Saya ucapkan tahniah kepada YB. Zulkifli Noordin diatas ketegasannya mempertahankan pendirian dan prinsipnya terutama didalam hal-hal berhubung akidah sebagai seorang Islam.
Berkali-kali YB. Zulkifli telah dengan berani membelakangkan pendirian parti demi mempertahankan apa yang dipercayainya benar dan terbaik untuk Agama Islam, Bangsa Melayu dan Negara Malaysia.
Di dalam suasana politik hari ini, berapa keratkah ahli politik yang mempunyai pendirian teguh seperti YB. Zulkifli? Tidak ramai, kerana mereka yang berpegang peguh kepada prinsip diri tidak akan selesa berada didalam mana-mana parti politik yang sering mahukan perjuangan untuk kepentingan parti lebih atas dari perjuangan membela rakyat.
Saya akan berjalan seiring dengan YB. Zulkifli Noordin dengan penuh rasa bangga kerana keutuhannya. Saya harap YB. Zulkifli akan terus tabah.
Malang pula dengan wakil rakyat dari BN yang juga Bapak Menteri bernama Rais Yatim. Saya teramat kesal mendengar sendiri di kaca TV kenyataan Rais apabila mengulas kes maki hamun dan tulisan tidak bertamadun blogger Aduka Taruna terhadap saudara seagama yang telah meninggal dunia.
Rais Yatim seharusnya lebih tahu bahawa dia tidak sepatutnya campur tangan didalam siasatan polis. Laporan polis telah dibuat ke atas blogger berkenaan. Blogger berkenaan telah menyerah diri untuk membantu siasatan polis terhadap tuduhan ke atasnya. Biarlah pihak polis yang menjalankan tugas.
Berdasarkan undang-undang Malaysia, kita pernah mendakwa beberapa orang kerana meninggalkan komen tidak manis kepada KDYMM Sultan Perak di ruang siber. Mengapa pula kita harus menerima sahaja permohonan maaf Aduka Taruna?
Mungkin Rais harus berfikir semula dan seterusnya memohon maaf kepada pihak Polis, kepada Kaum Kerabat Al Marhum Sultan Johor dan rakyat Malaysia kerana cuba campur tangan di dalam siasatan polis dengan cadangannya semalam.
Saya yakin, Rais berniat jujur atau ingin menunjukkan sikap toleransi di dalam pentadbiran Kerajaan Malaysia sekarang. Dan ini bukan kes Rais mahu meraih beberapa undi dari kaum kerabat Aduka Taruna di Negeri Sembilan.
Tetapi Rais mungkin terlupa, toleransi ada batasnya dan di dalam isu perundangan, biarlah proses perundangan berjalan tanpa diganggu gugat kedaulatannya oleh kenyataan Bapak Menteri.
hahahaha,
Ya Sheikh rakan seperjuangan dalam lokap ISA perlu dipertahankan …..Hanya demo ngan Zul saje hok tahu rahsia pukul 3 pagi dalam lokap ISA…
Opps demo tokdan masuk …Zul jjah hok 2 kali masuk ……
salam
Bravo Sheikh….
Jadilah seperti YB Zul yang tetap tawar walau pun berada di dalam lautan yg masin.heheheh
saya tak setuju dgn zul nordin… sy fikir dsai harus pecat dia sebelum lagi teruk situasi PR nanti
Maaf itu lebih mulia dari menghukum…
Sheikh,
Rais tu bukan cerdik mana…. Belajar meme lah tinggi…, bercakap bukan main ‘fasih’…, tapi yang dinilaikan jasa dan kecerdikan adalah hasilnya itu sendiri… cerdik ko atau bodo.
Kita boleh pakat2 hina Rais disini…., cuma selepas tu kita mintak maaf… Sene jah napok.
Rais seolah telah mendahului mahkamah dalam soal ini. Orang2 seperti ini…, khasnya Menteri2 UMNO yang seperti ini lah yang membuat orang dah geli dengan UMNO. Konon berjuang untuk itu-ini…, berjuang untuk Melayu lah, untuk Islam lah, untuk negara lah….; walhal semua yang di perjuangkan itu haru-biru kerana ‘political will’ yang lemah. Tiada keberanaian langsung. Itu pasal rakyat tak bole bersatu.
Ministers like this talk and talk and talk…. and that’s all they are capable of….
Fly kite, Rais..!
assalamualaikum wrt wbt dan guano kaba
Ambo nak ucapkan terima kasih banyak kepada syed azizi kerana nampaknya telah dapat menggunakan kepandaian dan kebijakkannya dalam menulis blog ni.
Harap2 syed azizi dah baca komen dan pandangan ambo lah, kita ni serupo jah, rakyat biasa, jadi ambo harap banyak2, syed azizi boleh jadikan blog ini blog yang sihat, berfaedah, dan blog yang boleh menjadikan kito semua jadi cerdik. Yang sudah tu sudahlah, dan yang lepas tu lepaslah, sape yang untung dan sape yang rugi dan paling penting sekali jangan tunjukkan kelemahan diri kito sendiri di depan musuh,
nasihat ambo kepada adik kakak tu jaga diri semua dan tolong ingat jangan jadikan blog2 ni sebagai tempat kencing dan berak anda, sebaliknya jadikan blog ni sebagai tempat untuk kito semua boleh berbincang secara ilmiah dan boleh menjadi cerdik pandai, cakap kena berlapik dan berhati2, jangan komen2 sembarangan, guna bahasa dan tulisan yang jelas dan terang, baru faham maksud dan tujuan kito masuk blog ni.
jadi kalu takdok2 gapo2 doh, ambo rasa cukuplah ambo mari jale sini, ambo nak kelik semula lah ke tempat asal ambo plak. minta maaf belako2.
