan dan kesihatan yang menggalakkan. Hadirnya seorang mursyid di sesuatu tempat membawa kesejahteraan dan keamanan kepada masyarakat setempat. Doa mereka dan keberkatan mereka mampu memelihara sesuatu kawasan daripada huru-hara, kejadian yang tidak diingini dan kesusahan.
Malaysia bumi bertuah, satu-satunya negara Islam yang secara amnya sejahtera dan berjaya membuktikan bahawa Islam sesuai untuk semua zaman dan keadaan. Namun di negeri Kelantan rakyat masih hidup dalam kedaifan dan disusuli pula dengan jenayah-jenayah yang mengaibkan seperti sumbang mahram, buang bayi, penagihan dadah, dan lain-lain yang kadangkala tidak masuk akal.
Yang menghairankan masyarakat di Kelantan, negeri ini diterajui oleh seorang yang bukan sahaja digelarkan oleh pengikut sebagai Tok Guru atau ulama, tetapi dijulang sebagai MURSYID. Sesungguhnya sekali lagi ditegaskan bahawa seorang mursyid diterangkan mata hatinya dan pemikirannya terutama ketika beliau sedang bertugas memikul amanah menyeru manusia kepada Islam sebenar dan beliau akan dipelihara daripada kesilapan yang mengaibkan, apatah lagi daripada kata-kata yang menjurus kepada umpatan, sindiran atau penghinaan terhadap orang lain. Sekiranya pihak penyokong PAS merasakan mursyidnya itu tidak tertanding oleh mana-mana ulama zaman sekarang, ayuh kita cuba bandingkan beliau dengan ulama zaman dahulu, zaman kegemilangan Islam. Di manakah kehebatan murshid PAS itu jika dibanding dengan ulama zaman dahulu? Dalam kesempatan pada hari ini, kita perlu sama-sama berfikir. Kajilah riwayat hidup ulama-ulama mursyid, wali-wali terdahulu, terutama dari segi kehebatan dan kelebihan yang mampu menyentuh minda serta menjadi contoh kepada manusia jahil. Marilah kita pada hari ini mengkaji dan bermuzakarah secara ikhlas dan insaf tanpa ada unsur-unsur ketaksuban dan emosional, semoga kita diberi hidayah oleh Allah SWT seterusnya menjadi manusia yang boleh menyinari masyarakat awam bukannya pencetus keburukan yang menambah kekusutan lagi dalam masyarakat Islam kini. Kesimpulannya saya amat bersetuju pendapat Sheikh membungkar peribadi Nik Aziz agar masyarakat tidak lahi tertipu dengan slogan MURSYID ini.
Salam Tuan Sheikh
Petikan dari kata-kata YB Husam seperti yang dilapurkan di dalam blognya;
“PM macam Pak Lah, adakah perlu lagi belanja sebesar empat juta untuk burukkan dia? Rasanya tak payah. Imej buruknya jadi sendiri atas kelemahan kepimpinannya.”
Ulasan 1.
Inilah satu contoh penyakit yang ada pada pemimpin-pemimpin PAS Kelantan sekarang ini iaitu suka menghina orang. Terkeluarnya kata-kata penghinaan dari pemimpin yang dikatakan berjuang untuk orang-orang islam.
Beliau hanya nampak imej buruk dan sanggup memperlekehkan kepimpinan pemimpin lain. Walhal imej buruk bosnya sendiri dia sengaja buat-buat tidak nampak malah, rasanya lagi teruk dari Pak Lah.
Selemah-lemah Pak Lah, beliau tidak pernah memporak-perandakan ukhuwah orang-orang islam hatta menghina atau memaki hamun pemimpin-pemimpin lain yang tidak sealiran dengan partinya (UMNO).
Petikan berikutnya;
“Apa kata kalau saya kata empat juta itu memang ada dan empat juta itu ditaja oleh kumpulan UMNO tertentu? Mereka nak jatuhkan Pak Lah kerana mereka sama tak suka.”
“Untuk jatuhkan PM sekarang pun dah ada empat juta lagi yang juga ditaja oleh orang UMNO yang tak puas hati Pak Lah dijatuhkan.”
Ulasan 2.
Pertuduhan yang tidak bertanggung jawab serta ada unsur-unsur fitnah kerana tidak disertakan bukti dari seseorang yang bergelar pemimpin PAS. Inilah contoh kedua penyakit yang ada pada pemimpin-pemimpin PAS Kelantan sekarang ini iaitu suka sangat buat fitnah. Mereka ini sebenarnya tidak takut pada dosa. Kalaulah pertuduhan yang tidak bertanggung jawab ini disebarkan melalui ceramah-ceramah yang biasa mereka buat kepada orang-orang kampong, tuan-tuan bayangkanlah sendiri, betapa fitnah ini akan tersebar luas ke merata tempat tanpa ditapis akan kebenaran faktanya.
