Kickdefella

No One Dies A Virgin, Life Screws Us All

Archive for

Bokbong!

Posted on October 29, 2009

(Foto ehsan Tambako) Apa guna kepuk di ladang Kalau tidak berisi padi Apa guna berambut panjang Kalau tidak berani mati Guruh berdentum bumi bergegar Ayam jaguh sedang bersabung Jangan cakap sahaja berdegar Hulur senjata kita bertarung Limau bentan di tepi tingkap Budak-budak melempar burung Harimau di hutan lagi kutangkap Inikan pula cicak mengkarung Pudak bukan sebarang pudak Pudak tumbuh di tepi lombong Jalak buka sebarang jalak Jalak biasa menang bersabung Anak Cina bersampan kotak Muatan sarat dengan ragi Biar retak bumi kupijak Kamu takkan kulepaskan lagi Sejak kecil saya mendengar perkataan Bokbong tanpa saya  tahu apa itu Bokbong. Tapi saya diberi faham bahawa Bokbong itu adalah sejenis ‘muga’ yang boleh memberi bahaya dan memberi rasa takut yang amat sangat kepada budak-budak kecil terutama bagi yang…

Tersembam Di Lebuhraya

Posted on October 26, 2009

  Seorang sahabat minta dari saya akta Suruhanraya Pencegahan Rasuah Malaysia, saya kata saya tiada salinan. Yang saya ada hanyalah rang Undang-Undang, tak tahulah kalau ada pindaan sebelum jadi undang-undang. Jadi saya pamerkan disini untuk dilihat beramai-ramai. Tak elok tengok seorang-seorang. Definisi Anggota Pentadbiran dan Badan Awam : Definisi Pegawai Badan Awam: Definisi Saudara: Definisi Sekutu: Kesalahan Melakukan Suapan: Kesalahan Guna Jawatan Untuk Suapan: Hukuman 

Tersungkur Di Pintu Syurga

Posted on October 16, 2009

  Kebelakangan ini saya asyik terkenangkan sebuah buku lama yang pernah saya baca di akhir 90 an dulu. Buku bertajuk “Tersungkur Di Pintu Syurga”. Buku nukilan saudara Zabidi Mohamed, seorang bekas majisteret yang pernah berkhidmat di Kelantan dan antara orang kanan dalam pertubuhan Al Arqam.   Informasi dalaman tentang ‘state of mind’ pemimpin agung Al Arqam dan anekdote-anekdote berhubung sesuatu kejadian yang tertulis oleh Zabidi amat senang saya baca. Bukan setakat itu sahaja, ianya amat berkesan dan tak kurang masanya saya habiskan dengan ketawa terbahak-bahak.   Ketawa terbahak-bahak? Ya, ketawa kerana kelucuan timbul akibat sikap fanatik terhadap seseorang tokoh.   Antara yang masih menggelikan hati saya sehingga hari ini ialah apabila Zabidi menceritakan saat-saat bas dua tingkat milik Al Arqam di Thailand tiba-tiba diiring…

Tomato Ceri Organik dan Anak Yatim Melawi

Posted on October 11, 2009

Gembira tak terkira bila saya melihat Tomato Ceri yang saya tanam secara organik mula merah buahnya di tepi pagar rumah. Lebih gembira lagi buah ini terhasil dari penggunaan sisa-makanan dan sisa organik dari dapur yang saya jadikan kompos untuk menggantikan penggunaan tanah biasa. Sebelum ini cubaan terhadap pokok bendi dan terung panjang juga telah berjaya. Bagaimanapun kegembiraannya tidak sama dengan kejayaan Tomato Ceri ini. Ini kerana sebelum beralih ke kaedah organik, dua tahun lepas saya pernah mencuba menanamnya secara konvensyenel tetapi pohonnya sekadar besar tanpa buah. Bagaimanapun, benda yang baik tentu ada perosaknya. Cubaan menanam secara organik sepenuhnya berdepan dengan ancamannya tersendiri. Yang paling ketara ialah serangan serangga perosak. Bagaimanapun, ia mungkin serangga perosak bagi petani tetapi bagi insan yang menganggap ini hanya satu…