KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, mendakwa derma atau sumbangan oleh syarikat pembalakan yang menerima konsesi di negeri ini kepada Pas, adalah sesuatu yang di luar pengetahuannya.
Berikutan itu, katanya, beliau tidak suka untuk mengulas dakwaan yang dibangkitkan oleh penulis blog tertentu berhubung sumbangan atau derma terbabit.
Namun, masa sama, beliau membidas penulis blog yang disifatnya membuat pelbagai dakwaan dalam ruang maya masing-masing sebagai perbuatan untuk menyebarkan fahaman atau pendirian sendiri tanpa usaha menambah pengetahuan di kalangan pembaca mereka.
“Penulis blog ini kadang-kadang menulis sesuka hati, bukannya untuk memberi ilmu pengetahuan kepada pembaca. Saya sangat dukacita (dengan penulis blog) menggunakan pensil (penulisan) blog menyebarkan fahaman sendiri, tidak menambah ilmu.
“Saya tak suka sebut benda-benda begitu (dakwaan mengenai komisyen atau sumbangan kepada Pas) tetapi benda ini tidak ada dalam pengetahuan saya,” katanya.
Beliau memberitahu pemberita demikian selepas melakukan pelepasan konvoi kira-kira 1,300 motosikal berkuasa tinggi sempena acara Kelantan Bike Week di Stadium Sultan Mohamed Ke-IV di sini, hari ini.
Nik Aziz diminta mengulas dakwaan yang dilontarkan penulis blog Kickdefella yang mendakwa syarikat pembalakan yang mendapat konsesi di negeri ini menyalurkan sumbangan atau derma kepada pertubuhan bukan kerajaan yang ada kaitan dengan Pas, kerana bantuan mendapatkan kawasan terbabit.(di sini)
Akhirnya setelah sekian lama menanti, Nik Aziz bersuara juga. Malangnya Nik Aziz memilih untuk tidak berlaku jujur. Mustahil Nik Aziz tidak mengetahui semua ini. Saya tahu Nik Aziz menghabiskan masanya dengan membaca kitab atau Al Quran sewaktu mesyuarat berlangsung dan kerap juga tertidur apabila topik yang dibincangkan tidak difikirkan penting baginya tetapi untuk beliau mendakwa bahawa beliau tidak tahu, ini adalah satu kenyataan yang paling tidak jujur dari YAB Menteri Besar Kelantan.
Dengan ini saya buat kali kedua mencabar Nik Abdul Aziz mengarahkan Kerajaan Negeri mengeluarkan senarai kesemua syarikat yang telah menerima tanah balak dan tanah hutan simpan untuk tujuan perladangan dan pertanian di Negeri Kelantan sejak 1990 hingga sekarang, bagi membuktikan beliau tidak ada menyembunyikan sesuatu yang berkaitan dengan dakwaan saya bahawa PAS Negeri Kelantan dibawah pentadbirannya beramal dengan rasuah dalam bentuk ‘derma’ dan kronisme.
Biasa tgna akan marah jika tudohan keatas kerajaan nya.kenapa kali ini dia ambil sikap tidak mahu ulas,tentu tgna tahu perkara ini berlaku ,bagaimana Pas dapat belanja berjuta untok praya dan program parti jika Duit Balak tidak masuk secara Haram.Bagaimana penyelia kawasan dapat hidup Mewah?.hanya toke balak dan penerima yang yahu selain Allah yang maha mengetahui.tkasih sheik saudara cerita perkara ini.
اللّهُمَّ أرِناَ الحَقَّ حَقًّا وَارْزُقْنَا اتِّبَاعَه وَأرِنَا البَاطِلَ بَاطِلاً وَارْزُقْنَا اجْتِنَابَه
Ya Allah tunjukilah kami kebenaran itu benar dan anugerahlah kami untuk mengikutinya dan tunjukilah kami kebatilan itu batil dan anugerahlah kami untuk menjauhinya.
Ya Allah jadilah kami antara hamba hambaMu yang ikhlas kerana hanya mereka yang ikhlas akan terselamat dari tipu daya syaitan.
Salam Kick..
Macan biasa la, Pok Nik akan kata tak tahu, ambo tak tahu…bukan kerja buat ambo. Dalam sejarah kerajaan Pok Nik , mana pernah dia ngaku buat salah. Semua salah ore laing
tok garu dah mula garu kepala…
TGNA adalah seorang ahli politik….
Saya confuse juga dengan kehidupan sederhananya seperti yang digambarkan selama ini…dalam blog nik amalina ada menyebut bahawa beliau kesekolah dengan kereta mercedez 200E dalam tahun 80an….juga kalau tak silap beliau memakai kasut jenama mewah ..bally dalam akhir 70an dulu…..ini secara kebetulan diceritakan oleh sesorang ahli parlimen kerana beliau tertukar kasut semasa selesai bersembahyang disebuah masjid di kl….dan sudah pasti dengan beliau sekeluarga nak ke Mekah dengan RM65 k seorang…cukup mewah.
nih la hok sheikh nok… selagi mano mb x jatuh lagu awk jatuh selagi tu perang ni x selesai…
bravo sheih….
ini semua salah UMNO
kerajaan maksum pas kelantan mana pernah buat dosa,salah apa pon,kerajaan depa la yang paling maksum di malaysia
ini semua salah najib…celako! celako! celako
tgna kata tak tahu.
kalau kena buat pilihan antara kick dan tgna.saya lebih percaya tgna.
jawqpan standard nik aziz, orang pun dah jemu dah….otak memang geliga camner nak pusing jawapanb, utk jawapan politik gua bagi dia A+….tapi malangnya ssesetngah masih membandingkan dia ngan MB negeri2 lain etc, at least la mb2 negeri lain xdr la mempergunakan ayat2 quran dgn sewenang-wenangnya atau apa2 hal guna nama islam, bukan macam nik aziz, pake cerah guna nama islam utk cover dosa…
setakat jawab tak tahu tu budak kecik pun boleh!!!!
Ambo cadangkan supaya dibuat repot polis atau sprm berkenaan perkara ini. Kita ada undang2, biar lah undang2 yang memainkan peranan. Kalau tidak, apalah gunanya undang2 tersebut?Jikalau kta benar, ape nak ditakutkan? Ko lagu mana…
kawe malas nak tuduh sesiapa, tapi pok sedaro kawe sendiri kayo raya hasil balok kelantan ni, tak percaya, pegi tgk banglo besar kat pasir tumbuh kawasan pondok nuh….pok sedaro kawe ni takdop kijo tapi hidup mewah skrg, sebab apa? sebab dia HIJAU “TOTOK”, sebab dia hijau totok lah, boleh balok sokmo, pelik bin ajaib, bakpo org sama saja dpt konsesisi balok?? org lain pun ado mitok jugok tapi dapat asap jah! tapi kalu kecek bab agama, dia lah paling hebak nyo tapi pelik kawe…dulu takdop laaa hijau totok pun tp sejak boleh balok ni…kecek niti bab agamo sokmo, mungkin ilmu agama tuh turun sendiri bilo kito main balok ni padahal dulu tak caro mana ko agamo nih….mungkin jugok sebab dio duk dlm kawasan Pondok, jadi ilmu agama tuh dengan sendiri meresap dalam palo dio …
kawe malas nak tulis panjang doh..kalu kawe tulis, banyok menda akan muncul, itu cuma cebisan cerito yg berlaku dlm worih-worih kawe sendiri, bukannya kawe dgr cerito org luar pun
kpd pok syeikh, teruskan usaha demo dlm blog ni, kawe sokong pendirian demo
pok nik aziz ni kan ala2 maksum gitu.. mmg tak penah buat salah la dia.. kalau dia mati nanti, harap2 kubur dia berbau wangi la.. kalau tak nanti banyak spekulasi lain timbul..