Penafian oleh Tuan Sheikh;
“Kepada anak-anak Kelantan di rantauan, segala kekecohan yang sedang berlaku di Kelantan adalah bukan kerja saraf UMNO tetapi adalah hasad dengki, tamak haloba beberapa pihak di dalam PAS Kelantan.”
Ulasan 3
YB Husam tersilap langkah untuk ‘cover line’ dirinya. Bila dah gelabah, begitulah jadinya. Siapa yang makan cili, dialah yang terasa rasa pedasnya.
Tidak perlu untuk berhujah dengan Tuan Sheikh kerana beliau sebenarnya tahu akan isu berkenaan serta kepincangan yang ada di dalam parti PAS Kelantan sekarang.
Kesimpulan;
1)Percanggahan tentang prinsip yang diperjuangkan oleh parti iaitu ‘Membangun Bersama Islam’ sebenarnya seperti“cakap tak serupa bikin”.
Apa yang diperjuangkan tidak selaras dengan perbuatan yang telah dizahirkan oleh sebilangan pemimpin-pemimpin parti. Banyak kepincangan tataurus pentadbiran telah berlaku sewenang-wenangnya di dalam PAS.
2) Dasar berbaik-baik dengan parti pemerintah tidak disuburkan secara bijaksana yang mana banyak merugikan kebajikan rakyat. Akan tetapi dasar yang berunsurkan hasad dengki dan tamak haloba telah menjadi darah daging beberapa pemimpin PAS Kelantan.
3) Bagi mereka, perasaan amarah yang meluap-luap, dendam kesumat dan rasa benci yang amat sangat kepada pemimpin-pemimpin UMNO telah sebati di dalam hidup mereka.
Buatlah sebaik mana sekalipun kebaikan kepada mereka, yang pasti mereka akan menolaknya dengan mentah-mentah tanpa melihat, mendengar, menilai, dan merasa dahulu akan kebaikan yang akan mereka diperolehi dari parti pemerintah.
Sebaliknya perkara-perkara yang tidak bersandarkan fakta yang benar atau fitnah, itulah yang dikira BETUL dan disukai oleh mereka, malah mereka sanggup pula menutup mata, mulut, telinga, otak dan hati bila ada sebarang kritikan membina diajukan ke atas mereka.
4) Masa berkerja yang berkualiti untuk rakyat banyak dihabiskan untuk survival politik semata-mata samada di peringkat negeri atau nasional.
Banyak dana rakyat, termasuklah wang RM4 juta yang diperkatakan di atas telah di salah gunakan untuk tujuan politik kotor . Seolah-olah parti Pas yang dilahirkan di negeri Kelantan adalah satu kuasa politik besar yang terbaik dan perlu dicontohi serta diikuti oleh negeri-negeri lain. Padahal keadaan sebenar adalah yang sebaliknya.
Penyakit-penyakit inilah yang telah merebak dan berada di dalam sebilangan pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli pas sekarang ini. Ia merupakan kanser peringkat ke empat yang hanya menanti masa untuk dikafankan.
aman bin daud. sungguh bijak sekali…
terima kasih sheikh.
Kami anak2 Kelantan diperantauan kini sedar topeng sebenar PAS.
Golongan yg mendakwa btaraf ulama ini sanggup mhabiskan wang sebanyak 4 juta
semata2 ingin terus kekal bkuasa.
Alangkah baik jika wang sebanyak itu digunakan utk membantu fakir miskin, anak2 yatim dan golongan yg memerlukan.
Dulu kami kenakan BN dan kini tiba giliran PAS..
Kelantan bukan hak eklusif PAS apa salah kami beri kpd parti lain memerintah pd PRU akan datang.
..
Sheikh…weblog ni pun guna dana 4 juta tu ke???
asas perjuangan pas dah berubah bila melangkaui ke era millenium…
islam ada hukum hakam yg termaktub dlm alquran dan assunah…
parti islam ada tujuan…ada prinsip…ada sempadan
jangan sesekali pas lacurkan prinsip islam kerana islam itu suci…MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA…ingat tu
PAS boleh blah.. semua pemimpin PAS bangang2. dungu tapi rasa cerdik sakan.. hampess..
blah la PAS.
ayat akhir lannkb;
‘Penyakit-penyakit inilah yang telah merebak dan berada di dalam sebilangan pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli pas sekarang ini. Ia merupakan kanser peringkat ke empat yang hanya menanti masa untuk dikafankan”
umpama seorg pesakit jantung yg perlu dibedah…namun dia marah doktor yg nak bedahnya..die tak tahu doktor nak bedah utk kebaikan die…
doktor kick..”bedahlah” parti pas ni…
jgn biarkan “jantung” nya terus TERSUMBAT !!!
biarla buat bypass, asalkan kembali kpd landasan perjuangan sebenar…
walau nmpak ok dr luar, sebenarnye skrg pas sedang TERSUMBAT !!!
