KDYMM Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra, Al Sultan dan Yang Di Pertuan bagi Negeri Kelantan dan jajahan naungannya akan berangkat pulang pada hari Khamis 4 March 2010.

Pesawat yang membawa baginda dijangka mendarat jam 12.30 tengahari.

Keberangkatan pulang baginda membawa keresahan kepada banyak pihak yang telah menderhaka dan membelakangkan baginda Tuanku semenjak baginda gering.

Di antara yang akan dipanggil mengadap sebaik sahaja Tuanku kembali bersemayam di singgahsana ialah YAB. Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat yang sudah dua kali membelakangkan titah Tuanku supaya mengadap baginda di Singapura.

Keangkuhan Menteri Besar Kelantan melanggar titah Tuanku berkemungkinan dipengaruhi oleh beberapa pihak yang cuba untuk melucutkan KDYMM Al Sultan daripada tahta baginda dengan beberapa cara.

Cara terakhir ialah melalui usaha untuk meminda undang-undang tubuh Kerajaan Negeri Kelantan. Usul tersebut telah dibawa dan dibentangkan di dalam mesyuarat exco.

Sementara itu, sewaktu KDYMM Al Sultan menerima rawatan di Singapura, terdapat beberapa kontroversi sehingga beberapa laporan polis dibuat di Singapura.

Bersama ini dipamerkan laporan-laporan tersebut tanpa prejudis.