aku percaya dengan kickdefella lagi kalau dalam bab ni. biarla kickdefella tak baik sangat pun..
nik aziz and the geng ni melampau sungguh.. tak pandai membezakan (atau buat2 tak pandai?) antara rasuah dengan sumbangan ikhlas. pegi haji guna duit sumbangan aka rasuah daripada kroni pun dia happy semacam.. boleh dapat haji mabrur ke..? dah banyak kali pergi haji ngan duit free ke ni?
kalau pegi haji guna duit sumbangan pun tak apa.. apakan pulak dapatkan duit sumbangan untuk sara orang2 PAS..??
PAS ni dah sesat kalau masih tak nak mengaku salah lagi..
Ambo pun nak jadi MB. Kalu ambo rasa bersalah atau buat salah….ambo jawab mudah saja… TAK TAHU. Senang.
Saya paling tak menyukai benda benda yang dibuat secara berlebihan. Saya suka kpd penulis blog Kickdefella bila banyak mengeluarkan idea dan berita yang patut rakyat ketahui. Malangnya akhir akhir ini saya dapati beliau secara jelas menampakkan kecenderungan tertentu secara berlebihan, walaupun beliau akan nafikan mempunyai niat yang tidak baik. Nukilan beliau terserlah diketahui kemana arah tujuan nya. Adakah dengan jatuhnya saorang pemimpin yg kononnya beliau sayangi beberapa bulan lalu akan menguntungkan mana2 pihak?.Soalnya siapa kah pihak yang untung itu. Walaupun saya bukan orang Kelantan, tetapi saya mahu melihat Rakyat Kelantan maju dengan iman yang baik dan masih lagi berbudaya yang baik lagi berhemah.
geng geng serban mana boleh cakap tipu abg syeh……. tak gitu
kalu berani bersumpahlah
salam kick..
Nampaknye doa bala yang dibuat oeh tok guru politik ni semakin lama semakin dimakbulkan Allah..pendedahan demi pendedahan yang dibuat secara tak langsung menunjukkan bahawa cakap tak serupa bikin pemegang kunci syurga telah memakan diri..mustahil sebagai pengerusi mesyuarat tak tau..kan ke itu namanye tak logik bin ajaib..ape2 pun tahniah saudara diatas pendedahan2 ni moga Allah memberi kekuatan buat saudara untuk memelihara kesucian agama Islam ini dari dilacurkan oleh pencacai2 politik..
Salam Tuan Sheikh
Alhamdulillah, akhirnya TGNA respon juga permintaan kita. Apa yang saya faham dia tidak sebut langsung bahawa tuduhan itu fitnah, cuma dia ada kata ‘perkara tersebut tidak ada dalam pengetahuannya’ dan ‘tak suka sebut benda2 itu’. Jadi siapa yang lakukan semua ini?.
Secara rasionalnya kalau seseorang itu yang berstatuskan pemimpin atau ketua yang berhemah, kalau ada tuduhan ke atasnya dan dia kata dia tidak tahu, maka jawapan yang paling tidak tepat selepas soalan itu adalah seperti berikut:
a) Berikan bukti itu pada saya, untuk tindakan saya selanjutnya.
b) Jangan terburu2, berikan masa untuk saya menyiasat perkara ini.
c) Lapurkan saja kepada pihak berwajib dan biarkan mereka membuat
siasatan perkara ini.
d) Saya enggan beri apa2 komen buat masa sekarang, saya kena rujuk
kepasa exco2 saya dulu.
e) Saya tak suka sebut benda2 begitu.
TGNA telah memilih menjawab (e) Saya tak suka sebut benda2 begitu…maka betullah kata Tuan Sheikh TGNA telah memilih untuk tidak bercakap benar!…
Kadang2 jawapan cara spontan ini silap2 haribulan tidak boleh membantu kita, sebaliknya ianya lambat laun akan memakan diri kita sendiri.
ingatlah ANDA PEMIMPIN BESAR ATAU PEMIMPIN KECIL, PEMIMPIN MUDA ATAU PEMIMPIN TUA, PEMIMPIN POPULAR ATAU PEMIMPIN TAK SOHOR(termasuk ketua jabatan, tok ngulu, tok ime, guru dll). PADA HARI ANDA DIPUJA, MAKA RAHSIA ANDA AKAN DISIMPAN KEMAH KEMING (DENGAN KUKUH). LEPAS TU KALU ORE TAK SUKA ANDA, ORE AKAN BONGKAR SEGALA NAJIS ANDA UNTUK DEDAHKAN SIBA MAK NIKA (SEMUA JENIS) VIRUSNYA.
Salam.,
This is non issue. The crux of the matter is how was it awarded. Had due process been done in its evaluation for successful bidder.
Is there any prearranged condition to influence the evaluation for such a ‘derma.’ If there is none, then its a norm for a successful bidder to donate.
Nevertheless it is best for ngo inclined to the state govn to decline such ‘derma’ to reflect integrity.
Hati-hati bro I took leave from your recent posting as you’re a bit emotional and seem to be engrossed with your past predicament. As much as we would like to stand our grounds on the principle of fairness and good governance, we must be able to distinct ourselves from going astray over issue that require much thought and good common sense.
Tak apa lah syurga dok tangan dia……
Menteri Besar Kelantan tak tahu kroninya dapat kawasan balik dengan akujanji “derma”?
Waduih, biar betul. Mungkin yang luluskan balak tu Nik Amalina kot.
Salam
TGNA memang tak tahu pun ada derma-derma tu.. jadi ke mana perginya duit derma tu. TGNA wajib siasat perkara ini
nok tengok betul ke dok pak sheik tulis, mari kita cari pakat kumpul bukti yang terang lagi bersuluh; manusia dok leh nok susut (sembunyi) dua benda hasil titik peluh mereka : rumah dan kereta. Cu pakat ambil gambo rumah2 kediaman dan kenderaan yg mereka pakai…baru kita bulih rasa betul ke dok apa yang orang dok cakap tu…..harap dapat ada di kalangan kita tolong ambil gambo koleksi kereta mereka.
salam tuan sheikh
Pemimpin yang baik perlu ada sensiviti yang tinggi.jika tidak dipermainkan orang.
Kerap juga tertidur dlm mesyuarat?
kalau tak benar beranikah bersumpah wahai pok nik ajis
PELIK PELIK..DUNIA SEKARANG BUKAN SHJ PELAKON PANDAI BERLAKON TAPI NIK AZIZ PUN PANDAI JUGA.
