Pada 6 April 20 tahun yang lalu, Rakyat Malaysia mendabik dada dengan penuh bangga bila wira-wira negara gandingan The Sabah Connection James Wong dan Hassan Sani dalam kesebelasan negara berjaya membawa Malaysia ke Sukan Olimpik di Moscow (Malaysia kemudiannya memulaukan temasya itu) dengan menewaskan Korea Selatan di pusingan kelayakan Pra Olimpik.

Pada hari yang sama tetapi pada tahun ini, rakyat Kelantan pula tersenyum gembira bila akhbar tempatan beserta blog ini telah menyiarkan gambar KDYMM Tuanku Ismail Petra bersiar-siar dengan kereta dipandu oleh anakanda Baginda.

Pada 7 April 2010, KDYMM Al Sultan yang gering dan didakwa oleh Menteri Besar Kelantan sebagai ‘makan ikut tiub’ muncul dikhalayak ramai buat pertama kalinya semenjak keberangkatan pulang Baginda hampir sebulan yang lalu. Walaupun Baginda kelihatan tidak pulih sepenuhnya tetapi jauh sekali dari penilaian pakar perubatan tempatan sebelum Baginda mendapatkan rawatan di Singapura. Sumber dari HUSM didakwa memaklumkan kepada Pihak Kerajaan Negeri bahawa ‘jikapun Tuanku terus hidup, Baginda akan jadi sayur sahaja (vegetable)’. Seperti titah Raja Perempuan Kelantan beberapa minggu yang lalu, keadaan Tuanku sekarang adalah kekuasaan Allah.

Pada hari yang sama, Akhbar-akhbar tempatan pada tahun 1976 melaporkan pihak berkuasa telah menembak mati 4 orang samseng. Bagaimanapun nama-nama samseng itu bukanlah pula bernama Halim, Shukri, Aiseri atau Aziz. Peraturan pemilik senjata api di Malaysia membenarkan pihak polis melepaskan tembakan kerana beberapa sebab termasuk kearah penderhaka kepada Yang Di-Pertuan Agung, Raja-Raja Melayu dan Yang Di Pertuan Negeri.

Sehari selepas kemunculan KDYMM Tuanku di khalayak ramai, sebuah kapal terbang dilaporkan mendarat secara terbalik atau ‘turns turtle’. Kejadian itu berlaku pada tahun 1958.

Diharapkan Negeri Kelantan tidak akanlah pulak ‘turns turtle’ kerana ada diantara pemimpin dan rakyatnya yang melanggar wadat diantara Sang Sapurba dan Demang Lebar Daun. Perjanjian itu antara lain memberitahu negeri akan diterbalikan dengan bumbung rumah dibawah dan tuku rumah di atas sekiranya berlaku salah satu iaitu pihak rakyat atau pihak istana tidak berlaku adil keatas satu sama lain.