Saya pun terkejut bila rais cakap blogger tersebut tidak akan didakwa. Saya tidak setuju. Sekiranya didapati bersalah, maka harus didakwa mengikut lunas undang undang. Melayu atau bukan melayu, tidak seharusnya bersikap kurang ajar pada org lain (sultan pun org juga). Come next time when Ah Chong say something nasty to our sultan, all we can do is to smile.. kutuk aje la sultan kami, dulu aduka teruna dimaafkan, kalau Ah Chong kena tindakan, nanti tak adil. pengecut tak boleh jadi pemimpin!
Pak Rais dah balik kelubuknya diRTM… munkin dah terasa kapla BESAQ atau pun dah NYANYUK!
Dey macha….lu jangan dok puji sangat zul Kulim tu. Lu kenal dia dari jauh sahaja. Bab Kelantan ada yang gua sokong lu. Tapi bab zul nordin ni yang kononnya pejuang islam gua sanggah sama lu. Gua dok di Kulim jadi gua tahu perangai hodoh dia….Lu kalau minum kopi dengan dia lima kali nanti semua lu yang bayar….Temberang dia lu jangan percaya sangat..auta saja lebih…piirah
“kerana mereka yang berpegang peguh kepada prinsip diri tidak akan selesa berada didalam mana-mana parti politik yang sering mahukan perjuangan untuk kepentingan parti lebih atas dari perjuangan membela rakyat.”
~ kick
: Budaya Wa Ampu Sana Wa Ampu Sini … begitulah juga berlaku didalam organisasi/jabatan kerajaan
betul sheih. kawe tak setuju dengan statement rais yg ala ala berbunga itu….duk merapu pasal format lah..apa lah…dia buat komen atas kapasiti menteri yng handle MCMC….tapi tak kenalah nak nyampuk..nak tujuk yg kementerian bertoleransi dengan blogger la tuh…huh….
betul ke adukataruna ni ada kaitan dengan kumpulan blogger belaan husam..muahaha
adukataruna…ekau tu kalau nak mampuih buat la caro nak mampuih…muahaha
Saya tertanya-tanya kenapa orang yang pernah menghina DYMM Tuanku Mizan dalam isu perebutan jawatan menteri besar Terengganu suatu masa dahulu tidak dibawa ke muka pengadilan seperti yang menimpa Aduka Taruna?.Dengan bahasa yang hina dan jijik sehingga sanggup menggunakan perkara ‘@$%#&’ adalah terlalu biadap kepada Sultan yang memerintah.Namun bila Aduka Taruna@Tarakguna itu membahasakan ayat yang lebih kurang sama biadapnya maka berpuluh laporan polis dibuat ke atasnya…apakah Aduka itu penyokong PAS dan penyokong Deris Jusoh itu orang UMNO?Apakah kerana itu maka mereka mendapat balasan berbeza?…
Apapun..pengajarannya, hati-hati bila mengeluarkan kenyataan.Melibatkan raja-raja jangan sesuka hati.Buruk padahnya.Kalau setakat menghina Tokguru mungkin selamat la…huhuhu.
Tepat sekali tuan…
“saya menyeru rakan-rakan saya supaya tidak ghairah menyokong penggunaan kalimah Allah dlm penghakiman Herald ini kerana ianya boleh membawa syirik”- Harun Din, Timbalan Murshidul Am PAS.
rakan-rakan? adakah Anwar Ibrahim, Khalid Samad, Dr Zulkifli, Hj Hadi, Asri, Nik Aziz?
adakah mereka telah syirik? harap sahabat-sahabat beri pandangan.
syabas Zulkifli Nordin, Semoga Allah merahmati perjuangan mu.
I wholly agree with Kick’s comments.
But when will an apology to Malaysians be fortcoming from the culprit who belittled Malaysian sovereignty by flying the Malaysian flag upside down and instigating others to do likewise? If it were an ire against the BN government why not be brave enough to ditto the BN flag? And that young guy who had the temerity to butcher the national anthem! Aren’t these treasonous crimes. And to think the law goes full-blast against petty miscreants.
Where had our sense of proportion gone?
Assalamualaikum,
Ana menyokong penuh tindakkan YB Zulkifli Noordin.
ALLAH HU AKBAR
napok doh weh..bulu pok sheikh…’john declare war on sheikh…’..
yg ni saya tak setuju dgn pendapat tuan sheikh pasal YB Zulkifli.
bak kata org…
kalau takut hitam, jgn kerja tgh panas.
klu takut kena tembak, jgn jadi askar atau polis.
klu takut kena kencing manis, jgn la makan byk gula.
selagi nak duduk dlm parti, ikutlah undang2 nyer.
oleh itu, klu dah tak buleh ngam sgt dgn parti, silalah buat parti sendiri.
Salam…
Aduka Taruna memang kurang asam…Senang2 nak minta maap…
Sapa bela dia memang lagi kurang ajar…
Tapi gua respect sama Zul Nordin…Tabik spring sama dia….
Orang cam ni patut kita respect…Bukan macam ahli majlis….
Belum apa2 dah pakai Alphard….Kekadang mewah lagi dari MB…
Sheih …X kira laa Lu geng mana …Tapi Gua respect Lu gak….
Tapi Jangan ler terlampau kurang ajar kat orang tua ok….
Lu tau Gua dah minat ngan tulisan lu…Caya laah….
TAHNIAH UTK YB ZULKIFLI NORDIN……. soal yg dah kembal ke rahmatullah iringi dengan DOA ………..
Salam,
Ada kebenaran di sebalik kata-kata
salam bro,
rais yatim tu nak apa pun aku tak tau. dia pandai2 kata kerajaan ampunkan aduka. aku ingat dia kena mengadap sultan johor lepas nie.