Kalau tak sempat “BEDAH” pun takpe…sekurangnye buat “ANGIOGRAM” dulu…
sekurangnye ramai tahu pas memang sedang TERSUMBAT !!!
kalau doktor kick tak sempat nak “bedah”, sekurangnye doktor2 lain tahu penyakit TERSUMBAT ni.. jd mudahlah kerja doktor2 lain nanti….
wassalam…
Doktor Tua Pencen
Wahai poli tikus jagalah diri mu baik-baik.
Kerana penyokong poli tikus nak pilih “YANG BAIK” (YB)
mereka fikir semuanya baik-baik
Kalau pilih biri-biri nak buat korban raya,
jangan pilih yang mata sebelah, telinga sebelah,
yang bepenyakit, yang amat kurus lagi tua,
yang tempang, yang gila (susah nak jangka),
janganlah semata-mata memilih biri-biri kerana
nampak berbulu lebat saja (tutup aurat konon) ,
baik jantan atau betina kalau dah ada bukti cacat celanya jangan pilih.
mungkin banyak yang boleh dibahaskan untuk kepentingan kita semua di blog http://kumanddieaf.blogspot.com/
Saya tak setuju ngan POKNIK,
semua kesalahan kat puak UMNO, apa ni…ilmu agama yg ada didada peminpin PAS tak mampu halang utk menolak desakan NAFSUkah?
Apakah hanya 2-3 kerat serpihan UMNO(S46) itu berjaya mengubah IMAN puak pas itu..MALU sungguh..salahkan pendekatan agama anda…berkawan dengan syaitan lah…
Sindrom PENAFIAN sudah menebal…orang lain je puncanya…
Pendapat saya kalau IMAN tebal didada,,lautan emas pun kita tolak…tapi Nabi ADAM pun tewas dengan tipu daya syaitan…musuh umat islam..bukan kawan!!!!!
PEACE…!!
Inilah bala awal yang PAS Kelantan, Nik Aziz dan Husam serta pemimpin PAS lain yang sewaktu dengannya terima kerana bersekongkol dengan ‘peliwat’ malah bersikap mempertahankannya pula demi politik walaupun secara majoritinya sudah banyak ‘terbukti’ benda itu berlaku atau syubahat berlaku.
Sumpah laknat Saiful nampaknya terlebih awal tempias sampai kepada Nik Aziz.
Pendapat aman bin daud amat saya kagumi. Memang benar, setiap yg berlaku itu digerakan oleh Allah.
kalau dikaji kronologi masalah nik aziz dan pentadbiran kelantan,kebanyakkannya bermula bilamana nik aziz terlalu byk mengeluarkan dan mendoakan kecelakaan pihak lain.nah! ALLAH yang maha berkuasa telah menterbalikkan kecelakaan tersebut.
salam
jangan salahkan S46 yang menjadi racun keatas keluarga Nik Aziz (scapegoat), sebenarnya Nik Aziz memang syaitan sejak dari awal.
kerja syaitan adalah mengambarkan orang yang keji sebagai suci
Tahniah sheikh
Bila sheikh jawab perenggan demi perenggan tu amat tepat dan berfokus senang bagi saya menikuti tajuk perbincangan.
Betullah kata perpatah mata pena lebih lebih tajam dari mata pedang dan saya pas tidak pernah mengalami keadaan seteruk ini
Assalamualaikum.
Sesungguhnya yg HAQ pasti mengatasi yg bathil. Dlm hal ini banyak dah belakangi agama & bertuhankan politik & kedudukan.
Perkara yg kecil diperbesarkan bukankah ada unsur/dekat dgn fitnah? (buat kek)
Namakan apa shj perang saraf/fitnah/ berita gempaq tapi kalau dah ada tokok tambah lebih dekat dgn dosa.
Buatlah istikharah hai “pejuang” Islam. Mohon padaNYA petunjuk. Kalau diberi ilham tak kiralah baik/tak utk diri & kedudukan sendiri, hendaklah berani melaksanakannya.
Yg baik dariNYA yg buruk dari kita. Biar buruk rupa/pakaian tapi masih ada kemuliaan di sisiNYA. Jangan buruk amal & hina di sisiNYA.