NIK AZIZ BOLEH JADI PELAKON TERBAIK OF THE YEAR
Tak tahu !!…tak munasabah langsung…kalau hal2 berkaitan pihak lawan tahu pulak…
Sekarang dah tahu, apa lagi, keluarkanlah senarai kesemua syarikat yg telah menerima tanah balak dan hutan simpan utk tujuan perladangan/pertanian di Kelantan.
p/s: Tiba2 ana teringat pada peribahasa yg diajar oleh guru2 masa kecil dulu….`Kuman seberang laut nampak, gajah depan mata tak nampak’
Sebelum tidur sekatil dgn DAP, PAS telah bersemangat utk memperjuangkan Hukum Hudud. Malangnya selepas itu timbul pula ‘masih belum menguasai seluruh Negara’. Yg Mustahak PAS perlu majukan Hukum Hudud sehinggalah Mahkamah dan sebagainya menolak perlaksanaan Hukum tersebut. Baru kita bolih kata PAS telah perjuangkan Hukum tersebut malangnya keadaan tidak mengizinkan. Di sini mungkin selepas ‘bersekedudukan’ dgn DAP, PAS terpaksa ‘menghormati’ teman sebilik.
Adakah PAS ikut tafsiran semasa? Mana yg bolih pakai untuk survival PAS pakai, kalau tidak diam diam takut kalau berpecah dgn kawan2 di Pakatan Rakyat PAS hilang Kuasa. Adakah PAS sanggup mengadai maruah dan Agama demi survival Politik dan bukan kerana perjuangkan Agama????
sheikh, sabar… sheikh kata Tok Guru baca Al quran setiap hari setiap kali mesyuarat dan ini semua orang akui…. tapi Sheikh berapa lama dah tak baca Al Quran…. dan kali terakahir sheikh baca Al Quran bila…. Pas kelantan berdiam diri adalah tindakan yang bijak… bukan bersalah tapi mengatur langkah.. berhati2 sheikh nanti tak tertangung sheik menangungnya…
Kalau nak TGNA berkata benar,sudah tentu ramai exco exco nya akan kedepan mempertahankan dakwaannya.Tapi nampaknya exco exco nya enggan “back up”.
Sudah terang lagi bersuluh apa yang you dakwa dan ditambahkan dengan cabaran demi cabaran.Kalu ikut perangai ore kelate..kalu tak sambut tu sudah berat hendak mempertahankannya.
So I think your next strategy is to keep on firing your missiles until he says,that’s enough.
Ana tak terkejut beberapa hari lagi TGNA akan kata penulis blog ni patut disumbat dalam penjara kerana melanggar akta rahsia rasmi.Anta teruskan perjuangan..tegakkan kebenaran supaya kami rakyat kelantan tidak ditipu setelah ditipu begitu lama sekali.Sudah tiba masanya NIK AZIZ berundur….
Org yg paling awal masuk neraka ialah pemimpin yg berdusta, ulamak yg pnipu .,di zaman rasulullah juga terdapat hamba yg menghabiskan masa dgn membaca Quran dan beribadat di masjid sehingga ditegur oleh rasulullah., membaca Quran dan kuat ibadat msh bukan jaminan ke syurga jika kita hanya angguk bila berlaku rasuah dihadapan kita.,patutla negeri kita xmaju walaupun sudah lama diperintah oleh kononnya kerajaan Islam..xmalu kah kita jika kita menoleh di zaman saidina umar n sahabat bagaimana negara brtambah maju di bwh pimpinan kerajaan Islam yg sebenar… Sudah 20thn., yg pasti syarikat cina yg maju n lebih kaya drp kerajaan Islam pimpinan pas…-zies
perjuangan pas dah tak leh pakai dah….
http://mthago.wordpress.com/2010/03/25/pas-and-umno/
Pemimpin Pas berselindung di sebalik agama. Rakyat tak percaya ngata pemimpin Pas amalkan rasuah, kebas bini orang dan sebagainya. Tapi kini pemimpin Pas dan Umno sama saja. Tapi dosa pemimpin Pas lebih berat lagi tak. Sebab pertama fitnah kerana tuduh orang umno rasuah, kedua bohong kerana dia bagitau orang ramai yang pemimpin Pas bersih dari rasuah tapi dia amalkan rasuah ketiga pemimpin Pas ulamak. Maaflah jika betul.
salam, tkejut jg seorang btaraf MB x tau benda2 yg dikira isu yg menarik. Atau saja x nak ulas, bimbang tsalah kata2.. Kawe stuju sgt2 kalu tgna menyahut cabaran sheik senaraikn syrkt dan ladang yg dkatakn dteroka slama ini. Rakyt d belah2 slatan – kkrai n gua musg yg kawe jupo, mgeluh tanah2 mrk diambil tanpa pampasan. Mrk jupo tgna tp x selesai jg. Janji jah.. Tp pasti ada pihak yg kata, amno pn supo dan lagi teruk.. Lagu tu, supo jah lah amno ko pas pun! Lebih baik tgna bsara, bui org muda pulak yg lebih cekap dan kreatif, pasti kelantn lebih maju! Insyllah. Pandangn jah. Salam, Bye
bila garu kepala, kopiah pun jatuh. jgn pikir nak salahkan org lain plak pasal kopiah jatuh…
Salam. Kita beriman dengan Allah Taala yang mana “cctv”NYA tidak pernah silap tidak pernah terlepas untuk merakam semuanya… Hamba Allah tidak mampu membaca niat seseorg tapi Allah Maha Tahu dan kita mohon dengan Allah Yang Maha Benar agar yang benar dipeliharaNYA dan yang tidak benar diberi sebaik baik balasan disisiNYA.
tgna pun manusia biasa…sebagai manusia pasti berbuat silap dan terlepas pandang…tapi dengan ilmunya saya rasa kesilapanya taklah seteruk puak2 yang kaut selagi ada…kalau derma masuk poket PAS…mungkin penderma berniat nak bersedekah ke jalan allah dalam perjuangan PAS…nilah masalah bila orang x der ilmu tak dapat nak beza antara niat sedekah dengan rasuah…yang dia tau jadi pencacai cari kelemahan orang…hasad dengki dan khianat…MELAYU MELAYU…cuba kita berpandangan positif dan muhasabah diri…dimana kita sebenarnya…ilmu kita takad mana…JANGAN BERCAKAP BENDA YANG KITA BUKAN AHLINYA…BUAT ROSAK JER…WAULLAHHUALAM….
Gagah dgn fitnah tapi takut pada kebenaran. Mustahil dia tidak tahu. Sedangkan bab pekej haji dia tahu. PAS Kelantan berbelanja dlm pilihanraya duit dari mana? Betul juga dia tidak tahu. Dia tidak tahu bagaimana nak jawab rasuah yg diterima oleh PAS melalui kawasan balak. Bila rahsia terbongkar Pok Nik jadi panik. Menteri Besar apa namanya kalau kes mcm ini dia tak tau? Pembohong.
Kalau dia tak tahu siapa pulak yg tahu? Timbalannya? Penasihatnya? Katakanlah sekarang dia dah tahu jadi apa tindakannya ? Selaku Mursyidul AM apa tindakannya apabila PAS dikaitkan dgn rasuah? Masih nak bertahan dengan derma?