Ambo nak ucap Takziah kpd YB Zul sebab dia dok pertahan benda hok dio tak reti. Kalu pasal undang-undang ambo tabik tapi kalu pasal hukum haklam ni kita serah ko pakar-pakar hukum hakam la. lagi pulok benda ni dah jadi isu khilaf. sampai bilo pun tak akan habis nak bbalah. kita patut moving forward tapi dgn cara YB Zul ni kita moving backward. kalu betul nak pertahan akidah perjuangkan undang-undang anti murtad bukannya dok berkelahi benda khilaf lagu ni. Oghe pangil baso degil po’ok.
Salam,
Sebelum ini saya cukup menyampah dgn tuan dan tulisan-tulisan tuan. Sekarang ini nampak cool sikit. Moga pemecatan jawatan tempoh hari ada hikmah dari Allah Yg Maha Mengetahui.
Cukup-cukuplah kita bersifat asobiyah. Fikirlah kepentingan agama, bangsa dan negara mengatasi kepentingan parti ataupun individu yg hanya ingin merebut kerusi dan diniawi semata-mata.
Semoga tuan terus sukses dan mendapat keselamatan memperjuangkan kebenaran.
Wassalam
But bro how about Pas? What is their official stand?
Hang bangga dengan Lowyer Buruk si Zul tu. Bukan ker dia sedang berkira-kira nak masuk UMNO.
Dalam masa yang sama hang pun kutuk UMNO-BN. Haprak punya blogger
perundangan itu ciptaan akal manusia, maka disebabkn itu x kira kiri atau kanan semua yg terlibat akan mencari jln utk melepaskn diri..yg pasti penghakiman di akhirat kelak tiada siapa yg dapa terlepas
YB Zul berada dijalan yg lurus. P.Ramlee dalam sebuah lagu filem Bujang Lapok berkata ‘jalan lurus jangan belok-belok’. Soal akidah tdk boleh diperalat atau diperjudikan demi mencari political mileage. Tidak semua penganut agama nasrani di Malaysia bersetuju penggunaan kalimah Allah kerana ianya juga mengelirukan fahaman mereka . Pendirian PKR dan PAS jelas . Mereka menerima pandangan dan ‘fatwa’ paderi gereja bahawa kalimah Allah adalah juga hak bagi agama nasrani . Islam agama yg diredha Allah. Tiada agama lain yg diiktirah olehNYA.
Penerimaan Allah sebagai tuhan berkembar dengan penerimaan sunnah Nabi Muhamad SAW. Kerajaan telah berulangkali mengharamkan fahaman dan ajaran-ajaran sesat yg ditaja oleh mereka yg mengaku ajaran mereka adalah Islam. Fatwa pengharaman dicapai kerana terdapat unsur yg tidak seiring dengan Al Quraan dan Sunnah . Ahli-ahli kumpulan diarah untuk meninggalkan ajaran yg sesat dan bertaubat. Justeru itu tidak wajar Islam mebenarkan mana-mana agama yg berlainan kitab dan sunnah turut menggunakan kalimah Allah .
Dr.Haron Din telah mengambil jalan yg lurus . Beliau tidak belok-belok dalam soal akidah. Begitu juga dengan beberapa ahli politik yg turut tdk bersetuju. Ada juga ulama politik berpendapat penggunaan kalimah Allah dibolehkan selagi ianya tdk disalahguna. Yg berkata itu sedia tahu kalimah Allah akan disalahguna kerana nasrani catholik percaya pd konsep ‘holy trinity’. Bukankah ini salahguna? Holy trinity atau tidak , wahyu paling akhir
memberi petunjuk bahawa Allah untuk Islam. Pada ahli politik yg bersetuju dgn niat dan hajat tertentu saya ingatkan, kalau hendak bersembunyi ditengah padang biarlah diwaktu malam, menjelang siang semua nampak nyata.
Raja2 Melayu dihina, tak apa, maafkan.
Orang Melayu dihina, tak apa, maafkan.
Agama Islam dihina, tak apa, maafkan.
BN lingkup di PRU13 nanti, tak apa, MAAFKAN YE?
Salam Kick,
Betol tu. Sikap konsisten dalam buat keputusan perlu yg menandakan kepimpinan seseorang dlm memimpin.
Tahniah.
If you would like to see some good article to read please see in>>
http://mthago.wordpress.com/2010/01/19/the-pas-dilemma/
and
http://mthago.wordpress.com/2010/01/23/the-malay-saga-umno/
Asalamualaikum Tuan Sheikh,
Nk ucap trimakasih kerana print komen. Dlm posting awal lupa nk beri komen tentang Pak Menteri Rais . Sejak bile dia jadi peguambela pd budak AT tu. Mungkin Pak Rais anggap kesalahan menghina sultan sama dengan naik basikal tak pakai lampu. Itu pandangan peribadi kot . Mula2 dia kata akan siasat dan ambil tindakan tiba2 lain pulak . Agaknya AT waris dia atau AT dah masuk suku.
Seorang menteri pusat wajib brfikir sebelum membuat kenyataan yg bercanggah dengan perundangan negara. Institusi kesultanan trmaktub dlm perlembagaan negara . Menghina sultan seperti menghina bangsa Melayu dan mencabar kedaulatan perlembagaan. Atau Pak Rais ada niat nak hina institusi raja-raja dan lepastu dimaafkan sebab sudah ada precedent . Kalau zaman dulu kes mcm ini dihukum dgn lancang kuning . Tapi sedih , zaman sekarang . . .maafkanlah. Kalau maaf juga akan bertambahlah jumlah pengayuh basikal diwaktu malam tak pasang lampu . Akibatnya banyak kemalangan . Kalu Pak Rais jadi Peguam Negara banyak kes tak didakwa.