Allahualam
salam semua,apa yg diperkatakan oleh tuan aman b.daud itu rasanya ada kebenarannya,tapi agak keras sikit,tp sya suka dgn komen lankb lembut dan bernas..tuhan itu amat kaya dn penyayang,jelas kita nampak sekarang ,kemungkaran dn kebatilan terbongkar juga akhirnya.dulu pak lah dicaci dgn bermacam2 kata2 yg keji dan hina disertakan dgn gambar beliau..tp pak lah x melatah pun..senyap je..rasa2nya ini lah yang dikatakan balasan dari tuhan yg maha esa kapada meraka2 yg terlibat..cukuplah dan jadi2 lah dgn kata2 yang menghina kepada pemimpin2 yang menjalankan amanah dgn baik , jujur serta ikhlas..diharapkan PM kita sekarang ini tidak perkatakan dan hina spt pemimpin2 terdahulu biar lah beliau memimpin dgn baik tanpa gangguan..alhamdulillah buat masa ini jelas berkesan dgn cara beliau..
tuan2 semua..siapa sebenar yang boleh digelar dan diangkat sebagai Mursyidul itu ?…siapa yang layak ? orang politik ke ? …saya keliru…
Sheikh! Saya salah seorang yang mengikuiti seratus peratus tulisan saudara. Saya menyokong penuh pemberitahuan saudara tentang perangai Nik Aziz walaupun ada manusia yang tidak bersetuju. Saya nak tanya mereka yang tidak bersetuju, apakah caranya untuk memaklumkan orang ramai tentang keburukan pemimpin yang menjadi idola masyarakat Melayu jika tidak memperkenalkannya melalui Blog seperti ini, saya mengambil contoh; jika ada seorang penjenayah masuk ke kampong kita, adakah patut kita berdiam diri yang kononnya tidak mahu membuka keaipan orang, dalam hal ini Islam mewajibkan kita memberitahu orang ramai agar beringat-ingat kepada kegiatan penjenayah bagi menyelamatkan nyawa dan harta benda orang awam. Keterlanjuran yang dilakukan oleh pemimpin Pas khussnya Nik Aziz adalah melampaui batas yang melibatkan akidah yang wajib bagi umat Islam yang tahu memberitahu keburukan ini kepada orang lain supaya akidak orang Islam lain tidak terpesong. Tulisan ini sebagai permulaan untuk melontarkan kata-kata agar boleh diperdebatkan seterusnya. Saya akan mengikuti dan menjawab sekiranya ada respon daripada saudara-saudara kita nanti. Sebagai contoh pertama ialah:
ULAMA MESTI MENTADBIR NEGARA
Memetik kata-kata Nik Aziz Nik Mat dalam Utusan Malaysia, 6 November 1999: “Tiada sesiapa di muka bumi ini yang tahu menjaga dunia termasuk menguruskan soal budaya, ekonomi serta harta benda, melainkan ulama.” –
PAS telah mengisytiharkan bahawa bumi atau negara ini mestilah diperintah oleh para Ulama. Sedangkan Allah telah berfirman secara jelas: Maksudnya: “Bahawasanya bumi itu akan diwarisi oleh hamba-hamba-Ku yang soleh/bijak pandai” (yang layak untuk memerintah). (Ayat 105 surah al-Anbiya’)
Dalam ayat ini dan ayat-ayat lain tidak pernah ada satu ayat pun yang menyuruh ulama memerintah negara kerana peranan sebenar ulama adalah penasihat kepada Umarak(pemerintah). Untuk memahami secara jelas ayat al-Quran hendaklah difahami juga melalui hadis Rasulullah. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang berrmaksud: Ulama itu pemegang amanah rasul-rasul selama mana mereka tidak mencampuri urusan pemerintahan dan urusan keduniaan, tetapi sebaliknya jika mereka mencampuri urusan pemerintahan dan keduniaan, maka mereka itu telah mengkhianati para rasul. Oleh itu hendaklah kamu semua awasi mereka atau lari daripada mereka. (Hadith riwayat al-Baihaqi dan al-Uqaili daripada Anas ra. Hadith Hasan)
Jadi, inilah puncanya yang menyebabkan Kelantan yang di bawah tadbir Nik Aziz ini menjadi tidak maju kerana beliau tidak mempunyai kelayakan untuk memerintah, dan kerana tidak menepati kehendak Allah dan Rasul-Nya dalam ayat inilah yang terjadi seperti yang dilaporkan oleh Shekh Kick ini.