Tak tahu konon. Lepas jawatan bagi orang yg lebih mengetahui tadbir Kelantan. Itulah,asyik sibuk ceramah sana sini dan mengutuk Umno dgn tuduhan zalim dan rasuah, batang hidung dah kena amacam. Kalau disiasat duit yg Pasti terima pasti keluar balik masuk kt pemimpin tertentu punya poket. Pas membangun bersama rasuah. Padan muka aku. Bersih konon. MEMALUKAN. MB TAK TAHU BUAT KEJE.
RASUAH SANA SINI.
Untuk bersihkan namanya, NA sendiri buat laporan pada SPRM. Ada berani kah?
Seperti biasa barisan kepim[inan PAS akan senyap sunyi takleh nk jawab. MALUSSS.
Salam,
mmg dah terang ini bukan tender terbukake tertutupke,tetapi mmg dasar bagi terus=mesti ada habuannya,dan habuan tu dikenali sebagai=derma:),surat tu mmg surat rasmi,tapi isi kandungannya mmg kronisme,nak gek pun ada ada ke nak derma tapi dgn “ko bagi aku 500 ekar dulu baru aku derma” heheh…tu bukan derma tu dik..heheh
kalau guna agama islam untuk mentadbir dengan niat sidiq, tabligh, amanah dan fatanah, PAS perlu diberi sokongan sepenuhnya.
tapi kalau ada rasuah dalam pentadbiran tak kira besar atau kecil jumlahnya, secara langsung atau terselindung, makna nya PAS mempergunakan agama untuk kepentingan diri sendiri.
tidak ada apa yang perlu di takuti, keluarkan lah senarai tu kalau kita berada dijalan yang benar.
amat menyedihkan apabila amanah rakyat dan agama islam dipergunakan.
jangan cerita umno kerana kita dah tahu pekong mereka!
bravo !! begitulah sikap pejuang sejati jgn jemu dedahkan kekalutan…..asalkan benar dan bukan fitnah …anda akan dapat ganjaran di dunia dan akhirat….lakukan kerana Allah ..bukan dendam…akhirnya .kebenaran akan menang dan yg batil akan kalah ……
salah satu tanda akhir zaman ialah ….. akan ada para org Islam yg sepatutnya ( diamanahkan) memperjuangkan Islam dan meninggikan syiar Islam tetapi tidak mereka lah yg akan membawa kerosakan ( seperti memecahbelahkan ummah ) dan akan ada kalangan org islam yg bukan diamanahkan tetapi merekalah yg kedepan mempertahankan Islam …
Jangan kita ingat org yg bergelar “ulamak” itu baik2 belaka ada yg memakai topeng ..pura 2 alim dan warak didepan org ramai …tetapi dibelakang penuh dgn tahi …
serupalah dgn ada paderi 2 kristian kini di ireland , german . austria, italy dan usa yg menggunakan “kewarakan ” mereka utk memperkosa budak koir …
Berpuluh tahun pihak gereja rahsia dan menafikan akhirnya terserlah jua …yg dpt aib adalah gereja dan agama kristian sendiri …dimana ramai pengikut krisitian di eropah dan usa sudah mula hilang kepecayaan pada agama roman katolik …
jadi baiklah kita dedahkan sekarang gejala buruk dikalangan “ulamak” atau parti yg berslogankan islam agar kesucian islam terjamin …bukan saja dikalangan org muslim malah pada org2 bukan islam yg berjinak dgn islam …mungkin mereka hilang minat pada islam jika mengetahui bahawa ada ulamak yg kaki belit ..kaki putar …
Jadi teruskanlah perjuangan ini …
kesian ore klate kita. hak gateh teksi gateh la, hak dok tanam sayur dulu bawah lembah kg sireh terpaksa pindah kerana tanah dah jadi milek dato geok. hak takdak tanah dok teroka tanah tanam getah, dokong di ulu klate puteh mata terpaksa serah pada puak puak toke ladang kelapa sawit. di Lojing malas nak cerito. hanya kawasan hutan simpan ada banyak balak saja yang ‘diusahakan’ oleh anak yatim. semuanya TGNA tak tahu.
Nampaknya bagi penyokong totok ni dah tak tau beza antara RASUAH dan DERMA. Demi menegak benang basah maka berbagai cara untuk mezahirkan yang diberi itu adalah derma.
Ada yang secara tidak langsung mengakui isu yang diutarakan lalu cuba menghentam niat dan peribadi penulis. Itu sifat yang tidak amanah yang ditunjukkan oleh mereka ini. KESIANNYA MEREKA INI.
Salam Bro
MB Teganu bersumpah dalam dewan,Najidpun bersumpah,YB Datuk Zahrain,saudara saifulpun sama,apamacam kali ini giliran TGNA ada berani.jgn lupa orang kampung tak macam dulu 107% terima apa yg dicakap oleh tok lebai politik.tapi dgn situasi sekarang org kelate kata kirim salam.
Nik aziz tak suka jika penulis blog macam ini.Dia suka jika menuis fasal memburuk BN.kenapa dia tidak halang semasa kickdefella fasal BN atau Pemimpin Umno.Ini lah corak Pemimpin yang menguna Ugama untok kepetingan diri,
selain daripada kita mengutuk, mengata dan menyindir TGNA, tidak kah juga perlu kita berikan alternative?. Dalam kes pemberian kawasan balak, sebagai contoh. kita perlu desak kerajaan negeri untuk mengadakan sistem tender, yang asasnya jelas: siapa harga termahal untuk satu-satu kawasan, maka dia yang dapat. Jadi kerajaan dapat pendapatan, yang optima, pemberian kawasan tidak terlonggok kepada beberapa individu sahaja, syak wasangka terhadap ada main belakang akan reda. Pemimpin dan pegawai dapat tidur dengan lebih lena, kerana tidak diganggu oleh pembodek-pembodek kawasan balak.
Dalam kita mengakui kelemahan dan ketidak laratan pimpinan TGNA dan ahli-ahli exco-nya yang berkepentingan dan punya angan-angan yang tinggi, kita perlu menentukan sikap kita sebagai orang awam: (1) perlukah kita runtuhkan stuktur kerajaan PAS kelantan atau (2) kita bersungguh-sungguh perbaiki mana yang rosak, nasihat mana yang perlu, tegur bila patut, sokong bila betul, kerjasama dalam perkara kebajikan. atau (3) kita tinggalkan sahaja urusan-urusan yang menyentuh soal-soal bekerajaan di kelantan ini, tidak usah dipedulikan. Nasib mereka sabut, mereka akan timbul, sekiranya nasib mereka batu, mereka pasti tenggelam.
Sekiranya kerajaan PAS runtuh, runtuhlah bersama kerajaan itu beberapa individu yang masih mengekalkan idealisma, mereka mungkin sahaja tersasur, salah pertimbangan, silap langkah tetapi idealisma masih merupakan tulang belakang sikap mereka. Setakat ini mana ada pemimpin daripada UMNO Kelantan yang bada idealisma perjuangan?. Wajah mereka serupa walaupun berbeza, wajah-wajah yang gilakan kedudukan dan rela mengorbankan prinsip serta pegangan untuk survival meraih kemasyhuran dan untuk diterima oleh pemimpin atasan di Kuala Lumpur. Katakan Dato’ Pa, Dato’ Awang Adek, Dato Anuar Musa, Fatmi, Alwi Che Mat atau mana-mana sehingga ke akar umbi sekalipun….. Tokoh-tokoh UMNO Kelantan dari segi moral standing-nya sudah impotence dan bangkrap; UMNO Kelantan sudah ketandusan tokoh umpama Tan Sri Muhammad Yaakub, Cik gu Husein Mahmud dan yang sependirian…..
