Saya tidak mahu bersahabat dengan Syaitan biarpun Syaitan mahu membantu saya membersihkan PAS Kelantan dibawah Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Tetapi bila saya baca tulisan seorang insan yang amat-amat saya kagumi dari segi ilmu agama dan duniawi, saya akhirnya sedar, bahawa saya sebenarnya tidak bersendirian. maka rasanya tiada sebab perlu bersahabat dengan Syaitan kerana jika kita bersabar, kita akan menemui juga mereka yang Mulia untuk membantu kita. Baca tulisan sahabat saya di bawah yang saya petik dari blognya, Muqabalah Blog,

“Akhirnya, agaknya dengan insaf dan hina diri kita perlu mengaku yang ahli politik, dari parti mana pun mereka datang sebenarnya mempunyai neraca mereka politik yang berbeza daripada neraca kita, neraca mereka tidak sama dengan neraca kita. Sayunya hati kita mengenangkan peristiwa yang berlaku kepada Badiuzzaman Said Nursi ketika beliau mendengar ceramah politik dari seorang yang agak beragama yang telah mencerca seorang tokoh yang berperibadi baik kerana dia dari parti lawan dan memuji seorang tokoh yang terkenal dengan peribadi buruk kerana dari parti sendiri. Lalu Badiuzzaman Said Nursi mengisyhtiharkan beliau sebagai Said yang Baru , dan melafazkan ungkapan nya yang terkenal “A’uzabillahi mina as-Syaitani wa as-Siyasah” (Aku minta perlindungan dengan Allah dari Syaitan dan politik!).” (Sepenuhnya di sini)

Sebelum itu Muqabalah Blog juga ada bercerita perihal Driver Kereta Rosak Di Hulu Selangor.  Saya berharap, Tuan Guru Menteri Besar Kelantan yang akan berkempen untuk Dato’ Zaid Ibrahim, calon PKR sempat berfikir sejenak perihal kisah Badiuzzaman Said Nursi.