Nampaknya tgna diam seribu bahasa , ini adalah pemimpin yg semua org cari.. Tgna sorg Pmimpin yg dungu, bila Ada pmimpin yg mcm ni, senangla para Sahabat n pngikut mncari kekayaan n mngumpul harta, kelantan mempunyai kawasan tanah balak n ladang2 yg luas telah diambil peluang oleh mereka… Ini kerana tgna hanya perlukan akhirat, kesian rakyat klantan.. Emas di bagi org , lumpur pula dijadikan emas…wahai semua, bangkitlah, klantan ditimpa bermcm2 bencana… Pengawal peribadi sultan kelantan plak hendak dibunuh… Teruk betul negeri Islam yg di pimpin pas ni…pru13,ana akn rungkaikan yg kami bukan mncari Islam yg dijunjung pas, kami mencari Islam junjungan nabi Muhammad s.a.w.. Kami akn kalahkan pmimpin Islam duniawi ini….takbir
Husam patut duk diam, jgn duk melatah., patut yb taki yg mlatah kerna sy sering melihat yb taki bersama tgna..sy rasa yb taki sesuai utk mnjd mb kelantan. Lihat sj pembangunan yg dia buat di kelantan. Rumah beliau juga bertambah.ini bukan rasuah kerna tgna hnya berdiam durja…jd pmimpin semacam ini yg kita mahu… Negeri akn mncapai kemajuan 2020…diam tanda bersetuju…tlg majukan kawasan sy juga ya, ulu sat… Kawasan tadahan hujan.. Jgn lupa ya…30000 ekar… Jgn serah kpd 1,2 company shj.. Sy pom mahu juga…sama2 majukan negeri kelantan..membangun bersama cina
Ini adalah bahana bila terlalu lama didalam sesuatu pekerjaan, Idea dah berkurangan orang baru nak naik tak diberi, maka berlakulah aktiviti porpular seperti cas keting, fitnah, sms dan pelabagai lagi kerja yang keji dilakukan. Subahanallah, Allah maha besar dan yang berkuasa.
Beri peluang kepada orang lain pulak memerintah, tak salah kalau tukar kerajaan atau pemimpin kalau Kelantan masih Melayu Islam sebenar yang memerintah. Wallahualam.
Apa2 pun Sheik, you can reveal more than this… waiting for your latest issues…
Salam Sheih
Bercakap sambil menghina,menjawab sambil menghina ,ceramah agama sambil menghina dah jadi budaya PAS sekarang.
Pas telah terbabas jauh. Pas perlukan peminpin yang lebih beriman dan lebih bijaksana.
salam untuk semua…
tidak ada apa y nak dbanggakan sepanjang 20 tahun pemerintahan nik aziz..masalah sosial tetap sama…rasuah tetap ada…produktiviti kerja tetap x berubah..peluang pekerjaan belum seiringan dengan naiknya harga barang..kalau betul nak jadikan negeri kelantan negeri islam,buat betul-btul…bykkan ceramah agama y lebih telus..tingkatkan kebolehan pengeluaran pelajar pondok dan sekolah agama y berkualiti..naikkan martabat negeri islam..rasanya x susah sgt sebab majoriti rakyat kelantan beragama islam..nik aziz tidak perlu bersatu dgn DAP…kalau betil PAS
Masih ada kah lagi golongan yang buta dan pekak yang suka menyandarkan kesalahan pada orang @ pihak lain diatas segala kerosakan dan kepincangan yang dilakukan oleh pas kelantan.
Golongan ini akan berusaha menyalahkan pihak2 lain seperti sebelum ini setiap kali terdedahnya sebarang kejadian yang boleh memudaratkan atau merugikan parti Pas mereka tidak malu2 untuk salahkan pihak UMNO kini setelah mendapati rakyat sudah muak dan benci dengan tuduhan begitu ini membuatkan mereka mencari pula pihak lain untuk dijadikan kambing hitam untuk disasarkan sebagai pesalah tujuan untuk mencerminkan bahawa Pas bersih seperti salju.
Kini kesalahan mula di tujukan kepada ahli semangat 46 yang banyak terdapat didalam parti Pas percayalah pada akhirnya ahli serta pemimpin PKR yang berada didalam Pas akan turut dipersalahkan sebagai melakukan kerosakan didalam Pas.
Masih buta dan pekak lagikah, siapakah peneraju utama Pas, pemimpin utama lah yang bertanggung jawab mencorak dan mewarnakan Pas pemimpin2 lain serta ahli hanya bertindak membantu saja, sudah lupakah Nik Aziz dengan lantang pernah memberikan kata2 dua kepada Haji Hadi serta Nasharuddin dengan mengingatkan mereka berdua hanya ibarat kelasi atau tukang pasang layar dan turunkan sauh kapal manakala dia pula sebagai Nakhoda kapal.
Syed, mu meme `klah’….