Assalam….sya menghormati prinsip perjuangan YB Zul yg bertindak berani mempertahankan aqidah umat Islam.Setiap perjuangan memerlukan pengorbanan yg bukan sedikit. cuma yg malangnya YB Zul terperangkap dalam situasi politik yg cacamarba angkara perebutan kuasa yg tidak pernah malap. Masing2 ingin merbut undi dr mereka yg sememangnya menuggu peluang untuk mencapai matlamat perjuangan mereka.
Apa punya turrrr Rais. Awat pasai budak paria tu satu kampung kut, pasai tu dengam maaf saja boleh close kes. Apa tindakan kepada beberapa blok lain yang turut beri komen macam budak paria tu. Tangkap depa juga apa pasai sampai la ni tak tangkap tangkap. Depa punya Identity pun sudah tau tunggu apa lagi. Awat pasai depa tu cina tak berani nak tangkap ka, takut kalah undi nanti. Macam tu aku nak jadi cina boleh maki hamun sapa pun, polis tak berani tangkap pasai anakharam jadah DAP,PKR,PAS boleh bela aku. Menteri Dalam Negeri tak dak teluk tak berani guna kuasa pandai bagi amaran saja, hoi punya turr bila lu mau action gua sudah mau muntah dengak lu punya amaran.
Budak tu orang Nogori 9, mungkin 1 porot ngan Pak Mentori dan mungkin jugak satu kampong kat Jolobu, tu pasal tetiba jer RAIS dah jadi tikus, kalo tidak bukan main garangnya dia bahasakan orang tentang blog, FB & Twitter. Klau i ni lah pendirian Pak Menteri yg jaga bab-bab alam saiber ni, seronok la, saper2 pun boleh tibai apa pun pastu buat muka kambing mohon maaf, abis cerita.Pastu hentam balik,mintak maap balik! Tak gitu? Huh,grrrrrrrrr.
alhamdulillah….bro sheikh tulis criter pasal isu lain dah….aku dah penat dah dok baca criter kelate ni bro sheikh….
teruskan berkarya wahai artis
u r wrong about zul.
mungkin tuan tidak mengenalinya,tuan harus tanya org yg kenal dia,get the right story bro,tapi saya setuju dgn tuan pasal rais dan arif
sdra Mohd Yusof
re: Raja2 Melayu dihina, tak apa, maafkan.
Orang Melayu dihina, tak apa, maafkan.
Agama Islam dihina, tak apa, maafkan.
BN lingkup di PRU13 nanti, tak apa, MAAFKAN YE?
heheheh
kalu PAS lingkup di klate.. tu meme betul, sebab oghe doh tok ccayo ko ik azizi, dio lebih belo anak menantu dio daripado ugamo.
hidup husam musa….
Salam…Bro Sheih
Yang paling bengong… Aduka Taruna…Kurang Ajaq…
Yang paling tak patut …Pak Rais… back up tak kena tempat….
Yang paling hanching…DSAI….Lidah bercabang…
Yang paling berkecamuk …Tok Guru…back up X kena tempat & keadaan
Yang paling open … Bro Sheih …Berani
Yang paling macho…YB Zul…. Konsisten & Islamik
Syabas korang berdua…Allahhuakbar 3X…..
wassalam..
Sheikh…
komen sikit pasal perletakan jawatan arifahmi yg tercepat sikit…
yang sepatutnya bulan mac ini….
dia dah panas bontot ke dengan dedahan yg dibuat oleh sheikh ngan GAP…
Aduka hina sultan, kena hukum, semua org sokong.
mintak maaf tapi x diterima.
Tapi bila namewee hina malaysia (hina malaysia beb), siap boleh berlakon filem 15 malaysia lagi.
pastu hina lagi tnb, tapi tiada tindakan ape2.
apekah bila MELAYU yg buat salah, kena hukum.
Tapi bila CINA buat salah, xpe, adakah sbb dia cina jd xpyh hukum???
Tabik spring saya kepada YB Zul yg dapat membezakan perjuangan politik dan pegangan Prinsip Islam. Moga lebih ramai YB yg sanggup menegakkan Islam dulu kemudian kepentingan politik.
Tapi YB Zul ni pernah peluk seorang YB yg dikutuk sebelum itu, jadi saya kata YB juga bermaksud YANG BERLAKON.
Adekah YB Zul masih jadi YANG BERLAKON ?
Tak payah lagi bincang pasal Adukataruna tu. Kan dah ada arahan supaya dia memohon maaf dimahkamah dan dihadapan kerabat diraja Johor. Pada saya itu lagi “menyeramkan”
Padan muka Adukataruna!
Dear brother Sheikh,
Foremost, I regularly drop by ur blog as I find all of your postings to be direct and wonderfully spot on to the issue at hand. Although not a Kelantanese, I would like to see what you have to say about the state as it has been in the administration of the opposition for a very long time- a great way to gauge the capabilities of the Opposition! On your latest posting though, I felt compelled to give my two cents worth.
Let it be known to all readers here, that I’m a Buddhist Chinese, fickle when it comes to the current political storm and perhaps standing at the middle of this current controversial between religions on the usage of the word “Allah”.
YB Zul Nordin perhaps is a man of principles, holding on steadfastly to what he believes in but that is where it ends when it comes to heaping praises on him. Perhaps through misinformation of media (MSM or Alternative), he looks like a man at a crossroad, not knowing where does he stand in our current political divide. That aside, I do not fault him for standing up to his beliefs and religions but similarly I think the manner of which he goes about it has much to be desired. I understand a few of my Muslim brothers and sisters are concerned about the usage of “Allah” in Herald, and I think the only way out of this is to have a proper dialogue on the issue instead of jumping on to a ‘solution’. Isn’t it not best to discussed about it maturely (this of cos is opposed by YB Zul)? Wouldn’t we be aggrieved if there is a Arab country with a majority Christians banning the Muslims the usage of the word “Allah”?