Itu sebenarnya dilemma bagi seluruh masyarakat Kelantan yang kini berada di atas semapadan-sempadan kelabu, hanya kadar kelabunya sahaja yang berbeza…baik di Istana mahupun di Kota Darul Naim. Betul juga kata Mat Sohok “serupa kentut dengan tahi, dua-dua membatalkan wudu, satu kena basah sementara satu lagi tak kena basah, bab batal wudu, dua-duanya sama!”
Apabila Nik Aziz terlihat hebat dengan kealimannya maka sekelian pengikut
menelan bulat-bulat segala kata-kata seolah fatwa.Istilah Rasuah hanya perlu ditukar kepada Derma demi menghalalkannya.Maka jadilah Nik Aziz maksum dari segala kesalahan dimata pengikut fanatik PAS.Biarlah nik aziz terus ditampuk kuasa duniawi sehingga ke mati…
Doa bala kepada insan lain di bolehkan…celako,celako,celako…tahniah rakyat serambi mekah kerana terus memilih ulama Tuan Guru dgn slogan keramatnya bahwa kemiskinan itu adalah takdir tuhan hanya kepada rakyat biasa tetapi tidak golongan bangsawan PAS.
Apa-apa saja hanya salahkan UMNO..celako,celako,celako.
Aku nak pegi Kelantan.. amik tender, sebelum dapat je aku bagi `derma’ yang akan diberikan. Baik punye. `Derma’ konon. Diputar belit. Agama kau mainkan. TIKET 1ST CLASS KE NERAKA JAHANAM. DAH BOOKING AWAL DIORANG NI….n macam beli tiket Air Asia, early booking dapat murah sikit. Bravo….
Pertahankanlah… `derma’ kao orang.
Tuan,
Kerajaan negeri n tgna rasuah, pengundi dan penyokonglah yang tanggong. Sebab bersubahat.
Anak anak pasti dari kecil dah makan duit rasuah, bila dah besar hati jadi hitam dah. Tak heranlah bila banyak jenayah berlaku sebab makan sumber haram yang sengaja dilakukan.
1.Paling senang menjadi pemimpin macam nik aziz!
2.Kes tambang haji-dia tak tau bahawa itu rasuah!
3.Kes ariffahmi-dia tak tau bahawa dia tak boleh lantik ahli keluarga!
4.Kes balak-dia tak tau bahawa wujudnya “derma”!
5Dia tau siapa yang kafir ,sapa yang tidak!terutama pada sesama islam!
6.Dia tau sapa masuk syurga atau neraka!
Knapa benci saya kpd tgna membuak2,.,dulu beliau la wira., skrg beliau semacam pengecut n bacul.,,kalo xtahu kn ambil tahu la skrg., xkn xboleh siasat skrg., jgn bg rakyat trtunggu2 smp pas digulingkan.,.heboh diperkatakan exco2 beliau mkn duit.,. Tp beliau masih lg berkelakuan. ‘summu bukbum umyum’ pekak bisu n buta dalam perkara ini..,alangkah lega n trharunya rakyat jika kita melihat wakil2 rakyat kt bersederhana kerana kita memperjuangkan Islam..kita tunggu n dgr apa tgna akn bt slepas ni.. Kalo tgna xjuga ambil kisah., kerana nila setitik rosak 1 belanga.. Pru13.,. Kita balik klantan kita tumpangkn kerajaan yg merosakkan Nama Islam….takbirrrr!!!
dah jadi haru biru daaa
tgna…..takkan lah umur dah camtuh masih lagi tatau apa itu derma dan apa itu rasuah? takkan lah nak mintak kita pi terangkan balik satu persatu apa itu suapan..dan apa itu derma ..
adussss
Saya setuju dengan 10:04:03 diatas dengan sedikit tambahan spt yang di tonjol olih Nik Amalina dalam serisuri nya.Bayangkan ia kesekolah dengan mercedes 230 tahun 70 an atas dasar sifat TGNA yang cukup sederhana.Sebaliknya kalu TGNA tak sederhana agaknya Nik Amalina pergi sekolah dengan helicopter lah. Saya sedang menunggu dengan penuh debaran sebarang komen dari SERISURI/NIK ABDUH sama ada nak bela TGNA atau mengatakan TAK TAHU spt mana yang di ajar olih TGNA. Kepada semua orang kelantan kata kunci hari ini TAK TAHU…..
Salam,
Nampaknya UMNO lebih jujur dan berusaha untuk memperbaiki diri apabila ianya dikritik atau ditegur.
Lain pula dengan PAS, DAP dan KEADILAN, apabila ditegur mereka lebih cepat melatah serta menunding jari kepada orang lain. Baik Nik Aziz, Anwar, Guan Eng, Kit Siang serta Karpal Singh.
Jawapan mereka senang sahaja; bila apa jua isu dibangkitkan:
1. Itu semua pakatan jahat/konspirasi UMNO.
Contoh: Gereja dibakar salah UMNO, Kepala Babi diperkarangan surau salah UMNO, Kes Liwat Anwar salah UMNO macam-macam lagilah.
Kalau saudara2 dan saudari2 tak percaya tunggu sajalah jika ada apa sahaja isu terbaru selepas ini. Jawapan mereka sudah boleh dijangka.
“ini semua pakatan jahat UMNO”….begitu mudah mereka ini melepaskan segala masalah mereka.
Kepada yang belum sedar dengan taktik kotor pembangkang ini…
“LU PIKIRLAH SENDIRI”….
nik aziz jawab tak tahu,kalau artis jawab no komen. erm..lebih kurang lah tu.
orang meeting yer baca Quran,memang lah baca Quran tu bagus,tapi keutamaannya tak kena nik aziz. patut ler dia tak tau..
aku pun tak tau..
salam tuan sheikh,
ambo bukan nak ulas apa yang tuan dedahkan, cuma pada pandangan ambo, kalu ada penyelewengan yang terbukti, baik sheik selesaikan dengan cara yang lebih berhemah, ikut saluran yang sesuai. Menjadi tanggungjawab tuan sheik yang mengetahui tentang penyelewengan yang berlaku untuk mencegah sebelum terlambat, paling tidak pun membenci dalam hati kalau tidak mampu mencegah dengan tangan atau mulut.
Melakukan pendedahan secara umum sebegini seumpama menghebohkan keaiban dan kejahatan yang pernah dilakukan oleh seseorang, dan perkara sebegini tidak sesuai sangat digunakan bagi kita yang bukan orang politik yang merasa dirinya mempunyai keperibadian yang tinggi dan berakhlak.
ambo bukan nak pertikai apa yang tuan dedahkan ini, namun sebagai rakyat kelantan yang inginkan sebuah kerajaan yang stabil dan kehidupan masyarakat yang tidak tertekan, ambo rasa sheikh kena renung balik apakah pendedahan sebegini akan membawa kebaikan kepada semua pihak, atau hanya seperti menang jadi abu, kalah jadi arang.
kawe cuma nak komen kpd:
komen encik “ayamitogei (12:26:31) :
salam tuan sheikh, ambo bukan nak ulas apa yang tuan dedahkan, cuma pada pandangan ambo, kalu ada penyelewengan yang terbukti, baik sheik selesaikan dengan cara yang lebih berhemah, ikut saluran yang sesuai. Menjadi tanggungjawab tuan sheik yang mengetahui tentang penyelewengan yang berlaku untuk mencegah sebelum terlambat, paling tidak pun membenci dalam hati kalau tidak mampu mencegah dengan tangan atau mulut.