Nik Aziz melaksanakan pendekatan amar makruf melalui kekasaran, dan kajahatan mulut sedangkan Allah mengajar hamba-Nya agar bersikap lemah lembut dalam menyampaikan dakwah sebagaimana ayat-ayat yang maksudnya: Wahai Musa dan Harun. “Pergilah kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas dalam kekufurannya(Toghut). “Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga ia beringat atau takut (dan kurang sikap garang dan angkuhnya)”. (Ayat 43 & 44 surah Ta Ha)
Dan juga melalui ayat yang bermaksud: Ucapkanlah kata-kata yang baik, merendah diri, dan lembut berbicara kepada sesama manusia, (Ayat 83 surah al-Baqarah)
Dan juga melalui ayat yang bermaksud: Dan katakanlah wahai Muhammad kepada hamba-hamba-Ku yang beriman, supaya mereka berkata dengan kata-kata yang amat baik kepada orang-orang yang menentang kebenaran; berceramah dan berdialoglah dengan mereka dengan kata-kata yang paling lembut serta kalimah-kalimah yang menyenangkan hati mereka, kerana sesungguhnya syaitan itu sentiasa menghasut antara mereka agar antara orang-orang mukmin dengan orang yang menentang itu mengeluarkan kata-kata yang boleh mencetusakan permusuhan sehingga terjadi berbagai-bagai fitnah melalui lidah; ketahuilah bahawa sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang amat nyata bagi manusia sejak dulu lagi, yang sengaja mempengaruhi manusia agar berkata-kata dengan perkataan yang tidak sopan. (Ayat 53 surah al-Israa’)
Dan juga melalui ayat yang bermaksud: Dan sekiranya, engkau bersikap kasar lagi keras hati, maka tentulah mereka lari meninggalkanmu (dan tidak menyokong kamu). Oleh itu, maafkanlah mereka dan pohonkanlah keampunan bagi mereka. (Ayat 159 surah Ali-’Imran)
Dan juga melalui ayat yang bermaksud: Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain daripada Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelok pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu ia menerangkan kepada mereka perkara yang telah mereka lakukan. (Ayat 108 al-Anam)
Yang dimaksudkan agar jangan memaki berhala, bukannya mengiktiraf kebenaran berhala. Berhala tetap batil, namun Allah mengajar orang Islam hendaklah bercakap dengan perkataan yang sopan, lebih-lebih lagi kepada sesama manusia dan sesama Islam.
Maksud Hadis
Ibu Mas’ud (Abdullah bin Mas’ud) r.a. pernah berkata: Wahai lidah! Sebutkanlah yang baik-baik, niscaya engkau akan dapat faedah. Dan berdiamlah daripada berkata buruk, niscaya engkau terselamat sebelum engkau menyesal.
Sabda Rasulullah s.a.w. lagi: “Barangsiapa yang memelihara lidahnya, Allah akan menutup kecelaannya. Barangsiapa yang menahan kemarahannya, Allah akan melindunginya dari siksaNya. Dan barangsiapa yang menyatakan keuzurannya kepada Allah, Allah akan menerima uzurnya”.
Anaknda yeop. Dibawah ini disalin maksud al-Quran dan hadis untuk memberi gambaran betapa tidak layaknya Nik Aziz digelar sebaga MURSYID, kalau Nabi-nabi sendiri dan orang biasa pun tidak diizinkan oleh Allah bersikap lasar maka amat tidak munsabah diberi kelonggaran kepada manusia yang bernama Nik aziz. Apakah kelebihan beliau berbanding mereka ini.
Rasulullah s.a.w. bersabda lagi: “Barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka berkatalah yang baik ataupun berdiam saja”
Sabdanya lagi: “Jagalah lidahmu kecuali bila berkata yang baik. Dengan berlaku demikian engkau akan mengalahkan syaitan.”
Syabas sheikh,dulu aku ragu pada engkau..nampak mcm you talked on bhalf of Husam to topple down the rotten apple with the turban on..tapi skrg Husam pun naik kusam wajahnya marah kan kau..jelas bahawa keadilan yang menjadi fokus sebenarnya..mungkin org K,tan boleh menolong diri sendiri..but i doubt that..its better to end in hell with an ulama..
salam…
saya masih tak faham….saudara bercerita ttg siapa ??? HUSAM ni dalang ke ???
apo keno ngan nik najis ni senyap je ….? tak brani ko nak jawab.kalu baerani jawab la.kawe sokong demo article tuan syeh 300%.kelah ,kelah kelah bagi puak puak pas sedar sikit
tuan ! jika ada peluang tolong korek pulak kejahatan DAP di alam maya ini
Brother Syed Aizdi:
It has opened up all answers to clumsiness and untold unhappiness of most Kelantan people, who live in Kelantan or outside.
Managing a state isn’t easy, but when uneasiness and difficulties are painfully deceived and mislead by a handful of politicians, you have the very right to inform us, the Kelantanse.
It is just like managing a shop, and when you as general manager but failed in various areas what would happened to the shop. Close shop.
As many would agree nothing is great about Kelantan but then it is my State, where my mother and families were raised.
I agree please be the savior of our homeland.
Thanks:
Aman bin Daud, awak tak tahu ke nak jadi ulamak tu senang. Duduk atas pentas, baca ayat Quran dua tiga huruf maka Ngeh pun boleh jadi Ulamak.
wow….bagus sheikh!sy sokong 100%.
ini lah pejuang sebenar. Pendedahan yg berdaulat yg akan membuka mata manusia yg dahagakan pemerintahan yg telus dan yg boleh memajukan bangsa kta bangsa melayu. syabas sheikh.
harap pendedahan seterusnya akan membuatkan PAS, TGNA dan seluruh pemerintahan PAS terkedu x terkata ape.
