Enough syeih….lu sudah jadi mcm org tak berpendirian dan berprinsip. Dulu lu puji melangit Tok guru, sekarang lu perlekeh dia. Lu tak puas hati apa lagi ? Lu ingat masa ceramah royalti di stadium baru2 ni, lu tengok puluhan ribu manusia menadah tangan pd Tuhan Pemilik ALam ni, lu nak ke gua cadang, supaya buat solat hajat kat manusia mcm lu ni ? lu sorang saja yg nak perlekeh tokguru, di belakang tokguru puluhan ribu manusia. Lu rasa lu betul ke, tokguru yg betul ?

Lu bukan jatuhkan TGNA saja, lu bakal jatuhkan kerajaan yg cuba nak laksanakan Islam di kelantan, isu PMBK lu dah berjaya betulkan, tindakan dah diambil kepada AAF, dia dah terima hukuman, lu nak apa lagi.

Lu jangan main syeih, Tok Guru nik aziz mungkin tersilap dlm isu melantik menantunya, dia juga manusia biasa, tak lepas dr kesilapan, tapi gua yakin dia dah minta ampun pd ALlah SWT. Tok Guru ni bangunnnya seawal 4 pagi, bertahajud, membaca Quran di waktu sahur, tidak pernah meninggalkan solat dhuha, tidak pernah meninggalkan solat berjemaah, dan tidak pernah meninggalkan solat sunat badiyah dan kobliyah.

Lu apa ada ? Seluar pendek lu, isap rokok lu dan isteri lu yg free hair. Gua bukan nak hina lu beb, tapi lu sedar la diri sikit. Lu dekat dgn dato husam dulu, gua suka sbb lu duduk dlm kalangan org2 PAS yg jaga syariat, gua harap lu akan berubah bila lama dlm PAS. Sekarang lu dah blah, gua tak pasti lu boleh ubah atau tidak cara hidup lu…takkan kerana Arif Fahmi lu nak kata semua org PAS jahat.

Lu cakap sebelum ni lu ni suka integriti, suka prinsip, tapi sekarang lu serang Tok Guru gua dengan FITNAH !!!!integriti dan prinsip korok kering apo.

LU INGAT SYEH, KAMI ORANG2 PAS ADA PEDANG MALAM, JANGAN SAMPAI LU DITIMPA MUSIBAH ATAS PERBUATAN2 LU INI…

GUA BAGI AMARAN, KALAU LU TERUSKAN PENULISAN MENGHENTAM TOK GURU KAMI, LU TUNGGULAH BALASAN DARI LANGIT. GUA TAKDE MASA NAK GI BALING KAPAK KAT UMAH LU, CUKUP GUA DOA DARI RUMAH DI SEPERTIGA MALAM. LU TUNGGU LA SAAT KEJATUHAN LU….BAIK LU TARIK BALIK SEGALA KENYATAAN BURUK PD TOKGURU NIK AZIZ.

Berikut adalah sebahagian daripada beberapa kerat komen yang saya tidak lepaskan sebelum ini. Komen ini datang dari pemilik IP 60.49.81.66.