Melakukan pendedahan secara umum sebegini seumpama menghebohkan keaiban dan kejahatan yang pernah dilakukan oleh seseorang, dan perkara sebegini tidak sesuai sangat digunakan bagi kita yang bukan orang politik yang merasa dirinya mempunyai keperibadian yang tinggi dan berakhlak.
ambo bukan nak pertikai apa yang tuan dedahkan ini, namun sebagai rakyat kelantan yang inginkan sebuah kerajaan yang stabil dan kehidupan masyarakat yang tidak tertekan, ambo rasa sheikh kena renung balik apakah pendedahan sebegini akan membawa kebaikan kepada semua pihak, atau hanya seperti menang jadi abu, kalah jadi arang.”
kawe pelik, bila keburukan PAS didedahkan..ramai org mintak kita buat ikut saluran yang betul lah, yg berhikmah lah tapi cuba tgk apabila pihak PAS dedahkan keburukan org UMNO, di mana hikmahnya? di mana saluran betulnya?? PAs main hentam saja tak kira di mana sahaja tanpa memikirkan perasaan org yg dia dedahkan ..
salam ya akhi fi islam…
aku hormat cara kamu menulis….menggunakan fakta dan hujah…. pendek kata apa yang di tulis itu ada asasnya….. aku doakan moga Allah sentiasa beri kamu kekuatan untuk melalui saat mencabar dalam hidup kamu… tentu sekali kamu susah, dan akan dikecam oleh banyak orang….kerana perjuangan kamu memperjuangkana kebenaran… aku doakn moga kamu maju jaya…
cuma satu pesan ku…. janganlah sesekali kamu mendedahkan fakta secara terpilih…. sejak akhir2 ini aku tengok kamu sering serang nik aziz, kenapa yer?
apa hanya manusia bernama nik aziz sahaja yang membuat kesilapan..? aku takkan pertahankan nik aziz kalo dia salah….teruskan….cumer jangan dedahkan secara terpilih…. ini menunjukkan kita tidak profesional….orang akan nampak kamu menyerang nik aziz sebab nik aziz pecat kamu…..
so apepun, buatlah sesuatu kerana Allah… sekiranya niatnya ikhlas kerana allah, teruskan….kebenaran akan pasti menang melawan kebatilan…. nik aziz cuma manusia yang tak maksum….tak mustahil akan melakukan kesilapan…
Tak guna kita buat laporan pd polis atau pd SPRM. Dlm SPRM tu ramai sungguh yg bersimpati dan menyokong TGNA. Kalau tak, tak mungkin kes Ariffahmi boleh dikatakan tak ada bukti yg kukuh dan lengkap!
Mana nak ada bukti sebab SPRM sendiri telah memberi masa dan peluang utk Ariffahmi dan TGNa utk meminda minit2 mensyuarat dan menghapuskan segala dokumen2 yg boleh mengimplikasikan mereka.
Pengarah SPRM Kelantan dah pun ditukarkan dgn dapat naik pangkat lagi!
Apa hal?
kalu ketua tak tau..anak buah lg xtau camner duit derma dkatakan derma apbla kene bg kelulusan balak dulu baru bg derma..kelakar betol bunyi…nokkk sukooo sore r gilow kah kawe ni?… baek jadi ikepilla, set2 ni reti belago jah yang lain sume tak tahu… camni adeq haku umor 11thun leh jd MB…
salam tuan sheikh,
saya nak respon kepada maklumbalas dpd kuJIK(12:49:59), terima kasih kepada respon tuan, walau bagaimanapun perlu saya jelaskan disini mengenai tulisan saya;
”Melakukan pendedahan secara umum sebegini seumpama menghebohkan keaiban dan kejahatan yang pernah dilakukan oleh seseorang, dan perkara sebegini tidak sesuai sangat digunakan bagi kita yang bukan orang politik yang merasa dirinya mempunyai keperibadian yang tinggi dan berakhlak.
ambo bukan nak pertikai apa yang tuan dedahkan ini, namun sebagai rakyat kelantan yang inginkan sebuah kerajaan yang stabil dan kehidupan masyarakat yang tidak tertekan, ambo rasa sheikh kena renung balik apakah pendedahan sebegini akan membawa kebaikan kepada semua pihak, atau hanya seperti menang jadi abu, kalah jadi arang.”
apa yang saya maksudkan ialah, kita sebagai orang awam yang tidak terlibat secara langsung sebagai ahli politik agak janggal untuk meniru gaya ahli politik yang mendedahkan segala keburukan pihak lawan secara terbuka, dan biarlah hanya ahli politik sahaja yang berkelakuan sedemikian kerana mereka cari makan dengan cara itu, dan saya tidak menyatakan hanya kepada parti pas sahaja supaya dibuat secara berhemah, biarlah daripada parti mana sekalipun, tindakan mendedahkan keburukan orang lain demi agenda yang hanya kita sahaja tahu, adalah tidak beretika dan tidak sesuai. Perkara ini kalau dilakukan oleh orang yang tidak pernah bersekolah, saya tidak heran sangat tetapi bila orang yang seperti tuan sheik yang tinggi ilmu intelektualnya berbuat sedemikian, saya rasa patut untuk saya melontarkan sedikit pandangan.
sekian, terima kasih.
Saya baca dari komen2.., ramai jugak yang menyarankan agar isu ini dilapurkan kepada pihak Polis atau SPRM. Saya nak bagi tau sikit saja ni….
Kalau repot kpd Polis atau SPRM pun, tidak ada kesan jugak. Percayalah. Untuk membuktikan rasuah bukan perkara mudah. Bukan mustahil…, tapi AMAT SUSAH. Saksi untuk pendakwaan biasanya adalah ‘pemberi rasuah’. Andai pemberi rasuah tidak tampil…, kita repotlah 7 kali sehari pun, mana SPRM nak ambil bahan bukti? Pemberi rasuah telah mendapat faedahnya, pasti segala bukti transaction telah dihapuskan. Penerima pun dah kebas duit tu…, takkan dia nak mengaku..
Yang nampak didepan mata adalah beberapa manusia yang dulu bukan ahli perniagaan atau pembalak…, tiba2 jadi kaya-raya dengan kompeni balak. Keluar masuk pejabat di Kota Darul Naim macam rumah mak-bapak dia. Sekolah tak tinggi mana, kerja tak sekuat mana, otak tak sebijak mana (kecuali otak penipu) …, akan tetapi ‘hubungan mesra’ dengan para pemimpin politik negeri telah melonjakkan status mereka menjadi jutawan segara.