Sheikh….
Kalau boleh bongkarkan kisah PAS di Kedah bleh tahan jugak.
smpai tergugat PAS semalaysia.
Nik Abdul Aziz bin Nik Mat telah melantik seorang wahabbi tegar sebagai Setiausaha Akhbar. Ahmad Fadhli bin Shaari bukan sahaja mempunyai aliran pemikiran yang sama seperti Dr Mohd Asri bin Zainal Abidin, malah berkongsi fahaman dengan Nik Abdul Aziz bin Nik Mat yang anti golongan pondok di Kelantan yang menentang pembaharuan Islam wahabbi yang sedang dilaksanakan Menteri Besar Kelantan secara senyap-senyap. Kajilah musuh anda……..
http://kias.edu.my/ketuajbtn3.htm
http://kias.edu.my/pensyrh32.htm
http://ahmadfadhli.wordpress.com
http://ahmadfadhli.com.my
http://drmaza.com/home/?p=1111
http://a-fadhli.blogspot.com/2006/03/polemik-tafsir-di-antara-kaum-tua-dan_21.html
terjah jgn tak terjah pak sheikh
Siapakah Maulana Shaari bin Mustafa ? Beliau tiada jawatan dalam parti tetapi kerana hubungan darah dengan Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, maka dapatlah dia bergiat aktif sebagai pencatur politik PAS di sebalik tabir. Maklumat tambahan, beliau juga adalah seorang wahabbi tegar. Buktinya di sini…………..
http://abuirfan.al-fikrah.net/Forums/viewtopic/p=79684.html
http://wargamarhaen.blogspot.com/2010/01/isa-mengganas-lagi.html
http://www.wannuh.com/wakaffalahiah.html
http://groups.yahoo.com/group/mimbarbebas/message/153199
http://almuslimin2.blogspot.com/2008/08/nik-abdullah-buka-pintu-itu.html
http://annasru.wordpress.com/2008/08/31/selamat-datang-ke-qaryah-ramadhan
Dah nyata PAS pun banyak penyakit cinta dunia dan lupa akhirat. Perlu ada kempen selamatkan dan rawat PAS. Nama parti dah molek tapi perangai manusia2 di dalamnya kucalana. Dari akar tunjang ke ranting2 dan pucuk, semua kena dirawat.
Dulu rakyat boleh pilih antara yang macam elok dan kurang baik. Nampaknya sekarang kena pilih antara 2 pilihan yang tak baik.
RM4juta atau 2 telaga minyak RM320 bilion. Sama saja. Salahguna tetap salahguna. Kronisme, berat sebelah, songlap, buli; 2-2 pihak ada yang terlibat.
Membangun bersama Islam boleh tukar membangun bersama kroni. Ceramah2 sekarang pun dah kurang fakta ditambah pula auta. Kesian pakcik makcik orang kampung/felda kena kelentong. Kekadang berhujan dengar ceramah. Derma sampai luruh bulu ketiak, duitnya tak tau dibuat hapa. Semoga Allah sahaja membalas niat murni mereka itu.
Kepada Syed, semoga Allah menurunkan bantuan dan kekuatan kepada nada dalam perjuangan saudara.
“Taatilah kepada aku selagi aku taat kepada Allah. Sekiranya aku menyeleweng atau melanggar perintah Allah jangan taat kepada aku. Tentanglah aku sehingga aku kembali kepada hukum Allah.”
Ucapan Sayidina Abu Bakar as-Siddiq ketika dilantik menjadi khalifah, selepas wafatnya baginda Rasulllah s.a.w
Nabi Muhammad SAW Pernah Bersabda ::
Akan Datang Selepas Ku Ini Pemimpin-Pemimpin Yang Suka Bercakap Bohong, Dan Suka Melakukan Kezaliman, Sesiapa Dikalangan Kamu Yang Membenarkan Pembohongannya, Dan Menyokong Kezalimannya, Mempertahankan Kezalimannya Bersama Kezalimannya, Kau Bukan Umatku Dan Aku Bukan Nabi Kamu, Dan Kamu Tidak Akan Layak Minum Air Khauf Nabi Muhammad SAW
” Hadis Riwayat At-Tarmizi Wal Hakim Wannasa’i “
Setahu aku Pak Sheikh tak beritahu pun sapa yg bagi dia RM4 juta tu…PAS tidak, UMNO pun tidak…dia cuma nak suruh orang teka je….tapi macam biasa pencacai UMNOAPCO bongok terus hentam TGNA dan Parti PAS….mangkuk hayun punya alat yahudi…!!!