Alas, I’m in Malaysia and Muslims are the majority and I respect the wishes and worries of the majority but I think the solution is on the table when it has been said repeatedly to allow our Catholic brothers and sisters to use the word in its publication but it must be restricted to the Catholics and they should never try to influence and manipulate the Muslims. If that itself is not the best solution for all, then have further dialogues, YB Zul condemnation for a inter-faith dialogues and police report against YB Khalid seems to have been more politically motivated than a matter of religious belief and principles. Isn’t any religion, be it Islam, Christian, Buddhism, Hindu etc about continuous learning, adaptability, peace and harmony?
As for Rais Yatim, I’ve no respect for this man. Youtube him and you will find how kurang ajar he was towards a reporter when it was really uncalled for. However, in terms of obituaries, I’d like to say it is important that an obituary be exactly just that, an obituary, a summary detailing the life of the deceased, both good and bad. An obituary should be objective in its writing (one which our MSM fails badly) but similarly it should not be insulting. I’ve not read Aduka Taruna’s posting and if it contains profanities and insulting languages, then yes, I’d agree that this person be charged. In this situation, theres only a fine line that divides objective and insulting- and it must be carefully analyzed.
Thank you to Sheikh and all other readers for reading this, saya mohon maaf kalau ada tersilap atau terlanjur kata.
YB Zul marah sangat kat Khalid Samat tapi pada Anuar Ibrahim??? yg terang2 menyokong penggunaan khalimah ALLAH oleh puak kristian.Fikirlah……
Moga2 YB Zul ikhlas dan bukan untuk perjuangan politik nya…bravo..
amtuan jr..
mu tak tahu cito….aduka taruna tu orey kelantan dahhh…
Tak ada lain perkataan kepada Rais Yatim. BANGANG
Samdol:-
“Gua dok di Kulim jadi gua tahu perangai hodoh dia….Lu kalau minum kopi dengan dia lima kali nanti semua lu yang bayar…”
Laa… macam mana boleh terlepas dengan komen rempit murahan macam ni? Dah tahu murah kenapa masih nak komen politik?
Kalau kat tempat saya ahli2 politik ker bintang ker artis ker, tentulah kita semua berebut-rebut nak belanjakan dia makan/minum. Seminit duduk dengan orang penuh berakal dan dapat dengar dari diorang pun dah untung.
Cuba pikir. Katalah Siti Nurhaliza datang kat tempat kita. Sanggup bual2 dengan kita kat kedai kopi. Tak kan lah expect dia nak keluar duit seringgit dua pulak untuk belanjakan kita?
Inliah melayu. Asik tahu nak kene belanjaaaaa jerr. Korang kalau nak tahu kan… rahsia buat bizness dengan pegawai kerajaan… pegilah buat belanja. Melayu ni suka kene belanja. Dengan seteguk kopi atau sepinggan nasi kalau kita bayar untuk mereka kan, fuhhhh bukan main jadi sahabat kita lagi.
Itu sebab negara kita dah tergadai dengan cina. Sebab suka kene belanja punya pasal. Cuma yang pihak kapir harbi ni tak main laa beb setakat nak belanja2 secawan kopi tu. Depa belanja lebih lagi: kereta ada, pompuan ada. Dah sampai macam tu, sampai nyawa kita pun akan tergadai kat mereka. Bodoh!
Pencanang
Kawe tak rasa ada khilaf di kalange ulama kalau nak guna kalimah Allah untuk jadikan kalimah tu sbg Allah Bapa, Allah Anak, Allah Rohul Qudus. Semua ulama muktabar sepakat mengharamkanya. Yg khilaf tu kalau general. Tapi kaki bodek si anwar ibrahim ni ramai sgt, kalau anwar nak jadi syirik ke nak jadi murtad ke, biar dia aje lah, khalid samad, manuty, asri, hj hadi tak payah la sibuk sibuk nak jadi sama.
Yg hj hadi kata kristian dan yahudi tu agama samawi, mu tahu ke tu dulu, lo ni dah jadi agama ciptaan manusia. Mu tahu ko, mubaligh kristian tu nanti bawa kenyataan akhbar mu tu gi ke budak budak mat rempit tunjuk Kat mat rempit tu kata demo semua ni masuk kristian samo mace masuk isle sebab agamo samawi juga. Mu tahu dok ni akibatnyo kenyataan akhbar mu ni?
Salam utk semua.
Ramai mengetahui ‘peperangan’ yang berlaku di antara 2 ke’raja’an, iaitu Royalti N9 dan Royalti Johor, yang antaranya melibatkan pistol ditala ke kepala anak raja.
Dan Bolgger AT adalah anak nagori mengutuk almarhum Sultan Johor DAN Rais terus mencadangkan supaya blogger AT dimaafkan dan dibebaskan.
So, lu pikirlah sendiri deh…
SILA BUAT PILIHAN ANDA KEATAS SURVEY di Blog Alhusseyn Terima Kasih
hmmm..zul nordin ni…ore royat dio ni sajo wak glewat maso kes sodomy I anwar dulu…dio ni mulo2 ore PAS, PAS pung dok bui jadi calon…MESTI ADO SEBAB TU…last2 masuk PKR…mene kerusi kulim pung atah tiket PKR…UMNO bowok kes kerusi kulim ke mahkamah, last2 UMNO tarik balik…MESTI ADO SEBAB TU…loni duk lawan PKR & Khalid Samad pulok…serupo kes katok dari pasir mas…konon diolah jaguh islam no. 1…
Rupa rupanya Yb Kulim dgn Yb Pasir Mas tu sekelas jah…P.Ramlee kata low class…Syok sendiri….dia tak reti…tak sir ikut saluran parti….jenis manusia bangga diri…kalu sengoti ….sila letak jawatan ,tanding sekali lagi….baru buleh tahu ,langit itu tinggi.