Surat2 akujanji untuk memberi ‘derma’ yang Pak Sheikh lampirkan di blog ini menunujukkan bahawa pengurniaan konsesi balak rupa2nya tidak berdasarkan sangat kepada kemampuan syarikat.., akan tetapi berdasarkan kepada ‘jumlah derma’ yang dijanjikan. Apatah lagi, konsesi balak rupa2nya di’anugerahkan’ kepada segelintir kecil manusia yang sama. Ia menguatkan persepsi bahawa ‘ada ubi ada batas’..
Pengurniaan konsesi balak sebenarnya mengikut prosidur yang betul. Ada tender. Ada jawatankuasa penilai tender. Ada keputusan rasmi melalui mesyuarat. Pertimbangan & keputusan jawatankuasa balak tidak boleh dipertikai oleh SPRM. Itu HAK MUTLAK jawatankuasa. SPRM berminat untuk mengetahui sekiranya ada ‘pertukaran wang imbuhan dari tangan ke tangan’. Hal ini amat sukar. Pemberi dan penerima rasuah tidak akan memberi kerjasama.
Tu jer…
no wonder nik ajis dapat tajaan dalam bentuk pakej ke haji…mustahil dia tak tahu pasal yg kes ni kan?
sumpah seranah orang lain memang pandai..angkat sumpah x berani plak..
ambo tak tahu..
Sejak dari tahun 1990 lagi BPR, SPRM duk geledah kerajaan negeri Kelantan. Lepas hampir-hampir 20 tahun ni, kenapa asyik tak jumpa bukti?
Sheih, buktikan dengan bukti, bukan dengan tulisan anda semata-mata. Tuduhan yang tidak betul akan jadi tohmahan.
kita cadangkan seluruh exco/pemimpin negeri isytihar harta.
utk pilihanraya akan dtg, sebelum naik jadi calon – setiap calon Pas, umno, pkr, bebas perlu isytihar harta. Setiap tahun perlu renew pengistiharan itu sehingga 5 tahun berikutnya.
kita dah mula di selangor. baik Kelantan buat begitu juga, publish setiap jumlah harta terkini, termasuk yg dimiliki oleh keluarga. Suami/isteri, parent, anak, menantu, anak pinak etc.
dan kita tak nak hanya di Kelantan, selangor saja. Kita nak negeri-negeri lain juga.
Salam Sheikh
Sukarnya hendak menerima seorang pemimpin yang serba serbi tidak tahu. Jika ada persoalan berkaitan salahlaku para exco PAS, pasti jawapan oleh tgna berbentuk mengelak daripada menjawab iaitu TIDAK TAHU. Bijaknya MB Kelantan yang sering putar belit,tipu helah dan berdalih serta sering beralasan.
Agaknya apabila sprm@pihak berkuasa ingin ambil tindakan mulalah buat helah jatuh sakit, mulalah masuk wad, dan mungkin ada para doktor turut melindunginya. Hairan dan ajaib juga kerana jika isu isu lain sering tgna beri ulasan siap dengan fatwa dan kisah nabi tetapi jika isu Kerajaan PAS Kelantan sering jawab tidak tahu. Sheikh, sesuai juga jika lagu KRU ‘ahaa Tak Tahu’ dimainkan khas untuk tgna.
Semoga pendedahan demi pendedahan menyemarakkan kesedaran dan keinsafan buat rakyat Kelantan agar tidak ditipu dan tertipu oleh permainan manusia bertopengkan agama Islam. Memualkan….Nauzubillah
Sedikit pembetulan utk Ayamitogei.
salam tuan sheikh,
ambo bukan nak ulas apa yang tuan dedahkan, cuma pada pandangan ambo, kalu ada penyelewengan yang terbukti, baik sheik selesaikan dengan cara yang lebih berhemah, ikut saluran yang sesuai. Menjadi tanggungjawab tuan sheik yang mengetahui tentang penyelewengan yang berlaku untuk mencegah sebelum terlambat, paling tidak pun membenci dalam hati kalau tidak mampu mencegah dengan tangan atau mulut.
Melakukan pendedahan secara umum sebegini seumpama menghebohkan keaiban dan kejahatan yang pernah dilakukan oleh seseorang, dan perkara sebegini tidak sesuai sangat digunakan bagi kita yang bukan orang politik yang merasa dirinya mempunyai keperibadian yang tinggi dan berakhlak.
ambo bukan nak pertikai apa yang tuan dedahkan ini, namun sebagai rakyat kelantan yang inginkan sebuah kerajaan yang stabil dan kehidupan masyarakat yang tidak tertekan, ambo rasa sheikh kena renung balik apakah pendedahan sebegini akan membawa kebaikan kepada semua pihak, atau hanya seperti menang jadi abu, kalah jadi arang.
———————————————————————
Apa yang Pak Sheikh buat ni dah betul la Ayamitogei, Pak Sheikh guna tangannya untuk mencegah kemungkaran. Kalau takat nak membenci dalam hati tu paling lemah ler ………
Pikir pikir lah….
Bohong, fitnah, maki hamun dan…..adalah sebahagian daripada Politik PAS…harap kopiah aje yang putih…lain-lain HITAM……
Sebagai seorang MB yang memegang tugas2 berhubung dengan permohonan konsesi balak boleh memberikan jawapan ‘Tiada dalam pengetahuan saya’ ianya sungguh memalukan malah mencerminkan bahawa tgna sudah tidak relevan malah tidak layak untuk memikul tugas dan tanggungjawab sebagi pemimpin no1 negeri Kelantan lebih baik beliau menyerahkan sahaja jawatan kepada pemimpin yang benar2 layak.
Isu rompakan balak hasil hutan negeri Kelantan sudah lama berlaku tapi baru didedahkan oleh saudara sheikh, berbagai andaian dibuat oleh penyokong tgna yang ingin membela tgna dengan mendakwa bahawa Kerajaan pas Kelantan melakukan semua itu semata mata kerana membutohkan sumber kewangan tujuan untuk menjana ekonomi negeri serta digembar gemburkan untuk membantu rakyat miskin, hatta yang sebenarnya adalah bertujuan untuk mengenyangkan perut pemimpin mereka sahaja.
Jika benar kepimpinan Kerajaan negeri kelantan ikhlas mau menjana ekonomi negeri serta membantu rakyat miskin kenapa hasil hutan negeri digadaikan kenapa tidak diberikan sahaja kepada Kompleks Perkayuan Kelantan S/B yakni anak Syarikat PKINK/KSEDC, KPKSB telah ditubuhkan sejak 1979 bukan saja merupakan Syarikat pembalakan dan pengkilangan malah juga merupakan Syarikat pembuatan berasaskan kayu dengan pemilikan kilang papan serta kilang perabut nya sendiri.
Kerajaan Kelantan sepatutnya menggunakan KPKSB secara sepenuhnya bermula dari pengeluaran kayu balak kepada pemprosesan papan sehingga pembuatan perabut untuk pasaran dalam dan luar negara bukankah ini boleh menjana pembangunan ekonomi negeri dengan menggunakan mekanisma yang sudah tersedia ada tapi sebaliknya KPKSB dibiarkan beroperasi dengan serba kekurangan tak ubah seperti hidup segan mati tak mau walhal jika anak Syarikat Kerajaan Negeri ini maju beroperasi hasil keuntungannya akan dinikmati oleh Kerajaan Negeri juga.