Biarlah saya terus kepada point-point saya,

  • Tuduhan bahawa saya tidak konsisten adalah sama sekali tidak tepat. Bagi pembaca yang mengunjungi blog saya dari awal penubuhan blog ini akan tahu bahawa saya konsisten. Saya menentang pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi dan hari ini saya tentang Nik Abdul Aziz atas dasar konsisten yang sama. Pentadbiran Nik Abdul Aziz yang saya dalami selama hampir tiga tahun bergelumang dengan banyak kepincangan yang akan saya nukilkan.
  • Saya konsisten didalam tidak menentang PAS. Saya tidak memusuhi PAS atau memburukkan PAS. Nik Aziz bukan PAS. PAS bukan milik Nik Aziz. Jadi mendedahkan keburukan Pentadbiran Nik Aziz bukan memburukan PAS tetapi melakukan sesuatu yang PAS sendiri tidak tergamak melakukannya atas sebab-sebab politik.
  • Sepanjang saya didalam Kerajaan Negeri Kelantan sehingga saya ditamatkan kontrak saya menentang segala keburukan mengikut lunas-lunas yang termaktub didalam kontrak saya. Saya tidak pernah mendiamkan diri di atas apa yang saya lihat tidak kena.
  • Apabila kontrak saya ditamatkan, tiada sebarang halangan dibuat ke atas saya sama ada secara hitam putih atau lisan yang menghalang saya dari meneruskan pendedahan saya secara terbuka.
  • Jika tuduhan saya adalah fitnah semata-mata, maka kenapa tidak di ambil tindakan? Jika fakta saya tidak tepat, mengapa tidak dilawan dengan fakta dan bukan emosi?
  • Saya juga konsisten untuk tidak melepaskan komen mereka yang berlagak seperti tuhan menjatuhkan hukuman ke atas manusia. Menyamakan diri dengan tuhan bererti menyengutukan Allah dengan sesuatu. Blog ini tidak akan membenarkannya.
  • Bagi yang mendakwa Pentadbiran Nik Aziz putih bersih, tunggu dan ikutilah fakta-fakta dan bukti yang akan berterusan di siarkan dari masa ke semasa di dalam blog ini.
  • Bagi ahli PAS yang setia dan sayangkan parti, harapan saya agar sesuatu dapat dilakukan segera sebelum rakyat hilang kepercayaan dan PAS hilang kedudukannya di dalam Dewan Rakyat dan di beberapa negeri.
  • Kegagalan PAS dalam pentadbiran dan sepertimana tuduhan yang dilemparkan ke atas UMNO hanya akan membawa kepada satu kesimpulan yang amat menyedihkan iaitu orang Melayu lemah didalam pentadbiran. Ini tidak boleh menjadi persepsi.
  • Saya tiada dendam dan tiada alasan untuk mendendami Nik Abdul Aziz.
  • Jika anda boleh menerima saya sewaktu saya menentang kebobrokan didalam pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi tetapi tidak boleh menerima saya apabila saya mendedahkan kebobrokan pentadbiran Nik Abdul Aziz, silapnya bukan pada diri saya.
  • Selagi saya mampu berhujah dengan fakta, saya akan teruskan.

Hari ini, saya mahu mengimbas kembali berita-berita berhubung seorang insan bernama Razak Bin Abas bernombor kad pengenalan asal 3747773.  Beliau dilahirkan pada 17 Jun 1947 dan kini menetap di Rantau Panjang.

Razak Bin Abas atau terkenal dengan panggilan Abe Jak pernah bertanding di bawah kerusi PAS di dalam pilihanraya umum 1999. Abe Jak menjadi calon PAS menentang YBM Tengku Razaleigh Hamzah di Parlimen Gua Musang. Beliau tewas dengan majoriti sebanyak 2,925 undi sahaja dan berjaya memungut sebanyak 9,900 undi.

Abe Jak mencipta nama sewaktu pilihanraya kecil Parlimen Pendang dan DUN Anak Bukit di Kedah pada tahun 2002. Sila baca disini untuk melihat tulisan dan keluhan berhubung dengan Abe Jak kesayangan Nik Abdul Aziz ini.

Abe Jak juga terkenal dengan nama Abe Jak Lapar Balak oleh blogger Penarik Beca dan blogger Penarik beca sering juba memblog pasalnya.

Bagi orang-orang politik, Abe Jak pula dikenali dengan nama “Abe Jak Selok Kain” kerana kes mahkamah seperti yang dilaporkan di sini. Beliau bagaimanapun dibebaskan oleh mahkamah seperti dilaporkan disini, sini, sini, dan sini.

Bagaimanapun di Kelantan, Razak Abas terkenal kerana dia kerap memohon permit balak. Beliau berjaya mengaut banyak tanah balak di antara tahun 1999 hingga 2004. Namun begitu walaupun ada usaha untuk menyekat pembahagian balak dan tanah hutan kepada Razak Abas selepas 2004, Nik Abdul Aziz masih terus meluluskannya.

Mengapa Razak Abas mendapat laluan mudah untuk mendapat tanah balak di Kelantan? Apakah hubungan akrabnya dengan Nik Abdul Aziz membolehkan beliau mendapat kelebihan itu?

Bersabar.