“Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Syed Azidi enggan mengulas lanjut berhubung kritikan Nik Amalina itu, tetapi secara sinis berkata:

“Saya tidak mahu komen tentang isteri orang. Tetapi kalau isteri saya, kalau saya buat kesilapan, dialah orang pertama yang akan menegur saya.”

Mengulas kritikan secara peribadi Nik Amalina terhadapnya – antaranya dengan mempertikaikan akhlak Islamnya – Syed Azidi berkata, perkara itu didengari sejak hari pertama beliau menjejakkan kaki di Kelantan pada 2007.

“Dan pada Disember 2008 Abdul Arriffahmi sendiri ada tanya saya berhubung perkara itu. Dia kata dia dengar ada orang kata.

“Saya kata, mintalah orang itu kemukakan bukti,” jelasnya yang popular dengan nama blognya itu atau kadang-kadang Sheih.

Diminta mengulas sama ada PAS masih tidak dapat menerimanya kerana tidak membawa perwatakan Islam ala PAS, seperti memakai kopiah, Syed Azidi berkata:

“Pada saya berbahaya kalau PAS balik pada imej itu. Ia akan memakan diri. Sokongan dalam pilihan raya bukan daripada ahli PAS sahaja, tetapi majoriti senyap (silent majority) yang lain. 

“Mereka menyokong PAS bukan semata-mata kerana agama, tetapi prinsip. Dalam amalan demokrasi, undi peminum arak, orang tidak pakai tudung juga sama-sama penting,” katanya. Baca lanjut di sini.