How do you do? Ayam tak patut itik tak sudu… kata sahabat-sahabat nakal dahulu.

Tetapi memang ada penyakit yang menyebabkan ayam tak mematuk dan itik tak menyudu. Penyakit ini dinamakan penyakit kecut perut. Kalau perut dah kecut, memanglah selera semua dah hilang.

Kalau masuk hospital boleh dimasukkan terus ke dalam ICU dan kalau perut terus kecut, kenalah makan pakai tiub.

Tetapi kalau standard orang putih, penyakit ini dikatakan tak ‘gentleman’ dan kalau standard orang tempatan, di kata ‘tak jantan’.

Tetapi kalau hendak disalahgunakan agama untuk peribadi, bolehlah di katakan ‘tipu sunat’.

Sementara itu didalam cerita yang lain, eloklah kita sama-sama berdoa supaya YAB. Tuan Guru Dato’ Menteri Besar Kelantan Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat segera sembuh supaya dapat mengadap Tuanku Sultan dan melihat sendiri keadaan kesihatan Tuanku.

Bagaimanapun, jika kesihatan Menteri Besar pula terus tidak mengizinkan, eloklah Menteri Besar bercuti panjang dan biar Dato’ Ahmad Yakob Timbalan Menteri Besar memangku sahaja jawatan Menteri Besar Kelantan.

Ataupun, jika keadaan Dato’ Timbalan Menteri Besar Kelantan turut mencurigakan, maka elok sahajalah MB Kelantan memajukan nama Robin Hood yang disebut-sebutnya dan menasihati KDYMM Tuanku Al Sultan melantik Menteri Besar yang baru. Tentu sekali Dato’ Haji Husam terpaksa mengorbankan dirinya untuk menjadi Menteri Besar Kelantan yang baru jika demikian yang diperkenankan.

Sementara itu eloklah kita berdoa episod yang baru bermula ini akan tidak menyebabkan lebih banyak pihak terkena Sindrom Kecut Perut. Ini kerana Menteri Kesihatan Malaysia sedang sibuk dengan pemilihan jawatan tertinggi partinya dan berkemungkinan tidak punya banyak masa untuk memantau keadaan kesihatan di Kelantan. Takut-takut nanti terpaksa pula ditubuhkan ‘Medical Board’ sendiri-sendiri untuk diumumkan wabak baru bernama Wabak Kecut Perut yang ada harapan mencecah ke tahap pandemik di Kelantan.