Saya tidak berapa bersetuju dengan cara YB Zul. Nampaknya sekarang beliau lebih lajak dari laju. Dikawasan beliau pun rakyat dah meluwat pada nya. Jika mengundi akan datang beliau bertanding lagi saya yakin beliau bungkus. dab banyak maklumat saya dapat daripada kawan2 yang pencen berasal dari kulim bandar baru.tak payah ceritalah hal peribadinya.
alahai yb zul….berpolitik secara bodoh dan bebal..syok sendiri…suka kuar statement sendiri dan membelakangkan parti, gila glamer dan assabiah melayu karat…kalau biarkan yg zul dlm parti, sampai bilapun tak leh perintah m’sia..umno cukup suka org mcm yb zul nih..sama stail ngan brahim ali…kalau dah tak sebulu ngan parti, keluar jer lah..tubuh parti baru atau jadi bebas..berjuanglah sorg2..apasal bebal sangat..??..
Dalam proses berbahasa.. ada satu seni berbahasa yang dipanggil sinikal.
Abe sheih seorang ahli nujum yang telus mata.. kehkehee.. Tahniah mungkin saja bermaksud takziah, Takziah mungkin saja bermaksud tahniah..
Ucapan selamat tinggal mungkin saja boleh digambarkan dengan kata2 seperti berikut:
‘ welcome to hell’
‘say hello to my little fren’
‘welcome home my faking fren’
‘gotcha’
Assalamualaikum,
Isu penggunaan nama ALLAH tak selesai lagi. Orang Pas tak tahu nak ikut pandangan TGNA kah atau Datuk Harun Din serta Ust Azamuddin?
Apa pendapat majlis Shurah? Tak kan nak biarkan perkara itu tergantung di situ sahaja. Kalau demikian tak ada gunanya kita ada majlis shurah.
haha.dah nampak dah apa warna penulis blog ini.
Aku heran la pasai pa blogger yang hina sultan tu kalut sangat nak diambil tindakan.Mungkin desakan dari pihak tertentu.Walaupun dia dah mintak maaf pada semua rakyat malaysia dan artikel tu dah padam pun.Tapi aku rasa cukup muak pasal kes geng UMNO sebut ‘natang’ kat sultan terengganu.Tak kedengaran pun mereka minta maaf.Senyap gitu saja.Mungkin yang buat laporan tu pihak pembangkang?Cuba tuan-tuan fikirkan adakah ini adil? Kalau tuan-tuan anggap itu adil mungkin fikiran tuan-tuan sudah tidak waras barangkali.
“guan Eng kata dia khalifah, khalifah apa kalau gerai gerai tanpa lesen milik peniaga MELAYU ditarik balik dan premis mereka dirobohkan”- datuk seri zahrain.
Aku selalu dengar kawan kawan pas kita dok puji dan sanjung lim guan Eng sbg khalifah umar Abd aziz, aku pun hiaran mcm mana pas boleh samakan dia dgn khalifah umar ABD aziz, NIK aziz Dan Hj hadi pun tak dipanggil khalifah. Aku rasa Kawan kawan pas dah hilang akal kot. Kalau mcm tu Lim guan Eng tu lebih Tinggi darjat dia dari NIK aziz Dan Hj HADI sendiri. Cukupla aku dah tak mahu duduk dalam ajaran khurafat mcm ni. Lebih baik keluar Dan jadi murjiah aja.
yaahlunnar..syeik kaki busuk hati…kalau u benci sangat ngan tuk guru..tak payahlah sampai hal2 peribadi nak dijaja,nyanyuklah org tualah,nampak sangat anta ni ada demdam yg melebihi demdam iblis kepada adam alaihissalam,report je pada sprm atau polis selesai masaalah,polis sprm bukan hak kerajaan negeri..baliklah kepangkal jalan..allah maha pengampun.
guano lamo takdok berito tok guru ni,habis modal dah ko tuan sheih kito ni.
sdra kic
memang betul apa yang sdra sokong. tapi betulkah ia benar-benar berperinsip? ini persoalannya.
ada firasat disebalik itu. kalau dah nak pertahan perinsip, buat apa sertai parti politik? zul boleh dianggap duri dalam parti. pas sudah lama kenal dia.
salam
-azizi abdullah
bekas imam besar mengakui bahawa ujudnya pendapat mengikut kepartian yg menyebabkan ulama politik bersengketa- beliau telah memberi penjelasan di Parlimen berdasarkan kesucian Islam dan bukan kekacauan kepartian)
Tuan Haji Taib Azamudden bin Md. Taib [Baling]: Terima kasih Tuan Yang
di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri serta permintaan sahabat-sahabat.
Saya terpanggil untuk bercakap ini bukan dia atas bermaksud dengan
kepartian. Akan tetapi, lebih fokus kepada kesucian Islam itu sendiri.
Itu terpulang kepada tafsiran oranglah kalau dia hendak meletakkan
kedudukan di mana yang sekali gus juga menghormati pandangan yang
diberi oleh Yang Berhormat Bintulu.
Sebenarnya persoalan ini mungkin kita tidak begitu selesa sangat
perbahasan dan
penghujahannya kita gunakan dalam Dewan ini. Kalau pun ia selepas kita
dapat hadamkan di luar, di tempat lain bahawa kita confirmkan
di Dewan tetapi walau macam manapun, saya faham daripada apa yang
telah diberikan oleh Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Kuala
Selangor dan sahabat-sahabat yang lain.