Kerana itu amat wajar dikatakan bahawa kepimpinan Kerajaan Pas Kelantan sememangnya tidak berusaha untuk memajukan ekonomi negeri sekaligus membantu rakyat yang berada pada taraf kemiskinan.
Saya dah lama tahu PAS hanyalah penjual agama demi kelangsungan kuasa dunia. PAS tak pernah ikhlas berjuang untuk agama. sejarah penubuhan pas adalah bukti paling nyata. Parti org2 yang kecewa dan tamakkan kuasa dunia. Saya tidak terkejut dengan pendedahan sdra sheih.
PAS = DULU KINI DAN SELAMANYA PENJUAL AGAMA.
Macam mana Nik Aziz nak tahu kalau dia dah tak nak ambil tahu,sebab ini semua perkara dunia ulamak mcm Nik Aziz lebih tekankan bagaimana cara nak ke akihrat.Apa2 pun tahniah kerana masih ada rakyat kelantan mahu kan syurga jadi perihal Nik Aziz kira biasa2lah tu.
Selamat datang ke Negeri Serambi Mekah yang penuh dgn kebajikan dan derma menderma.Amin.
Dedah jangan tak dedah… tiada yang maksum selain nabi…
semoga allah memberkati usaha perjuangan suci saudara.
Ada persamaan ?
Pope Benedict sekarang dihantui oleh pengikut2 Gereja Roman Katolik sebab menyembunyikan kelakuan jenayah seks dikalangan paderi sejak berpuluh tahun Walaupun diberitahu beliau tidak mengambil tindakan demi utk menjaga nama baik gereja akhirnya terbongkar …..penafian beliau dan merahsiakan kes2 ini dari pihak berkuasa adalah dikatakan satu penipuan jenayah ….paderi2 tidak diambil tindakan dan dibiarkan bermaharajalela …kesannya : ramai pengikut kristian roman katolik skrg sudah luntur kepercayaan kpd paderi 2 dan gereja .
Nik aziz pulak serupa .. dah tahu ada kes dikalangan pemimpin parti ..beliau tak ambil tindakan ..atau pura2 tidak tahu atau tak ambil tahu …senang saja …dituduh dakyah umno …..kesan nanti akan jadi sperti Pope Benedict : org tidak akan percaya pada dia lagi dan semua ulamak PAS pun serupa akan tersungkur .
Jangan kita lupa bahawa haji hadi juga merupakan salah seorang yg bertanggung jawab memecahbelahkan org islam dgn amanat hadi yg sgt masyhur …..kesan negatif nya sehingga kini ….beliau harus bukan saja bertaubat malah harus mengambil inisiatif utk menyatupadukan org islam .pecahkan ke egoan diri dan kepautan pada landasan parti yg sempit sebelum terlambat ….umur kita makin meningkat ….sebab dosa memecahbelahkan ummah adalah tersangat besar …..insaflah segera ….
ulamak 2 muda seperti nasarudin harus berani menegur pemimpin 2 kalut ini …apa nak takut ….. kena buang parti tu terlalu kecil berbanding bersubahat dgn amalan songsang dan fahaman yg menyelweng ..jangan terjerat dgn sikap sindrom penafian seperti Pope Benedict ….fikir-fikirkan lah
Dari apa yang aku baca, penafian TGNA tu betul bila dia kata derma tu bukan untuk kerajaan negeri atau parti PAS sebab derma tu adalah untuk PASTI…Dari segi pemberian kontrak, tak dapat dipastikan sama ada ianya rundingan terus atau tender atau sebutharga kerana yang dilampirkan di sini rasanya hanya surat setuju terima oleh kontraktor…. Macam mana pun, aku kurang setuju cara derma begini kerana boleh mendatangkan risiko yang tinggi seperti anggapan rasuah.. Aku lebih suka cara UMNO Baru kerana mereka tidak meminta derma @ rasuah cara begini sebaliknya dengan cara hulurkan tangan bawah meja… SPRM pun tidak dapat tangkap kerana tiada bukti secara bertulis…
bagi hambo,pas ke bn ke samo belako.siapa pandai guna akal,dialah berkuasa.
pahala dosa tanggung sendirilah…kubur lain-lain.
Saudara Kick……saya tabik awak. Kata kerajaan mahsum? tapi buat juga kerja tu. Kerajaan Kelantan janganlah bohongi rakyat.
Sheih said: Itulah perkara pokoknya, PAS cakap berdegar-degar dia nak tawan Malaysia bagi menghapuskan maksiat dan laksana hukum Islam. Tetapi di negeri yang dia perintah dah 21 tahun pun belum boleh kawal maksiatnya. Bukan soal kecil atau besar. Soal bila bercakap dan berceramah tu bongkak sangat, Sekarang nak salahkan maksiat Kelantan kerana maksiat yang berpunca dari negeri-negeri lain. Esok bila dah dapat tawan Malaysia, mereka akan salahkan negara-negara jiran pulak. Pemimpin yang asyik reti tunding kesalahan kepada orang lain sahaja hanya lanyak jadi pembangkang sepanjang masa.
Penyokong PAS dan PKR dah termalu dengan segala pendedahan yang dibuat, sebelum ni meninding jari kepada UMNO lah yang tak betul segalanya, tetapi bila kena batang hidung pengikut dan pemimpin PAS dan PKR, mereka tidak mahu terima hakikat bahawa mereka pun manusia biasa yang tak lepas dari kesilapan, mereka sanggup negara kita ni hancur daripada mengaku keslahan mereka, fikir lah wahai semua yang salah tetap salah, jangan didiamkan. berapa banyak jubur yang akan terburai dek kerana anuar al juburin, berapa banyak pengikut islam akan di sesatkan oleh nik najis ni
penyokong PAS dan PKR ni tak kenal siapa bangsa Melayu yang sebenarnya.
Biasa lah kan… kalo PAS, semuanya ok, semuanya boleh. Dia boleh tohmah orang, herdik orang, menghukum orang, fitnah orang, boleh kata orang lain tak Islam, dia orang2 PAS aje Islam. Tak pe… kita yang dikata bukan Islam terima aje lah. Jangan gaduh. Nanti bila dah di panggil balik,, baru depa tau siapa lebih Islam.
Salam. Apa nak bising bising..semuanya sama je. 2 X5, 5 x 2, tak kira sapa perintah. Yang jadi mangsa rakyat bangsa Melayu. Melayu masih lagi mundur, mundur ekonomi, mundur iman,mundur ilmu dan segala galanya. Sifat..tamak, irihati, dan dengki semuanya ada sebab.. ekonomi tak brapaa nak stabil dan masih lagi terkial-kial mencari punca..punca iman, punca islam, punca penyakit dan berbagai punca. Tu la..tengok kes Ayah Pin..apa jadi…
Oleh itu persiapkan diri dan anak-anak kesuatu tahap pelajaran dan ilmu untuk masa depan mereka. Mana tahu..hidup diluar negara lebih menguntungkan.Berhentilah..menuduh sama sendiri..tak kemana..bangsa asing yang mendapat untung.
Ape masalah syarikat konsesi bagi duit or derma kepada badan bukan kerajaan? ade masalah ke pak penulis? Ape la masalah kat sini… gue tak paham la… mmg tak menambah ilmu….