malique (00:54:57) :
Apa kena mengenanya soal mazahab dengan soal yang sedang dibincangkan. jangan buat tuduhan melulu tanpa bukti kelak anda akan di persoalkan di akhirat nanti selain dari posting anda nampak terkeluar dari tajuk.
nik amar ckp sheikh org yg kecewa,.
mmgla kecewa sb pmimpin yg diharap semua xberguna..
sibuk mempertahankan parti pas, bukannya nk mempertahankan islam..
bile kalimah ALLAH diam seribu bahasa,.
isu MAULUD NABI juga diam seribu bahasa…
aku ingatkan nik amar ni baik, tp ble dgr dia mngutuk org..ya allah..
abih org dia hentam…smp ibrahim ali pom dia hentam…agak2 nabi kita dulu mcm ni ke??..perli n perlekah org,…lps tu pakat duk ketawa bersama pnyokong…ya allah,. xtrpikir ke diorg,..pada pihak yg satu lagi ada famili..terguris hati ke….nauzubillah..pemimpin pas mcm ni..
rasa nk tolong balas la utk keluarga2 yg terguris perasaan dek pmimpin yg ske memperlekehkan org ni..pru13 kita ajar mereka..
bila mereka dah xjd apa2..kita tgk apa perasaan mereka…
takbir!!!
Saudara Aman bin Daud,
Komen pertama anda tentang rahmah, barokah, magis yg dibawa oleh seorang MURSYID rasanya tidak logik mahupun realistik – sedangkan tempat yang mempunyai Rasul/Nabi pun tidak seaman itu. Contoh paling famous ialah kaum kaum Nabi Nuh & Nabi Luth. I think I dont have to elaborate.
Berhati2 dgn apa yg dikata & ditulis saudara2, menyebar fakta tidak betul dgn sengaja, which leads to fitnah memjadi ‘dosa jariah’…
Syabas dengan keberanian saudara Syed dalam mendedahkan kebenaran. Saya rasa terpanggil untuk memberi pendapat, adakah apa yang berlaku ini adalah petanda daripada Allah bahawa perjuangan Islam yang dilaung-laungkan oleh PAS telah jauh tersimpang.
Dan adakah ini juga merupakan bala yang ditunjukkan Allah diatas ketaksuban pemimpin-peminpin PAS yang terlalu ingin mengejar pangkat dan kuasa. Saya begitu hairan mengapa parti PAS yang kononnya memperjuangkan Islam sanggup mendewa-dewakan atau menggagungkan DSAI dan sanggup membela seorang umat yang tak berani bersumpah atas nama Allah apabila dicabar supaya dapat menafikan bahawa beliau tidak terlibat dalam kes liwatnya.
Malah kita dapat lihat PAS sanggup mengeji dan mencaci saudara SAiful yang berani untuk bersumpah atas nama Allah. Mengapa buta mata umat PAS dalam isu ini, seseorang yang sanggup untuk bersumpah atas nama Allah dihina dan dicaci dan seseorang yang tidak sanggup bersumpah diangkat dan dipuji.
Cubalah fikir-fikirkan wahai umat PAS dan PKR adakah musibah yang melanda Pakatan Rakyat ini ada kena mengena dengan sumpah yang dilakukan oleh saudara Saiful.
“Siapa yang dimakan sumpah……cuba kita renung-renungkan!!!!”
apaapaaje (08:19:12) :
Setahu aku Pak Sheikh tak beritahu pun sapa yg bagi dia RM4 juta tu…PAS tidak, UMNO pun tidak…dia cuma nak suruh orang teka je….tapi macam biasa pencacai UMNOAPCO bongok terus hentam TGNA dan Parti PAS….mangkuk hayun punya alat yahudi…!!!
OO KO HENTAM PUAK LAIN YA
KO TU PENGIKUT AJARAN SESAT LANATULLAH…
salam semua..mengata,mengeji,menyumpah,menuduh sesama umat islam sebagai yahudi ni bukan kerja kita orang islam..x baik berdosa..kita semua sembahyang mengadap kiblat yang sama,nabi yang sama,puasa dibulan yang sama,mengerjakan haji pn di tempat yang sama..dan insyaallah selepas setiap solat doakan semua umat2 islam dimana saja mereka berada, mudah2an mereka hidup aman damai dan senang buat amal ibadah..gaduh2 sesama kita amat rugi..orang lain mudah ambil kesempatan apabila kita lemah…
Blog ini macam satu hala aje keluar komennya. Jangan screen aatau memilih dengan majoriti yang komen sealiran sesedap rasa sendiri. Nanti anda akan terbuai dengan keasyikkan polemik sendiri. Pandanglah dunia politik Malaysia dengan pandangan tulus jujur yang jauh anda akan menemui kehendak kepada kebenaran sejagat.