Sekarang ini yang sebenarnya perlu kita dapat penjelasan, Allah yang
mana yang kita
perbincangkan ini tapi kalau Allah S.W.T yang berkonsepkan tauhid
dengan Allah hus samad…
Dia tauhid As-samadiah dengan tauhid al-ahadiah yang bergantung rapat
dengan yang lain-lain, uluhiah dan rububiah hanya ada pada Islam dan
tidak ada pada yang lain. Sebab itu kalau kita nak bahaskan masalah
Allah yang disebut dalam Al-Quran, kita kena lihat juga sababul nuzul
dan kalau kita nak buka mengenai Allah kepada yang lain-lain, Al-Quran
juga pernah mendedahkan dalam surahtul Taubah… [Membaca sepotong
ayat Al-Quran]
“Orang Yahudi dia kata, Uzir anak Allah. Orang Kristian dia kata Al-
Masih anak Allah”.
Daripada penjelasan ringkas ini, kita nampak Allah yang dimaksudkan
oleh Yahudi lain
daripada Allah tauhid kita. Allah yang dimaksudkan oleh orang-orang
Masihi dan orang-orang lain adalah lain daripada Allah yang
dimaksudkan oleh Islam sebab ketauhidan as-samadiah dan alahadiah itu
tidak menjadi suatu tonggak kepercayaan kepada yang lain daripada
Islam. Sebab itu bagi yang agama lain tadi dia mendakwa itu sedangkan
kita Allah bukan ada anak, tidak diperanakkan dan tidak beranak. Jadi,
ini persoalannya. Jadi yang saya rasa ialah pihak kementerian, pihak
kerajaan mesti menegaskan Allah dalam bentuk mana.
Kalau kita cakap Allah dalam bentuk umum, betullah kita boleh dakwa.
Orang Hindu,
orang Kristian, orang lain pun dia kata kita tuhan Allah juga. Jadi
Allah yang mana? Jadi mungkin di sini kita perlu mendapat suatu garis
panduan yang jelas yang kita kata tak boleh digunakan oleh orang lain
itu Allah dalam kedudukan mana tapi kalau Allah dalam kedudukan Islam
yang ahadiah dan as-samadiah, memang tak boleh orang lain guna yang
saya rasa ini wallahualamlah. Apa yang saya nampak daripada sudut itu,
jadi kalau itu kita boleh terima, sebenarnya kita tidak ada
pertelingkahan apa-apa. Cuma yang kita hendak sekarang ialah penegasan
daripada pihak kerajaan daripada sudut mana, Ilah kita dan saya rasa
dalam perbahasan ini agak tak berapa munasabah kalau kita bawa
daripada segi bahasa.
Bahasa Ilah, bahasa… hak itu panjanglah isu kita. Sebab itu kalau
kita lihat dalam kitab-kitab yang sempat dirujuk, pertelingkahan ini
berlaku atau khilaf ini berlaku di antara ulama-ulama yang lebih
muktabar daripada kita sekarang tetapi semuanya memberi hujah-hujah
yang kenapa mereka kata boleh dan kenapa ada yang mereka kata tak
boleh. Dalam kita menangani di antara dua perselisihan pendapat ulama
muktabar ini, maka apa yang perlu bagi kita sekarang ialah kita perlu
memahami wakik. Wakik kita di Malaysia mahu tidak mahu dengan
ketimuran kita, dengan budaya Melayu kita sebelah sini dan juga budaya
orang kita lain daripada yang berlaku di Eropah atau berlaku di dunia
lain.
Wakik kita yang saya yakin setakat hari ini, wallahualam akan datang
akan menjadi satu
confuse, akan menjadi suatu pertelingkahan dan perbalahan yang mungkin
sengit apabila benda ini dibuka ke mana-mana. Misal kita katakan,
minta maaf kepada saudara-saudara kita yang bukan Islam sama ada dalam
agama Buddha, dalam agama Hindu ataupun Kristian dan sebagainya, andai
kata saya bertanya kepada sahabat saya yang beragama Hindu,
“Sahabat, kamu nak pergi mana?” “Saya nak pergi sembah Allah”.
Tanya pula sahabat saya Yang Berhormat Batu Pahat ataupun Yang
Berhormat Sri Gading, mana nak pergi “Saya nak pergi sembah Allah”.
Jadi ini confuse kepada anak dan keturunan kita. Allah yang mana
ini?… [Tepuk] Allah
Depa kat puak-puak PAS sabotaj. Depa menyamar jadi geng UMNO sebut ‘natang’ kat sultan terengganu. Betui ke?
Orang2 jumud dalam PR, apa2 yang parti2 Pakatan Rakyat rumuskan, waima dalam isu ‘kalimah Allah’ ini sekali pun.., dah tak nak pertikai apa2 lagi…. Nak ikuuuutt semuanya. Nak berpegang pada prinsip parti. Kalau ada yang membantah, walaupun dari kalangan mereka sendiri, terus di’cop’kan sebagai musuh dalam selimut laa, ajen UMNO laa…
Ingat besar sangat kah pegangan kepada satu2 parti politik tu?
Dalam al Quran ada menyebut bahawa Allah akan sumbat mereka yang ada ‘akal tapi tidak guna ‘akal dengan mencari kebenaran.
Ahli Parlimen yang kita pilih semua tu, bodoh2 macamana pun, mereka ada otak. Kalau tak perlu pakai otak sendiri, sebaliknya pakai ikut arahan parti, tanggung-jawab sebagai seorang individu di Padang Mahsyar nanti, macamana? Nak jawab kata : “saya ikut arahan parti” ?
YB Zul komen secara bebas mengikut ilmu yang ada padanya… dan dia patut bersuara kerana baginya, isu ‘kalimah Allah’ ini dah keluar dari ruang lingkup politik kepartian. Ini persoalan mengenai penggunaan nama Allah Yang Maha Agong…, dan perkara ini adalah isu KHILAF yang telah diperdebatkan zaman berzaman.
Apa kena mengena benda ini dengan politik PAS atau UMNO? Sebelum wujud UMNO atau PAS lagi, ulamak tiada sependapat dengan hal ini. Sama-sama keluarkan hujjah…, sama-sama keluarkan dalil ilmu…, dan kita semua boleh belajar darinya.
Jangan pula hendaknya kefahaman kita yang kekurangan ilmu ini dikaitkan dengan PAS atau UMNO. Tengok sendiri lah…, ulamak2 sesama dalam PAS pun tidak sekata…. apatah lagi dari UMNO yang kekurangan ulamak tu.
Jangan sekali2 KEPENTINGAN POLITIK MENGATASI KEPENTINGAN UGAMA…
Tolonglah, tuan2 dan puan2… Saya sekadar mengingatkan diri saya sendiri dan tuan2-puan2 sekalian.
Bacalah rentak Rais kebelakangan ini. Mencari publisiti. Banyak publisit, orang kenal. Bila orang kenal, akan diperkatakan. Bila diperkatakan, bertambah publisiti. Semuanya untuk mencari kedudukan dalam parti & Kabinet akan datang.
Syabas, Rais! Jembatan yang dibakar sudah mekar kembali!
THE DEFENDER OF ISLAM said:
“saya menyeru rakan-rakan saya supaya tidak ghairah menyokong kalimah Allah di dalam penghakiman Herald ini kerana ianya membawa syirik” – Ustaz Harun Din, Timbalan Murshidul Am PAS.
THE CHRISTIAN ALLIANCE react:
Editor Majalah Herald, Lauwrence Andrew, bakal menjadi salah seorang anggota panel forum ‘Kalimah Allah’ mewakili agama Kristian yang akan diadakan pada hari Khamis, 4 Februari ini.
Beliau yang turut mewakili agama Kristian akan hadir pada majlis anjuran Tabung Amanah Tok Kenali sempena majlis Seminar Pemikiran Islam Semasa.
——– rakan-rakan saya bukan shj ghairah menyokong malah mereka telah menjemput Imam Besar Herald ini utk mentarbiah ahli-ahli parti saya.————— nauzubillah.
Salam Sheikh,
Kalau bab politik,kebanyakan hipokrit dengan isu-isu panas untuk glamour..mengalahkan dunia artis yang berlakon pelbagai watak. Memberi ulasan dan huraian yang mengelirukan hinggakan dunia Islam dipandang rendah sebab ramai nak jadi ulamak tetapi alamak tidak diiktiraf.
Tok guru di pondok pun berdiam diri kerana sudah tidak larat dgn senario kini..naizubillah,Allahuakhbar.
Memanglah agak susah untuk mendakwa penghina kerana seorang lagi yang telah menghina lagu negaraku (sebetulnya menghina negara Malaysia) juga terlepas dari tindakan semata-mata menjaga hati orang sebangsanya. Puncanya kita juga yang berpecahbelah dan membelakangkan agama serta menjadi lemah, mereka pun naik tocang.
Bila Pak Rais nak bakar jambatan ?!
salam sheikh,
dari awal saya tengok penulisan sheikh, nampaknye banyak statement yg contradict dgn yg sebelumnye.
whatever it is sheikh, pandangan saya, cara ini bukan caranye mengikut lunas Islam. Pak sheikh boleh bersemuka dgn TGNA directly untuk inform apa yg tak kena. Cara Pak sheikh yg provoke macam ni mengeruhkan lagi keadaan. Tak terfikir ke hati Pak Sheikh ada penyokong PAS yg 100% percaya dgn Pak Sheikh akan berubah parti, dan macamana ALLAH akan menghisab pak sheikh wallahualam
Saya nak tanye Pak Sheikh, sokong parti Islam ke sokong parti apa? Saya percaya Pak Sheikh akan jawab parti Islam.
Dalam Malaysia ni parti mana yang dasarnye paling hampir dgn Islam? Saya pasti Pak Sheikh akan jawab PAS.
Apa akan jadi pada akidah kita jikalau kita tidak menyokong parti Islam?
Pak Sheikh tau2 je lah.
KALAU NAK MENYOKONG SESEBUAH PARTI PILIHLAH PARTI BERTUNJANGKAN ISLAM.
Kita ni sebagai orang Islam wajib menyokong parti Islam, jikalau pimpinan buat tak betul, itu urusan dia dgn Allah di kemudian hari. Kita boleh menegur mengikut cara-cara dalam Islam tapi bukan ini caranye
wassalam
Dari BH online. “Tindakan Mohsin mendapat kecaman hebat pakatan pembangkang Bagan Serai yang berarak menyuarakan bantahan, malah Ahli Syura Pas, Ahmad Awang mahu menganjurkan solat hajat supaya menurunkan hukuman terhadapnya.”
Sbg org Islam, we should pray that he is shown by Allah the right path. Yang ada hak utk turunkan kehancuran hanya Allah shj. Itulah yg terbaik. Again, this is typical of the so-called self righteous and “taksub” of Pas supporters, kononnya memperjuangkan Islam. They also like to label people.To date, I have not read or heard of Pas members upholding Mahkamah Syariah’s judgment on the caning issue. Not to say that UMNO does not have its shortcomings. One day, since both Pas and Umno have largely failed the Malays and Islam,I hope there is a new party defending Islam and the Malays in Malaysia which is called ” UMPAS”. Wait a second, it sounds like “hampas”. No good. We need a new party for Islam and the Malays. Probably Shafie, Wahhabi, Hanafi,Hambali, Mailiki or why not Sunnah Wal Jamaah. Wassalam.
p/s:Since BN is not going to pay oil royalty to Kelantan government, they by Pas’s typical reaction, it should pray that Allah will take back his oil. Then it is only fair since both BN and Pas will ended with nothing.